Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

Similar documents
D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF DAN

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

Management Bhd dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

Yong Lai Ling (P) lwn Ng Seow Poe dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

UNDANG-UNDANG TANAH Diputuskan: [1]

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: DA-24NCVC /2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

UNDANG-UNDANG SYARIKAT

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

Possession - Exclusive possession. CRIMINAL LAW: Dangerous Drugs Act Section 39(B)(1)(a) - Knowledge, how inferred

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

BRG Polo Haus Sdn Bhd dan satu lagi lwn Blay International (M) Sdn Bhd dan lain-lain

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

Mok Yong Chuan v Mok Yong Kong & Anor

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

Malaysia Venture Capital Management Bhd v Teang Soo Thong & Anor

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BINDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: M-02(NCVC)(W) /2016

EMPLOYMENT APPLICATION FORM ABX CORPORATION SDN BHD ( V) & UTS GROUP OF COMPANIES

MALAYSIA IN HIGH COURT IN SABAH AND SARAWAK AT KOTA KINABALU BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR APPELLANT AND JUHINOL BIN LIMBUIS RESPONDENT

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B /2014

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH TINGGI (PINDAAN) 2011 RULES OF THE HIGH COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-12NCVC-7-01/2016 ANTARA

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM v PUBLIC PROSECUTOR

Kata kunci: Jenayah; Kanak-kanak; Keganasan; Kesalahan-kesalahan Seksual; Mahkamah.

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

Held (dismissing the appeal with costs) Per Abdul Hamid Mohamad FCJ (dissenting):

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] ANTARA SITI NOOR AISHAH BINTI ATAM DAN

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

NOTE: cercato con trustee e beneficiary. Print Request: Current Document: 36 Time Of Request: Monday, March 08, 2010 Send To:

KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017 LEGAL PROFESSION (DISCIPLINARY PROCEEDINGS) RULES 2017

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018 RULES OF COURT (AMENDMENT) 2018

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2011 RULES OF THE FEDERAL COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

1.0 KONSEP 2.0 MAKLUMAT KOMODITI. Seperti di Perkara 7 Jadual Pertama 3.0 BELIAN DAN JUALAN 3.1 HARGA BELIAN KOMODITI BANK

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

Transcription:

Page 1 Malayan Law Journal Unreported/2017/Volume/Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi - [2017] MLJU 1449-28 August 2017 [2017] MLJU 1449 Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) NORDIN HASSAN H GUAMAN SIVIL NO WA-22NCVC-668-12 TAHUN 2015 28 August 2017 Akbardeen (Akberdin & Co) bagi pihak plaintif. Wan Zafran bin Pawancheek (Wan Marican, Hamzah & Shaik) bagi pihak defendan-defendan. Baizura bt Kamal (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pencelah. Nordin Hassan H: ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pada 15.12.2015, berdasarkan permohonan ex-parte oleh Plaintif melalui Lampiran 4, Mahkamah Tinggi telah membenarkan perintah untuk injunksi interim dan pada 23.12.2015 mengeluarkan perintah ad-interim injunksi terhadap Defendan-Defendan. [2] Perintah Injunksi ini antara lain adalah seperti berikut : (iii) (iv) Menghalang Defendan-Defendan, agen atau wakil mereka dari memuatnaik, menyebarkan atau menerbitkan gambar peribadi, klip video peribadi, maklumat sulit syarikat dan maklumat sulit perniagaan Plaintif yang terkandung di dalam 6 buah telefon bimbit dan 1 unit USB 'Photofast 1-Flash Drive' milik Plaintif yang berada di dalam milikan Defendan Pertama. Menghalang Defendan-Defendan, agen atau wakil mereka dari memeras ugut, memaksa atau mengancam Plaintif untuk mendedahkan gambar-gambar dan klip video peribadi, maklumat syarikat dan perniagaan Plaintif yang terkandung dalam telefon-telefon bimbit dan USB tersebut. Menghalang Defendan-Defendan, agen atau wakil mereka dari menggodam, memuat-turun, memindahkan, menyalur atau membuat salinan kandungan telefon bimbit dan USB berkenaan kepada mana-mana alat elektronik yang lain. Menghalang Defendan-Defendan, agen atau wakil mereka dari memfitnah, mencemarkan dan menjatuhkan maruah, reputasi dan integriti Plaintif di khalayak umum serta mensabotaj, memusnahkan atau menjejaskan perniagaan Plaintif. [3] Plaintif juga memohon pemulangan 6 buah telefon bimbit dan 1 unit USB tersebut kepada Plaintif dan tindakan saman oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan ini juga antara lain adalah bagi pemulangan telefon-telefon bimbit dan USB berkenaan. [4] Walau bagaimana pun, atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini, Defendan Pertama telah mengemukakan telefon-telefon bimbit dan 1 unit USB tersebut kepada Mahkamah untuk simpanan Mahkamah sehingga penyelesaian kes perbicaraan Plaintif terhadap Defendan-Defendan.

Page 2 [5] Seterusnya, Defendan Ketiga dan Kelima melalui notis permohonan Lampiran 15 dan Defendan Pertama, Kedua dan Keempat melalui notis permohonan Lampiran 16 telah memohon untuk Mahkamah ini mengenepikan atau membatalkan perintah ex-parte bertarikh 15.12.2015 dan perintah ad interim pada 23.12.2015 terhadap Defendan-Defendan berkenaan. [6] Selain itu juga, melalui notis permohonan di Lampiran 100, Peguam Negara Malaysia dan Ketua Polis Negara telah memohon untuk menjadi Pencelah-Pencelah dalam kes tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. Latarbelakang Fakta [7] Fakta-fakta relevan dalam kes ini adalah seperti berikut : (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) Pada 8.7.2004, Plaintif dan Defendan Pertama telah berkahwin dan seterusnya mereka telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Walau bagaimana pun, pada sekitar tahun 2011, rumahtangga mereka mula bergolak kerana Plaintif dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dan terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. Plaintif juga telah mula bertindak kasar secara fizikal terhadap Defendan Pertama. Pada 3.10.2015, ketika Plaintif dan Defendan Pertama menunaikan umrah, Defendan Pertama telah membuka bag galas Plaintif di bilik tidur mereka dan menemui antara lain sebuah telefon bimbit dan 2 buah USB berwarna merah dan 1 unit USB 'Photofast 1-Flash Drive' 32 GB berwarna putih. Defendan Pertama mulanya telah melihat kandungan 2 USB berwarna merah tersebut dan apabila mendapati ianya hanya mengandungi maklumat perniagaan Plaintif, Defendan Pertama telah memasukkan semula 2 unit USB tersebut ke dalam bag galas berkenaan. Berhubung 1 unit USB berwarna putih berkenaan, Defendan Pertama juga telah membuka dan melihat kandungannya dan mendapati ianya mengandungi paparan audio visual aktiviti seks Plaintif dengan wanita lain dan aktiviti seks Plaintif dengan Defendan Pertama yang rakamannya adalah di luar pengetahuan Defendan Pertama. Kandungan USB ini juga ada memaparkan perbuatan seksual di luar tabie oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama dalam keadaan Defendan Pertama tidak sedarkan diri. Unit USB ini telah diambil oleh Defendan Pertama dan dibuat salinan ke dalam komputer riba peribadi Defendan Pertama. Selain itu, pembantu rumah Defendan Pertama ada menemui beberapa buah telefon bimbit dan diantaranya terdapat 5 buah telefon bimbit jenama iphone. Telefon bimbit jenama lain tidak diambil oleh Defendan Pertama tetapi hanya mengambil 5 telefon bimbit jenama iphone sahaja. Seterusnya, pada 22.11.2015, berlaku pergaduhan antara Plaintif dan Defendan Pertama di hadapan anak-anak, pembantu rumah dan pengawal keselamatan mereka. Dalam pergaduhan ini, Plaintif telah memukul dan menumbuk Defendan Pertama dan satu laporan polis, Sri Hartamas/100 1419/2015 telah dibuat oleh Defendan Pertama berhubung perkara ini. Disamping itu, pada 1.12.2015, Defendan Pertama telah mendapat satu, Perintah 'Interim Protection Order' (IPO) dari Majistret, yang menghalang Plaintif menggunakan keganasan terhadap Defendan Pertama dan anak-anak mereka. Defendan Pertama juga telah mengambil tindakan di Mahkamah Syariah untuk permohonan penceraian dan permohonan penjagaan anak. Selain itu, pada 29.12.2015 Defendan Pertama juga telah membuat satu laporan polis iaitu Sri Hartamas/1982/15 berhubung perbuatan seksual di luar tabie yang dilakukan oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama. Selanjutnya, pada 26.5.2017, Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini, telah memanggil semua pihak iaitu Plaintif, peguam Plaintif, Defendan Pertama dan peguam Defendan Pertama. Dalam perjumpaan ini, Plaintif mengesahkan kandungan video perbuatan seksual Plaintif iaitu dari kandungan USB Photofast - '1 Flash Drive' yang diambil dari bag galas Plaintif dan dibuat salinan dengan memuatnaik difail online dikenali sebagai 'Google Claud Drive.

Page 3 (xii) Dalam perjumpaan ini juga, Plaintif atas arahan Mahkamah telah memadamkan salinan klip video perbuatan seksual dan gambar-gambar seks berkenaan. Hujahan Pihak Defendan-Defendan Berhubung Lampiran 15 dan Lampiran 16 [8] Hujah pihak Defendan-Defendan antaranya adalah seperrti berikut : (iii) Pihak Plaintif semasa mendapatkan perintah ex-parte injunksi bertarikh 15.12.2015 dan perintah injunksi ad interim pada 23.12.2015 telah gagal mendedahkan fakta material iaitu 1 unit USB Photofast I-Flash Drive yang diambil oleh Defendan Pertama tersebut hanya mengandungi kegiatan seks Plaintif dan pasangannya dan tiada maklumat atau rahsia perniagaan Plaintif. Ini dihujahkan bertentangan dengan Aturan 29 Kaedah (1)(2A) kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Plaintif gagal menunjukkan bahawa Plaintif akan mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki (irreparable damage) sekiranya perintah ex-parte injunksi ini tidak diberikan. Plaintif gagal menyerahkan perintah interim injunksi tersebut kepada Defendan Pertama, Kedua dan Keempat dan ini dihujahkan bertentangan dengan Aturan 29, Kaedah 1(2BA) yang memerlukan perintah tersebut diserahkan dalam masa 7 hari dari tarikh perintah tersebut dibuat. Hujahan Pihak Plaintif Berhubung Lampiran 15 dan Lampiran 16 [9] Hujahan pihak Plaintif pula boleh dirumuskan seperti berikut : Defendan Pertama telah antara lain melakukan kesalahan mencuri terhadap telefon-telefon bimbit dan 1 unit USB milik Plaintif berkenaan. Oleh itu, Defendan-Defendan tiada hak di sisi undang-undang untuk mengenepikan perintah interim injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dihujahkan juga bahawa Defendan-Defendan telah diserahkan dengan perintah interim injunksi berkenaan oleh pihak Plaintif mengikut undang-undang. Keputusan Mahkamah Ini [10] Berhubung isu interim injunksi yang dipohon secara ex-parte, Aturan 29 Kaedah 1(2A) telah menggariskan pra syarat untuk menyatakan fakta yang jelas dan penting iaitu seperti berikut : "1.-- (1) An application for the grant of an injunction may be made by any party to a cause or matter before or after the trial of the cause or matter, whether or not a claim for the injunction was included in that party's originating process, counterclaim or third party notice, as the case may be. (2) Such application may be made by a notice of application supported by an affidavit and where the case is one of urgency, may be made ex-parte. (2A) The affidavit in support of an application made ex-parte must contain a clear and concise statement of - (a) the facts giving rise to the claim; (b) the facts giving rise to the application for interim injunction; (c) the facts relied on to justify the application ex-parte, including details of any notice given to the order party or, if notice has not been given, the reason for not giving notice; (d) any answer by the other party (or which he is likely to assert) to the claim or application; (e) any facts which may lead the Court not to grant the application ex-parte or at all; (f) any similar application made to another Judge, and the order made on that application; and

Page 4 (g) the precise relief sought.[#65533]? [11] Kehendak Aturan 29 Kaedah 1(2A) ini perlu dipatuhi secara tegas kerana ianya melibatkan perintah injunksi yang diperolehi secara ex-parte. Mahkamah Rayuan dalam kes Motor Sports International Ltd (Servants or Agents At Federal Territory of Labuan) & Ors v Delcont (M) Sdn Bhd [1996] 2 MLJ 605 menyatakan dengan tegas di mukasurat 611 seperti berikut : "...The provisions of O 29 r 2A were introduced by amendment in order to ensure that ex-parte injunctions of any sort were not granted willy-nilly, but only in cases where they were truly called for. In order to ensure that the policy behind the introduction of r 2A is not defeated, high courts must demand strict compliance with its terms.[#65533]? [12] Selain itu, terdapat banyak nas undang-undang yang menekankan keperluan untuk mendedahkan fakta material dalam permohonan ex-parte injunksi dan kegagalan mendedahkan fakta material sudah memadai untuk mengenepikan injunksi ex-parte berkenaan. [13] Hakim Hashim Yeop Sani dalam kes Sari Artists Filem Production Sdn Bhd v Malaysian Filem Industries Sdn Bhd [1974] 1 MLJ 123 di mukasurat 124 menjelaskan perkara ini dengan kata-kata berikut : "The granting of an injunction is a discretion of the court. It is essential that the party asking the court to exercise its discretion makes available to the court all facts which might be material for the consideration of the court before exercising its discretion. In Clifton v. Robinson, it was held that the fact that the plaintiff had forgotten the circumstance was no excuse for the suppression of a material fact in an application for an ex-parte injunction. In Hilton v Lord Granville, the Master of the Rolls (Lord Langdale) succinctly described the duty of the plaintiff when asking for an injunction; 'The rights asserted on the part of the plaintiff and of the defendant are legal rights; and the plaintiff, asking for the assistance of a Court of Equity to protect him from a violation of his alleged legal right, ought to shew that the right has been established, or that, having had no means of establishing it, but the right being prima facie well founded, the interference of this court is necessary, to prevent that species and extent of mischief, which this court calls irremediable, before the right can be established by legal proceedings. In this case, it appears that the plaintiff, personally, has not had any opportunity of establishing his right at law; and, therefore, the question is, what is the result of the evidence now adduced, as to the right which he claims, and as to the nature and extent of damage, with which he is threatened, if his claim of right appears to be well founded.' It was held that where a plaintif upon an application for an ex-parte injunction, suppresses material facts, the injunction will be dissolved on that ground alone.[#65533]? [14] Kembali kepada fakta kes ini, permohonan perintah injunksi secara ex-parte oleh Plaintif adalah berasaskan fakta bahawa telefon-telefon bimbit dan USB berkenaan mengandungi video peribadi, maklumat dan rahsia perdagangan syarikat Plaintif seperti dideposkan dalam affidavit sokongan Plaintif di perenggan 16 bertarikh 10.12.2015. [15] Mahkamah Tinggi seterusnya, setelah mempertimbangkan alasan-alasan ini telah mengeluarkan perintah injunksi interim tersebut. [16] Walau bagaimana pun, saya dapati satu fakta material dan penting yang tidak didedahkan oleh Plaintif

Page 5 dalam affidavit sokongannya yang difailkan untuk mendapatkan perintah injunksi tersebut adalah kandungan USB 'Photofast I-Flash Drive' tersebut mengandungi rakaman perlakuan seks luar tabie yang melibatkan Plaintif dan Defendan Pertama. Ini merupakan kesalahan di bawah seksyen 377A atau 377C Kanun Keseksaan. [17] Pentingnya fakta ini kerana ianya melibatkan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan fakta ini kemudiannya menjadi asas siasatan pihak polis apabila Defendan Pertama membuat laporan polis pada 29.12.2015 berhubung perlakuan seksual di luar tabie oleh Plaintif tersebut. Inferen munasabah yang dapat dibuat di sini adalah kegagalan Plaintif untuk mendedahkan fakta penting ini adalah untuk menyembunyikan kesalahan yang telah dilakukan oleh Plaintif. [18] Di sini, kegagalan Plaintif mendedahkan fakta material ini telah menyebabkan suatu perintah injunksi interim dikeluarkan oleh mahkamah berdasarkan fakta yang tidak lengkap dan sempurna. Tindakan Plaintif ini jelasnya bertentangan dengan kehendak Aturan 29 Kaedah 1(2A). [19] Selain itu, saya dapati kesan perintah injunksi tersebut akan menghalang Defendan Pertama sebagai pengadu dalam siasatan bagi kesalahan di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan untuk mengemukakan bahan bukti berhubung kandungan USB berkenaan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bagi membantu siasatan pihak polis. Ini pastinya bukan matlamat perintah injunksi tersebut dikeluarkan. [20] Berdasarkan huraian di atas, saya dapati perintah injunksi interim bertarikh 15.12.2015 dan perintah ad interim injunksi bertarikh 23.12.2015 berkenaan adalah tidak dapat dipertahankan. [21] Sehubungan itu, permohonan Defendan-Defendan melalui Lampiran 15 dan 16 adalah dibenarkan. Perintah injunksi interim bertarikh 15.12.2015 dan perintah ad interim injunksi bertarikh 23.12.2015 adalah dibatalkan. Kesannya juga, Lampiran 4 Plaintif adalah ditolak. [22] Berhubungan Lampiran 15, 16 dan Lampiran 4 ini juga Plaintif diperintahkan membayar kos keseluruhan iaitu RM8,000.00 kepada Defendan-Defendan. Kos adalah tertakluk kepada bayaran fi alokatur. Lampiran 100 [23] Lampiran 100 adalah notis permohonan oleh peguam Negara Malaysia dan Ketua Polis Negara untuk menjadi Pencelah-Pencelah dalam kes tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. [24] Undang-undang adalah jelas bahawa mahkamah mempunyai budibicara untuk membenarkan Pihak ketiga untuk menjadi Pencelah menurut Aturan 15 Kaedah 6 (2)(b), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [25] Walau bagaimana pun, bakal Pencelah-Pencelah perlu menunjukkan bahawa mereka mempunyai kepentingan dalam kes berkaitan dan kehadiran mereka sebagai pihak dalam kes berkenaan membolehkan mahkamah membuat keputusan yang menyeluruh, berkesan dan dengan adil. (Pegang Mining Co Ltd v Choong Sam [1969] 2 MLJ 52, PC, Sistem Penyuraian Trafik KL barat Sdn Bhd v Kenny Heights Development Sdn Bhd & Anor [2009] 3 MLJ 809). [26] Dalam kes ini, fakta menunjukkan rakaman perbuatan seksual luar tabie antara Plaintif dan Defendan Pertama ada di dalam USB yang dituntut oleh Plaintif ini. [27] Sehubungan itu, pihak polis yang menjalankan siasatan kes ini dan Peguam Negara yang akan menentukan sama ada pertuduhan akan dibuat atau sebaliknya melalui kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 376(1) Kanun Prosedur Jenayah mempunyai kepentingan terhadap bahan bukti iaitu USB tersebut dan kandungannya.

Page 6 [28] Kembali kepada fakta kes ini, salah satu tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah untuk mendapatkan semula 1 unit USB 'Photofast I-Flash Drive' milik Plaintif tersebut. [29] USB berkaitan kini adalah dalam kawalan dan milikan Mahkamah setelah perintah dikeluarkan kepada Defendan pertama untuk menyerahkannya kepada Mahkamah. [30] Fakta juga menunjukkan bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan berdasarkan satu laporan polis bertarikh 29.12.2015 yang dibuat oleh Defendan Pertama berhubung perbuatan seksual di luar tabie oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama tanpa kerelaannya. Ini jika dibuktikan merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan. [31] Kehadiran bakal-bakal Pencelah ini juga membantu Mahkamah mendapatkan fakta yang menyeluruh berhubung kes ini termasuk sebarang siasatan yang berkaitan atau keputusan pendakwaan yang diambil, jika ada. [32] Sehubungan itu, saya dapati Peguam Negara dan Ketua Polis Negara ini adalah pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan sebab yang istimewa untuk menjadi Pencelah-Pencelah dalam kes tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. [33] Justeru itu juga, permohonan Lampiran 100 adalah dibenarkan tanpa perintah kos.