Kata kunci: Jenayah; Kanak-kanak; Keganasan; Kesalahan-kesalahan Seksual; Mahkamah.

Similar documents
D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 47/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2011 RULES OF THE FEDERAL COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH TINGGI (PINDAAN) 2011 RULES OF THE HIGH COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

MALAYSIA IN HIGH COURT IN SABAH AND SARAWAK AT KOTA KINABALU BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR APPELLANT AND JUHINOL BIN LIMBUIS RESPONDENT

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

Notice of Annual General Meeting

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

INCORPORATING THE UNITED NATIONS PROTOCOL ON TRAFFICKING IN PERSONS IN THE MALAYSIAN LEGAL FRAMEWORK. Khairil Azmin bin Mokhtar Zuraini binti Ab Hamid

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM v PUBLIC PROSECUTOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Lee Bah Hin v Pendakwa Raya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

BETWEEN AND GROUNDS OF JUDGEMENT

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Statutory Declarations 1 LAWS OF MALAYSIA. Act 783 STATUTORY DECLARATIONS ACT (Revised 2016)

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

Management Bhd dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] ANTARA SITI NOOR AISHAH BINTI ATAM DAN

Transcription:

MAHKAMAH JENAYAH KHAS: PENDEKATAN INOVATIF DALAM MENANGANI JENAYAH KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK Norazla Abdul Wahab norazla@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat kebelakangan ini merupakan satu bentuk keganasan yang boleh mengancam keselamatan dan hak asasi seorang kanak-kanak. Dalam kebanyakan kes, pelaku jenayah tidak berjaya dibawa ke muka pengadilan. Antara faktor kegagalan proses pendakwaan ialah apabila ia melibatkan isu kebolehterimaan saksi kanak-kanak yang merupakan mangsa dan juga saksi utama di dalam kes jenayah kesalahan-kesalahan seksual tersebut. Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada April lepas telah menambah baik kelompangan undang-undang sedia ada berkaitan isu penerimaan saksi kanakkanak ini. Antara pendekatan yang diambil ialah dengan menubuhkan sebuah mahkamah jenayah khas bagi mengendalikan kes jenayah kesalahan-kesalahan seksual yang melibatkan kanakkanak sebagai mangsa. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membuat analisis awal berkaitan mahkamah jenayah khas ini selain melihat isu-isu perundangan seperti peruntukan undang-undang berkaitan penubuhan mahkamah jenayah khas, bidang kuasa mahkamah, garis panduan serta prosedur operasi dalam proses pendakwaan, perbicaraan dan penghakiman kes tersebut. Bagi menjalankan kajian ini, analisis akan dibuat terhadap dokumen berkaitan Mahkamah Jenayah Khas bagi melihat perkembangan mahkamah tersebut di Malaysia. Kajian mendapati mahkamah jenayah khas yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun yang lalu merupakan mahkamah jenayah khas yang pertama ditubuhkan di Asia Tenggara. Di beberapa buah negara maju, mahkamah seumpamnya telah diwujudkan sebagai satu usaha bagi menangani kes penderaan seksual terhadap kanakkanak. Kewujudan mahkamah ini di Malaysia juga dilihat mampu untuk mempercepatkan keskes yang berkaitan jenayah kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak sekali gus memberikan keadilan kepada mangsa kanak-kanak. Kajian ini adalah signifikan bagi membantu pihak pelaksana seperti mahkamah dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam merangka satu garis panduan khas bagi melancarkan proses pengadilan jenayah bagi kes yang melibatkan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia. Kata kunci: Jenayah; Kanak-kanak; Keganasan; Kesalahan-kesalahan Seksual; Mahkamah. 370

1.0 PENDAHULUAN Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 mentakrifkan kanak-kanak sebagai seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah. Golongan rentan ini mewakili satu pertiga atau 29.8% daripada populasi negara (Rohani Abdul Karim, 2017). Terdapat banyak isu melibatkan keselamatan dan perlindungan terhadap kanak-kanak dipaparkan di dada akhbar kebelakangan ini. Menurut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebanyak 22,234 kes penderaan seksual kanak-kanak telah direkodkan dari tahun 2010 hingga Mei 2017 iaitu dengan purata kes sebanyak 3,176 kes setahun. Jumlah tersebut mewakili empat kategori penderaan seksual iaitu rogol sebanyak 13,272 kes diikuti sumbang mahram sebanyak 1,796 kes, perbuatan luar tabii sebanyak 1,152 kes dan cabul sebanyak 6,014 kes. Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak perempuan dan satu daripada enam kanak-kanak lelaki telah menjadi mangsa penderaan seks sebelum mereka berumur 18 tahun (Pereda N.et al, 2009). Ini menunjukkan setiap kanak-kanak terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa kepada penderaan seksual. UNICEF mentakrifkan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah penglibatan kanakkanak dalam kegiatan seksual yang tidak difahaminya dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinya dengan arif, atau yang melanggar undang-undang atau kelaziman masyarakat. Penderaan seksual tersebut merangkumi perbuatan meraba-raba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan seperti mengintai, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit, dan katakata lucah yang diucapkan kepada kanak-kanak juga merupakan penderaan seksual. Selain itu, mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan pornografi melalui internet dan menggunakan bahan tersebut untuk membolehkan seseorang kanak-kanak itu digunakan oleh orang lain sebagai pelacur juga merupakan suatu bentuk penganiayaan seksual. Lazimnya penderaan seksual terhadap kanak-kanak bertujuan memberi kepuasan seksual kepada orang yang melakukannya. Seksyen 17(2)(c) Akta Kanak-kanak 2001 pula mentakrifkan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah apabila seseorang kanak-kanak adalah teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Penderaan seksual ini akan meninggalkan kesan yang 371

mendalam kepada diri mangsa di mana kanak-kanak akan mengalami trauma emosi seperti kemurungan, perubahan tingkah laku, trauma seksual juga mengalami kecederaan fizikal seperti lebam, pendarahan, kemerah-merahan dan ruam khususnya di bahagian alat sulit 3. Terdapat beberapa perundangan sedia ada yang memberi peruntukan mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak seperti rogol (Seksyen 375 dan 376 Kanun Jenayah), sumbang muhram (Seksyen 376A dan 376B Kanun Jenayah), hubungan luar tabi i (Seksyen 377C Kanun Jenayah) dan pencabulan kehormatan (Seksyen 354 Kanun Jenayah). Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKKSTKK 2017) yang telah dikuatkuasakan pada Julai 2017 turut menyenaraikan seksual fizikal dan bukan fizikal (seksyen 14 hingga 15), (sexual grooming) (seksyen 11 hingga 13) dan pornografi (seksyen 4 hingga 10) sebagai jenayah kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Namun dalam kebanyakan kes yang membabitkan kanak-kanak sebagai mangsa jenayah kesalahan-kesalahan seksual, pelaku jenayah tidak berjaya dibawa ke muka pengadilan. Antara faktor kegagalan proses pendakwaan terhadap pelaku jenayah ialah apabila ia melibatkan isu kreadibiliti dan kebolehterimaan saksi kanak-kanak yang merupakan mangsa dan juga saksi utama kes, tempoh menunggu giliran yang panjang bagi sesuatu kes untuk didengar di mahkamah, ketiadaan satu mahkamah khas untuk mendengar kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak, tempoh masa yang panjang dalam perbicaraan, kekurangan bukti atau maklumat mengenai jenayah yang menimpa mangsa kanak-kanak akibat keengganan mangsa kanak-kanak memberikan maklumat dan mahkamah jenayah sedia ada tidak mesra kanak-kanak. Malaysia sebagai sebuah negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (UNCRC) pada 1995 perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak ini. Artikel 34 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (UNCRC) memperuntukkan bahawa setiap negara anggota mestilah mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah sebarang dorongan atau paksaan kepada kanakkanak untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti seks yang menyalahi undang-undang, mengeksplotasi kanak-kanak dalam pelacuran dan bahan lucah. Dasar Perlindungan Kanak- Kanak 2009 turut menekankan aspek perlindungan terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. 372

Maka penubuhan sebuah mahkamah jenayah khas bagi mengendalikan kes jenayah kesalahan-kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa adalah sesuatu usaha yang wajar oleh pihak kerajaan dalam mengurangkan kes jenayah kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membuat analisis awal berkaitan mahkamah jenayah khas ini selain melihat isu-isu seperti peruntukan undang-undang berkaitan penubuhan mahkamah jenayah khas, bidang kuasa mahkamah, garis panduan serta prosedur operasi dalam proses pendakwaan, perbicaraan dan penghakiman kes tersebut. 2.0 METODOLOGI KAJIAN Bagi menjalankan kajian ini, analisis akan dibuat terhadap semua dokumen berkaitan Mahkamah Jenayah Khas seperti akta, hansard parlimen, teks ucapan Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YAA Ketua Hakim Negara bagi melihat perkembangan mahkamah tersebut di Malaysia 3.0 PERBINCANGAN 3.1 Penerimaan Saksi Kanak-kanak dalam Mahkamah di Malaysia Artikel 12 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (UNCRC) menyatakan bahawa kanakkanak mestilah diberikan peluang untuk didengar dalam apa-apa prosiding yang melibatkan kepentingan kanak-kanak, sama ada prosiding undang-undang mahupun pentadbiran. Artikel ini mengiktiraf hak kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam prosiding perundangan sama ada sebagai mangsa atau sebagai saksi bagi kes-kes lain seperti kes perceraian, penjagaan anak dan keganasan rumah tangga (Aminuddin Mustaffa & Siti Nurul Aziera Moharani (2012). Dalam konteks Malaysia, terdapat dua undang-undang utama yang dirujuk berkaitan penerimaan saksi kanak-kanak iaitu Undang-undang Keterangan 1950 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (AKSKK 2017). Seksyen 133A Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan bahawa seseorang kanak-kanak tidak boleh memberikan keterangan tanpa sokongan atau sumpah terutamanya di dalam kes yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa kesalahan seksual (Jal Zabdi, 2007). Ini bermakna keterangan tidak bersumpah seorang kanak-kanak perlu disokong dengan keterangan lain sebelum ia dapat diterima di dalam mahkamah. Dalam hal ini, pihak mahkamah perlu terlebih dahulu mengenal pasti sama ada keterangan oleh kanak-kanak sebagai saksi boleh 373

diterima secara bersumpah atau tidak (Aminuddin Mustaffa & Siti Nurul Aziera Moharani (2012). Kanak-kanak yang memiliki kecerdasan yang mencukupi dan memahami kewajipannya untuk bercakap benar akan diterima keterangannya sebagai saksi. Namun ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan hakim untuk menilai apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan frasa kecerdasan yang mencukupi dan memahami kewajipan untuk bercakap benar terutamanya untuk mangsa kanak-kanak yang tersangat muda. Dalam perkembangan terkini, peruntukan tersebut sudah tidak lagi terpakai bagi saksi kanak-kanak yang juga mangsa dalam kes yang melibatkan jenayah kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 telah menambah baik kelompangan undang-undang sedia ada berkaitan isu penerimaan saksi kanakkanak. Seksyen 17 Akta 2017 telah membenarkan seseorang kanak-kanak memberikan keterangan di dalam mahkamah walaupun tanpa sokongan atau sumpah. Keterangan dari ejen provokasi juga boleh diterima di dalam mana-mana prosiding berkaitan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 18 Akta yang sama. Mahkamah Agung Filipina umpamanya pada tahun 2000 telah memperkenalkan Peraturan Pemeriksaan Saksi Kanak-kanak yang membenarkan keterangan tanpa sokongan atau sumpah seseorang saksi kanak-kanak adalah diterima. Ini bertujuan untuk menaikkan status kanak-kanak sebagai saksi supaya keterangan mereka diberikan pertimbangan yang sewajarnya. 3.2 Mahkamah Jenayah Khas Proses perbicaraan di mahkamah Malaysia adalah bersifat adversarial. Proses pendakwaan akan dimulakan oleh pendakwaraya dengan menyoal saksi. Seterusnya peguam bela pula akan menyoal balas saksi. Kemudian, pendakwaraya akan membuat hujahan dan hakim akan membuat keputusan. Sekiranya peguam bela tidak bersetuju dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim, tertuduh boleh membuat pembelaan. Peguam bela seterunya akan memanggil saksisaksi bagi pihak pelaku jenayah untuk memberikan keterangan, dokumen atau objek untuk membuktikan bahawa tertuduh tidak melakukan jenayah tersebut. Pada peringkat ini, sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, pihak tersebut boleh membuat rayuan. Proses perbicaraan yang panjang tersebut merupakan proses yang agak memenatkan bagi seorang kanak-kanak. Ia akan menimbulkan rasa takut, tertekan, trauma dan gelisah pada saksi kanak-kanak ketika memberikan keterangan di dalam mahkamah. 374

Sehubungan itu langkah kerajaan Malaysia untuk menubuhkan sebuah mahkamah jenayah khas yang akan mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa adalah langkah proaktif kerajaan dalam memberikan pengadilan kepada mangsa kanak-kanak. Komitmen tersebut telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan! di PWTC KL pada 13 Mac yang lalu. Ini bertepatan dengan Rang Undang-undang Kesalahankesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada April 2017. 3.2.1 Bidang Kuasa Mahkamah Tanggal 22 Jun 2017, Mahkamah Jenayah Khas pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mahkamah ini terletak di Istana Keadilan, Putrajaya. Objektif penubuhan mahkamah khas ini adalah untuk membicarakan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Mahkamah ini turut mendengar kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam undang-undang lain yang berkaitan. Selain itu, ia bertujuan untuk mempercepatkan dan melancarkan prosiding dan perbicaraan kes yang melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Buat permulaan, mahkamah ini akan membicarakan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sahaja (Md Raus Bin Sharif, 2017). Sebanyak 56 buah kes sedia ada yang melibatkan jenayah kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Mahkamah Kuala Lumpur, Shah Alam dan Petaling Jaya telah dipindahkan ke Mahkamah Khas Jenayah, Putrajaya (Malaysiakini, 22/6/2017). Melihat kepada statistik peningkatan kes kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak kebelakangan ini, Mahkamah jenayah khas ini perlu diluaskan di seluruh negara seperti penubuhan mahkamah kanak-kanak yang terdapat di setiap negeri. 3.2.2 Kerangka Perundangan Berkaitan Penubuhan Mahkamah Jenayah Khas Penubuhan mahkamah jenayah khas ini adalah sejajar dengan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang diwartakan pada 7 Julai 2017 walaupun tidak 375

dinyatakan secara spesifik di dalam Akta tersebut. Penubuhan mahkamah khas bukan perkara baru kerana sudah terdapat beberapa buah mahkamah khas ditubuhkan di Malaysia seperti Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Mahkamah Sesyen Khas Anti- Pencatutan, Mahkamah Sesyen Khas Alam Sekitar dan Mahkamah Sesyen Khas Siber (Md Raus Bin Sharif, 22/6/2017). Walau bagaimana pun, pindaan terhadap Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 perlu dilakukan dengan memasukkan peruntukan berkaitan penubuhan mahkamah ini di dalam Akta tersebut. Ini akan memberikan bidang kuasa khas kepada Mahkamah khas jenayah untuk mendengar kes berkaitan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak sahaja. Di India, mahkamah seumpamanya telah ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak dari Kesalahan Seksual 2012 India. 3.2.3 Pendakwaan, Perbicaraan dan Penghakiman Kes Hakim, pendakwa raya dan peguam bela yang akan mengendalikan kes kesalahankesalahan seksual terhadap kanak-kanak ini mestilah seseorang yang mempunyai kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak. Peguam bela perlu mengamalkan pendekatan beretika ketika soal balas saksi kanak-kanak dengan tidak terlalu menekan saksi. Dalam kontek Malaysia, Mahkamah ini akan diketuai oleh Hakim Kanan Mahkamah Sesyen yang terlatih dan berpengalaman dengan gred jawatan sekurangkurangnya Jusa C (Md Raus Bin Sharif, 22/6/2017). Pendakwa raya yang akan mengendalikan kes ini pada masa hadapan mestilah mempunyai kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak (Md Raus Bin Sharif, 22/6/2017). Bagi memenuhi keperluan tersebut, Institut Latihan Kehakiman (ILKAP) perlu memberikan latihan khas kepada para hakim, pendakwaraya dan dan peguam bela terlibat. Sebanyak lima kes telah didengar oleh Hakim Yong Zarida Sazali yang membabitkan satu kes pencabulan kehormatan remaja 17 tahun, tiga kes rogol serta satu perbicaraan kes rogol gadis berumur 13 tahun pada hari pertama mahkamah ini beroperasi (Bernama, 4/7/2017). Mahkamah perlu menyelesaikan kes ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan iaitu tidak boleh melebihi satu tahun dari tarikh ia didaftarkan sama seperti mana-mana kes yang dibicarakan di mahkamah khas yang lain (Md Raus Bin Sharif, 22/6/2017). Jika ukuran yang sama diletakkan kepada pencapaian mahkamah khas lain yang dapat menyelesaikan 90-95% kes dalam tempoh yang 376

ditetapkan (Md Raus Bin Sharif, 22/6/2017) maka situasi yang sama boleh digambarkan terhadap mahkamah jenayah khas ini. Ini bermakna kes yang membabitkan jenayah kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh segera diselesaikan dan mangsa kanak-kanak akan dapat segera dipulihkan. Sehingga 31 Julai 2017, sebanyak 11 daripada 62 kes yang didaftarkan hingga 26 Julai telah selesai, 25 kes telah disebut dan 26 kes masih dalam perbicaraan (Hansard Parlimen, 31 Julai 2017). Pelaku jenayah yang telah disabitkan dengan kesalahankesalahan seksual terhadap kanak-kanak seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 akan berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara, denda RM 20,000 dan minimum 6 kali sebatan. Hukuman tersebut adalah memadai bagi pelaku jenayah. Pemenjaraan bagi tempoh yang panjang iaitu 20 sehingga 30 tahun merupakan satu cara untuk mengurus penjenayah bagi kes kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak (David Finkelhor, 2009). Selain itu, mahkamah ini turut dilengkapi peralatan dan kemudahan terkini seperti Court Recording and Transcription (CRT) yang akan memberikan akses kepada rakaman video dan visual prosiding mahkamah, bilik Khas yang dilengkapi kemudahan video-link bagi membolehkan keterangan saksi diberikan dari bilik khas serta ia dapat diakses oleh Hakim, pendakwa raya dan peguam dari mahkamah terbuka. Ini bagi membolehkan perbicaraan tersebut dikendalikan secara tele-conference agar mangsa kanak-kanak tidak dapat melihat muka tertuduh sewaktu perbicaraan (Md Raus Bin Sharif, Ketua Hakim Negara, 22/6/2017). Bagi tujuan tersebut, mangsa kanak-kanak akan disoal melalui perantara atau fasilitator. Ini adalah seiring dengan peruntukan di dalam Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 yang telah mewujudkan pengadang antara kanakkanak dan tertuduh; membenarkan keterangan diberikan melalui siaran rangkaian langsung; membenarkan keterangan dalam rakaman video; membenarkan mahkamah melantik pengantara dalam membantu kanak-kanak memberikan keterangan dan sebagainya. Mahkamah Agung Filipina umpamanya membenarkan saksi kanak-kanak disoal melalui perantara atau fasilitator. Kanak-kanak tersebut boleh ditemani oleh satu atau dua orang peneman (atas pilihan kanak-kanak itu sendiri) dan membenarkan keterangan mereka diambil melalui link video. Begitu juga negara Jepun yang telah meminda 377

undang-undang tatacara jenayah dengan membenarkan saksi kanak-kanak untuk memberi keterangan tanpa dilihat oleh defendan sama ada dari belakang skrin atau melalui video. Bagi mewujudkan suasana mahkamah mesra kanak-kanak, bilik menunggu saksi kanak-kanak (Bilik Permata) telah disediakan di mana bilik tersebut dilengkapi perabot, televisyen, komputer, perpustakaan dan permainan kanak-kanak (Md Raus Bin Sharif, Ketua Hakim Negara, 22/6/2017). Ini akan mengurangkan rasa takut, tekanan, trauma dan gelisah dalam kalangan saksi kanak-kanak semasa proses memberikan keterangan di dalam mahkamah (Aminuddin Mustaffa & Siti Nurul Aziera Moharani (2012) seterusnya membantu mempercepatkan pengadilan kes dibuat. Antara perkara penting yang juga perlu diberikan perhatian dalam perbicaraan kes kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam mahkamah jenayah khas ini sekatan ke atas laporan dan penyiaran media berkaitan kes tersebut. Semua orang awam yang berada dalam galeri awam termasuk wartawan tidak boleh berada di dalam mahkamah ketika perbicaraan kes ini berlangsung. Ini bertepatan dengan Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 yang melarang sebarang publisiti dan penyiaran media terhadap kanak-kanak sama ada ketika di dalam proses prosiding mahkamah, dalam jagaan atau perlindungan. Melalui peruntukan tersebut pihak media tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan gambar, nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkan apa-apa butir yang direncanakan bagi membolehkan identiti kanak-kanak tersebut dikenalpasti. 4.0 PENUTUP Penubuhan Mahkamah Jenayah Khas yang mengambil kira persekitaran mesra kanak-kanak ini adalah relevan bagi menangani kes kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Ia dilihat mampu untuk mempercepatkan kes-kes yang berkaitan sekali gus memberikan keadilan kepada mangsa kanak-kanak. Memandangkan penubuhan Mahkamah Jenayah Khas ini masih baru, terdapat ruang-ruang penambahbaikan boleh dilakukan oleh pihak berwajib terutamanya berkaitan garis panduan khas pengendalian kes atau prosedur operasi dalam proses pendakwaan, perbicaraan dan penghakiman kes. 378

RUJUKAN Aminuddin Mustaffa & Siti Nurul Aziera Moharani (2012). Isu dan Permasalahan Keterangan Kanak-Kanak di Bawah Undang-Undang di Malaysia: Sa tu Penilaian. Jurnal Kanun, 24 (1), 52-76. David Finkelhor (2009) The Prevention of Childhood Sexual Abuse. Hansard Parlimen bertarikh 31 Julai 2017. Jal Zabdi Mohd Yusoff (2007). Keterangan Kanak-kanak:Kenapa? Tidak Percaya Ke?. Pereda N, Guilera G, Forns M, Gómez-Benito J. (2009). The Prevalence Of Child Sexual Abuse In Community And Student Samples: A Meta-Analysis. Clinical Psychology Review. 29(4):328-38. Rohani Abdul Karim. Perutusan dalam Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak:Hentikan. 13-14 Mac 2017, PWTC K.Lumpur. YAA Tan Sri Dato Seri Md Raus Bin Sharif (Ketua Hakim Negara). Ucapan alu-aluan sempena Majlis Perasmian Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak. 22 Jun 2017. Istana Kehakiman, Putrajaya. STATUT Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 Akta Keterangan 1950 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 (AKSKK 2017). Kanun Jenayah 379