KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

Similar documents
D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

MALAYSIA IN HIGH COURT IN SABAH AND SARAWAK AT KOTA KINABALU BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR APPELLANT AND JUHINOL BIN LIMBUIS RESPONDENT

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

EMPLOYMENT APPLICATION FORM ABX CORPORATION SDN BHD ( V) & UTS GROUP OF COMPANIES

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

Kata kunci: Jenayah; Kanak-kanak; Keganasan; Kesalahan-kesalahan Seksual; Mahkamah.

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

D.R. 47/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63.

BETWEEN BUDIMAN BIN CHE MAMAT... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Notice of Annual General Meeting

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

BETWEEN AND GROUNDS OF JUDGEMENT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B /2014

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

Management Bhd dan lain-lain

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACTOR DUE TO THE CORRUPTION, UNLAWFUL OR ILLEGAL ACTIVITIES HASNITA HANA BINTI HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2. To declare the Final Dividend of 12% less 25% Malaysian Income Tax in respect of the financial year ended 31 December 2009.

ILANGOVAN KRISHNAN v. SHIYA SDN BHD

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Pendakwa Raya v Okwuhoa Edozie Stephen (NGA)

1.0 KONSEP 2.0 MAKLUMAT KOMODITI. Seperti di Perkara 7 Jadual Pertama 3.0 BELIAN DAN JUALAN 3.1 HARGA BELIAN KOMODITI BANK

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

BETWEEN AND KHAFASLIZA BINTI SHAFII... RESPONDENT (IC.NO: ) GROUNDS OF JUDGEMENT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

PERKATAAN & ISTILAH: "perbelanjaan hidup" - Akta Undang-Undang Sivil 1956, s. 7

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

Transcription:

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH ROGOL Seksyen 375(f) Rogol dengan keizinan dalam keadaan tertentu 1. Deskripsi rogol baru yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas, iaitu (f) with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her adalah bertujuan untuk melindungi wanita yang memberi keizinan kepada hubungan seks tetapi keizinan itu diberi secara tak rela. 2. Contoh-contoh kesalahan rogol sedemikian yang semakin berleluasa termasuk yang berikut :- (a) (b) (c) rogol oleh bomoh ke atas pelanggan wanita yang mempercayai nasihat palsu bomoh tersebut bahawa mereka akan sembuh daripada penyakit ataupun masalah peribadi mereka akan diselesaikan sekiranya mereka melakukan hubungan seks dengan bomoh tersebut; rogol oleh pegawai polis terhadap tahanan wanita di dalam penjara yang dikawal dan diawasi oleh pegawai polis tersebut; rogol oleh majikan terhadap pekerja wanita di mana majikan tersebut mengugut untuk menyingkirkan wanita tersebut dari jawatannya sekiranya wanita tersebut tidak melakukan hubungan seks dengan beliau. 3. Keizinan ( consent ) tidak harus dikelirukan dengan penyerahan ( submission ) kerana kedua-duanya berbeza. Seorang mangsa rogol dalam keadaan tertentu terdesak supaya memberi keizinan secara paksa dan tak rela kerana si perogol mempunyai kuasa, hubungan profesional atau hubungan amanah ke atas beliau. 4. Oleh itu, deskripsi rogol jenis ini amat perlu dimasukkan dalam Kanun Keseksaan. 5. Namun demikian, JAG turut berpendapat bahawa unsur penyalahgunaan kuasa haruslah dinyatakan dengan jelas kerana ia merupakan satu ciri utama kesalahan jenis ini. 1

6. Oleh itu, JAG mengesyorkan bahawa deskripsi berikut diterimapakai :- (f) with her consent, when the accused being. a person in a position of trust, power or authority or a person with whom the complainant is in a relationship of dependency abuses such position to obtain consent. Seksyen 375 & 375A Kesalahan suami merogol isteri ( marital rape ) 1. JAG bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Pilihan bahawa satu kesalahan baru diwujudkan di bawah Seksyen 375A iaitu husband causing hurt in order to have sexual intercourse. 2. Namun demikian, JAG masih menyeru supaya pengecualian marital rape tetap dimansuhkan dari Seksyen 375 kerana ini adalah satu kesalahan yang serius. 3. Hasil kajian pertubuhan All Women s Action Society (AWAM) menunjukkan statistik yang mengejutkan. Antara tahun 2000 hingga 2002, 52% daripada golongan wanita yang merupakan mangsa keganasan rumahtangga telah dipaksa supaya melakukan hubungan seks dengan suami mereka dan keganasan fizikal telah digunakan semasa hubungan tersebut dilakukan. 4. Selain daripada kecederaan fizikal, seorang wanita yang dirogol oleh suaminya kemungkinan besar akan mengalami tekanan emosi dan psikologi yang teruk akibat keganasan dan pengkhianatan oleh suami sendiri yang sanggup melakukan sedemikian ke atas mereka. 5. Ada sesetengah golongan lelaki yang menganggap bahawa seorang isteri adalah hak suami dan isteri wajib melayan kehendak suami termasuk kehendak seksualnya atas dasar agama. 6. Akan tetapi, tiada sebarang agama yang menggalakkan mahupun membenarkan hubungan seks antara suami dan isteri secara paksa dan tanpa kerelaan isteri. Prinsip yang terpakai dan patut ditegakkan dalam hubungan antara suami isteri adalah keadilan. Prinsip keadilan ini boleh didapati di dalam semua agama. 7. Misalnya, di bawah undang-undang Syariah, penganiayaan suami terhadap isteri dianggap sebagai satu kesalahan matrimonial. Butir-butir kesalahan sedemikian terkandung dalam Seksyen 127 & 128 Akta Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu seperti berikut :- 2

Seksyen 127 : Menganiaya isteri Seseorang yang menganiaya isteri atau menipu harta isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. Seksyen 128 : Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri Seseorang yang tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isterinya mengikut Hukum Syara adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. 8. Hubungan seks secara paksa boleh dikatakan tergolong dalam kesalahan menganiaya isteri atau paling kurangnya tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri. Selain itu, dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda tanda orang-orang yang bertaqwa adalah orang yang berakhlak mulia, dan orang yang melayan isteri-isteri mereka dengan baik adalah orang yang paling berakhlak mulia. (Sunan Tarmizi). 9. Oleh yang demikian, tidak ada dasar dari segi undang-undang Syariah untuk mengatakan bahawa seorang suami berhak memaksa isteri beliau untuk melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isteri. 10. Pihak Parlimen harus peka kepada keperluan masyarakat khususnya golongan isteri yang dirogol oleh suami untuk mendapatkan perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Seksyen 376 Hukuman penjara minima bagi kesalahan merogol 1. JAG berpendapat bahawa hukuman minima mandatori iaitu penjara 5 tahun harus dikekalkan secara amnya untuk menggambarkan betapa beratnya kesalahan ini. 2. Sekiranya tiada hukuman minima mandatori yang dikenakan, ini bermakna seseorang perogol mungkin dihukum penjara bagi tempoh sependek 1 atau 2 tahun (ataupun kurang dari itu), iaitu hukuman yang lebih ringan daripada pencurian motorsikal seumpamanya. Itulah keadaannya sebelum pengenalan hukuman minimum bagi kesalahan merogol. 3

3. Jawatankuasa Pilihan juga telah mencadangkan bahawa orang yang telah disabit kesalahan jenayah seksual dikenakan kaunselling mandatori. Kajian menunjukkan bahawa pesalah-pesalah kes rogol tidak ingin memikul tanggungjawab bagi kesalahan mereka. Untuk mencapai peluang pemulihan akhlak yang lebih tinggi, lebih banyak masa diperlukan. Hukuman penjara minima 5 tahun akan memberikan pesalah-pesalah tersebut tempoh kaunseling yang lebih lama dan ini kemungkinan besar akan meningkatkan kadar pemulihan akhlak yang berhasil. 4. Sebab utama Jawatankuasa Pilihan membuat cadangan untuk memansuhkan hukuman minima mandatori ini adalah untuk mengelakkan masalah penjejasan kepentingan pesalah remaja yang dipenjarakan akibat hubungan seks secara suka sama suka. 5. Oleh itu, JAG mengesyorkan bahawa pengecualian bagi hukuman minima mandatori dihadkan khususnya kepada pesalah remaja dalam keadaan di atas dan bukan bagi semua pesalah KEGANASAN RUMAHTANGGA ( DOMESTIC VIOLENCE ) Cadangan oleh JAG untuk mewujudkan kesalahan baru iaitu keganasan rumahtangga 1. JAG amat kecewa atas kegagalan Jawatankuasa Pilihan untuk menerima cadangan kami supaya menjadikan keganasan rumahtangga satu kesalahan baru di bawah Kanun Keseksaan. 2. Keganasan rumahtangga merupakan salah satu kesalahan yang paling serius di Malaysia berdasarkan kekerapannya dalam masyarakat kita. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 39% dari wanita Malaysia mengalami penderaan oleh suami atau teman lelaki mereka di mana penderaan tersebut berlaku di dalam rumah atau di kalangan keluarga iaitu di persekitaran yang seharusnya selamat dan dipenuhi dengan kasih sayang. 3. Akibat ketiadaan sebarang peruntukan yang menjadikan keganasan rumahtangga satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan mahupun Akta Keganasan Rumahtangga, pihak polis yang terlibat dalam kes-kes sedemikian terpaksa membawa tuduhan ke atas pesalah di bawah peruntukan-peruntukan lain seperti mengakibatkan kecederaan dengan sengaja ( voluntarily causing hurt ) di bawah Seksyen 321 Kanun Keseksaan. 4. Tuduhan mengakibatkan kecederaan dengan sengaja ( voluntarily causing hurt ) di bawah Kanun Keseksaan adalah tidak sesuai bagi kes-kes keganasan rumahtangga atas sebab-sebab berikut :- 4

(a) (b) (c) maksud hurt di bawah Seksyen 319 Kanun Keseksaan yang dinyatakan sebagai bodily pain, disease or infirmity adalah terhad kepada kecederaan fizikal semata-mata dan ini langsung tidak mengambil kira kecederaan emosi dan psikologi yang sering dialami oleh mangsa akibat keganasan tersebut; kejadian keganasan rumahtangga lazimnya berlaku secara berulangkali bagi tempoh yang berpanjangan di mana mangsa mengalami penderaan fizikal, verbal, seksual, emosi dan psikologi secara bertubitubi bagi tempoh berbulan-bulan malahan bertahun-tahun dalam sesetengah kes. Dengan itu, hukuman di bawah tuduhan voluntarily causing hurt yang dirangka khas untuk kejadian-kejadian persendirian dan berasingan ( isolated ) sememangnya tidak setimpal dengan kesalahan keganasan rumahtangga; hukuman bagi kesalahan voluntarily causing hurt tidak mengambil kira faktor hubungan yang rapat antara pesalah dengan mangsa. Banyak negara lain yang telahpun mengiktiraf melalui undang-undang (umpamanya California Penal Code) bahawa kesalahan keganasan terhadap mangsa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pesalah memerlukan pertimbangan khas dan haruslah diberikan hukuman yang lebih berat berdasarkan hubungan tersebut,. 5. Dengan itu, JAG menyeru agar kesalahan keganasan rumahtangga dapat diwujudkan dalam Kanun Keseksaan dan kami mencadangkan rang peruntukan berikut, yang berdasarkan Akta Keganasan Rumahtangga tetapi yang telah diperluaskan sepertimana yang perlu, diterimapakai:- (1) Whoever commits domestic violence by, (a) wilfully or knowingly placing or attempting to place the victim in fear of physical, psychological or emotional injury; (b) causing physical, psychological or emotional injury to the victim by such act which is known or ought to have known would result in physical psychological or emotional injury; (c) compelling the victim by force or threat to engage in any conduct or act, sexual or otherwise; (d) confining or detaining the victim against the victim s will; (e) causing mischief, destruction or damage to property with intent to cause or knowing that it is likely to cause distress or annoyance to the victim; (f) stalking or intimidating the victim by threats, persistent communications, persistent ridicule or belittlement or other forms of emotional or psychological abuse; (g) giving, sending, transmitting or publishing offensive materials to the victim or in such a way that the offensive material will be found by or brought to the attention of the victim; 5

and the act is directed against (i) his or her spouse, whether de jure or de facto; (ii) his or her former spouse; (iii) a member of the family; (iv) a person who ordinarily shares a household with the other person; (v) a person who has a close personal relationship with the other person, to be determined with regard to the nature and intensity of the relationship, and in particular (a) the amount of time the persons spend together; (b) the duration of the relationship; (c) the place or places where that time is ordinarily spent; (d) the manner in which that time is ordinarily spent; shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years or with fine which may extend to five thousand ringgit or with both and may also be ordered to participate in an appropriate counselling program designated by the court. (2) Nothing in subsection (1) shall preclude charging an accused under another applicable provision in the Penal Code instead of (1). 6. Cadangan JAG turut melindungi mangsa-mangsa yang bukan ahli keluarga melalui talian darah tetapi mempunyai hubungan yang rapat dengan pesalah iaitu a person who ordinarily shares a household with the other person. 7. SECARA ALTERNATIF, sekiranya cadangan JAG untuk mewujudkan kesalahan keganasan rumahtangga yang baru tersebut tidak dapat diterima, JAG mencadangkan bahawa hukuman di bawah peruntukan-peruntukan sedia ada berikut dalam Kanun Keseksaan haruslah ditingkatkan dalam kes-kes keganasan rumahtangga :- (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Seksyen 323 ( punishment for voluntarily causing hurt ); Seksyen 325 ( punishment for voluntarily causing grievous hurt ); Seksyen 341 ( punishment for wrongful restraint ); Seksyen 342 ( punishment for wrongful confinement ); Seksyen 350 ( criminal force ); Seksyen 351 ( assault ); Seksyen 426 ( punishment for committing mischief ); dan Seksyen 506 ( punishment for criminal intimidation ). 6

KEGANASAN ( TERRORISM ) Seksyen 130B, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003 Cadangan Jawatankuasa Pilihan untuk mewujudkan kesalahan baru iaitu keganasan iaitu terrorist act 1. JAG membantah cadangan Jawatankuasa Pilihan untuk mewujudkan kesalahan keganasan ( committing terrorist acts ) yang baru atas sebab-sebab berikut :- (a) Terdapat undang-undang sedia ada yang mencukupi untuk menangani masalah keganasan. Misalnya, apabila kumpulan Al-Ma unah mencuri senjata tentera di Grik, pesalah-pesalah tersebut kesemuanya dituduh di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu di bawah kesalahan waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-pertuan Agong, a Ruler or Yang di-pertua Negeri. Unsur-unsur jenayah ini mengandungi sekurang-kurangnya 3 bahagian iaitu jika niat atau tujuan pesalah adalah seperti berikut :- (i) (ii) (iii) staging an insurrection to challenge the government; having an insurrection by force or violence; and having an insurrection to accomplish an object of a general public nature. Selain itu, terdapat banyak peruntukan lain berkenaan dengan kesalahankesalahan yang berkaitan seperti milikan senjata api ( possession of firearms ), menyebabkan kecederaan serius ( causing serious hurt ) dan menyebabkan kerosakan harta ( damaging property ). (b) Definisi terrorist act yang dicadangkan adalah terlalu luas, iaitu merangkumi yang berikut :- (i) (ii) (iii) any act or threat that involves prejudice to national security or public safety ; intended or may be reasonably regarded as being intended to influence or compel the Government to do or refrain from doing any act ; dan intention of advancing a political, religious or ideological cause. Definisi yang begitu luas sedemikian sememangnya berpotensi untuk melanggar hak-hak asasi rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. 7

Walaupun Jawatankuasa Pilihan turut memasukkan pengecualian kepada kesalahan terrorist act, iaitu tindakan advocacy, protest, dissent or industrial action which is not intended to cause serious bodily injury to a person, to endanger the life of a person, to cause the person s death, or to create a serious health risk to the health or safety of the public or a section of the public, JAG masih khuatir kerana penggubalan Seksyen 130B adalah kabur ( ambiguous ) dan kemungkinan besar ini akan mengakibatkan tafsiran dan aplikasi seksyen ini secara menindas ( oppressive ). 2. Oleh itu, JAG menyeru supaya keseluruhan seksyen ini tidak dimasukkan samasekali dalam Kanun Keseksaan. Secara alternatif, sekiranya seksyen ini tidak dapat ditinggalkan, JAG mengesyorkan bahawa seksyen ini diubahsuai atau digubal semula untuk melindungi dengan jelasnya kepentingan badanbadan masyarakat, misalnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjalankan aktiviti-aktiviti penting seperti dialog sosial dan pemberian maklumbalas kritikal kepada agensi kerajaan. Seksyen 106 C, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 Power to intercept communications and admissibility of intercepted communications 1. Seksyen cadangan Jawatankuasa Pilihan ini memberi kuasa penuh kepada pihak Pendakwaraya seperti berikut :- (a) to intercept, detain and open any postal article in the course of transmission by post; (b) to intercept any message transmitted or received by any telecommunication; or (c) to intercept or listen to any conversation by telecommunication. 2. JAG ingin menegaskan bahawa hak persendirian ( privacy ) iaitu satu hak asasi bagi setiap individu mestilah dihormati secara amnya. Oleh itu, kuasa penuh Pendakwaraya yang diberikan dalam Seksyen 106C yang begitu luas membangkitkan risiko pencerobohan hak privacy individu sekiranya ia dipakai secara rambang ( arbitrary ). 3. Oleh itu, untuk melindungi kepentingan privacy setiap individu JAG mencadangkan bahawa seksyen ini digubal semula supaya kuasa interception of communications diberikan kepada Mahkamah atas permohonan pihak 8

Pendakwaraya sekiranya pihak Pendakwaraya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa komunikasi yang berkenaan mengandungi maklumat yang berkaitan dengan perlakuan kesalahan keganasan ( terrorist act ), dan bukan sebaliknya. MENGHENDAP ( STALKING ) Cadangan JAG untuk mewujudkan kesalahan baru iaitu menghendap ( stalking ) 1. Sebelum ini, JAG telahpun mencadangkan bahawa satu kesalahan yang baru iaitu stalking diwujudkan dalam Kanun Keseksaan untuk melindungi wanita. 2. Kajian di negara-negara lain menunjukkan kaitan yang rapat antara hendapan stalking dan kesalahan-kesalahan lain seperti rogol dan pembunuhan. Contohnya, satu kajian Federal Bureau of Investigation (FBI) di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa sebanyak 90% wanita Amerika yang telah dibunuh oleh suami mereka telah dihendap ( stalked ) oleh suami mereka sebelum itu. Kajian di Ontario, Canada pula menunjukkan bahawa antara tahun 1974 dan 1990, ramai daripada 551 orang wanita yang dibunuh oleh teman lelaki ataupun bekas teman lelaki mereka telah dihendap sebelum kejadian bunuh tersebut. Selain itu, laporan U.S. Department of Justice Officer of Justice Programs ke atas stalking dan keganasan rumahtangga menunjukkan bahawa kebarangkalian keganasan fizikal atau seksual oleh suami ataupun teman lelaki yang menghendap isteri atau teman wanita mereka adalah 4 hingga 6 kali ganda lebih tinggi. 3. Walaupun mangsa hendapan mungkin tidak dicederakan dari segi fizikal, tetapi pengalaman tersebut mampu meninggalkan kesan trauma yang mendalam dari segi emosi dan psikologi serta mendatangkan kesan negatif ke atas hubungan mangsa tersebut dengan orang lain di sekitarnya termasuk di tempat kerja dan keluarga, contohnya jika ia berasa begitu takut sehingga terpaksa meletak jawatan dan berpindah ke kawasan tempat tinggal yang lain. 4. Oleh itu, JAG mengesyorkan bahawa peruntukan berikut bagi kesalahan stalking dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan :- (1) Whoever commits the crime of stalking, that is with intent to cause another person physical or mental harm or to be apprehensive or fearful, he or she engages in one or more of the following actions: (a) following the other person or anyone known to them; (b) keeping the other person or anyone known to them under surveillance; (c) repeatedly communicating with, either directly or indirectly, the other person or anyone known to them; (d) loitering outside the residence or workplace of the other person or anyone known to them; 9

(e) loitering outside a place that the other person or anyone known to them frequents; (f) entering or interfering with the property of the other person or anyone known to them; (g) sending offensive material to the other person or anyone known to them or leaving offensive material where it is likely to be found by, given to or brought to the attention of the other person or anyone known to them; (h) publishing or transmitting offensive material in such a way that the offensive material is likely to be found by, or brought to the attention of, the other person or anyone known to them; (i) using the internet or any other form of electronic communication in a way that could reasonably be expected to cause the other person to be apprehensive or fearful; (j) acting in another way that could reasonably be expected to cause the other person to be apprehensive or fearful shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one year, or with fine which may extend to two thousand ringgit, or with both. (2) For the purposes of this section, causing a person to fear physical or mental harm includes causing the person to fear physical or mental harm to anyone known to them. (3) For the purposes of this section, a person is taken to have the requisite intent if at the relevant time the person knew, or ought to have known that the conduct would, or would be likely to, cause the other person physical or mental harm or to be apprehensive or fearful. (4) For the purposes of this section, the prosecution is not required to prove that the person alleged to have been stalked or intimidated actually feared physical or mental harm. 10