IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA Coram: Mohtarudin Baki, JCA; Kamardin Hashim, JCA; Yaacob Md Sam, JCA Pendakwa Raya v Okwuhoa Edozie Stephen (NGA) Citation: [2018] MYCA 111 Suit Number: Rayuan Jenayah No. B 05(H) 431 11/2016 (NGA) Date of Judgment: 02 April 2018 Criminal law Offence under the Dangerous Drugs Act 1952 Sentence to jail and strokes by trial judge Mitigating circumstances Whether the sentence inadequate PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan oleh Pendakwa Raya terhadap hukuman penjara tujuh (7) tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapan dan 10 sebatan di bawah kesalahan seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952). [2] Pertuduhan Pilihan: "Bahawa kamu pada tarikh 3.12.2013 jam lebih kurang 10.20 malam, di bawah Blok B, Kondo Ridzuan, Jalan PJS 10/11, Sungai Way di dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati dalam kawalan kamu Cannabis seberat 286 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. [3] Responden telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan tersebut serta faham akibat pengakuannya. [4] Fakta kes diakui benar adalah seperti berikut: 4.1 Pada 3.12.2013 lebih kurang pukul 10.00 malam, Insp. Selvaraja (Pengadu) mengetuai sepasukan anggota polis daripada CAD, IPD Petaling Jaya telah menjalankan Ops Khas Narkotik di kawasan Kondo Ridzuan, Sungai Way, Petaling Jaya. Pengadu dalam operasi tersebut telah menahan seorang warganegara Nigeria (Responden) yang sedang berdiri di bawah kondo tersebut; 4.2 Pengadu telah memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan fizikal. Pengadu telah MALAYSIAN JUDGMENTS Page: 1 of 6
merampas 1 beg plastik di tangan kanan Responden yang bertulis 99 Speedmart ; 4.3 Dalam pemeriksaan beg tersebut, pengadu telah menjumpai 30 peket kecil plastik lut sinar dan setiap peket berisi ketulan ketulan mampat daun daun kering yang disyaki Cannabis; 4.4 Pengadu telah menahan Responden dan merampas barang kes. Sebab sebab penangkapan diterangkan dalam Bahasa Inggeris kepada Responden. Pengadu kemudiannya telah membawa Responden ke Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya. Responden dan barang kes diserahkan kepada ASP Azizan untuk melakukan siasatan; 4.5 Barang kes kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia untuk di analisa. Hasil analisis dijalankan oleh Puan Norhaya bt Jaafar mengesahkan tumbuhan kering tersebut ialah Cannabis seberat 286 gram; 4.6 Hasil siasatan juga mendapati Responden telah melakukan kesalahan memiliki dadah berbahaya tersebut iaitu satu kesalahan di bawah seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. [5] Mitigasi/ rayuan untuk meringankan hukuman. Responden dalam rayuan pengurangan hukuman telah memohon seperti berikut: (i) Dia berumur 29 tahun dan baru berkahwin; (ii) Responden telah datang dan tinggal di Malaysia selama 2 tahun; (iii) Responden telah mengaku salah sebaik pertuduhan pilihan ditawarkan; (iv) Responden telah insaf dan menyesali perbuatannya; (v) Ini merupakan kesalahan pertama Responden; (vi) Jumlah dadah juga dalam jumlah yang kecil (286 gram) dan dadah ini hanyalah untuk kegunaan diri sendiri; (vii) Responden memohon hukuman ringan diberikan dan hukuman penjara dijalankan di penjara Sungai Buloh memandangkan Responden menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Rendah. [6] Sebagai tambahan, Responden yang tidak diwakili oleh Peguam telah membaca dan mengemukakan hujah/ rayuan bertulis seperti berikut: Name : Edozie Okwuhoa Stephen No. SMPP : 31309164 Date : 3 Dec 2013 MALAYSIAN JUDGMENTS Page: 2 of 6
I was been caught downstairs of my Condo for drug trafficking...(ridzuan Condo, Sunway Pyramid). (i) First I would like to say much obliged to the Puan/ Tuan; (ii) I have no intention of drug trafficking in Malaysia, I m really sorry for any damage (harm) that was been caused by me during the process of selling drugs here in Malaysia; (iii) I m only a victim of circumstance; (iv) I was been re appealed by the DPP after my sentence of seven years on 16 Nov 2016; (v) I will like to plead with all to please tamper justice with mercy; (vi) I was studying in Atlantic College Cheras for a while before being caught up in a situation involving financial burdens; (vii) A friend from Tanzania got me hooked up with this drug trafficking scenario (Martins); (viii) I will like to plead with the audiences to help reason things out with me; (ix) I don t want to have any misunderstanding with the authorities at all, I only plead for them to do with me whatever pleases them. Terima kasih Tuan. [7] Sebaliknya Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman deteren: (i) Responden tidak menghormati undang undang negara ini; (ii) Berat dadah banyak dan amaun tersebut boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup; (iii) Dadah ialah musuh nombor satu kepada negara dan membawa kesan buruk kepada seluruh masyarakat; (iv) Hukuman berat boleh menunjukkan bahawa negara ini sangat memandang berat kepada kesalahan kesalahan melibatkan dadah di negara ini. [8] Alasan Penghakiman Hakim bicara di m.s. 9 17 RR Jld. 1, antara lain menyatakan: Hukuman penjara 7 tahun dan 10 sebatan rotan adalah setimpal dijatuhkan berdasarkan faktorfaktor berikut yang dipertimbangkan: (i) Pengakuan Salah Responden Pengakuan salah merupakan satu faktor peringanan hukuman. Menjimatkan masa dan kos mahkamah; MALAYSIAN JUDGMENTS Page: 3 of 6
(ii) Responden merupakan pesalah pertama Tiada rekod kesalahan lampau dikemukakan oleh TPR; (iii) Responden telah direman sejak tarikh tangkap HMT percaya Responden telah tertekan dan insaf dengan perbuatannya. Ini merupakan pengajaran berguna buat Responden; (iv) Kepentingan awam Tidak dinafikan dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah perlu menimbangkan faktor kepentingan awam melebihi kepentingan Responden. Namun begitu, kepentingan Responden juga hendaklah diambil kira seperti latar belakang, karekter dan antecedent; (v) Jenis dadah Dadah yang terlibat ialah jenis soft drug dan dengan berat minimum iaitu 286 gram. Terdapat beberapa kes yang boleh dijadikan rujukan dan panduan seperti berikut: (a) PP v Mansor Md Rashid & Anor [1996] MLJU 445 berat dadah Cannabis 902 gram (6 tahun penjara dan 10 sebatan rotan); (b) PP v Lim Choo Kok Criminal Trial No. 45 2 93 berat dadah Cannabis 265.4 gram (6 tahun penjara dan 10 sebatan rotan); (c) PP v Zamri bin Desa & 3 Others Criminal Trial No. 45 139 92 berat dadah Cannabis 3650 gram (7 tahun penjara dan 10 sebatan rotan). [9] Setelah mendengar hujah hujah dan meneliti segala keterangan di dalam Rekod Rayuan, kami sebulat suara mendapati rayuan Pendakwa Raya mempunyai merit. Berikut adalah alasan alasan kami. [10] Pertama, dari segi undang undang bahawa hukuman maksima telah dipinda dari 20 tahun penjara kepada 30 tahun penjara. Hakim bicara tidak mengarahkan minda beliau mengenai perkara ini. Adalah jelas hasrat Parlimen untuk memberi perhatian yang serius atas kesalahan ini. Hukuman 7 tahun penjara dari hukuman maksima 30 tahun adalah jelas manifestly inadequate. Rujuk Akta Keadilan Jenayah (Pindaan 2007) Akta A1302 berkuatkuasa 7 Sept 2007. [11] Kedua, kes kes yang dirujuk oleh Hakim bicara: (i) PP v Mansor Md Rashid & Anor [1996] MLJU 445; (ii) PP v Lim Choo Kok (Criminal Trial No. 45 2 93); (iii) PP v Zamri bin Desa & 3 others (Criminal Trial No. 45 139 92). Adalah jelas kes kes tersebut diputuskan sekitar tahun 1990an iaitu sebelum pindaan hukuman maksima yang lebih berat. Ini merupakan misdirection yang serius memerlukan appellate intervention. [12] Timbalan Pendakwa Raya telah membawa perhatian kami kepada kes Mahkamah Rayuan PP v MALAYSIAN JUDGMENTS Page: 4 of 6
Mohd Faiz bin Salleh (Criminal Appeal No. M 05(S) 171 06/2015) para 16: We noted that the offence involved was a drug possession case and it can be judicially noticed that the law reports are replete with decisions of our Courts which can be readily used as a guide by the sentencing Courts when considering sentence to be imposed. In this regard, the amount of the drugs involved is always a safe guide to use as an immediate comparison. We were aware of cases where the Courts had imposed more heavy sentences of imprisonment for lesser amounts involved in the possession of the accused persons. For example, in the case PP v Norazlan bin Zakaria B 05 178 07/2014, the court imposed 13 years of imprisonment and 10 strokes of rotan for the possession of 320 grams of Cannabis. In the case of PP v Shahrulnizam bin Borhan J 05(S) 601/2014, for possession of 248 grams of Cannabis, the sentence of imprisonment was enhanced from 8 years to 10 years by the Court of Appeal. In the case of PP v Marzuki bin Kahar C 05(S) 67 2/2013, a sentence of imprisonment of 7 years for possession of 232.05 grams of Cannabis was enhanced on appeal to 11 years by the Court of Appeal (emphasis by us). [13] Di dalam kes Pendakwa Raya v Innocent Chigozie Uzoigwe, Mahkamah Rayuan No. W 05(S) 86 04/2014 juga memutuskan hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan di bawah kesalahan seksyen 39A(2) ADB 1952. [14] Seterusnya kami meneliti faktor faktor meringankan hukuman Responden dan membandingkan dengan fakta kes. Walaupun jumlah dadah seberat 286 gram Cannabis, tetapi ianya di dalam 30 peket plastik kecil. Ini jelas untuk tujuan penjualan iaitu kesalahan mengedar. Responden bernasib baik kerana diberi pertuduhan pilihan. [15] Seterusnya dari hujah bertulis Responden sendiri, beliau mengakui terlibat menjual dadah dadah tersebut disebabkan desakan kewangan. Walau apa pun alasan diberi, kesalahan adalah tetap kesalahan. Malah ianya merupakan kesalahan yang serius. [16] Atas alasan alasan fakta dan undang undang di atas, kami membenarkan rayuan Pendakwa Raya. Hukuman Hakim bicara diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara 12 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkap dan 10 sebatan. t.t. MOHTARUDIN BIN BAKI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 2 April 2018 COUNSEL For the Appellant: Puan Jasmee Hameeza Jaafar, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya MALAYSIAN JUDGMENTS Page: 5 of 6
LEGISLATION REFERRED TO: Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen seksyen 6, 39A(2) Akta Keadilan Jenayah (Pindaan 2007) Akta A1302 JUDGMENTS REFERRED TO: Pendakwa Raya v Innocent Chigozie Uzoigwe, Mahkamah Rayuan No. W 05(S) 86 04/2014 PP v Lim Choo Kok (Criminal Trial No. 45 2 93) PP v Mansor Md Rashid & Anor [1996] MLJU 445 PP v Mohd Faiz bin Salleh (Criminal Appeal No. M 05(S) 171 06/2015) PP v Zamri bin Desa & 3 Others (Criminal Trial No. 45 139 92) Notice: The Promoters of Malaysian Judgments acknowledge the permission granted by the relevant official/ original source for the reproduction of the above/ attached materials. You shall not reproduce the above/ attached materials in whole or in part without the prior written consent of the Promoters and/or the original/ official source. Neither the Promoters nor the official/ original source will be liable for any loss, injury, claim, liability, or damage caused directly, indirectly or incidentally to errors in or omissions from the above/ attached materials. The Promoters and the official/ original source also disclaim and exclude all liabilities in respect of anything done or omitted to be done in reliance upon the whole or any part of the above/attached materials. The access to, and the use of, Malaysian Judgments and contents herein are subject to the Terms of Use. MALAYSIAN JUDGMENTS Page: 6 of 6