Perkembangan Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di Malaysia: Realiti dan Cabaran Baru. Abdul Rahman Embong, Ketua Editor

Similar documents
BERITA PSSM. PSSM: 2000(1) Untuk Ahli Sahaja Jan - Mac Berita PSSM 2000(1) 1 JAWATANKUASA KERJA PSSM, 2000/02 MATLAMAT PSSM

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Journal of the Social Sciences and Humanities

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

ANALYSIS ON POLITICAL SPEECH OF SUSILO BAMBANG YUDHOYONO: COMMON SENSE ASSUMPTION AND IDEOLOGY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

Universitas Sumatera Utara

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

THE TERRITORIAL TRAP AND THE PROBLEM OF NON- TERRITORIALIZED GROUPS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AN ECONOMIC ANALYSIS OF MONETARY POLICY IN FOUR ASEAN ECONOMIES

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

Analisis Perbahasan Zizek dan Laclau Soal Faham Sejarah dan Perubahan Masyarakat

Keputusan Presiden No. 81 Tahun 1993 Tentang : Pengesahan Convention On Early Notification Of A Nuclear Accident

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

A Portrait of contemporary life in a. rural Javanese farming community in. the era of globalisation. Rebecca Meckleburg

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

CURRICULUM VITAE. *Jan 29, Doctor of Philosophy (PhD in Law) Universiti Kebangsaan Malaysia

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

DENGAN RAHMAT TUHAN YANG MAHA ESA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA,

COMMUNITY ECONOMIC DEVELOPMENT (CED) PROJECT (Program Pemberdayaan Ekonomi bagi Mantan Buruh Migran Perempuan)

THE IMPORTANCE OF ENGLISH LANGUAGE IN FACING ASEAN ECONOMIC COMMUNITY (AEC) Nanik Shobikah

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

U N I M A S. Faculty of Economics and Business THE ANNOUNCEMENT EFFECT OF WHITE COLLAR CRIME ON STOCK PRICE BY PUBLIC LISTED COMPANIES IN MALAYSIA

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

DOKTRIN BUSH: SATU ANALISIS HEGEMONI BERIDEOLOGI GRAMSCI

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

The Youth of Ethnic Minority And Political Participation in Peninsular Malaysia. Belia Etnik Minoriti dan Penglibatan Politik di Semenanjung Malaysia

Edisi Khas. Malaysia Memilih Pilihan Raya Tanpa Demokrasi: Suatu Tinjauan dari Jendela Sejarah

KONSENSUS MELALUI PERANAN KETUA KAUM DALAM JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (JPK) 1948.

Pengaruh Jaringan Sosial ke Atas Migrasi Pekerja Bugis - Indonesia ke Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONVERGENCE OF INCOME IN ASIAN COUNTRIES LEE HOCK ANN FEP

Democracy: Order out of Chaos Understanding Power-Law in Indonesian Elections

ANALISIS PENGGUNAAN KESAN KHAS VISUAL DIGITAL (DVFX) TERHADAP GENRE DAN NARATOLOGI FILEM PENDEK

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

Open Price Term under the United Kingdom Sale of Goods Act 1979

Paradigma Sosialisme dan Demokrasi Sosial: Tony Benn, Tokoh Parti Buruh UK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERCEPTION OF RURAL COMMUNITY ON THE EFFECTIVENESS OF MICROFINANCE IN POVERTY ERADICATION PROGRAM SURYANI BINTI DARHAM

1.0 PENGENALAN. 1.5 Berdasarkan keadaan semasa,

Informasi Teknik. : Semua pihak yang berkepentingan : Kampanye Inspeksi Terkonsentrasi oleh Paris MOU mengenai Maritime Labour Convention, 2006.

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

Corporate Strategies for Asia Pacific Companies in Dealing with Europe's Single-Integrated Market

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Critical Analysis on Barry Buzan s Interpretation of the English School: Perspective of Cosmopolitanism Theory in International Relations

Transcription:

Perkembangan Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di Malaysia: Realiti dan Cabaran Baru. Abdul Rahman Embong, Ketua Editor. 1998. Akademika 53 Akademika bilangan 53, Julai 1998 mempunyai erti istimewa. Selain memperingati ulangtahun ke-26 penubuhannya, Akademika melalui keluaran ini mengumumkan dengan lengkap dasar editorialnya dan penubuhan sebuah Lembaga Penasihat Antarabangsa yang terdiri daripada tokohtokoh ilmuan berwibawa dalam bidang masing-masing dari dalam dan luar negara. Langkah ini beserta beberapa langkah lain yang diambil oleh Lembaga Editorial yang baru adalah perlu bagi memastikan agar jurnal ini dapat memenuhi visinya sebagai sebuah penerbitan sains kemasyarakatan dan kemanusiaan yang berwibawa yang berpegang kepada piawai ilmiah yang ketat selaras dengan sifatnya sebagai sebuah jurnal antarabangsa. Masyarakat manusia pada akhir abad ke-20 kini sedang menghadapi pergolakan besar dan mengalami perubahan yang pesat dan mendalam. Bidang ilmu pula terus menerus berkembang. Untuk memainkan peranannya dengan lebih berkesan pada masa hadapan, Lembaga Editorial dan para penyumbang untuk Akademika perlu peka terhadap beberapa perkembangan penting, baik dalam bidang ilmu mahupun dalam masyarakat yang turut memberi dampak ke atas bidang ilmu. Di sini kami akan membuat ulasan ringkas mengenai beberapa perkembangan penting ini. Pertama, pertumbuhan prolifik pascamodenisma, pasca-marxisme, feminisme, teori pascakolonial, pengajian budaya dan aliran intelektual lain telah menimbulkan kekeliruan yang tidak sedikit di kalangan barisan ilmuan akademik konvensional. Oleh kerana aliran pemikiran baru ini tidak terkongkong dalam bingkai satu-satu disiplin, maka sempadan antara disiplin mulai cair, sehingga ia menyebabkan bercambahnya kecenderungan dan aktiviti lintas batas antara pelbagai disiplin. Percambahan yang rancak ini memberikan satu cabaran serius kepada perspektif teori konvensional atau tradisional dan kepada kebiasaan pendirian satu disiplin. Walau bagaimanapun, satu perdebatan yang bermakna di antara perspektif teori konvensional/ tradisional yang menjadi pegangan selama ini dengan aliran intelektual baru yang mencabar ini sedang berlaku. Perdebatan ini sepatutnya digalakkan kerana ia boleh melahirkan proses saling mengisi di antara kedua-duanya. Sementara kita tidak boleh menerima yang baru bulat-bulat tanpa sikap kritis, kita juga tidak boleh menjadi seperti petapa intelektual yang mempercayai kemurnian bidang ilmu sendiri dan bermati-matian mempertahankan monopoli ke atas `wilayah' ilmu itu, dan hanya melepaskan batuk di tangga terhadap pendekatan pelbagai disiplin. Kedua, beberapa perkembangan yang berlaku di luar wacana ilmiah bukan sahaja telah membawa dilema dan cabaran baru kepada kehidupan manusia dan hubungan antarabangsa, tetapi juga telah menguji parameter ilmu pengetahuan dan pengertian kita, dan menghadapkan kita dengan medan pertarungan intelektual yang baru. Perkembangan-perkembangan ini, khususnya peningkatan pemikiran neo-liberal di kalangan pemimpin politik dan peneraju dunia perniagaan serta penjelmaannya menjadi dasar pemerintah di serata dunia; peluasan kuasa pasaran dan proses globalisasi dengan pemampatan masa dan ruang; serta perkembangan pesat http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem53-1.htm (1 of 5)4/18/2012 4:17:06 PM

teknologi maklumat termasuk Internet, telah mencipta perbatasan baru, yang sebahagian besar daripadanya tidakpun diketahui. Sebagai contoh, krisis kewangan dan ekonomi di Asia kini, yang merupakan satu krisis global dengan pemicu serantau, secara jelas menunjukkan bukan sahaja ketidakupayaan pemerintah untuk menanganinya, tetapi juga ketidakupayaan disiplin-disiplin tradisional untuk menganalisis dan menafsirkan fenomena ini dengan memuaskan dan memberikan kepimpinan intelektual. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para iolmuan untuk membuat perenungan dan kritikan diri, dan dengan teliti mengkaji dan mengemukakan analisis tentang pelbagai proses yang sedang berlangsung supaya ia dapat dibahas di kalangan komuniti ilmuan, dan juga untuk menjadi rujukan para pembuat dasar dan orang awam. Proses-proses ini tidak dapat dihuraikan dengan sempurna dengan semata-mata bergantung kepada paradigma `lama' ataupun pada alat-alat analisis daripada satu disiplin sahaja. Ketiga, seiring dengan beberapa proses yang dibincangkan dalam perkara kedua di atas, satu aliran yang merimaskan telah muncul, yang sebahagianya dicetuskan oleh negara dan gerak kuasa pasaran, yang menuntut supaya ilmu pengetahuan bersifat utilitarian dan tunduk kepada kehendak pasaran. Konsep "kerelevanan" ilmu telah ditafsirkan secara sempit daripada sudut jangka pendek kepentingan pasaran. Aliran ini mengugat peranan institusi pendidikan, seperti universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, serta sebagai gedung budaya dan peradaban, yang misinya ialah untuk pendidikan manusia atau insan, dan bukan semata-mata untuk latihan pembangunan sumber manusia. Dalam masyarakat dunia yang secara berat sebelah menekankan kepentingan sains dan teknologi dan keunggulan kuasa pasaran, pelbagai bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains kemasyarakatan dan kemanyusiaan tulen, menghadapi tekanan hebat untuk mewajarkan kerelevanan masing-masing, sekalipun terdapat diktum yang sudah lama teruji bahawa disiplim soft atau tulen ini berperanan untuk pembinaan akal budi kemanusiaan yang halus. Berdasarkan perkembangan di atas, para sarjana sains kemasyarakatan dan kemanusiaan tidak harus bersikap nostalgik dan defensif. Kita perlu memandang ke hadapan, bersikap imaginatif dan inovatif. Kita perlu menyedari bahawa kuasa pasaran dipacu oleh kepentingan jangka pendek. Sementara itu negara pula yang bertindak balas terhaapnya sering mengubah posisinya terutamanya apabila ia berkonflik dengan kuasa pasaran, dengan yang satu cuba mendisiplin yang lain. Komuniti ilmuan, terutamanya mereka daripada disiplin yang dikatakan soft tersebut, perlu mengambil pandangan jangka panjang dalam perancangan akademik dan usaha intelektual mereka. Sementara penyesuaian perlu dilakukan dan fikiran yangketinggalan zaman dikikis, kita tidak boleh mentakrif semula `kerelevanan' disiplin kita daripada kacamata jangka pendek sematamata. Cita-cita yang tidak kunjung padam bagi pendidikan untuk pembangunan insan dan pembinaan akal budi kemanusiaan adalah pandangan jangka panjang yang seharusnya mendasari sebarang penyesuaian jangka pendek yang perlu dilakukan untuk tujuan menguasai kemahiran. Dengan kata lain, penguasaan kemahiran bagi pembangunan sumber harus dipadukan dengan pendidikan untuk membina insan dan penghalusan akal budi umat manusia itu sendiri. Ini menegaskan kerelevanan disiplin-disiplin tulen melampaui keterbatasan temposentrisme masa kini. http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem53-1.htm (2 of 5)4/18/2012 4:17:06 PM

Berdepan dengan senario di atas, Akademika perlu mengatur semula posisinya dan memberi tindak balas kepada cabaran-cabaran ini. Akademika bertekad untuk menjadi peserta aktif dalam perdebatan yang berterusan ini, dan akan membuka halamannya kepada para ilmuan Malaysia dan luar negarauntuk membuat sumbangan bermakna kepada pelbagai bidang ilmu pengetahuan dengan cara yang selaras dengan dasar editorial kami. Sama ada pelbagai esei yang muncul dalam halaman kami dari semasa ke semasa berjaya memperlihat semangat ini ter;ulanglah kepada para pembaca untuk menilainya. Walau apapun, kami tidak boleh disalahkan kerana mencuba. Dalam keluaran kali ini, kami mengetengahkan beberapa makalah. Shamsul A.B. melakukan sorotan yagn komprehensif mengenai perkembangan kajian Malaysia dan membincangkan secara analitis paradigma yang bersaing (kelas, etnik, budaya dan identiti) yang telah mencorakkan bentuk kajian Malaysia setakat ini; Syed Hussein Alatas membincangkan asas falsafah pendidikan umum, dan peri pentingnya pembinaan intelek; S.H. Heng membicarakan pasca-modenisme dan menggunakan alat analisisnya untuk meneliti fenomena Internet; Timo Kaartinen dalam kajian antropologi mengenai tradisi nyanyian rakyat Indonesia Timur dengan menggunakan analisis etnopuisi telah mengkritik hujah rekaan tradisi dan menganjurkan hujah ketulenan tradisi dan kekreatifan budaya tempatan; Rashila Ramli membincangkan peranan wanita dalam politik Malaysia daripada perspektif gender, dan Chin Yee Whah membicarakan interaksi antara budaya dan keusahawanan dalam perbincangannya tentang modenisasi perniagaan keluarga Cina di Malaysia. Kami yakin keputusan menjadikan Akademika sebagai saluran bagi wacana seperti di atas dan serentetan langkah lain yang kami ambil untuk melaksanakan dasar editorial jurnal ini adalah langkah penting bagi meningkatkan reputasinya dalam jangka panjang. Kami berharap langkahlangkah ini akan menyumbang kepada usaha murni untuk mendorong perkembangan sains kemasyarakatan dan kemanusiaan secara lebih teratur pada masa akan datang di Malaysia. The Development of the Social Sciences and Humanities in Malaysia: New Realities and Challenges The current volume of Akademika (Number 53, July 1998) is of special significance. Besides commemorating its twenty sixth anniversary, the journal through this issue announces a comprehensive editorial policy and the setting up of an International Advisory Board comprising renowned scholars in their respective fields from Malaysia and abroad. These measures together with a number of other initiatives taken by the new Editorial Board are necessary to ensure that the journal can realise its vision to be a reputable social science and humanities publication which upholds strict academic standards, in keeping with it being an international journal. Today, at the close the twentieth century, human societies are faced with major upheavals, and are going through rapid and profound changes. The corpus of knowledge also continues to proliferate. To ensure that Akademika can play its role more effectively in the future, its editors and contributors must be keenly sensitive to important developments in the various branches of knowledge, as well as to developments in human societies that impact upon the frontiers of http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem53-1.htm (3 of 5)4/18/2012 4:17:06 PM

knowledge. We shall comment briefly on some of these major developments. First, the prolific growth of post-modernism, post-marxism, feminism, post-colonial theory, cultural studies and other intellectual trends throws the conventional academic order into some confusion. Since these new intellectual pursuits are not confined within disciplinary monolith, boundaries-between disciplines begin to erode, leading to a proliferation of cross-boundary tendencies and activities. This factor poses a critical challenge to hitherto long-established conventional or traditional theoretical perspectives and to the habitual mould of the single discipline approach. Nevertheless, a meaningful debate between the received conventional/ traditional wisdom and the new intellectual upstarts has been underway. Such a debate, with possible cross-fertilisation, should be encouraged. Whilst we should not uncritically go overboard to embrace the new, neither should we become intellectual hermits believing in our own purity and claiming `territorial' monopoly, paying only lip service to the strength of multi-disciplinary approaches. Second, a number of developments extraneous to the domain of academic discourse, had not only posed new dilemmas and challenges to human life and international relations, but had also tested the parameters of our knowledge and understanding, and confronted us with new intellectual fault lines. These developments - viz. the upsurge in neo-liberal thinking among the political elite and captains of industry, and its translation into government policies the world over; the expansion of the market forces and the process of globalization with its attendant timespace compression; as well as the dramatic growth of information technology, including the Internet - have created new, and in many ways, unknown frontiers. For example, the current financial and economic turmoil in Asia - a global crisis with regional triggers - has thrown into sharp relief not only the incapacity of states to handle it, but also the incapacity of the traditional disciplines to analyse and interpret the phenomenon satisfactorily and provide intellectual leadership. Hence, the onus is on the acedemic community to engage in self-reflection and criticism, and regorously study and provide analyses of the various ongoing processes so that they can be debated within the academic fraternity and also serve as reference for policy-makers and the lay public. These processes cannot be explained adequately by simply relying on the `old paradigm or by merely clinging to the analytical tools of one single discipline. Third, related to the processes discussed in the preceding argument, a disturbing trend has emerged, sparked off in part by both the state and the market, which demand that knowledge should be utilitarian and subservient to the interest of the market. The concept of `relevance' has been narrowly defined to suit the short-termist market needs. Such a trend undermines the role of educational institutions, such as universities as a seat of higher learning, and a citadel of culture and civilisations, whose mission is the education of men (and women), and not merely for human resource development training. In a world society which one-sidedly emphasises the importance of science and technology and the omnipotence of the market, various branches of knowledge, namely the so-called soft social sciences and humanities, come under intense pressure to justify their relevance, despite the long tested dictum that these soft disciplines are for the refinements of humanity. http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem53-1.htm (4 of 5)4/18/2012 4:17:06 PM

In light of the above, social scientists and humanities scholars should not adobt a nostalgic and defensive stance. We need to be forward-looking, imaginative and innovative. We have to realise that markets are driven by short-termist interests, and states responding to market forces, often shift positions especially when they come into conflict with the latter, with each trying to discipline the other. The academic community, especially those in the soft disciplines, should take a long range view in their academic planning and intellectual pursuits. Whilst adjustment need to be made and out-moded thinking be discarded, we should not redefine our relevance in a short-termist manner. The never-ending quest for the education of men (and women) and the refining of humanity is the long range view that should underlie any short-term adjustments for human resource development. In other words, the acquisition of skills for resource development should be integrated with the overall education of men (and women) and the refinement of humanity. The relevance of the soft disciplines thus goes beyond the tempocentrism of the present. Given the above scenario, Akademika has to reposition itself and respond to these challenges. We are determined to be active participants in the ongoing debates, and will provide space for scholars - from Malaysia and abroad - to contribute meaningfully to the various branches of knowledge in a manner consistent with our editorial policy. Whether the various essays appearing from time to time in our columns succeed in reflecting this spirit is for the readers to judge. Nevertheless we cannot be faulted for trying. In the current volume, we present several essays. Shamsul A.B. does a comprehensive stock-taking of the development of Malaysian studies and discusses analytically the competing paradigms (class, ethinicity, culture and identity), which have shaped the contours of Malaysian studies thus far; Syed Hussein Alatas discusses the philosophical foundation of general education and the development of the intellect; S.H. Beng delves into post-modernism and uses its analytical tools to examine the Internet; Timo Kaartineen in his anthropological study of an East Indonesian folk song tradition by using ethnopoetics, criticises the invention of tradition thesis, and posits the notion of the authenticity and creativity of local culture; Rashila Ramli discusses women's role in Malaysian politics from a gender perspective; and Chin Yee Whah examines the interaction between culture and entreprenuership in his discussion of the modernisation of Chinese family business in Malaysia. We believe that our decision to make our journal, Akademika, a conduit for the above discourses, together with several other initiatives we have undertaken in pursuit of our editorial policy are important steps in enhancing the journal's reputation in the long term. These initiatives we hope will contribute to the noble efforts of promoting a more systematic growth of the social sciences and humanities in Malaysia in the coming years. http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem53-1.htm (5 of 5)4/18/2012 4:17:06 PM