UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MASYARAKAT SIVIL DAN PROSES PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA

Similar documents
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTROL PATTERNS AMONG MULTINATIONAL SUBSIDIARIES IN MALAYSIA RAJA NERINA BT. RAJA YUSOF GSM

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN ANTARA SOSIALISASI DENGAN BUDAYA POLITIK KELAS MENEGAH MELAYU DI SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

ABSTRAK. dengan urus tadbir. Kajian ini memeriksa kesan perubahan daripada mobilisasi parti

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LIBYA-UNITED STATES RELATIONS, MASAUD ALMAHDI M. ASSLLAMI FEM

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AN ECONOMIC ANALYSIS OF MONETARY POLICY IN FOUR ASEAN ECONOMIES

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

BERITA PSSM. PSSM: 2000(1) Untuk Ahli Sahaja Jan - Mac Berita PSSM 2000(1) 1 JAWATANKUASA KERJA PSSM, 2000/02 MATLAMAT PSSM

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MALAYSIAN WOMEN S AUTOBIOGRAPHIES AS A MULTIETHNIC LEGACY OF GENERATIVITY

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA VOTER VERIFICATION USING RUBIK'S CUBE MAJID JAVID MOAYED FSKTM

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WILLINGNESS TO PAY FOR TURTLE CONSERVATION AND THE FINANCIAL VIABILITY OF RANTAU ABANG TURTLE SANCTUARY, TERENGGANU

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ROLE OF THE NIGERIAN GOVERNMENT IN THE IMPLEMENTATION OF NEW PARTNERSHIP FOR AFRICA'S DEVELOPMENT OBJECTIVES ( )

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

Paradigma Sosialisme dan Demokrasi Sosial: Tony Benn, Tokoh Parti Buruh UK

1.0 PENDAHULUAN. A. Biasa. Kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45 ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS52 (Pensyarah Kanan) 1 ;

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

WELL-BEING AND ENHANCING FOOD SECURITY: MEASURING WHAT MATTERS TO AGRICULTURAL COMMUNITIES

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

The Attendance of Independent Candidates in Local Head Election as a Effort to Improvement The Government System

JOHORE BAR Annual Dinner & DANCE at Mutiara hotel on 26 th February 2011

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

APLIKASI MODEL RUANGAN DALAM KAJIAN CORAK PENGUNDIAN DI WILAYAH UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2011 RULES OF THE FEDERAL COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH TINGGI (PINDAAN) 2011 RULES OF THE HIGH COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

KONSENSUS MELALUI PERANAN KETUA KAUM DALAM JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (JPK) 1948.

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERCEPTION OF RURAL COMMUNITY ON THE EFFECTIVENESS OF MICROFINANCE IN POVERTY ERADICATION PROGRAM SURYANI BINTI DARHAM

Skim. Ibadah Korban. Korban Ritual Scheme

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

Edisi Khas. Malaysia Memilih Pilihan Raya Tanpa Demokrasi: Suatu Tinjauan dari Jendela Sejarah

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONVERGENCE OF INCOME IN ASIAN COUNTRIES LEE HOCK ANN FEP

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

Perkembangan Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di Malaysia: Realiti dan Cabaran Baru. Abdul Rahman Embong, Ketua Editor

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

Analisis Perbahasan Zizek dan Laclau Soal Faham Sejarah dan Perubahan Masyarakat

KEMANUSIAAN Vol. 18, No. 2, (2011), BOOK REVIEW

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR SKILL, TRADE STRUCTURE AND COMPARATIVE ADVANTAGE OF MALAYSIA'S MANUFACTURING INDUSTRIES,

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MASYARAKAT SIVIL DAN PROSES PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA MD. SALLEH BIN MD. SAID FEM 2012 24

MASYARAKAT SIVIL DAN PROSES PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA Oleh MD. SALLEH BIN MD. SAID Tesis ini dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah November 2012

ii ABSTRAK TESIS YANG DIKEMUKAKAN KEPADA SENAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN UNTUK IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MASYARAKAT SIVIL DAN PROSES PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA Pengerusi: Prof. Jayum A. Jawan, PhD Fakulti: Ekologi Manusia Oleh MD. SALLEH MD. SAID November 2012 Tesis ini mengkaji fenomena protes masyarakat sivil di Malaysia dan impaknya ke atas proses pendemokrasian. Data primer tesis ini dikutip melalui temu bual mendalam dengan informan autoritatif, manakala data sekunder pula diperoleh melalui buku, jurnal, akhbar dan hasil kajian sarjana lepas. Bagi memandu tesis ini, kerangka konsepsual masyarakat sivil dan proses pendemokrasian digunakan. masyarakat sivil turut mendorong proses pendemokrasian di Malaysia. Hipotesis kajian ini ialah Hasil kajian mendapati empat hal. Pertama, protes masyarakat sivil berlaku sejak zaman penjajahan lagi, terutamanya ketika British memperkenalkan gagasan Malayan Union. Dapatan ini berbeza dengan kesimpulan sarjana lepas yang menyatakan protes masyarakat sivil mula berlaku semasa Dr. Mahathir berkuasa. Kedua, protes masyarakat sivil yang muncul pada zaman selepas kemerdekaan adalah disebabkan oleh isu-isu sejagat seperti rasa tidak puas hati rakyat akibat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan, pencabulan kepada sistem kehakiman dan hak asasi rakyat dan sekatan ke atas kebebasan media. Dapatan ini berbeza dari kajian sebelum ini yang menghujah politik perkauman dan layanan tidak adil kepada kaum bukan Melayu adalah faktor utama berlakunya protes masyarakat sivil.

iii Ketiga, kaedah yang dilakukan oleh kumpulan masyarakat sivil untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah dengan dua cara, iaitu protes politik luar ruangan dan protes politik dalam ruangan. Kajian ini mendapati protes politik cara kedua jauh lebih berkesan berbanding kaedah pertama, khususnya pada saat berlakunya krisis kewangan tahun 1998 sehingga kini. Ini kerana berkembangnya media internet (ICT) yang dapat mengelakkan sekatan kerajaan ke atas media konvensional. Keempat, protes yang dilakukan tanpa kenal letih oleh masyarakat sivil dan parti pembangkang belum mencapai mana-mana tahap pendemokrasian Huntington, baik itu transformation, replacement mahupun transplacement. Ini kerana rejim berjaya mengawal perut rakyat melalui pelbagai pendekatan seperti coercive administrative approach pada zaman Dr Mahathir, cultural re-orientation approach pada zaman Abdullah Badawi dan economic reorientation approach pada zaman Najib. Dengan penemuan tersebut, tesis ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik dari satu aspek, iaitu proses pendemokrasian yang dilakukan oleh kumpulan masyarakat sivil di Malaysia adalah bersifat gradual dan tidak serta mertanya berjaya. Ini kerana terdapat hubungan tolak ansur antara negara dan masyarakat sivil; negara berusaha untuk mendominasi (juga menghegemoni) kumpulan masyarakat sivil, sebaliknya kumpulan tersebut cuba memaksa negara untuk melakukan kompromi dan menerima tuntutan mereka agar wujudnya demokrasi.

iv ABSTRACT OF THESIS PRESENTED TO THE SENATE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IN FULFILMENT OF THE REQUIREMENT FOR THE DEGREE OF DOCTOR OF PHILOSOPHY CIVIL SOCIETY AND THE DEMOCRATIZATION PROCESS IN MALAYSIA Chairman: Prof. Jayum A. Jawan, PhD Faculty: Human Ecology By MD. SALLEH MD. SAID November 2012 This thesis examines the phenomenon of civil society protests in Malaysia and its impact upon the democratization process. The primary data was collected through in-depth interviews with authoritative informants, while secondary data was obtained from books, journals, newspapers and past studies. The conceptual framework used in this study is civil society and democratization process. The hypothesis of this study states that civil society contributes to the democratization process in Malaysia. There are four main findings of the study. First, civil society protests in Malaysia started since colonial times, especially when the British introduced the Malayan Union. This findings differs from conclusion of previous scholars who argued that civil society protests had first occured when Dr. Mahathir was in power. Second, the emergence of civil society protest after Independence was due to universal issues such as the dissatisfaction of the people against government s abuse of power, violation of the judicial system and the people's liberties and restrictions on freedom of the media. This finding differs from previous studies which had argued that racism and unfair treatment of the non-malays were the main factors that had caused the protests by the civil society. Third, there are two methods

v used by civil society groups to express their dissatisfaction, namely political protest from outside and political protest from within. This study found that political protests from within is far more effective than the first method, especially when the financial crisis occurred in 1998. This has been made possible by the development of internet technology (ICT) that circumvent government control over the conventional media. Fourth, the untiring protests by civil society and opposition parties still cannot attain Huntington s democratization level, be it transformation, replacement or transplacement. This is because the regime managed to control the 'stomach of the people' through a variety of approaches such as administrative coercive approach during Dr Mahathir regime, cultural re-orientation approach during Abdullah Badawi's era and economic reorientation approach during Najib s prime ministersip. With these findings, this study contributes to the wealth of political knowledge from one aspect, the fruits of democratization attained by civil society groups in Malaysia are largely gradual and not immediate. This is because there is a relationship of compromise between the state and civil society. While the state tries to dominate (and also hegemonize) civil society groups, the latter also tries to force the state to make compromises and accept their demands for democratization.

vi PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, dengan izin, restu, rahmat, kurnia, dan limpah rezeki-nyalah, saya dapat menyiapkan juga kajian ini. Pun begitu, patut diakui, tidaklah mudah bagi saya menyelesaikan tesis ini kerana harus menempuh pengembaraan intelektual yang penuh dengan cabaran dan adakalanya juga bertembung dengan kesukaran untuk menjawab permasalahan dalam tesis ini. Walau bagaimanapun, banyak bantuan yang saya terima dalam usaha saya menyelesaikan penyelidikan ini menjadi magnum opus yang tinggi hasilnya. Oleh itu, saya hendak mengucapkan terima kasih pada banyak pihak dan ramai orang yang sama ada secara langsung mahupun tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan penyelidikan ini. Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada bonda yang anaknda selalu minta doanya untuk mampu menyelesaikan tesis ini. Begitu juga, Allahyarham ayahnda yang sebenarnya ingin juga menyaksikan kejayaan anaknda mencapai tingkat pendidikan tertinggi ini. Tentunya tanpa keikhlasan bonda dan ayahnda mengenalkan anaknda pada ilmu dengan mengajari anaknda untuk mengenal huruf membaca dan menulis dulunya, anaknda tidak mungkin dapat mencapai darjah pendidikan Doktor Falsafah ini. Sujud takzim dan kasih yang tidak terhingga anaknda pada jasa budi ayahbonda berdua. Jerih payah bonda dan ayahnda mendidik dan membesarkan anaknda tidak akan mungkin dapat dibalas. Sekali lagi, terima kasih bonda dan ayahnda atas doa restunya mendorong anaknda menjadi menjadi anak yang berguna bagi orang tua, agama, nusa dan bangsa. Kedua, saya ingin memanjangkan rasa penghargaan ini kepada isteri, Datin Seri Hajah Raya Erom yang banyak berkorban dan sentiasa berdoa untuk kejayaan ini. Beliau sering mengingatkan saya tentang kajian ini yang perlu disiapkan pada waktunya. Sikap beliau yang mendorong dan sikap anak-anak Mohd Syarulnizam, Syazeera, Hafeez dan Syeera yang sering bertanya bila saya akan menamatkan pengajian ini membuatkan saya begitu bertekad untuk melakukan kajian ini secara yang terbaik. Saya akui tanpa mereka yang sering mendorong dan bertindak sebagai sumber inspirasi, kajian ini tidak akan dapat disiapkan seperti mana sepatutnya. Ketiga, dari lubuk hati yang paling dalam, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyelia saya, Prof. Dr. Jayum Jawan, Prof. Madya Dr Zaid Ahmad dan Dr Ahmad Tarmizi Talib atas tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihatnya yang begitu berguna bagi penerokaan perjalanan akademik saya. Perbincangan dengan mereka selalu inspiratif dan memberi ilham. Saya merasa beruntung mendapat penyelia yang sekali gus berperanan sebagai rakan berbincang dan banyak memberi kritikan konstruktif tentang bagaimana mengolah fakta, data dan peristiwa serta memperkukuhkan dan mematangkan hujah. Harus saya akui, pada awalnya saya berasa terbebani dengan teguran dan kritikan mereka, namun pada akhirnya saya menyedari bahawa komen-komen tersebut sangat bernilai harganya. Rasanya, saya tidak akan mampu untuk membalas kembali semua

vii curahan ilmu, tunjuk ajar dan perhatian, hingga ke akhir hayat. Dan selepas menyelesaikan penulisan ini, barulah saya sedar bahawa seorang Penyelia yang baik itu bukan sahaja setakat menjadi seorang mahaguru, tetapi juga seorang pendorong dan seorang pemimpin. Keempat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti politik USNO dan UMNO serta penduduk Kota Belud khasnya dan Sabah amnya kerana telah mengenalkan saya kepada politik. Kesemua di atas adalah makmal politik praktik saya. Tanpa kesempatan dan sokongan yang diberikan oleh parti dan juga penyokong saya, tentunya sukar untuk saya meneroka penyelidikan ini secara mendalam. Ini kerana dengan pengalaman yang saya kutip tadi, ia memudahkan saya meneliti, memahami dan menjiwai aspirasi masyarakat bawah tentang pendemokrasian, sekali gus menjadikan penyelidikan ini suatu pengalaman yang walaupun payah, tetapi menyeronokkan. Saya harus akui parti dan daerah tempat saya mengenali dan bermain politik di Kota Belud dan Sabah adalah pembakar obor kepada saya untuk terus gigih menyiapkan penyelidikan kajian ini. Saya selalu menganggap kepercayaan yang diberikan itu sebagai amanah yang harus saya pikul dan junjung. Saya nekad menjaga amanah itu kerana saya tahu kejayaan tidak datang dengan sendiri tanpa usaha, seperti mana juga kata Huntington, demokrasi tidak datang dengan sendiri tetapi harus diperjuangkan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ini saya rakamkan kepada seluruh pimpinan (UPM), bermula daripada Dekan Sekolah Pengajian Siswazah dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia yang telah memberikan kesempatan kepada saya untuk menempoh dan merajut untaian ilmu di kampus ini. Sebuah penghargaan yang tidak dapat diucapkan kerana dapat belajar di kampus yang sangat kondusif dengan pelbagai kemudahan yang menyokong serta mutu penyeliaan yang sangat memuaskan hati. Begitu juga dengan informan yang sudi ditemu bual, sama ada yang langsung mahupun tidak yang nama mereka telah saya nyatakan dalam Senarai Rujukan saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan mohon maaf kerana tidak menyebutnya satu per satu di sini kerana senarainya yang terlalu panjang yang telah meminjamkan keratan akhbar, majalah dan jurnal lama bagi penyempurnaan tesis ini. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan politik, NGO dan akademik yang telah tulus memberi saranan, cadangan, dan dorongan untuk menyelesaikan kajian ini. Walaupun ramai orang yang terlibat dalam menyumbangkan kepada kejayaan usaha saya untuk menyiapkan kajian ini, sekiranya terdapat kelemahan, maka saya terima kelemahan tersebut sebagai kekurangan dari saya sendiri. Allah maha mengetahui! MD. SALLEH MD. SAID No. 4, Lorong Likas Desa Ria 89400 Kota Kinabalu SABAH

viii Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa pada 7 November 2012 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Md. Salleh b. Md. Said untuk menilai tesis Doktor Falsafah beliau yang bertajuk Masyarakat Sivil dan Proses Pendemokrasian di Malaysia mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Perlembagaan Pertanian Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1998. Jawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah Doktor Falsafah. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut: Norbaya binti Ahmad, PhD Prof. Madya Fakulti Ekologi Manusia (Pengerusi) Sharifah Norazizan binti Syed Abd. Rashid, PhD Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia (Pemeriksa Dalam) Amaludin bin Ab. Rahman, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia (Pemeriksa Dalam) Abdul Rahman bin Abdul Aziz, PhD Profesor Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia (Pemeriksa Luar) SEOW HENG FONG, PhD Profesor/Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Tarikh: 22 November 2012

ix Tesis ini diserahkan kepada Senat dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Anggota Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut: Prof. Jayum Anak Jawan, PhD Profesor Fakulti Ekologi Manusia (Pengerusi) Prof. Madya Zaid Ahmad, PhD Prof. Madya Fakulti Ekologi Manusia (Ahli) Ahmad Tarmizi Talib, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Univesiti Putra Malaysia (Ahli) BUJANG BIN KIM HUAT Profesor/Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Tarikh:

x PERAKUAN Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini dan tidak dimajukan serentak dengan ini untuk ijazah lain sama ada di atau institusi lain. MD. SALLEH MD. SAID Tarikh: 7 November 2012

xi ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN SENARAI JADUAL BAB KANDUNGAN Halaman I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian 8 1.3 Tujuan Kajian 15 1.4 Skop Kajian 18 1.5 Sorotan Literatur 22 1.5.1 Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian di Negara Maju 23 1.5.2 Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian di Negara 31 Sedang Membangun 1.5.3 Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian di Malaysia 42 1.6 Kaedah Penyelidikan 51 1.7 Organisasi Penulisan 56 II KERANGKA KONSEPSUAL: MASYARAKAT SIVIL DAN PENDEMOKRASIAN 60 2.1 Pengenalan 60 2.2 Suara Dari Bawah: Analisis Konsep Masyarakat Sivil 61 2.3 Konsep Demokrasi dan Pendemokrasian 76 2.4 Hubungan Antara Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian 93 2.5 Kerangka Kajian 102 2.6 Rumusan 108 ii iv vi viii x xi xiii xv III KEMUNCULAN AWAL PROTES POLITIK DI MALAYSIA: DARI MALAYAN UNION KE DASAR EKONOMI BARU 111 3.1 Pengenalan 111 3.2 Protes Rakyat Terhadap Malayan Union dan Kemerdekaan 113 Tanah Melayu 3.3 Protes Politik dan Rusuhan Kaum 1969 123 3.4 Dasar Ekonomi Baru dan Hegemoni UMNO 139 3.5 Strategi Depolitisasi Kerajaan dan Protes Masyarakat Sivil 155 3.6 Rumusan 164

xii IV AUTORITARIANISME MAHATHIR DAN PROTES POLITIK DI MALAYSIA 166 4.1 Pengenalan 166 4.2 Dinamika Protes Politik pada Zaman Awal Pemerintahan Mahathir 168 4.3 Persaingan Politik Dalam UMNO dan Autoritarianisme Mahathir 189 4.4 Krisis Kewangan 1997 dan Tercabarnya Hegemoni Mahathir 217 4.5 Rumusan 230 V PERGESERAN POLITIK DI MALAYSIA: DARI REFORMASI KE PILIHAN RAYA UMUM 1999 232 5.1 Pengenalan 232 5.2 Politik Anwar Ibrahim: Dari Menteri ke Tirai Besi 233 5.3 Peranan Masyarakat Sivil dan Protes Politik Era Reformasi 241 5.4 Gerakan Reformasi dan dan Impaknya Ke Atas Pendemokrasian 262 Politik Malaysia 5.5 Rumusan 278 VI MASYARAKAT SIVIL DAN PROSES PENDEMOKRASIAN: DARI ZAMAN ABDULLAH BADAWI KE NAJIB RAZAK 281 6.1 Pengenalan 281 6.2 Politik Malaysia Di Zaman Abdullah Badawi dan PRU 2004 282 6.3 Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian Politik Malaysia 297 di Bawah Abdullah Badawi 6.4 Masyarakat Sivil dan Pendemokrasian di Malaysia Pasca PRU 2008 317 6.5 Pendemokrasian Politik Malaysia di Bawah Pemerintahan Najib 331 6.6 Rumusan 339 VII KESIMPULAN 343 7.1 Pengenalan 343 7.2 Sumbangan Akademik Kajian Ini: Masyarakat Sivil dan 344 Pendemokrasian Politik Malaysia 7.3 Pendemokrasian Malaysia dan Saranan Penyelidikan Seterusnya 365 RUJUKAN 369 BIODATA PELAJAR