Analisis Perbahasan Zizek dan Laclau Soal Faham Sejarah dan Perubahan Masyarakat

Similar documents
A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

Paradigma Sosialisme dan Demokrasi Sosial: Tony Benn, Tokoh Parti Buruh UK

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

ANALYSIS ON POLITICAL SPEECH OF SUSILO BAMBANG YUDHOYONO: COMMON SENSE ASSUMPTION AND IDEOLOGY

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

KONSENSUS MELALUI PERANAN KETUA KAUM DALAM JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (JPK) 1948.

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

THE TERRITORIAL TRAP AND THE PROBLEM OF NON- TERRITORIALIZED GROUPS

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MALAYSIAN WOMEN S AUTOBIOGRAPHIES AS A MULTIETHNIC LEGACY OF GENERATIVITY

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTROL PATTERNS AMONG MULTINATIONAL SUBSIDIARIES IN MALAYSIA RAJA NERINA BT. RAJA YUSOF GSM

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

WELL-BEING AND ENHANCING FOOD SECURITY: MEASURING WHAT MATTERS TO AGRICULTURAL COMMUNITIES

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

KOMUNIKASI POLITIK: STRATEGI KEMPEN CALON PILIHAN RAYA ABSTRAK

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

Management Bhd dan lain-lain

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

ILANGOVAN KRISHNAN v. SHIYA SDN BHD

Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik Dan Model Perangsaraf Media

UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PERCEPTION AND ATTITUDE OF MIDDLE EAST TOURISTS TOWARDS TRAVEL IN KUALA LUMPUR MEHRNAZ SADEGHPOUR. A thesis submitted in fulfillment of the

CIMB Bank HP Slate 21 Redemption Order Form

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

DOKTRIN BUSH: SATU ANALISIS HEGEMONI BERIDEOLOGI GRAMSCI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONVERGENCE OF INCOME IN ASIAN COUNTRIES LEE HOCK ANN FEP

Transcription:

seminar falsafah malaysia iii institut penyelidikan anwar ibrahim 8 & 9 ogos 2015 Analisis Perbahasan Zizek dan Laclau Soal Faham Sejarah dan Perubahan Masyarakat imran rashid 1 Pendahuluan Makalah ini bertujuan untuk cuba menganalisis perbahasan teoretikal dua filasuf marxisme kontemporari yang cukup tersohor: Slavoj Zizek dan Ernesto Laclau, tentang peranan sejarah dan ruang transformasi sosial. Pendekatan Laclau yang bertemakan Logic of Contingency dan historisisme manakala pegangan Zizek yang masih lagi dalam legar Marxis ortodoks yang mahu mengekalkan pertentangan kelas dan Ahistorical Motor of History menjadikan pertembungan antara kedua figura ini sebagai satu pertembungan yang sangat kontras. Lebih menarik lagi ialah bukan sahaja keduanya bertaut rapat dan mempasakkan hujah mereka menggunakan tradisi idea yang sama: Psikoanalisis Lacan, malah tema-tema seputar perbahasan mereka juga menyentuh isu-isu besar dalam falsafah, misalnya soal Determinism vs Invidualism, Objectivisme vs Subjectivisme. Makalah ini dapatlah dibahagikan kepada lima bahagian Utama dan isi hujah lebih tertumpu pada respons Zizek ke atas Laclau. Makalah ini juga akan cuba berhujah bahawa merit perbahasan kedua tokoh ini jelas lebih menyebelahi sudut pandang Zizek.

60 seminar falsafah malaysia iii 2 Laclau dan Teori Sejarah Pasca Struktualis Laclau dan Mouffe mengambil pendekatan berbeza dengan tradisi pemikiran Marxis ortodoks apabila mengolak fungsi ideologi yang terikat hanya kepada fungsi perbezaan kelas sahaja. Sebaliknya kelas adalah..., maka perjalanan sejarah harus merentasi pelbagai jenis kumpulan yang tidak berakarkan definisi ekonomi, kerana mereka juga berpotensi mempunyai sifat politikal. Bagi Laclau dan Mouffe, logic of necessity (yakni seharus ada base yang menjadi dasar kepada perubahan masyarakat) seharusnya diabaikan dan digantikan dengan rumus Gramsci, yakni Logic of Contingency. Di sinilah titik tembung antara Zizek dan Laclau. Logic of Contigency ini berakar dari idea wacana yang dibawa dan dikembangkan oleh Laclau sendiri. Laclau berhujah dari kerangka pasca strukturalisme, yang melihat setiap makna bagi sesuatu penanda (signifiers) tidak pernah tetap dan statik. Sebaliknya beliau melihat penanda adalah hasil negosiasi yang berterusan dan sentiasa diperbaharui dalam setiap language game yang wujud. Hal ini juga menyebabkan identiti dan hegemoni yang sedia ada tidak pernah stabil, sentiasa dinamik serta mempunyai pembukaan yang bisa mengubah relasi sosial mengikut konteks sejarah. Dalam merumuskan ide bagaimana pembentukan hegemoni dan subjek boleh berlaku Laclau meletakkan konsep Artikulasi (Articulation) sebagai batu asas bagi sifat sesebuah wacana. Apa yang beliau maksudkan sebagai artikulasi ialah A type of discursive practice that turns diverse elements into moments in a discursive totality whose identities thus get modified. Dalam erti kata lain, setiap elemen/penanda (cth: kaum, jantina, bangsa) adalah berhubung kait secara terus dengan praktis artikulasi yang berlaku dalam sesebuah wacana. Dalam proses Artikulasi, sebarang elemen yang mutually contradictory discursive surfaces hanya dileraikan melalui negosiasi yang berlaku antara setiap agen yang terlibat sehinggalah terhasilnya satu hegemoni dalam sesebuah wacana. Kesinambungan daripada ini beberapa konklusi daripada kita zahirkan sebagai tesis utama dalam pemikiran Laclau. Pertamanya sesuatu wacana muncul sebagai hasil ketetapan-separa (partial fixation) makna surplus yang berlaku dalam legar diskursif. Maksudnya posisi hegemonik sesebuah wacana tidak pernah tertutup dan makna dalam sesebuah wacana juga tidak boleh dan tidak akan tetap. Ianya hanyalah cebisan imaginasi kumpulan hegemonis yang merasakan

9. imran rashid 61 mereka sudah sampai pada pemahaman yang tetap dan kekal. Keduanya Penanda (Signifier) dan Yang-Ditanda (Signified) juga tidak pernah mempunyai ikatan yang tetap. Oleh sebab itu Laclau dan Mouffe kebanyakannya menggunakan terma Floating Signifiers apabila berbicara tentang Signfiers secara umum kerana sifatnya itu sendiri yang terapung. Namun persoalan mula timbul, sekiranya Penanda dan Yang- Ditanda itu sentiasa tidak tetap, apakah yang menyebabkan sesuatu Penanda itu menjadi tanda kepada yang-ditanda dalam sesebuah wacana. Dalam erti kata lain sekiranya makna manusia itu terdiri daripada pelbagai makna yang mungkin bagaimanakah ia disatukan di bawah satu/pelbagai penanda: manusia? Pada aras ini Laclau meminjam ide psikoanalis Lacan, bagi menghuraikan persoalan ini. Dalam konteks ini terma Nodal Point, atau Titik Lokasi diperkenalkan bagi mengikat (secara tidak tetap) chain of signifiers pada penanda. Dalam maksud lain, untuk menjadikan sesuatu makna itu berlegar sekitar Titik Lokasi itu perlunya berlaku hegemoni ke atas maksud Penanda itu sendiri. Kesinambungan daripada perkara ini, the sites of hegemonic struggle atau ruang berlakunya pertarungan dan pertembungan bagi memperoleh hegemoni adalah sekitar Nodal Point itu juga sendiri. Here, the specificity of that nodal point has to do with its degree of organising other signifiers, which constitutes the core of the discursive formation keeping the hegemonic force of the hegemony. Nonetheless, it is certain that such a partial fixation of the meaning of the signifier by the aid of a particular nodal point is far from being a total fixation, and so the incomplete as well as undecidable character of the signifier appears at that point. As the meaning has been partly fixed by a hegemonic force, another hegemonic force challenging the current one may intervene in the process and lead to a different relative fixation of the signifier by the help of a distinct nodal point. Sifat Wacana yang terbuka, dinamik dan tidak mempunyai keupayaan untuk membenarkan mana-mana hegemoni kekal statik menjadi batu asas kritikan Laclau ke atas kebanyakan pemikir dari tradisi Marxis yang menanggapi sejarah sebagai proses perubahan yang berdasarkan perubahan Mod Pengeluaran sehingga berakhir pada sebuah utopia: Masyarakat komunis tanpa kelas di seluruh pelosok dunia. Sebaliknya, berdasarkan faham wacana yang sifatnya tidak ada langsung ruang ketetapan, sejarah berjalan atas sifat Contigency dan buka dengan faham Moden seperti apa yang

62 seminar falsafah malaysia iii kebanyakan para Marxis impikan. Uzuner merumuskan seperti berikut: In this sense, the philosophy of history endorsed by Marxism, which can surely be viewed as a member of the modernist front, and its logical categories remains inadequate in grasping this contingency. As Laclau reveals, the so-called causal and progressive historical succession is interrupted by hegemonic projects; what is achieved by the hegemonic form of politics is the suturing of the relationship between task and agent (1990: 95-96). This suture, he continues, is produced in the field of insurmountable relations of dislocation16 and we can only attribute a character of inscription to the suture (1990: 95-96). To put it more clearly, in each and every hegemonic project, the signification process gets renewed, and in this regard the social identities and all other products of floating signifiers come to be redefined in accordance with the new nodal points held by that hegemonic project. Namun, seperti yang ditekan sebelum tiada hegemoni yang mampu mencapai ketetapan makna yang menyeluruh. Keterikatan antara Penanda dan Yang-Ditanda sentiasa mempunyai jurang yang tidak boleh ditutup. Hal ini dijelaskan oleh Laclau dengan sekali lagi meminjam idea Lacan. Menurut Lacan, subjek adalah subjek yang lack, yang tidak berupaya mencapai kepenuhan apabila mula merangkak masuk ke dalam dimensi simbolik. Kesimpulan dari ide Lacan ini Laclau mendakwa projek hegemoni juga mempunyai terperangkap dengan kategori Lack yang sama. Sifat Lack ini yang memberi gerak dalam proses hegemoni kerana tanpa jurang yang wujud dalam subjek (kegagalan menjadi menyeluruh Wholeness) maka setiap Penanda dan Yang-Ditanda menjadi satu, dan ketetapan bagi setiap makna dalam wacana menjadi kekal dan mutlak! 3 Zizek, Historisisme vs Historicity Berbeza dengan pendekatan Logic of Contigency Laclau yang melihat wacana dan perjalanan sejarah dari perspektif historisisme, Zizek menegaskan bahawa dalam setiap babak sejarah wujudnya satu motor yang sifatnya Universal dan Ahistorical dalam memberi gerak pada perjalanan sesuatu peristiwa. Namun beliau berbeza daripada sebahagian tradisi ortodoks Marxis yang menanggap gerak

9. imran rashid 63 atur sejarah adalah deterministik dan linear. Zizek akur dengan sebahagian kritikan Laclau ke atas pendekatan Deterministic ini, namun beliau tidak bersedia mendefinisikan Subjek seperti mana naratif yang dibawa Laclau. Bagi mengelakkan dari terperangkap antara legar Deterministic dan Logik Contigency/Historicism, beliau memperkenalkan metod Historicity yang berpusat pada konsep The Act. Umumnya pandangan Zizek tentang sejarah dan ontologi politik banyak dikutip daripada Walter Benjamin. Menurut Benjamin, adalah benar bahawa orang yang menang yang menulis sejarah, seterusnya mempersetujui tesis historisisme yang melihat naratif sejarah adalah produk hubungan kuasa-pengetahuan. Namun beliau turut mengingatkan juga bahawa sejarah juga mempunyai potensi untuk bangkit semula kepada suatu naratif yang baru dari tapak naratif yang dipinggirkan oleh permainan kuasa sendiri. Dalam erti kata lain, sungguhpun naratif sejarah hari ini adalah hasil daripada hegemoni dan permainan kuasa-pengetahuan dalam sesuatu wacana, sifat ontologi keadaan hari ini adalah tetap berkait dengan peristiwa yang telah lepas berlaku. Ekonomi wacana sejarah sentiasa mempunyai rupture yang bisa dihantui oleh The Real of the Past, berbeza dengan pandangan Laclau, yang juga dikutip oleh Derrida yang melihat peristiwa lampau adalah terputus (circumsided) kerana tragedi catastrophe of memory sendiri. Zizek bersetuju dengan Laclau soal Subjek dan sifat sejarah yang juga terikat dengan Lack. Dalam erti kata lain, pemisahan antara Simbolik dan The Real dalam sejarah menyebabkan naratif/wacana sejarah tidak boleh ditutup atau ditanggap sebagai sebuah naratif yang lengkap. Namun berbeza dengan Laclau, ruang rupture dalam ekonomi wacana sejarah ini yang Zizek lihat merupakan potensi untuk sesuatu perubahan relasi sosial yang tidak lagi bersifat Contigency boleh berlaku. Pada konteks ini Zizek menyerang hujah Laclau dengan menyifatkan pendekatan Historisisme beliau menafikan potensi kehadiran dan impak The Real dalam sesuatu peristiwa. Atau dalam erti kata lain, Historisisme Laclau neglects the ahistorical, non-symbolisable and traumatic kernel of historical change, and so it is deprived of the historical dimension itself. Zizek menambah lagi bahawa: political act requires an ahistorical kernel of historicity, which is outside the normal flow of historical succession that proves constitutive of authentic historical and political

64 seminar falsafah malaysia iii change. 1 Kepincangan dari sudut ini yang menyebabkan pendekatan Historisisme Laclau bersifat sangat chaotic kerana tanggapan wacana sebagai sesuatu yang fully contigent and finite construction tidak menyediakan dasar, atau overall principality yang universal, tidak tertaut dalam legar simbolik sebagai guiding principles dalam sesuatu peristiwa. Dalam erti kata lain, penganut historisisme ala Laclau ini adalah sang pesimis yang hanya melaungkan zikir skeptisisme dalam sejarah: Semua benda boleh jadi, kita takkan boleh tahu. 4 The Act sebagai metod dan perspektif perubahan dimensi Simbolik Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian sebelumnya Zizek mendatangkan faham Historicity yang masih memberi ruang akan kewujudan sebuah enjin Ahistorikal yang menggerakkan sesebuah peristiwa itu sendiri. melalui perkataan beliau sendiri, Zizek menyebut: historicity proper comes to the scene merely when history is grounded in the Real, which is characterised as universal and ahistorical...and the political act requires an ahistorical kernel of historicity, which is outside the normal flow of historical succession that proves constitutive of authentic historical and political change. 2 Masih berpijak pada konsep Lacanian lack (seperti Laclau), Zizek kemudiannya memperkenalkan apa yang beliau termakan sebagai The Act, yakni aksis utama dalam perubahan sejarah ini: [T]he act is a rupture after which nothing remains the same. Which is why, although History can always be explained, accounted for, afterward, we can never, as its agents, caught in its flow, foresee its course in advance: we can not do it insofar as it is not an objective process but a process continuously interrupted by the scansion of acts. The new (the symbolic reality that emerges as the aftermath of an act) is always a state that is essentially a by-product, never the result of advance planning (EYS: 45-46). 1 Zizek 2009, hlm. 75. 2 Zizek 2009, hlm. 75.

9. imran rashid 65 Untuk memahami hujah Zizek ini perlu untuk kita kembangkan lagi perbezaan antara The Act, atau Zizekian Act dengan apa yang Zizek sebut sebagai Acting. Kedua-dua perkataan ini, sungguhpun hampir serupa, membawa konotasi yang sangat berbeza terutama dalam konteks praktis politik. Malah hanya dengan perbezaan ini sebenarnya The Act dapat mencipta latar metafizik yang lebih jelas melalui kelainannya dengan proses Acting. Acting, misalnya, membawa maksud as strategic, rational, pragmatic, calculative, technical and piecemeal. Dalam laras bahasa Lacan, Acting adalah aksi dan tindakan yang masih lagi selaras dengan koordinat yang wujud dalam legar Simbolik. Misalnya dalam konteks demokrasi hari ini, perbuatan untuk mengubah masyarakat tertakluk pada kaedah mengundi. The Act, atau Zizekian Act, pula adalah berakar daripada The Real yang berfungsi untuk melangkau logik Simbolik dan membina struktur dan order yang baharu. Bagi yang maklum dengan tradisi pemikiran psikoanalisis Lacan, Simbolik dengan The Real memang senantiasa perlu terpisah bagi untuk memperoleh makna akan kewujudan masing-masing (Schelling/God). Namun dek kerana sifat subjek yang Lack, konsepsi Imaginari yang melambangkan suatu keseluruhan tidak pernah tertutup atau menyeluruh dalam legar simbolik maka sentiasa akan kebocoran atau lompong yang membuka ruang kemasukan The Real yang traumatis. The Act itu sendiri, sebenarnya adalah pertembungan The Real dalam legar simbolik yang akhirnya menggugat suasana imaginasi yang melambangkan keseluruhan (atau lengkap) sehingga berlaku perubahan, pengadaptasian kepada sebuah orde yang baharu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perubahan yang tulen mestilah datang dari The Act, bukan proses acting yang tampil hanya dari koordinat atau logis Simbolik. Seandainya diungkap dalam bahasa Heidegger, The Act beroperasi dalam cabang Ontologikal manakala acting beroperasi dalam legar Ontic. Dalam bahasa Kantian The Act mengubah komponen Noumena yang sifatnya transendental melangkaui lingkup pengalaman, manakala acting ialah proses di dunia Phenomena. Di sini dapat kita simpulkan Zizek perubahan yang mendasar adalah perubahan yang datang dari The Act, yang sifatnya transendental (Politics of the Real) berbanding dengan politik pragmatis (acting) yang hanya bermain sekitar logik Simbolik. Beliau mengangkat Politics of the Real berbanding Real Politik yang pragmatis. Dalam penentangan Zizek terhadap orde Kapitalis-orde Simbolik

66 seminar falsafah malaysia iii hari ini, Zizek bertegas bahawa jalan keluar mesti tidak diformulasi daripada logik kapitalisme sendiri. Misalnya pendekatan Negara Kebajikan yang beranjak dari logik kapitalisme juga, sungguhpun meminimalkan sesetengah eksploitasi kapital namun sifat legar simbolik ini ia boleh adaptasi dengan usaha ini dengan beralih pada jenis eksploitasi lain. Hal ini akan berterusan selagi mana logis asal Simbolik, yakni Kapitalisme, kekal. 5 The Act dan Fungsinya Sebagai The Vanishing Mediator dalam Sejarah Ada banyak perkara yang Zizek sebut tentang bagaimana The Act ini berfungsi dalam membawa pergerakan atau perubahan relasi sosial. Sebelum kita membahaskan beberapa lagi sifat The Act ini, perlu kita bincangkan bagaimana The Act memberi jalan keluar dari buat Zizek dalam menanggapi pemahaman sejarah yang tidak deterministik atau Linear yang kuat dikritik Laclau, atau pemahaman yang berasaskan Logic of Contigency Laclau yang bersifat penuh Ketidaktentuan. Menurut Zizek, jalan keluarnya ialah apabila The Act ini berfungsi dalam dinamika gerak sejarah sebagai The Vanishing Mediator. Di sini the vanishing mediator berfungsi sebagai penghubung kepada dua kutub dialektik yang berbeza. Asal penggunaan perkataan ini adalah daripada Jameson yang melihat kehadiran Protestanisme sebagai the vanishing meidator kepada transisi Feudalisme kepada Kapitalisme, dan Protestanisme ini terus hilang (Vanished) setelah Kapitalisme siap berfungsi. 3 Zizek menjelaskan bahawa elemen penghubung, iaitu Protestianisme ini boleh wujud di tengah-tengah transisi, malah menjadi jambatan dan pra-syarat bagi berlakunya transisi daripada Feudalisme kepada Kapitalisme kerana susunan dialektik antara Bentuk (form) dan Isi (content): [T]he vanishing mediator therefore emerges because of the way, in a dialectical process, form stays behind content: first the crucial shift occurs within the limits of the old form, even taking on the appearance of its renewed assertion; then once the silent weaving of the spirit finishes its work, the old form can fall off. The double scansion of this process enables us to grasp in a concrete way the worn-out formula of the negation of 3 Jameson 1973; Myers t.th.

9. imran rashid 67 negation : the first negation consists in the slow, underground, invisible change of substantial content which, paradoxically, takes place in the name of its own form; then once the form has lost its substantial right, it falls to pieces by itself the very form of negation is negated, or, to use the classic Hegelian couple, the change which took place in-itself becomes for-itself. 4 Melalui penjelasan ini juga kita dapat melihat bagaimana Zizek mempraktikkan metod spekulatif Hegelian negasi atas negasi dalam intipati The Vanishing Mediator. Myers menerangkan proses ini dengan baik di dalam buku pengenalannya ke atas Zizek: The first negation is the mutation of the content within and in the name of the old form. The second negation is the obsolescence of the form itself. In this way, something becomes the opposite of itself, paradoxically, by seeming to strengthen itself. 5 taylor myers Secara umumnya kita dapat membaca peranan The Vanishing Mediator ini dan mengapa ia penting dalam ide Sejarah Zizek. Pertamanya The Vanshing mediator (seolah-olah) tidak terikat dengan hukum sebab-akibat dalam konteks pemikiran sejarah deterministik sebaliknya ia muncul dan mendapat makna kehadirannya apabila beberapa syarat dalam sesebuah peristiwa itu wujud, dan menghilang apabila sesebuah peristiwa lain mula mengambil tempat. Proses ini juga tidak terjatuh pada perangkap contigency seperti pendekatan sejarah Laclau kerana sifat relasinya dipandu oleh beberapa prinsip yang ahistorikal Proses Dialektik Hegel itu sendiri. Hal ini seterusnya mematikan hujah Laclau dan memberi alternatif baru dalam memahami peristiwa sejarah. Namun masalah timbul apabila sebahagian pengkritik Zizek mula mendatangkan bacaan dan interpretasi yang berbeza dalam memahami peranan The Vanishing Mediator. Sebahagian filasuf pasca strukturalis melihat The Vanishing Mediator tidak mempunyai status ontologi yang betul, malah ianya hanyalah tidak lain dan tidak bukan bahagian yang tertinggal (bukan hilang atau vanish secara sifat dasarnya) daripada kajian sejarah- seterusnya meletakkan idea Zizek masih lagi terperangkap daripada naratif yang linear dan logik sebabakibat. Namun Zizek keras menolak perkara ini. Peranan The Act sebagai The Vanishing Mediator tidak menisbahkan konsep ini pada 4 Zizek 2008, hlm. 185-186. 5 Myers t.th., hlm. 38-39.

68 seminar falsafah malaysia iii logik lineariti/sebab-akibat. Rex Butler merumuskan hujah balas Zizek seperti berikut: For (Žižek), the vanishing mediator is not to be used to historicise an event, to provide a more detailed causal explanation of it, but... is a kind of arrest or stopping-point that stands in for the excluded diachronic dimension of any historical explanation. That is, like the act itself, the vanishing mediator is not simply to be written back into the historical record, because it is also what must be left out for this record to be constituted. 6 Dalam erti kata lain, The vanishing Mediator ialah The Act, satu ganguan The Real yang membuka ruang baru untuk Form and Content saling bermutasi antara satu sama lain berdasarkan proses dialektik. The real ini adalah trauma bagi imaginasi menyeluruh yang diangkat dalam dimensi Simbolik, dan sifat Lack dalam pembentukan subjek dan Sejarah itu sendiri memungkinkan The Real sentiasa menghantui realiti Simbolik. 6 The Act sebagai Proses Ketidaktentuan yang Mengerikan! Oleh sebab The Act harus datang dari dimensi The Real yang terpisah dari Dimensi Simbolik, kita boleh mengetahui apakah bentuk The Act itu melalui lompong imaginari Simbolik, namun produk atau kesan kemudian The Act itu adalah mustahil untuk diramal (boleh saja jadi baik atau buruk). Dalam erti kata lain, kesan selepas The Act sifatnya tidak ada ketentuan (undecidibility). Ini tidak dapat dielakkan kerana sekiranya kesan masa depan itu bisa diramal, maka ia sudah termasuk dalam logis sebab-akibat dalam dimensi simbolik. Hujah ini mirip dengan pegangan Laclau yang melihat sifat Contigency dalam sejarah adalah kerana wujudnya Ketidaktentuan yang menghinggapi kesemua perkara: subjek/wacana dan struktur. Namun beza antara Zizek dengan Laclau ialah The Act dalam kerangka Zizek masih memerlukan penentuan aktif yang membuka ruang ketidaktentuan:...it is the decision itself that produces the undecidability...far from being determined by the situation, acts are possible on account of the ontological non-closure, inconsistency and gaps in the situation. 7 6 Butler 2005, hlm. 77. 7 Zizek 2009, hlm. 309.

9. imran rashid 69 Malah kata Zizek what allows the act to be against the existing symbolic order is nothing but the undecidability attached to it. (Sebab itu Lacan menyifatkan analogi terbaik buat The Act ialah Suicide). Logik Zizek ini mirip dengan formula The Event bawaan Derrida dan juga Badiou, yang mendambakan Politik Kemustahilan. Politik yang memungkinkan yang mustahil dan juga bersedia menerima sebarang kebarangkalian (baik atau buruk)radikal dalam mengubah struktur masyarakat. Politik yang juga berisiko dan berstrategi All or Nothing ). Oleh sebab yang demikian, menurut Zizek pada Zaman Kapitalisme yang mengikat erat setiap subjek dalam setiap dimensi jalan keluar utama yang ada ialah untuk negate everything melalui kaedah Revolusi. (Lenin) 7 Rumusan Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa pendekatan Historicity dan Zizekian Act itu lebih munasabah daripada pendekatan Laclau yang kacau bilau. Zizek 1 0 Laclau. (Rumusan sewajarnya adalah bukan daripada saya tapi dari anda sebagai pembaca sendiri. Sila rumuskan sendiri) Rujukan Butler, Rex 2005 Zizek: Live Theory. Dean, Jodi 2006 Zizek s Politics, Routledge. Jameson, Friedric 1973 The Vanishing Mediator: Narrative Structure in Max Weber, New German Critique 1, 52 89. Laclau, Ernesto 1994 ((Pnyt.)), The Making of Political Identities. Laclau, Ernesto & Chantal Mouffe 1985 Hegemony and Socialist Strategy, Verso.

70 seminar falsafah malaysia iii Laclau, Ernesto, Slavoj Zizek & Judith Butler 2011 Contingency, Hegemony, Universality: Contemporary Dialogues on the Left, Verso. Myers, Taylor t.th. Zizek: An Introduction. Zizek, Slavoj 1993 Tarrying with the Negative: Kant, Hegel, and the Critique of Ideology, Duke University Press Books. 2008 For They Know Not What They Do: Enjoyment as a Political Factor, Verso. 2009a In Defense of Lost Causes, Verso. 2009b The Sublime Object of Ideology, Verso. 2009c The Ticklish Subject: The Absent Centre of Political Ontology, Verso. 2011 Revolution at the Gates: A Selection of Writings from February to October 1917: V. I. Lenin, Verso. 2012 Mapping Ideology, Verso.