KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT: Program HomeClub ( HomeClub ), dikendalikan oleh COURTS (Malaysia) Sdn Bhd ( COURTS ). Di bawah program HomeClub, pelanggan yang diiktiraf layak untuk menerima keistimewaan yang disediakan oleh COURTS dari semasa ke semasa. Dengan memohon dan / atau menggunakan keahlian HomeClub, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat sepertimana yang ditetapkan oleh COURTS dari masa ke semasa 1) KELAYAKAN Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas dan kad pengenalan (IC) mesti dikemukakan pada masa pendaftaran keahlian. Pasport tidak akan diterima. Identiti pembeli hendaklah sama seperti pemohon keahlian yang didaftarkan. Syarikat-syarikat dan entiti perniagaan tidak layak untuk menyertai program HomeClub ini. 2) YURAN Pendaftaran untuk keahlian HomeClub COURTS adalah percuma. Tiada sebarang yuran pendaftaran yang perlu dibayar oleh pelanggan kepada kakitangan COURTS. COURTS mungkin akan mengenakan bayaran yuran pada masa akan datang tanpa memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu. 3) KEISTIMEWAAN. a) Untuk menikmati keistimewaan HomeClub, pelanggan mesti menunjukkan kad pengenalan (IC) pada masa membuat pembelian. b) COURTS berhak menarik balik, menggantung, membatalkan atau menamatkan program HomeClub pada bila-bila masa sahaja. COURTS juga berhak mengubah atau menukar mana-mana keistimewaan dari masa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu walaupun perubahan itu mungkin menjejaskan hak ahli HomeClub. c) COURTS tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian mana-mana ahli HomeClub yang mungkin timbul disebabkan oleh penamatan atau penggantungan atau perubahan pada program ini. Begitu juga jika melibatkan pembatalan keanggotaan atau keistimewaan mana-mana ahli HomeClub. d) Ahli HomeClub bertanggungjawab sepenuhnya untuk membiayai semua kos, caj, tuntutan atau tanggungan yang timbul sepanjang tempoh keahlian mereka.
4) PENEBUSAN HAK KEISTIMEWAAN a) Diskaun Eksklusif 1. Selain dari diskaun promosi biasa, ahli HomeClub juga berhak menerima Diskaun Eksklusif dari COURTS. Penebusan hak keistimewaan ini boleh dibuat dengan menunjukkan bahan komunikasi sokongan sebagai bukti kelayakan mereka. 2. Harga produk mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga diskaun pada masa pembelian 3. Diskaun hanya akan ditawarkan kepada ahli HomeClub sahaja 4. Diskaun ini boleh diberikan kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan ahli, dengan syarat mereka mendaftar untuk menjadi ahli HomeClub pada masa membuat pembelian. 5. Diskaun ini mungkin dalam bentuk baucar, harga, peratusan, terma atau medium lain yang boleh ditukar ganti pada masa pembelian 6. Semua maklumat yang terkandung di sini adalah benar semasa ianya diterbitkan dalam talian dan tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis terlebih dahulu. b) Pemberian Hadiah 1. Ahli boleh menerima hadiah sepanjang tempoh promosi, acara, sambutan perayaan atau aktiviti aktiviti lain bergantung kepada stok yang ada. 2. Kelayakan keahlian akan dinilai oleh kakitangan HomeClub COURTS sebelum hadiah diberikan kepada ahli. 3. Pihak pengurusan berhak untuk memberikan hadiah tersebut tanpa sebarang notis. Tertakluk kepada syarat-syarat program. c) Penghantaran RM1 1. Caj penghantaran RM1 akan dikenakan dengan pembelian melebihi RM2999 secara tunai di dalam satu resit di bawah syarat standard perkhidmatan penghantaran. 2. COURTS berhak menolak / mengubah sebarang tawaran tanpa sebarang notis kepada ahli terlebih dahulu d) Tawaran Hebat Kredit 1. Ahli yang layak, berhak menerima tawaran kredit eksklusif dari masa ke semasa termasuk baucar, diskaun, hadiah percuma dan banyak lagi bergantung kepada kelulusan kredit. 2. COURTS berhak menolak / mengubah sebarang tawaran tanpa memaklumkan kepada ahli terlebih dahulu.
e) Tawaran Hari Lahir. 1. Kad pengenalan (IC) mesti ditunjukkan untuk membuktikan kelayakan ahli. 2. Ahli hanya akan menerima tawaran hari lahir apabila kempen ulang tahun diadakan di Courts Malaysia termasuklah baucar, hadiah atau diskaun. 3. COURTS berhak untuk mengubah tawaran ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada ahli. f) Hari Keahlian 1. COURTS menganjurkan hari keahlian eksklusif dengan menawarkan beberapa tawaran istimewa untuk ahli Homeclub dan ianya masih tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. 2. Hanya ahli yang layak berhak menerima tawaran istimewa Hari Keahlian pada masa membuat pembelian. 3. COURTS berhak untuk mengubah tawaran/acara ini tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada ahli. 5. COURTS tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ketidakselesaan/kerosakan yang timbul disebabkan oleh perubahan tawaran/acara dan aktiviti-aktiviti lain. 5) PRIVASI a) Maklumat peribadi yang diberikan oleh ahli HomeClub membenarkan COURTS menggunakan butiran ahli untuk tujuan promosi terkini, tawaran, kemas kini produk dan acara akan datang. COURTS berhak menggunakan maklumat peribadi untuk mentadbir akaun HomeClub ahli, memproses permohonan, mengesahkan identiti, menghantar notis penting seperti perubahan polisi atau Terma dan Syarat dan meminta maklum balas ahli dari semasa ke semasa. COURTS juga boleh menggunakan maklumat peribadi ahli untuk tujuan dalaman seperti pengauditan, penyelidikan dan analisis data untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, komunikasi dan program pelanggan. b) Ahli HomeClub bersetuju COURTS menggunakan maklumat peribadi yang mereka berikan untuk tujuan yang dinyatakan di sini. COURTS juga boleh menggunakan butiran ahli untuk tujuan komunikasi seperti kemas kini data peribadi mereka dari masa ke semasa. c) Ahli-ahli HomeClub bersetuju dan membenarkan COURTS untuk mendedahkan segala maklumat atau butiran peribadi ahli HomeClub kepada mana-mana pihak ketiga (termasuklah pembekal, rakan logistik, biro kredit dan pihak insuran tanpa batasan.) Ini bertujuan untuk mendapatkan peruntukan perkhidmatan kepada ahli itu sendiri (termasuklah penghantaran produk, insuran produk, penilaian kredit dan pungutan hutang tanpa batasan) atau tujuan lain yang bersesuaian dan dipertimbangkan oleh COURTS dengan sewajarnya. Ahli HomeClub boleh menghubungi COURTS melalui e-mel di homeclub@courts.com.my jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan atau pendedahan maklumat peribadi mereka.
6) KEMAS KINI DATA PERIBADI. a) Ahli HomeClub hendaklah memaklumkan kepada COURTS mengenai sebarang perubahan alamat atau butiran peribadi yang lain. COURTS tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, penggantungan atau pembatalan kad atau keistimewaan keahlian jika ahli HomeClub gagal untuk memaklumkan perubahan tersebut. b) Adalah menjadi tanggungjawab ahli HomeClub untuk mengemas kini alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit mereka kepada COURTS. Sebarang bentuk komunikasi yang dihantar kepada ahli HomeClub akan dianggap sebagai sudah dihantar apabila maklumat atau berita dihantar melalui pos/ e-mail/ SMS dengan menggunakan alamat surat menyurat, alamat e-mail dan nombor telefon bimbit sepertimana di dalam rekod COURTS. COURTS tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan, kelewatan atau kehilangan surat atau sebarang bentuk komunikasi kepada ahli HomeClub. 7) AM a. Ahli HomeClub bertanggungjawab untuk memastikan mereka dimaklumkan mengenai Terma & Syarat program HomeClub terkini yang dimuat naik di laman web COURTS (Malaysia) Sdn Bhd. b. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan antara Terma dan Syarat dan maklumat lain yang diberikan berhubung dengan program HomeClub ini, maka Terma dan Syarat program HomeClub akan diambil kira kecuali dinyatakan sebaliknya. c. COURTS berhak untuk mentafsir, memohon dan berkomunikasi dengan ahli HomeClub mengenai Terma dan Syarat yang dipaparkan di laman web HomeClub COURTS (Malaysia) Sdn Bhd. Semua keputusan yang dibuat oleh COURTS adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. d. Semua maklumat yang terkandung di sini adalah benar dan terkini semasa ianya dimuat naik di dalam talian serta tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
HOMECLUB MEMBERSHIP TERMS AND CONDITIONS: The HomeClub programme ( HomeClub ), is operated by COURTS (Malaysia) Sdn BHD ( COURTS ). Under the HomeClub programme, COURTS customers qualifying for membership in HomeClub and approved by COURTS receive privileges determined by COURTS from time to time. By applying for and/or using the HomeClub membership, you agree to be bound by its terms and conditions as determined by COURTS from time to time. 1. ELIGIBILITY Applicants must be 18 years and above, and IC card must be presented at the point of sign-up. Passport identification is not acceptable. Sale transaction holder must be of the same registered identity as per membership applicant. Companies and business entities are not eligible for HomeClub programme. 2. FEES The sign up for COURTS membership is free. No fees are to be paid by the customer or taken by the staff for membership purposes. Fees maybe imposed in the future without prior notice to customers. 3. PRIVILEGES a) To enjoy HomeClub privileges, a presentation of the IC card would suffice at the time of purchase. b) COURTS reserves the right to withdraw, suspend, cancel or terminate the HomeClub programme at any time and to modify, vary or change any of the privileges from time to time without prior notice to Members. c) COURTS is not liable to any HomeClub member for any loss that may arise because of termination or suspension of or changes to the HomeClub programme, as well as cancellation or revocation of HomeClub membership or privileges of any HomeClub member d) HomeClub members are personally liable for all costs, charges, claims or liabilities of whatever nature arising from their membership in the HomeClub. 4. REDEMPTION OF PRIVILEGES a. Exclusive discounts 1. Members are entitled to receive exclusive discounts apart from regular promotions. They can redeem the exclusive privileges if they show supporting communication materials that inform them of their entitlement. 2. Prices of products may be higher or lower than the discounted price at the time of purchase
3. Discounts will be offered to HomeClub members only 4. The discount can be provided to closest family and friends of the member, provided they sign up as HomeClub members at the time of purchase. 5. Discounts can be in terms of vouchers, price, percentage or other terms interchangeable at the time of purchase 6. All the information contained here is correct and current at the time of posting online and is subjected to change without prior notice. b. Giveaways 1. Members get access to giveaways, during promotion periods, events, celebrations or other activities, subject to stock availability 2. Staff will assess the eligibility of the member before providing the gifts 3. Management reserves the right to to distribute giveaways without notice. c. RM1 Delivery 1. Delivery charges are RM1 with purchase over RM2999 by cash, in a single receipt under standard delivery services. Conditions apply. 2. Courts reserves the right to reject/change the deals for members without prior notice d. Great credit deals 1. Eligible members are entitled to receive exclusive credit deals from time to time that can include vouchers, discounts, FOCs and more, subject to credit approval. 2. Courts reserves the right to reject/change the deals for members without prior notice e. Birthday deals 1. NRIC card is to be presented to show proof of Birthday 2. Members are entitled to receive birthday deals only when the campaign is running at Courts; which include vouchers, giveaways or discounts. 3. Courts reserves the right to change the offer at any point of time without prior notice f. Members Day 1. Courts hosts exclusive members day with special deals for HomeClub members, subject to change without prior notice. 2. Only eligible members are entitled to receive special deals at the time of purchase on members day 3. Courts has the right to change offers/ events without prior notice 4. Courts is not responsible for any inconvenience/ damage caused to members due to the changes in offers/events and other activities. 5. PRIVACY a. The personal information provided by HomeClub members allows COURTS to keep HomeClub members posted on COURTS latest promotions, offers, product updates and upcoming events. From time to time, COURTS may use personal information provided by HomeClub members to administer your HomeClub account, process applications submitted by you, verify your identity, send important notices about matters like changes to our policies or Terms and Conditions, or request for your
feedback. COURTS may also use the personal information provided for internal purposes such as auditing, research and data analysis to improve COURTS services, customer communications and programmes. b. HomeClub members agree and consent to the use of the personal information provided by them for the purposes set out herein, and for COURTS to communicate with them for such purposes using the contact details provided by the HomeClub members at the time of application for HomeClub membership, as updated from time to time. c. HomeClub members agree to and authorise the disclosure by COURTS of any information, particulars or details provided by a HomeClub member to any third party (including, without limitation, suppliers, logistics partners, credit bureaus, insurers), for the purposes of procuring the provision of services by such third party to HomeClub members (including, without limitation, delivery of products, product insurance, credit assessment, debt collection) or such other purpose for which COURTS may in its absolute discretion consider reasonable and/ or necessary. HomeClub members may contact COURTS by email at homeclub@courts.com.my if they have any questions regarding the use or disclosure of their personal information by COURTS. 6. UPDATE OF PERSONAL PARTICULARS a) HomeClub members shall notify COURTS of any change of address or other personal details. COURTS is not responsible for any loss, suspension or revocation of a HomeClub card, membership or privileges, which arise from any failure of a HomeClub member to notify COURTS of such change. b) It is the responsibility of the HomeClub member to update their mailing address, email address and mobile telephone numbers as provided to COURTS. Any communication sent to a HomeClub member will be regarded as delivered when posted, emailed or sent via SMS to the Member s mailing address, email address or mobile number on record. COURTS will not be responsible for any delayed, misdirected or lost mail/communication to a HomeClub member. 7. GENERAL a. HomeClub members are responsible for keeping themselves informed of the current Terms and Conditions of the COURTS. HomeClub programme which are posted on the COURTS (Malaysia) Sdn Bhd website. b. If there is any inconsistency between the Terms and Conditions and other information provided in relation to the HomeClub programme, the Terms and Conditions will prevail unless otherwise specified. c. COURTS reserves the right to interpret, apply and communicate to HomeClub members the HomeClub Terms and Conditions posted on the COURTS Malaysia Website. All decisions made by COURTS shall be final and conclusive in each case.
d. All the information contained here is correct and current at the time of posting online and is subjected to change without prior notice.