BUKU TARIF. 1 Januari 2014 SABAH & WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Similar documents
PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

Skim. Ibadah Korban. Korban Ritual Scheme

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

1.0 KONSEP 2.0 MAKLUMAT KOMODITI. Seperti di Perkara 7 Jadual Pertama 3.0 BELIAN DAN JUALAN 3.1 HARGA BELIAN KOMODITI BANK

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

CIMB Bank HP Slate 21 Redemption Order Form

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

Notice of Annual General Meeting

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

D.R. 47/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan Peraturan- 3. Dengan berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, semua Ketua Jabatan

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

2. To declare the Final Dividend of 12% less 25% Malaysian Income Tax in respect of the financial year ended 31 December 2009.

MALAYSIA IN HIGH COURT IN SABAH AND SARAWAK AT KOTA KINABALU BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR APPELLANT AND JUHINOL BIN LIMBUIS RESPONDENT

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-12NCVC-7-01/2016 ANTARA

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

PERKHIDMATAN UTAMA. Kod Dokumen: SOK/PIC/SS10 CHECKLIST FOR IKHTISAS APPLICATION PLEASE USE CAPITAL LETTERS. Name:

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

1.0 PENGENALAN. 1.5 Berdasarkan keadaan semasa,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA NO.: SH/39/2018 SCOPE OF WORKS, TECHNICAL SPECIFICATIONS & REQUIREMENTS

ERRATA TO THE ANNUAL REPORT 2009

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

BRG Polo Haus Sdn Bhd dan satu lagi lwn Blay International (M) Sdn Bhd dan lain-lain

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI SELAYANG BULAN FEBRUARI 2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI SELAYANG BULAN FEBRUARI 2016

KAEDAH-KAEDAH SYARIKAT (MEKANISME PENYELAMAT KORPORAT) 2018 COMPANIES (CORPORATE RESCUE MECHANISM) RULES 2018

KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017 LEGAL PROFESSION (DISCIPLINARY PROCEEDINGS) RULES 2017

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF DAN

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

1.0 PENDAHULUAN. A. Biasa. Kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45 ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS52 (Pensyarah Kanan) 1 ;

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CIVIL APPEAL NO: K-01(NCVC)(W)-10-01/2014 BETWEEN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

CONSTITUTION PERSATUAN UNIQUEVARCITY PENDAKI (UNIQUEVARCITY OF HIKERS ASSOCIATION)

SISTEM PENDAFTARAN PENGEBUMIAN ORANG ISLAM. Norzulaikha Binti Zulkifli. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof

Management Bhd dan lain-lain

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Corporate Governance

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

TERMINATION OF CONTRACTOR DUE TO THE CORRUPTION, UNLAWFUL OR ILLEGAL ACTIVITIES HASNITA HANA BINTI HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

BUKU TARIF 1 Januari 2014 SABAH & WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Kepada pengguna yang dihargai, Kerajaan telah meluluskan semakan semula tarif elektrik berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Semakan semula ini adalah merupakan usaha berterusan bagi membolehkan SESB menampung kos penyediaan dan pembekalan yang telah meningkat semenjak 1986. Berikutan daripada penstrukturan semula tarif yang lalu pada tahun 2011, SESB telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan keselamatan dan keberdayaharapan bekalan elektrik yang berterusan di Sabah. Terdapat pelbagai peningkatan yang telah dicapai oleh SESB antaranya ialah penurunan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem dari 687 minit pada 2010 kepada 381.27 minit pada November 2013. Walaubagaimanapun, kami memperakui masih terdapat banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh SESB bagi menampung peningkatan permintaan dan pertumbuhan ekonomi Sabah. Antara tumpuan utama bagi semakan semula pada kali ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk mengekalkan kadar tarif bagi penggunaan 300 kwj pertama, agar ianya tidak memberi kesan kepada pengguna domestik yang berada dalam julat ini. Terdapat ciri-ciri utama lain yang menarik dinyatakan di dalam buku ini dan kami berharap pengguna boleh memahami sepenuhnya. Bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia, Kerajaan telah melaksanakan Feed in Tariff (FiT), suatu mekanisme baru di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2014, Kerajaan akan mengenakan 1.6% untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu yang akan dicaj ke atas bil bulanan pengguna bagi penggunaan 300 kwj ke atas. Pengguna domestik dengan penggunaan 300kWj ke bawah akan dikecualikan daripada caj ini. Kami akan berusaha untuk terus meningkatkan kualiti dan keberdayaharapan bekalan elektrik di Sabah dan perkhidmatan kepada pengguna kami. Kami menghargai pemahaman dan kepercayaan anda. Terima kasih. Ir. Hj. Abd Razak Sallim Pengarah Urusan 1

Kandungan Muka Surat 1. Definisi 3 5 2. Maklumat Am 6 10 3. Tarif Elektrik 11 13 4. Memahami Bil Elektrik Anda 14 15 5. Saluran Pembayaran Bil 16 17 6. Pelbagai 18 19 2

1. DEFINISI Definisi berikut hendaklah digunapakai : (a) PENGGUNA bererti seseorang dan/atau entiti yang menerima bekalan elektrik melalui talian-talian bekalan SESB dari mana-mana satu punca bekalan dengan syarat bahawa jika seseorang dan/atau entiti menerima bekalan lebih dari satu punca bekalan, orang dan/atau entiti itu akan dianggap sebagai pengguna berasingan bagi setiap punca bekalan tersebut. (b) PENGGUNA KEDIAMAN bererti pengguna yang menduduki rumah kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau untuk sebarang bentuk aktiviti atau perkhidmatan perniagaan, perdagangan dan profesional. (c) (d) JALURAN PENGGUNAAN ASAS KEDIAMAN (LIFELINE BAND DOMESTIC) bererti penggunaan elektrik untuk 200 kwj pertama sebulan bagi pengguna Kediaman. PENGGUNA PERDAGANGAN bererti, tetapi tidak terhad kepada, pengguna yang menduduki atau mengendalikan blok pejabat, hotel, pangsapuri khidmat, rumah penginapan, kompleks beli-belah, rumah kedai, tempat letak kereta, gudang, bengkel, restoran, estet, ladang, ladang ternakan, pelabuhan, lapangan terbang, pepasangan keretapi, pepasangan telekomunikasi, pepasangan penyiaran, padang golf, pusat hiburan/rekreasi/sukan, sekolah/institusi pengajian, organisasi agama/kebajikan, pepasangan kerajaan dan angkatan tentera, hospital, loji sistem pendingin lingkungan, penyimpandingin, dan sebarang perniagaan lain atau aktiviti perdagangan yang mana aktiviti utamanya tidak terlibat di dalam perusahaan pembuatan, kuari atau perlombongan. (e) PENGGUNA PERINDUSTRIAN bererti pengguna yang menjalankan perusahaan pembuatan barangan dan produk. Aktiviti pembuatan ertinya pertukaran sesuatu bahan mentah atau komponen kepada produk akhir seperti membuat, mengubah, mencampur, menghias, menyempurna atau merawat, mengubahsuai apa-apa bahan untuk tujuan penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau pelupusan; juga termasuk pemasangan alatalat dan pemprosesan makanan tetapi hendaklah tidak termasuk sebarang aktiviti yang kebiasaannya dikaitkan dengan perniagaan runcit atau borong. Aktiviti kuari galian, batu dan sumber asli yang lain dan pengepaman bagi loji rawatan air, loji pengagihan air & pembentungan juga diklasifikasi sebagai Pengguna Perindustrian. Di samping itu, jumlah kuasa (watt) untuk lampu dan sistem hawa dingin yang terpasang untuk kegunaan pejabat hendaklah tidak melebihi 20% daripada jumlah kuasa (watt) kesemua peralatan elektrik yang dipasang. Definisi 3

(f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) PENGGUNA LAMPU JALANRAYA bererti pengguna yang menggunakan tenaga elektrik untuk tujuan menerangi jalan-jalan, lebuhraya-lebuhraya, jambatan-jambatan awam, dan juga jalan atau jambatan di kawasan kampung. CO-GENERATOR bererti penjana yang menggunakan satu sumber tenaga utama untuk menjana secara berturutan dua bentuk tenaga berlainan yang berguna pada kadar kecekapan yang melebihi 70%. VOLTAN RENDAH dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan yang tidak melebihi 1,000 volt. VOLTAN SEDERHANA dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan dari 11,000 volt hingga 33,000 volt. VOLTAN TINGGI dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan dari 66,000 volt dan ke atas. KILOWATT KEHENDAK MAKSIMA bagi mana-mana bulan hendaklah dikira sebagai dua kali ganda kilowatt-jam tertinggi yang dibekalkan dalam manamana tempoh tiga puluh minit berturutan dalam bulan tersebut. kwj bererti kilowatt-jam. (m) ANGKADAR KUASA PURATA bererti sudutkosinus yang mana tangen didapati dengan membahagikan jumlah reaktif kilovolt-ampiar-jam oleh jumlah kilowatt-jam yang direkodkan dalam mana-mana bulan oleh meter SESB. (n) (o) KILOVOLT-AMPIAR REAKTIF KEHENDAK MAKSIMA bagi mana-mana bulan hendaklah dikira sebagai dua kali ganda kilovolt-ampiar-jam reaktif tertinggi yang dibekalkan didalam mana-mana tempoh tiga puluh minit berturutan dalam bulan tersebut. BULAN bererti tempoh di antara dua masa bacaan meter berturutan. Meter lazimnya dibaca lebih kurang setiap tiga puluh hari. (p) TEMPOH PUNCAK bererti tempoh di antara jam 0800 hingga jam 2200. (q) (r) (s) TEMPOH LUAR-PUNCAK bererti tempoh di antara jam 2200 hingga jam 0800. CAJ MINIMA BULANAN (CMB) bererti caj minima bulanan yangdikenakan ke atas pengguna di mana bil bulanan elektrik (kw dan/atau kwj) adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual 1. CAJ SAMBUNGAN BEBAN bererti caj yang akan dikenakan sekiranya Kehendak Maksima (KM) sebenar yang direkodkan/diukur dalam satu bulan tidak mencapai 75% daripada jumlah KM yang diisytiharkan. 4

(t) (u) CAJ SAMBUNGAN bererti pembayaran oleh pengguna yang memerlukan infrastruktur untuk bekalan elektrik baru dan/atau untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada bagi mendapat bekalan elektrik tambahan. KANUN GRID bererti kanun berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dan garis panduan-garis panduan untuk perancangan, penjadualan dan penghantaran, operasi sistem dan penyambungan elektrik di Sabah & W.P. Labuan yang sedang berkuatkuasa, tertakluk kepada pindaan atau perubahan dari masa ke semasa. 2. MAKLUMAT AM 2.1 SYARAT-SYARAT AM BEKALAN ELEKTRIK Tenaga elektrik adalah dibekalkan mengikut peruntukkan peruntukkan Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 dan Peraturan Peraturan Elektrik 1994 dan semua pindaan yang dibuat ke atasnya. 2.2 VOLTAN Voltan-voltan SESB yang diisytiharkan adalah seperti berikut: Paras Voltan Voltan Bekalan 2.3 FREKUENSI 2.4 METER Voltan Rendah Satu Fasa Tiga Fasa 230V 400V Voltan Sederhana 11,000V 22,000V 33,000V Voltan Tinggi 66,000V 132,000V 275,000V Frekuensi bekalan ialah 50Hz ± 1%. (a) Semua meter yang perlu akan disediakan oleh SESB untuk menyukat penggunaan elektrik. Pengguna-pengguna dikehendaki membayar caj untuk pemasangan meter tambahan yang diminta oleh mereka dan boleh dikenakan caj bagi sebarang fasiliti meter khas yang dipasang oleh SESB. 5

(b) Pengguna tidak boleh mengganggu peralatan dan meter SESB, atau membenarkan sesiapa selain daripada pekerja SESB yang diberi kuasa untuk menjalankan kerja pada peralatan dan meter SESB. (c) Jika meter hilang, musnah atau rosak, pengguna hendaklah membayar kos sepenuhnya kepada SESB bagi membaiki atau menggantinya sepertimana yang ditetapkan oleh SESB. (d) Gangguan secara sengaja pada mana-mana aspek sistem meter dan pembekalan SESB adalah satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan membawa kepada hukuman penjara dan/atau denda. (e) Jika pengguna menyangka yang meternya tidak memberi bacaan dengan tepat, pengguna tersebut boleh meminta supaya meternya diuji oleh SESB. Bayaran ujian akan dikenakan dan bayaran ini hanya akan dipulangkan sekiranya ketidaktepatan meter berkenaan didapati melebihi 3%. 2.5 KEBENARAN MASUK KE PREMIS PENGGUNA Pekerja-pekerja SESB yang diberi kuasa dibenarkan di bawah Peraturan- Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 untuk memasuki mana-mana premis pengguna pada bila-bila masa yang patut untuk maksud-maksud yang berkaitan dengan bekalan elektrik, termasuk memeriksa, memantau peralatan, radas atau pemasangan yang berkenaan dengan tujuan tersebut, atau pun yang berkenaan dengan merekod, menghitung pembeklaan elektrik tersebut. 2.6 AKAUN (a) Pengguna dikehendaki membayar Caj Minima Bulanan (CMB) untuk tiap-tiap bekalan yang disambungkan. CMB adalah jumlah bayaran minima yang perlu dibayar oleh pengguna setiap bulan. (b) Setiap pengguna dikehendaki membayar wang cagaran yang dikira berdasarkan anggaran dua bulan penggunaan elektrik. Wang cagaran itu, selepas ditolak tunggakan bil, akan dipulangkan apabila pengguna itu berhenti menerima bekalan elektrik. Wang cagaran tidak boleh dipindah milik kepada pengguna lain. Semua wang cagaran tunai akan melayakkan pengguna untuk diberi rebet tahunan oleh SESB dan akan dikredit ke dalam akaun pengguna. (c) Akaun-akaun hendaklah dijelaskan pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan di dalam bil elektrik. Bekalan elektrik boleh dipotong jika akaun-akaun tidak dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan. (d) Surcaj sebanyak 1% sebulan akan dikenakan untuk setiap hari atau sebahagian daripadanya selama tempoh kelewatan bayaran bagi pengguna yang gagal membayar bil mereka sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan mengenakan surcaj ini, SESB tidak melepaskan haknya untuk memotong bekalan pengguna tersebut. 6

2.7 PEMBAYARAN WANG TERHUTANG KEPADA SESB (a) Pengguna akan dimaklumkan mengenai kesemua yuran dan caj di atas melalui bil rasmi. (b) Pembayaran hanya boleh dibuat kepada juruwang di premis SESB atau agen kutipan/ saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB. (c) Pembayaran hendaklah diakuterima sama ada oleh SESB atau agen kutipan/ saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB. 2.8 NOTIS UNTUK MENAMATKAN PENERIMAAN BEKALAN Pengguna hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya 3 hari bekerja kepada pejabat SESB setempat untuk menamatkan bekalan. Sekiranya notis tersebut tidak diberi, pengguna bertanggungjawab membayar semua caj berkaitan sehingga tarikh bacaan meter terakhir. 2.9 ANGKADAR KUASA Pengguna hendaklah berusaha untuk mendapatkan Angkadar Kuasa seberapa tinggi di dalam pengendalian sebarang pemasangan elektriknya. Pengguna hendaklah mencapai Angkadar Kuasa minima sebanyak 0.90 untuk pengguna voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV atau ke atas,dan 0.85 untuk pengguna-pengguna lain. Penalti akan dikenakan sekiranya Angkadar Kuasa minima tersebut tidak tercapai. Penalti tersebut adalah dikira seperti berikut:- Jika Angkadar Kuasa purata dalam mana-mana bulan didapati:- (a) Kurang dari 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul, bayaran surcaj sebanyak 1.5% dari bil bulan itu bagi tiap-tiap satu-per-seratus bahagian (0.01) kurang dari Angkadar Kuasa 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul akan ditambah pada bil bulan itu; dan (b) Kurang dari 0.75 [0.80] susul, selain dari bayaran surcaj di bawah perenggan (a) di atas, surcaj sebanyak 3% dari bil bulan itu bagi tiap-tiap satu-per-seratus bahagian (0.01) kurang dari Angkadar Kuasa 0.75 [0.80] susul akan ditambah pada bil bulan itu. Nota: Angka Angkadar Kuasa yang ditunjukkan dalam kurungan segiempat adalah untuk semua pengguna voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV dan ke atas. Angka Angkadar Kuasa tanpa kurungan segiempat adalah untuk pengguna-pengguna lain. Angkadar Kuasa minima 0.85 [0.90] adalah tertakluk kepada pindaan untuk memenuhi keperluan-keperluan Kanun Grid yang berkuatkuasa. Lingkungan Angkadar Kuasa yang disebutkan di (a) dan (b) untuk mengira penalti Angkadar Kuasa akan diselaraskan sewajarnya untuk menunjukkan Angkadar Kuasa minima baru yang dinyatakan di dalam kanun-kanun yang berkenaan. 7

2.10 BEKALAN SEMENTARA Pengguna-pengguna yang memohon untuk bekalan sementara akan dikenakan kadar tarif yang sesuai dengan kategori mereka, serta ditambah surcaj 33% atas jumlah bil bulanan. Kontrak bekalan bagi beban sementara adalah terhad tempohnya dan pengguna akan dikenakan Caj Sambungan bagi keseluruhan kos pemasangan untuk tujuan memberi bekalan sementara ini dan pembukaan infrastruktur SESB kemudiannya apabila bekalan ditamatkan. 2.11 CAJ SAMBUNGAN BEBAN Pengguna perlu membayar Caj Sambungan Beban bulanan dengan kadar RM8.50 setiap kw bagi perbezaan Kehendak Maksima (KM) di antara KM sebenar yang direkodkan/ diukur dalam sesuatu bulan dengan 75% daripada jumlah KM yang diisytiharkan. Caj ini akan dihadkan kepada 5 tahun selepas tempoh pengecualian (grace period) selama setahun (1) daripada tarikh bekalan dimulatugas. 2.12 PENGGUNA YANG MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI PERNIAGAAN Pengguna yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang melibatkan lebih dari satu kategori tarif, hendaklah:- (a) mengisytiharkan kepada SESB aktiviti utama perniagaan mereka seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat atau seperti yang dinyatakan di dalam laporan tahunan terbaru yang dimajukan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia; (b) memasang kemudahan meter berasingan untuk setiap aktiviti bagi melayakkan pengguna mendapat tarif yang berkaitan. Jika tidak, SESB akan mengenakan tarif yang berdasarkan klasifikasi tarif yang bersesuaian; dan (c) menanggung kos keseluruhan bagi pemasangan kemudahan meter yang berasingan. 3. TARIF ELEKTRIK 3.1 MAKLUMAT TARIF Tarif seperti di Jadual 1, telah diluluskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia mengikut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990. 8

3.2 PERUNTUKAN PERJANJIAN KHAS DI BAWAH SEKSYEN 29 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Seksyen 29 Akta Bekalan Elektrik 1990 memperuntukkan, antara lainnya, perjanjian khas boleh dibuat di antara SESB dengan pengguna yang menetapkan terma-terma dan syarat-syarat khas bekalan termasuk kadar tarif. Tarif bagi bekalan pukal atau tariff khas boleh termasuk dalam perjanjian khas ini. 3.3 JADUAL TARIF 3.3.1 Jadual 1 Kadar-kadar tarif SESB adalah seperti berikut:- 1. Tarif DM Tarif Kediaman KATEGORI TARIF KADAR UNIT 100 kwj pertama (1-100 kwj) sebulan 100 kwj berikutnya (101-200 kwj) sebulan 100 kwj berikutnya (201-300 kwj) sebulan 200 kwj berikutnya (301-500 kwj) sebulan 500 kwj berikutnya (501-1000 kwj) sebulan Setiap kwj berikutnya (1001kWj Keatas) sebulan Caj minima bulanan ialah RM5.00 2. Tarif CM1 Tarif Perdagangan Voltan Rendah 200 kwj pertama(1-200 kwj) sebulan Setiap kwj berikutnya(201 kwj onwards) sebulan Caj minima bulanan ialah RM15.00 3. Tarif CM2 Tarif Perdagangan Am Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan Bagi semua kwj Caj minima bulanan ialah RM1,000.00 4. Tarif CM3 Tarif Perdagangan Puncak/ Luar-Puncak Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kwj dalam tempoh Puncak Bagi semua kwj dalam tempoh Luar Puncak Caj minima bulanan ialah RM1,000.00 17.5 18.5 33.0 44.5 45.0 47.0 38.5 39.5 23.20 32.4 32.60 32.4 19.5 RM/kW RM/kW 9

TARIF CATEGORY RATES UNIT 5. Tarif ID1 Tarif Perindustrian Voltan Rendah Bagi semua kwj 37.6 Caj minima bulanan ialah RM15.00 6. Tarif ID2 Tarif Perindustrian Am Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kwj Caj minima bulanan ialah RM1,000.00 7. Tarif ID3 Tarif Perindustrian Puncak/Luar Puncak Voltan Sederhana Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan sebulan dalam tempoh Puncak Bagi semua kwj dalam tempoh Puncak Bagi semua kwj dalam tempoh Luar Puncak Caj minima bulanan ialah RM1,000.00 8. Tarif PL Tarif Lampu Jalanraya Bagi semua kwj (tidak termasuk senggaraan) Bagi semua kwj (termasuk senggaraan) Caj minima bulanan ialah RM15.00 DU 21.75 26.8 28.00 28.6 18.0 20.3 36.3 RM/kW RM/kW 3.4 TARIF KHAS 3.4.1 Tarif Khas adalah salah satu opsyen yang ditawarkan kepada pengguna yang berkelayakan selain tarif sedia ada. Tarif Khas ini ditawarkan untuk menggalakan Pengurusan Beban Pelanggan (Demand Side Management). Pengguna yang berkelayakan akan mendapat penjimatan apabila menggunakan elektrik dalam keadaan tersebut. 10

3.4.2 Skim Tarif Khas yang boleh diperolehi adalah seperti berikut:- (a) Tarif Khas Waktu Luar Puncak Skim Tarif Khas Waktu Luar Puncak adalah ditawarkan kepada pengguna yang layak, tambahan ke atas struktur tarif semasa yang digunapakai. Tarif khas ini adalah ditawarkan bagi menggalakkan Demand Side Management. Pengguna yang layak akan mendapat penjimatan tambahan dengan penggunaan elektrik di dalam keadaan tertentu. Ianya terdiri :- Tarif Komersil CM2 Voltan Sederhana Tarif Industri ID2 Voltan Sederhana Tarif Komersil dan Industri (CM1 & ID1) Voltan Rendah untuk Jangka yang mempunyai alatubah arus berkadaran 3 x 150/5A dan ke atas. Pengguna yang berdaftar dalam skim Tarif Khas Waktu Luar Puncak ini akan menikmati diskaun sebanyak 20% ke atas penggunaan elektrik semasa waktu luar puncak (10.00 malam hingga 8.00 pagi) setiap hari. (b) Tarif Khas Hari Ahad Skim Tarif Khas Hari Ahad ditawarkan kepada semua pengguna Industri dan Komersil voltan sederhana. Ianya terdiri:- Tarif Industri ID2 Voltan Sederhana Tarif Industri ID3 Voltan Sederhana waktu puncak/ luar puncak Tarif Industri CM2 Voltan Sederhana Tarif Industri CM3 Voltan Sederhana puncak/luar puncak Pengguna yang berdaftar dalam skim Tarif Khas Hari Ahad akan membayar kadar tarif yang sama seperti kadar tarif sedia ada. Walau bagaimanapun, caj Kehendak Maksima tidak akan dikenakan ke atas penggunaan elektrik pada hari Ahad. 4. MEMAHAMI BIL ELEKTRIK ANDA Bil Elektrik anda dikira seperti berikut:- (a) CAJ ELEKTRIK Caj elektrik dikira berdasarkan bacaan meter yang merekodkan jumlah penggunaan elektrik berdasarkan tarif yang berkaitan. 11

(b) LAIN-LAIN ITEM CAJ SESB boleh mengenakan caj dan/atau surcaj untuk kelewatan bayaran, Angka dar Kuasa, caj sambungan, alat kimpalan, bekalan sementara dan lain-lain caj yang boleh dikenakan di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan. 12

❶ Account Number & Deposit Kod Stesen (Stesen Code) where bill issued No. Akaun (Account Number) electricity bill account number Cagaran (Deposit) the estimated total electricity consumed for a period of two month ❷ Bill & Payment Bil Akhir (Previous Bill) contains the details of the previous bill which you would have received before the new bill is issued Bayaran Akhir (Latest Payment) is the most recent payment you have made Tarif (Tarif) defines the Tarif category for your premises. It differs depending on wheter the usage for residential, business, industrial or other purposes ❸ Additional Deposit & Outstanding Cagaran Tambahan (Additional Deposit) will be imposed automatically when the usage is increased. The amount is the diffrence between the new and the existing deposit. Tunggakan (Outstanding Balance) is the amount that you have yet to pay. If payment has beenmade, kindly ignore it as the new bill could have been printed before the system was updated. Bayaran Dimasuk Setakat (Last Update) is the date we update your previous payment before issuing a new bill. ❹ Billing Date Bacaan Dahulu (Previous Date) is the date previous reading. Bacaan Semasa (Current Date) is the date recent month Jenis Bacaan (Reading Type) is the type of meter reading (N) Normal (E) Estimate ❺ Meter Reading Dahulu (Previous) is the meter reading as of the previous date. Semasa (Current) is the meter reading as of the present date Kegunaan (Usage) is the total electricity consumed Unit is the measurement of electricity in kwj ❻ Current Bill Details Unit is the split of usage according to the Tarif block and prorate block (Example in this bill for 36 days reading cycle. eg[36/30*100 =120 unit for 1 st & 2nd block, 36/30*300 = 360 unit for 3 rd block and balance for the 4 th block 114 unit (714-120-120-360 =114)] Kadar (Rate) is the rate imposed on each consumption block. Amaun (Amount) is the result of unit multiplied with rate. ❼ Bill Amount & Other Charge Amaun Elektrik (Amount Electricity) is total of the amount usage, 1.6% RE Fund, 10% discount (Education, Welfare and Worship). Lain-lain Caj (Other Charge) is charges such of Power Factor Penalty & 33% Temporary Supply Pelbagai (Miscellaneous) is the credit given or extra charge imposed such as credit payment, cash deposit rebate and excess or inadequate bill Jumlah Perlu Dibayar (Total Bill Amount) is the amount of electricity consumed inclusive of miscellaneous charges, penalty, outstanding balance, additional deposit and total previous estimated adjustment (if any) ❽ Payment Due Date Bayar bil semasa sebelum (Payment Due Date) is the last day that you have to settle the bill amount to avoid late payment penalty. Total outstanding amount must be paid immediately to avoid disruption of electricity supply. 1 2 3 4 5 6 7 8 3101 00012345 20012345 TUNAI 500.00 63686766 EDWARD WILLIAM LOT 1969, JLN PENAMPANG 89500 PENAMPANG 11/2013 11UAT1 MR2170 SILA HUBUNGI PEJABAT SESB TERDEKAT DAN BERIKAN BACAAN SEBENAR JIKA MENERIMA BIL ANGGARAN KOD (E). MAKLUMAN REBAT KERAJAAN RM20 DILANJUTKAN SEHINGGA 31.12.2013 BIL AKHIR 02-10-2013 228.95 N DM BAYARAN AKHIR 11-09-2013 400.50 0.00 228.95 01-11-2013 02-11-2013 08-12-2013 N 98990999 1.0000 8000.00 8714.00 714.00 KWJ BLOK KEGUNAAN ELEK. 120.00 0.175 RM 21.00 120.00 0.185 RM 22.20 360.00 0.330 RM 118.80 114.00 0.345 RM 39.33 DANA WANG TENAGA BOLEH BAHARU 1.6% RM 3.22 KOTA KINABALU CONTOH BIL PENGGUNA DOMESTIK EDWARD WILLIAM LOT 1969, JLN PENAMPANG 89500 PENAMPANG RM 204.55 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 : 15454 : 1-800-881135 07.01.2014 RM 204.55 RM 228.95 RM 0.00 3101 00012345 63686766 433.50 13

5. SALURAN PEMBAYARAN BIL Untuk kemudahan anda, pembayaran bil buat masa ini boleh dilakukan melalui saluran-saluran berikut: i) KAUNTER KUTIPAN SESB (Sila kemukakan bil elektrik anda) Semua kaunter Pejabat Kawasan SESB Kaunter Wisma SESB Tingkat bawah Kaunter SESB di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Pekan Sikuati (TAMU), Kudat ii) KAUNTERPANDU LALU Wisma SESB iii) AUTOMATED TELLER MACHINE (ATM) Bank Simpanan Nasional Maybank iv) MELALUI TALIAN TELEFON MBF CALL & PAY di talian 088-246633 (untuk pemegang MBF dan MasterCard sahaja, bukan pemegang MBF dikehendaki mendaftar untuk menggunakan ke mudahan ini) v) INTERNET BANKING /WEBSITES Maybank www.maybank2u.com.my HSBC www.hsbc.com.my CIMB www.cimb.com.my Public Bank www.publicbank.com.my Am Bank www.ambank.com.my Alliance Bank www.alliance.com.my Pos Malaysia Berhad www.posonline.com.my MBF Click n Pay www.mbfcards.com.my vi) SISTEM BAYARAN PUKAL (Jabatan Pengurusan Kredit) 14

vii) LAIN-LAIN PUSAT KUTIPAN 1 Pejabat Pos Malaysia Berhad (POS) 2 Bank Simpanan Nasional (BSN) 2 Alliance Bank 2 Agro Bank (BPM) 2 CIMB Bank 2 Bank Islam 2 Ibu Pejabat DBKK Jabatan Air, Gaya Park Penampang Telekom Malaysia Berhad (TMpoint) Sadong Jaya, Kota Kinabalu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sembulan Pekan Kinarut Nota: 1 Semua Pembayaran diatas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja 2 Di Sabah & W. P. Labuan sahaja viii) KEMUDAHAN LAIN 3 SESB sebagai Agen Kutipan untuk: Bil Air Bil TM Assessment/Quit Rent - Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja - Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja - Kaunter SESB KotaKinabalu Sahaja Nota: 3 Semua Pembayaran di atas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja Sila rujuk www.sesb.com.my atau pejabat SESB yang terdekat untuk maklumat terkini mengenai kemudahan pembayaran bil. M 15

6. PELBAGAI 6.1 UNDANG-UNDANG TERPAKAI Buku Tarif ini tertakluk dan ditafsirkan selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya termasuk sebarang pindaan dan perubahan yang dibuat dari masa ke semasa. a. KESERAGAMAN Jika terdapat sebarang percanggahan atau perbezaan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam Buku Tarif ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunapakai. b. APLIKASI Buku Tarif ini adalah untuk digunapakai oleh pengguna SESB di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. 6. Pelbagai PUSAT PENGURUSAN PANGGILAN DAN PUSAT PERKHIDMATAN PENGGUNA SETEMPAT SESB Pusat Pengurusan Panggilan (Call Management Centre CMC) disediakan oleh SESB untuk memberi maklumbalas yang lebih cepat kepada panggilan telefon pengguna yang mengalami gangguan bekalan elektrik. Pusat ini dikendalikan oleh pembantu perkhidmatan pengguna yang terlatih dan boleh dihubungi melalui talian 1-5454. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Setempat atau One Stop Customer Centre (OSCC) di talian 1-800-881135. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Jabatan Pengurusan Komersil Bahagian Pembahagian Sabah Electricity Sendirian Berhad Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman 88673 Kota Kinabalu, Sabah. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web SESB di www.sesb.com.my 16

ALAMAT PERHUBUNGAN ZON/KAWASAN/JABATAN SESB DI SELURUH SABAH PEJABAT ZON: ZON METRO/ KENDALIAN PEMBAHAGIAN K OTA KINABALU Off Jalan Kepayan, Tanjung Aru 88100 Kota Kinabalu Talian Am: 088-282630Telefax: 088-282631 ZON TIMUR / SANDAKAN Beg Berkunci 67 90009 Sandakan Talian Am : 089-619600 Telefax: 089-611987 ZON BARAT / BEAUFORT Peti Surat 93 89807 Beaufort Talian Am: 087-211587 Telefax: 087-225364 PEJABAT KAWASAN: KAWASAN KOTA KINABALU Tingkat Bawah, Wisma SESB 88100 Kota Kinabalu Talian Am: 088-282143 Telefax: 088-282141 KAWASAN TUARAN Peti Surat 165 89208 Tuaran Talian Am: 088-788187 Telefax: 088-792316 KAWASAN RANAU Peti Surat 47 89307 Ranau Talian Am: 088-870532 Telefax: 088-876443 KAWASAN KOTA MARUDU W.D.T. 15 89109 KotaMarudu Talian Am: 088-661430 Telefax: 088-661020 KAWASAN PITAS PetiSurat 422 89108 Pitas Talian Am: 088-612875 Telefax: 088-615810 KAWASAN SEMPORNA PetiSurat 103 91308 Semporna Talian Am: 089-781218 Telefax: 089-781216 ZON UTARA / KOTA BELUD PetiSurat 73 89157 KotaBelud Talian Am: 088-972507 Telefax: 088-972532 ZON SELATAN / TAWAU Peti Surat 126 91007 Tawau Talian Am: 089-714020 Telefax: 089-713919 ZON PEDALAMAN / KENINGAU Peti Surat 41 89007 Keningau Talian Am: 087-335467 Telefax: 087-334846 KAWASAN TENOM PetiSurat 84 89907 Tenom Talian Am: 087-733154 Telefax: 087-733202 KAWASAN BELURAN PetiSurat 60 90107 Beluran Talian Am: 089-511137 Telefax: 089-511220 KAWASAN TELUPID W.D.T. 15 89300 Telupid Talian Am: 089-521927 Telefax: 089-521736 KAWASAN KOTA KINABATANGAN W.D.T. 11 90200 Kota Kinabatangan Talian Am: 089-562802 Telefax: 089-562544 KAWASAN KUNAK PetiSurat 5 91207 Kunak Talian Am: 089-851255 Telefax: 089-851388 ZON WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN PetiSurat 52 87008 W.P. Labuan Talian Am: 087-412020 Telefax: 087-416088 ZON UTARA /KUDAT Peti Surat 146 89057 Kudat Talian Am: 088-624208 Telefax: 088-611692 ZON TENGGARA /LAHAD DATU Peti Surat 60094 91110 Lahad Datu Talian Am: 089-889231 Telefax: 089-889142 KAWASAN PAPAR PetiSurat 126 89608 Papar Talian Am: 088-913100 Telefax: 088-914794 KAWASAN KUALA PENYU PetiSurat 39 89747 Kuala Penyu Talian Am: 087-884805 Telefax: 087-885603 KAWASAN SIPITANG PetiSurat 94 89857 Sipitang Talian Am: 087-821527 Telefax: 087-821739 JABATANPENGURUSAN KREDIT Tingkat 2, Wisma SESB JalanTunku Abdul Rahman 88673 KotaKinabalu Talian Am: 088-282332Telefax: 088-259434 KAWASAN TAMBUNAN Peti Surat 238 89657 Tambunan Talian Am: 087-774949 Telefax: 087-773426 17