ANALISIS PENGGUNAAN KESAN KHAS VISUAL DIGITAL (DVFX) TERHADAP GENRE DAN NARATOLOGI FILEM PENDEK

Similar documents
CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

Analisis Perbahasan Zizek dan Laclau Soal Faham Sejarah dan Perubahan Masyarakat

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOMUNIKASI POLITIK: STRATEGI KEMPEN CALON PILIHAN RAYA ABSTRAK

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

AKTIVITI GELOMBANG OTAK SEMASA REHAT, SUDOKU DAN SELEPAS SIMULASI PERLAWANAN TAEKWONDO IZWYN BINTI ZULKAPRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

KONSENSUS MELALUI PERANAN KETUA KAUM DALAM JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (JPK) 1948.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

APLIKASI MODEL RUANGAN DALAM KAJIAN CORAK PENGUNDIAN DI WILAYAH UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

SISTEM PENDAFTARAN PENGEBUMIAN ORANG ISLAM. Norzulaikha Binti Zulkifli. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

Paradigma Sosialisme dan Demokrasi Sosial: Tony Benn, Tokoh Parti Buruh UK

Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik Dan Model Perangsaraf Media

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTROL PATTERNS AMONG MULTINATIONAL SUBSIDIARIES IN MALAYSIA RAJA NERINA BT. RAJA YUSOF GSM

BERITA PSSM. PSSM: 2000(1) Untuk Ahli Sahaja Jan - Mac Berita PSSM 2000(1) 1 JAWATANKUASA KERJA PSSM, 2000/02 MATLAMAT PSSM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MALAYSIAN WOMEN S AUTOBIOGRAPHIES AS A MULTIETHNIC LEGACY OF GENERATIVITY

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AN ECONOMIC ANALYSIS OF MONETARY POLICY IN FOUR ASEAN ECONOMIES

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

Kata kunci:. Model differential gains, perbincangan interpersonal, penggunaan media massa, penglibatan politik

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION October 2016, Vol. 4, Issue 2

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI TAMPAK KONTEMPORARI DI MALAYSIA.

ANALYSIS ON POLITICAL SPEECH OF SUSILO BAMBANG YUDHOYONO: COMMON SENSE ASSUMPTION AND IDEOLOGY

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA BAGI TERMINOLOGI IBADAH

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMMUNICATION RESPONSE OF MALAYSIAN CIVIL SERVICE SERVANTS TOWARD VISION

KEMANUSIAAN Vol. 18, No. 2, (2011), BOOK REVIEW

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H) Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2011

SIKAP ISI RUMAH TERHADAP HUTANG DAN KEBERHUTANGAN: KAJIAN KES DI LEMBAH KLANG, MALAYSIA

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

PERCEPTION AND ATTITUDE OF MIDDLE EAST TOURISTS TOWARDS TRAVEL IN KUALA LUMPUR MEHRNAZ SADEGHPOUR. A thesis submitted in fulfillment of the

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

Strategi dan Corak Pengantarabangsaan Perniagaan Agro di Malaysia

CORRUPTION IN CONSTRUCTION B GEVANSRI K BASKRAN

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN ANTARA SOSIALISASI DENGAN BUDAYA POLITIK KELAS MENEGAH MELAYU DI SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

ADAPTATION AND THE NEW MEDIA TECHNOLOGY: A STUDY ON MALAYSIAN STUDENTS IN AUSTRALIA AND UNITED KINGDOM

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

Transcription:

Jurnal Komunikasi ANALISIS PENGGUNAAN KESAN KHAS VISUAL DIGITAL (DVFX) TERHADAP GENRE DAN NARATOLOGI FILEM PENDEK Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Revolusi perkembangan teknologi di dalam dunia perfileman khasnya telah membawa kesan yang sangat mendalam terhadap penerbitan sesebuah filem. Sedar atau tidak pendigitalan atau teknologi akan mengubah lanskap pembikinan, pengedaran dan penerimaan sesebuah produksi filem. Penggunaan kesan khas visual digital (DVFx) misalnya, secara tidak langsung memberikan kesan terhadap aspek naratif serta estatik filem berkenaan dan juga tafsiran terhadap genre. Sejajar dengan perkembangan semasa, takrifan genre di dalam dunia perfileman turut mengalami situasi yang sama malah menurut Mcclean (2007), takrifan genre juga adalah berbeza mengikut sudut pandang pemain industri, pengkarya dan juga sarjana-sarjana filem malah dari kaca mata khalayak sendiri. Pengkaji telah membuat analisis terhadap filemfilem pencalonan akhir kategori filem pendek terbaik dalam Festival Filem Pelajar Malaysia dan corak penggunaan teknologi kesan khas digital (DVFx). Selain itu, kajian ini juga melihat corak penggunaan DVFx tersebut yang telah memberi implikasi dari aspek genre dan naratologi terhadap sesebuah filem pendek yang dihasilkan. Kata kunci: Filem pendek, kesan khas visual, genre, naratologi, Festival Filem Pelajar Malaysia

Jurnal Komunikasi USAGE ANALYSIS OF VISUAL DIGITAL (DVFX) SPECIAL EFFECTS ON SHORT FILMS AND GENRE Abstract Technology advancement and revolution in film arena has brought tremendous change in film making practise. The digital technology alters film industry via production, marketing as well as their audience landscape. The use of digital visual effects (DVFx) for example, indirectly impacts film narative and aesthetic values, which then influences how audience understand film genre. As Mcclean (2007) asserts, genre classification is subjective to different perspectives of industry players, producers, film scholars, as well as the viewers. This study analyses the use of DVFx in short films that were shortlisted in the final competition of Malaysia Student Film Festival. The study also evaluates the pattern and impact of DVFx use on genre and narratology of the produced films. Keywords: Short film, digital visual effects, genre, narratology, Malaysian Student Filem Festival PENGENALAN Revolusi perkembangan teknologi di dalam dunia perfileman khasnya telah membawa kesan yang sangat mendalam terhadap penerbitan sesebuah filem. Pendigitalan yang wujud pada masa kini telah membawa perubahan yang mendadak terutamanya dalam aspek teknikal filem. Teknikal di dalam penerbitan filem merujuk kepada penggunaan syot dan sudut kamera serta proses suntingan pasca produksi. Sedar atau tidak, pendigitalan mengubah lanskap penerbitan, pengedaran dan penerimaan sesebuah produksi filem (Pramaggiore &Wallis, 2008). Penggunaan teknologi komputer dan kesan khas misalnya telah menjadikan latar sejarah pada zaman 100 tahun dahulu menjadi sebuah kenyataan pada masa sekarang. Tidak mustahil melalui kemajuan teknologi yang terus berkembang ini akan membuka potensi kepada pengkarya-pengkarya filem mencipta filem berkualiti, watak animasi dan imej digital dengan kos yang minimum serta boleh dihasilkan di mana-mana sahaja. Menurut Ravid (2005) di dalam Charles (2008), apabila revolusi kemajuan teknologi ini dicapai dan disokong dengan pertumbuhan ekonomi serta pasaran yang kukuh, sekurang-kurangnya akan memberikan dua impak kepada industri perfileman terutamanya dalam aspek mendemokrasikan seni dan apresiasi di 100

Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad dalam pembikinan filem. Pertamanya, penghasilan filem akan menjadi semudah penulisan sesebuah buku dan yang keduanya akan mewujudkan persaingan keuntungan. Justeru itu, penguasaan di dalam teknologi perfileman seperti aspek teknikal khasnya jelas memberikan ruang potensi yang besar pada masa akan datang untuk menghasilkan filem yang lebih berkualiti dan dalam masa yang sama mengurangkan kos penerbitan. KESAN KHAS VISUAL DAN GENRE Kesan khas (SFx) adalah terma yang digunakan secara umum untuk menggambarkan semua simulasi illusi di dalam penerbitan filem, rancangan televisyen dan industri hiburan. Kesan khas (SFx) terbahagi kepada optical effects, mechanical effects dan visual effects (VFx). Optical effects adalah kesan khas yang menggunakan manipulasi kamera dan pencahayaan semasa proses penggambaran berlangsung. Mechanical effects juga berlaku ketika berada di lokasi penggambaran seperti manipulasi keadaan cuaca dan pencahayaan. Secara amnya kesan khas (SFx) bersifat fizikal dan boleh dilihat serta dirasai. Berbeza pula dengan kesan khas visual (VFx), di mana kesan khas ini berlaku ketika fasa pasca produksi. Contoh penggunaan kesan khas visual ini adalah seperti elemen grafik, green screen, computer generated images (CGI), 3D rendering/ animation dan juga compositing. Genre sesebuah filem yang dihasilkan juga mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan penggunaan kesan khas visual. Perkembangan penggunaan kesan khas visual akibat daripada ledakan kemajuan teknologi perfileman sebenarnya sedikit sebanyak memberikan impak kepada pendefinisian genre sesebuah filem yang dihasilkan. Sebelum ini umum mengetahui bahawa penggunaan kesan khas visual (DVFx) seringkali dikaitkan dengan filem-filem bergenre sains fiksyen namun sehingga ke hari ini penggunaan kesan visual khas telah berkembang kepada genre-genre filem yang lain seperti seram, fantasi dan sejarah. Sejajar dengan perkembangan semasa, takrifan genre di dalam dunia perfileman turut mengalami situasi yang sama malah menurut Mcclean (2007), takrifan genre juga adalah berbeza mengikut sudut pandang pemain industri, pengkarya dan juga sarjana-sarjana filem malah dari kaca mata khalayak sendiri. Menurut Neale (2000), genre boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan komponen estatik dan ciri-ciri karekteristik tertentu serta sesuatu yang berkaitan dengan faktor sosial dan budaya. Genre juga ditentukan berdasarkan kepada motif plot jalan cerita yang berulang, corak terhadap penggunaan visual dan konfigurasi naratif yang umum serta pengakhiran atau penamat yang boleh dijangka. Sarjana-sarjana di dalam bidang ini juga memberikan tumpuan kepada kategori yang umum dan berusaha untuk mengenalpasti isu-isu sosial, ideologi dan budaya yang ditonjolkan di dalam filem untuk dikategorikan melalui genre. Hal ini dilihat bercanggah dengan pemain industri seperti penerbit kerana takrifan genre di dalam dunia pasaran industri perfileman adalah merujuk 101

Jurnal Komunikasi kepada pengkategorian yang dilakukan untuk tujuan capaian demografi dan meraih publisiti atau dalam erti kata yang lainnya perkara ini merujuk kepada penerimaan khalayak penonton dan aspek keuntungan filem yang dihasilkan. Dari sudut pandang pengkarya atau penulis skrip pula, lebih kepada penciptaan sesuatu yang bersifat unik atau melalui penambahbaikan dan nilai tambah terhadap apa yang telah dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya terdahulu. Menurut McKee (1998) genre adalah satu sistem yang berkembang daripada amalan dan bukannya teori serta berkembang kepada subjek, aturan, peranan, peristiwa dan nilai-nilai. Hal ini bermaksud pengkelasan genre adalah berdasarkan kepada jalan cerita dan persembahan lakonan. Schatz (1993) pula beranggapan bahawa kejayaan filem-filem popular yang dihasilkan akan membawa kepada pengaruh terhadap filem-filem yang lain dan seterusnya membentuk trend dan mencipta gaya genre yang tersendiri. Contohnya, apabila genre seram mendapat sambutan daripada khalayak, maka penerbit-penerbit filem yang lain akan turut menghasilkan filem bergenre seram sehinggalah sambutan terhadap genre berkenaan berkurangan. Struktur naratif sesebuah filem juga sedikit sebanyak membantu perletakan genre terhadap cerita berkenaan. Tobias (1993) menyatakan bahawa struktur cerita yang dibentuk berdasarkan kepada sifat konflik dan beranggapan bahawa hal berkenaan adalah struktrur asas dalam pembangunan naratif klasik yang terus menjurus ke arah genre sesebuah cerita yang dihasilkan. Berbeza dengan Tobias, Schatz beranggapan bahawa perkara yang perlu diambil perhatian di dalam mengenalpasti sesebuah genre filem adalah melalui konteks budaya, dan keadaan literasi khalayak untuk dikaitkan dengan watak dan perwatakan dan juga nilai dalam masyarakat berkenaan. Percanggahan pendapat yang berlaku ini sebenarnya telah dibincangkan oleh Brodwell (1990) yang menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada prinsip yang boleh mentakrifkan maksud sebenar genre. Jalan terbaik untuk mencapai konsesus di dalam mengenalpasti genre adalah dengan mengelpasti bagaimana khalayak dan penerbit filem melihat situasi ini melalui zaman yang berbeza-beza dan merasai perkembangan filem berkenaan. KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU Kajian dan perdebatan dalam kalangan sarjana berkenaan dengan isu genre telah lama berlaku dan masih terus diperdebatkan sehingga ke hari ini. Takrifan genre di dalam teori genre juga masih kabur dan terpecah kepada tafsiran konvensional dan kontemporari. Tidak dinafikan di dalam media terdapat pelbagai jenis genre yang digunakan seperti seram, aksi, komedi, cinta, fantasi, dan berbagai-bagai lagi malah genre yang digunakan ini turut dipecah dan dikembangkan lagi kepada sub-sub genre yang tertentu seperti seram komedi, hibrid, fiksyen dan lain-lain lagi (Fowler, 1898). Miller (1984) pernah mencadangkan bahawa melalui kepelbagaian genre dan sub genre yang berkembang ini sebenarnya menunjukkan kepelbagaian dan variasi masyarakat yang wujud dalam sesebuah kelompok manusia. 102

Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad Untuk melakukan pengkelasan genre, bukanlah satu perkara yang mudah kerana melibatkan prosedur yang objektif. Tidak ada satu pun sistem genre yang boleh menerangkan tafsiran sebenar genre terutamanya yang melibatkan kepelbagaian bidang media seperti televisyen, radio, filem, drama dan juga pementasan (Chandler, 1997). Hal ini disokong oleh Brodwell (1989), apabila beliau mengatakan bahawa pandangan seorang sarjana berkenaan dengan sesuatu genre berkemungkinan akan menjadi sub-genre atau mungkin supergenre kepada karya atau bidang yang lain. Brodwell juga berpendapat faktor seperti tema, teknik, gaya, formula dan mod akan mempengaruhi genre sesebuah karya. Beliau juga berpendapat bahawa sekurang-kurangnya tema sesebuah cerita boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk menilai genre memandangkan beliau berpendapat bahawa mana-mana tema berkemungkinan muncul dalam manamana genre. Mendefinisikan genre juga bukanlah sesuatu yang bermasalah malah telah jelas bahawa perkara ini berkaitan dengan bidang teori. Stam (2000), mengenalpasti terdapat empat masalah utama dalam pentafsiran genre yang berkaitan dengan filem iaitu extension, normativism, monolithic definitions dan biologism. Keempat-empat masalah yang diutarakan oleh Stam ini juga masih belum jelas dan sukar untuk membuat perbezaan yang jelas di antara satu genre dengan genre yang lain dan juga masalah pertindihan atau percampuran genre. Rosenberg (2011) ada menyatakan tentang perkaitan di antara genre dan teknik suntingan sesebuah filem. Menurut beliau, kedua-dua perkara ini berkait rapat dengan aspek budaya dan perkembangan teknologi. Menurut beliau juga, penyunting dan pengarah harus memahami kedua-dua aspek ini telebih dahulu bagi memastikan mesej dan genre filem tidak kabur disebabkan oleh suntingan. LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini menganalisis penggunaan kesan khas visual digital terhadap sepuluh filem pencalonan akhir bagi kategori filem pendek yang bertanding di dalam Festival Filem Pelajar Malaysia ke-11 pada 20-22 November 2014 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Rasional pemilihan filem pendek pelajar ini dibuat adalah disebabkan oleh faktor representasi dan persembahan mereka dalam mengolah penggunaan kesan khas visual di dalam karya masing-masing. Generasi muda yang menghasilkan filem di Malaysia dilihat sebagai generasi yang mempunyai potensi yang amat cerah dalam membawa nafas baru dalam industri filem Malaysia di masa akan datang. Di samping itu juga, pemilihan sepuluh karya ini adalah bersesuai dengan prestij penganjuran festival ini yang memasuki edisi ke-11. Menurut laman portal pertandingan ini, tema penganjuran bagi edisi ini adalah Metamorfosis : Inspirasi & Ekspresi yang di ambil bersempena dengan matlamat Program Transformasi Nasional (NTP) menerusi teras bidang ekonomi utama negara (NKEA) Kandungan Komunikasi dan Infrastuktur, iaitu memupuk industri 103

Jurnal Komunikasi kandungan kreatif domestik dan khususnya bertepatan dengan EPP1 : Kandungan Kreatif Malaysia (Entry Point Projects/Projek Permulaan) untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi membentuk kandungan asli ciptaan tempatan Festival ini antara lain merupakan medan untuk menggalakkan pelajar dalam bidang industri kreatif atau perfileman untuk tampil mempersembahkan karya baharu dan segar mengikut intrepetasi masing-masing. Penyertaan bagi festival ini adalah terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi Malaysia dan mempertandingkan kategori-kategori seperti filem pendek, muzik video, iklan, dokumentari, pesanan khidmat awam, filem eksperimental dan animasi. Penyertaan FFP11 Edisi tahun ke sebelas memperlihatkan jumlah penyertaan paling tinggi dalam sejarah dengan 379 buah penyertaan melalui 40 buah institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia. Sebanyak 15 buah institusi pendidikan tinggi awam mengambil bahagian menerusi 165 penyertaan manakala 25 buah institusi pendidikan tinggi swasta menerusi 214 buah penyertaan. Dapatan ini menunjukkan dominasi institusi pendidikan tinggi swasta adalah lebih tinggi berbanding awam di dalam penyertaan pertandingan bersifat kandungan kreatif. Jadual 1 menunjukkan pecahan kategori penyertaan yang terdapat di dalam FFP11. Kategori filem pendek merupakan kategori yang mendapat sambutan ramai dengan 113 buah penyertaan diikuti kategori pesanan khidmat awam (74), animasi (46), iklan (45), muzik video (38), filem eksperimental (35) dan dokumentari (28). Jadual 1 Pecahan Penyertaan Mengikut Kategori Bil. Kategori Jumlah Peratus 1. Filem Pendek 113 30 2. Muzik Video 38 10 3. Iklan 45 12 4. Dokumentari 28 7 5. Pesanan Khidmat Awam 74 20 6. Filem Eksperimental 35 9 7. Animasi 46 12 JUMLAH 379 100 Berdasarkan kepada format FFP, sepuluh karya terbaik dalam setiap kategori akan disenaraipendekkan oleh panel juri profesional. Jadual 2 pula menunjukkan sepuluh karya terbaik yang telah disenaraipendekkan bagi kategori filem pendek. 104

Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad Jadual 2 Pencalonan Bagi Kategori Filem Pendek Bil. Institusi Genre 1. Frame ASWARA Drama 2. EL ASWARA Drama 3. 2 Stay Alive ASWARA Fiksyen 4. Nota UiTM Drama 5. Tanpa Nama UKM Drama 6. The Man Who Drowned His Sorrows MMU Drama 7. HOP3ILL UKM Fiksyen 8. The Running Man MMU Fiksyen 9. Perception (I m Studio) MMU Fiksyen 10. Curi ASWARA Fiksyen GENRE Seperti yang dinyatakan oleh Brodwell (1990), genre boleh dikenalpasti melalui representasi pembikin filem yang melihat situasi melalui zaman dan perkembangan semasa. Oleh hal yang demikian, tafsiran genre yang dilakukan di dalam analisis dapatan ini melihat kepada representasi naratologi yang disampaikan oleh pengarah dan keseluruhan pemahaman jalan cerita. Di samping itu juga, kategori genre ini dilakukan dengan mengambilkira aspek tema, teknik dan gaya. Genre fiksyen dan drama telah mendominasi senarai pencalonan akhir. Lima filem bergenre drama ialah Tanpa Nama, EL, Nota, The Man Who Drowned His Sorrows dan Frame. Manakala filem pendek Perception, Curi, The Running Man, 2 Stay Alive dan Hop3ill mengangkat tema fiksyen dalam karya masing-masing. PENGGUNAAN KESAN KHAS DALAM KARYA PELAJAR KATEGORI FILEM PENDEK Berdasarkan kepada sepuluh filem yang disenaraikan, majoriti filem pendek yang dihasilkan mengaplikasikan penggunaan kesan khas visual digital (DVFx). Analisis penggunaan kesan khas visual digital dalam kajian ini dibahagikan kepada beberapa kategori unit analisis. Unit-unit analisis yang telah dikenalpasti adalah seperti penggunaan grafik tulisan (opening credit, ending credit), animasi (3D), CGI (computer generated images) dan penggunaan perisian kesan khas seperti after effects dan perisian suntingan seperti final cut pro. Ringkasan penggunaan kesan khas ini dirumuskan seperti yang terdapat di dalam jadual 4. Secara keseluruhannya, majoriti finalis menggunakan elemen kesan khas visual digital di dalam penerbitan filem mereka. Namun demikian, terdapat juga filem-filem yang hanya menggunakan kesan khas visual digital 105

Jurnal Komunikasi secara minimum seperti penggunaan bantuan transisi daripada perisian suntingan. Sebagai contoh, filem pendek seperti Tanpa Nama, EL, Nota dan The Man Who Drowned His Sorrows menggunakan kesan khas visual digital secara minimum iaitu pada tajuk (opening title) filem masing-masing. Perkara ini disebabkan oleh kelima-lima filem berkenaan lebih menumpukan kepada aspek naratif atau jalan cerita berbanding penggunaan kesan khas. Jadual 4 Penggunaan Kesan Khas Visual Oleh Finalis Filem Pendek Filem Pendek Jenis Kesan Khas Visual Animasi 3D/ Rendering Penggunaan Grafik Green Screen, chromakey & CGI After Effects/ Transitions Perception Babak keratan akhbar Babak mesin MRI Bandar yang musnah akibat serangan selepas perang Suasana makmal kajian Bola mata yang diletakkan cip Sistem computer Babak tembak menembak/peluru berterbangan The Man Who Drowned His Sorrows Kesan khas bayangan mimpi Babak tembak menembak/peluru berterbangan Darah terpercik The Running Man Makhluk pelik di kawasan lapang Letupan di tanah lapang Supernova besar yang meletup Makhluk pelik yang menyerang manusia Frame Production intro Curi Production intro Latar kilang perjumpaan Rossa dan rakyat Rossa melakukan sidang media Pancaran laser EL Tanpa Nama 106

Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad Nota Hop3ill Production intro Penjenayah dilanggar kereta Babak tembak menembak/peluru berterbangan Credit title 2 Stay Alive Sel darah yang dilihat di skrin Pandangan bandar dan KLCC KLCC musnah ditembak Jet pejuang menyerang Bandar Profesor memandang ke luar berlatarbelakangkan akuarium Babak tembak menembak Skrin komputer di makmal Darah yang terpercik Credit title PERSEMBAHAN GRAFIK Persembahan grafik di dalam filem-filem pendek yang dianalisis ini merujuk kepada unsur-unsur penggunaan tulisan atau sebarang bentuk persembahan visual dalam bentuk grafik seperti persembahan tajuk filem pendek yang dihasilkan. Persembahan grafik ini dipersembahkan dengan cara yang berbeza mengikut genre dan naratif filem pendek yang dihasilkan. Sebagai contoh, filem-filem pendek bergenre drama seperti The Man Who Drowned His Sorrows, Frame, EL, Tanpa Nama dan Nota menggunakan persembahan animasi grafik bersifat linear atau ready made berbanding filem-filem pendek bergenre fiksyen yang lebih mengutamakan penggunaan animasi 3D di dalam penghasilan persembahan tajuk filem dan montaj produksi. Filem pendek Curi menggunakan animasi 3D untuk persembahan montaj produksi dan animasi grafik bersifat linear bagi persembahan tajuk filem. Filem-filem lain seperti Hop3ill, Perception, 2 Stay Alive dan The Running Man mempersembahkan grafik tajuk filem dengan menggunakan animasi 3D bersesuaian dengan genre filem yang dihasilkan. Rajah 1 dan 2 menunjukkan contoh persembahan grafik tajuk (opening title) bagi filem bergenre drama dan filem bergenre fiksyen. 107

Jurnal Komunikasi Rajah 1 Persembahan tajuk (opening title) dalam filem pendek bergenre drama 108 Rajah 2 Persembahan tajuk (opening title) dalam filem pendek bergenre fiksyen CGI/GREEN SCREEN/ CHROMAKEY Secara keseluruhan, filem bergenre fiksyen mendominasi penggunaan kesan khas ini. Teknik CGI (computer generated images) ini memerlukan ketelitian dan persediaan rapi dari aspek naratologi sebelum penghasilannya di peringkat pasca produksi. Teknik ini mengintegrasikan penggunaan set berlatar belakangkan warna hijau atau biru semasa proses produksi dan penggunaan visual animasi ketika proses pasca produksi. Umum sudah mengetahui bahawa teknik ini memerlukan kepakaran khas dan peralatan yang mencukupi di samping kos yang agak tinggi. Namun melalui kemajuan teknologi dan perkongsian kepakaran,

Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad filem pendek yang menggunakan teknik ini berada pada kualiti yang baik. Filem pendek 2 Stay Alive misalnya, menggunakan teknik ini melalui babakbabak yang memerlukan imaginasi seperti kecanggihan makmal penyelidikan pada masa hadapan serta babak bandaraya Kuala Lumpur diserang oleh jet pejuang sehingga menyebabkan mercu tanda Malaysia iaitu KLCC runtuh dan musnah. Filem pendek Curi pula menggunakan formula yang sama apabila cuba mewujudkan sebuah set markas pemerintah bernama Yang Mulia Rossa dengan teknologi masa hadapan yang banyak menggunakan sistem komputer tanpa skrin. Filem Perception pula menggunakan teknik kesan khas visual ini dengan tahap profesional. Babak-babak seperti, kecanggihan makmal ujikaji menghidupkan semula manusia yang telah mati digarap dengan sempurna melalui penggunaan skrin sentuh tanpa skrin, babak letupan di tanah lapang, warna anak mata watak utama bercip komputer dan adegan tembak menembak yang meyakinkan. Filem The Running Man pula tidak kurang hebat dengan watak makhluk aneh di tanah lapang dan adegan watak-watak lelaki yang berjuang menentang makhluk aneh tersebut. 109

Jurnal Komunikasi Rajah 3 Contoh penggunaan teknik CGI/green screen/chromakey ANIMASI 3D Rata-rata penggunaan teknik ini juga tertumpu kepada filem pendek bergenre fiksyen berbanding drama. Filem-filem pendek bergenre fiksyen menggunakan teknik kesan khas ini semasa persembahan grafik montaj produksi, tajuk filem, ending credit dan juga babak-babak tertentu. Contoh terbaik penggunaan teknik kesan khas visual ini adalah melalui filem The Running Man yang banyak menunjukkan imej makluk aneh. Animasi juga digunakan pada babak makhluk aneh tersebut menyerang dan membunuh pelari di hutan. Rajah 4 menunjukkan penggunaan kesan khas ini di dalam filem pendek yang dihasilkan. 110

Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad Rajah 4: Contoh penggunaan kesan khas visual animasi 3D TRANSISI DAN KESAN KHAS PERISIAN SUNTINGAN Cara paling mudah dalam mengadaptasikan kesan khas visual di dalam penghasilan filem pendek terutamanya dalam kalangan para pelajar adalah dengan menggunakan perisian suntingan masing-masing. Perisian seperti Adobe After Effects, Final Cut Pro dan sebagainya turut menyumbang kepada kemajuan penggunaan kesan khas visual digital dan memangkin kepada imaginasi dan kreativiti yang lebih menyerlah. Di dalam filem pendek ini kesan khas visual transisi antara babak digunakan oleh filem-filem pendek bergenre drama untuk memberikan impak dan juga kesan dramatik. Sebagai contohnya, filem pendek Tanpa Nama banyak menggunakan transisi bokeh untuk menunjukkan kesan imbas kembali dan kenangan serta keindahan dalam menganuti agama dan kepercayaan. Manakala filem pendek The Man Who Drowned His Sorrows pula bijak bermain dengan kesan khas visual seolah-oleh di alam mimpi untuk babak imbas kembali seorang watak 111

Jurnal Komunikasi lelaki yang ditinggalkan kekasihnya. Filem ini juga merupakan satu-satunya filem pendek bergenre drama yang menggunakan teknik kesan khas visual pada babak tembak-menembak dan percikan darah bersama-sama dengan filem-filem pendek bergenre fiksyen seperti Hop3ill, 2 Stay Alive dan Perception. Manakala filem Curi menggunakan kesan khas visual pancaran leser pada babak batu permata yang dicuri. Rajah 5: Contoh penggunaan kesan khas visual perisisan suntingan PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Secara amnya, penggunaan kesan khas visual digital dalam kalangan pembikin filem generasi muda tidak memberikan implikasi yang besar terhadap tafsiran genre dan naratologi filem yang dihasilkan. Seperti yang dijangka, penggunaan kesan khas visual kebanyakkanya hanya tertumpu kepada genre bersifat fiksyen berbanding drama. Persembahan naratologi di dalam filem pendek bergenre drama menuntut tumpuan terhadap kekuatan jalan cerita dan elemen mise-en112

Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad scene yang lebih bersifat estatik. Oleh hal yang demikian majoriti filem pendek bergenre ini memberikan tumpuan kepada kekuatan skrip, lakonan dan mesej berbanding tumpuan kepada aspek kesan khas visual digital. Filem pendek bergenre fiksyen pula lebih menggunakan kesan khas visual dan tertumpu kepada babak atau aksi imaginasi yang bersesuaian dengan naratif cerita yang cuba disampaikan. Dapatan kajian ini juga turut menyimpulkan terdapat perkongsian sepunya dari sudut idea dan ekspresi dalam kalangan pembikin filem generasi muda ini. Sebagai contoh, mereka menggunakan teknologi kesan khas visual digital di dalam babak tembak-menembak dan representasi percikan darah. Terdapat empat buah filem yang mempunyai babak ini dan cara mereka menzahirkan babak ini adalah sama. Perkongsian sepunya ini juga terdapat pada babak teknologi komputer tanpa skrin yang kebanyakannya berlaku di makmal berteknologi tinggi. Tiga buah filem mempunyai babak ini dan ketiga-tiganya digambarkan di dalam sebuah makmal. Tafisran genre dan aspek naratologi bagi kes kajian ini tidak memberikan implikasi besar memandangkan tafsiran genre yang dibuat adalah berdasarkan kepada persembahan teknik, tema dan gaya. Penggunaan kesan khas visual digital dalam filem bergenre drama tidak mengganggu penyampaikan mesej yang bersifat linear malah menambahkan elemen estatik sesebuah filem bergenre drama. Hal ini dibuktikan oleh filem The Man Who Drowned His Sorrows melalui penggunaan kesan khas visual digital pada babak tembakan. Berbanding filem bergenre drama, penggunaan kesan khas ini sangat membantu naratologi filem bergenre fiksyen serta memperkuatkan kesahan genre sesebuah filem berkenaan. Kelima-lima filem bergenre fiksyen di dalam kajian ini membuktikan elemenelemen kesan khas tersebut adalah gaya dan teknik yang membantu naratologi dan penyampaian mesej filem berkenaan. Filem pendek merupakan karya atau platform dalam bidang kandungan kreatif untuk pengkarya mengekspresikan kemahiran, idea, sudut pandang serta pemikiran dalam tempoh masa yang singkat. Teknologi di dalam dunia perfileman yang sentiasa berkembang sedikit sebanyak turut mengubah corak penghasilan sesebuah filem pendek. Penyampaian mesej adalah objektif utama dalam mana-mana karya filem pendek dan kebiasaanya ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun melalui penggunaan kesan khas visual digital ia mampu memberikan satu corak penyampaian makna yang lebih mudah kepada khalayak. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa para pembikin filem generasi muda ini mempunyai satu bentuk tafsiran sudut pandang yang hampir sama apabila menggunakan teknologi kesan khas visual dalam penghasilan karya masing-masing. Bagi mereka, penggunaan elemen kesan khas visual digital ini dilihat sebagai satu representasi karya visual yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya remaja atau youth culture. Budaya ini dilihat sebagai satu sub budaya tetapi di dalam bentuk kandungan kreatif. Teknologi kesan khas visual digital telah 113

Jurnal Komunikasi membantu golongan ini untuk lebih kreatif dalam mengintrepetasikan imaginasi dan kesenian berkarya. Sub budaya yang dibentuk ini juga memberikan satu tafsiran yang lebih luas berkenaan dengan masa hadapan industri kreatif di Malaysia pada masa hadapan. Kajian yang lebih bersifat komprehensif dan terfokus boleh dijalankan untuk melihat representasi sub budaya ini serta literasi visual melalui penggunaan teknologi kesan khas visual pada masa akan datang. BIODATA PENULIS Hasrul Hashim adalah pensyarah di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kajian beliau adalah penyiaran dan produksi audio visual. Mohd Azul Mohamad Salleh adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kajian beliau adalah teknologi komunikasi. Emma Mirza Wati Mohamad adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 114

RUJUKAN Analisis Penggunaan Kesan Khas Visual Digital (Dvfx) Terhadap Genre dan Naratologi Filem Pendek Hasrul Hashim, Mohd Azul Mohamad Salleh & Emma Mohamad Bordwell, D. (1989). Making Meaning: Inference and Rhetoric in the Interpretation of Cinema. Cambridge, MA: Harvard University Press Chandler, D. (1997). An Introduction to Genre Theory. [WWW document] URL http://www.aber.ac.uk/media/documents/intgenre/intgenre.html [27 February 2015] Fowler, A. (1989). Genre. In Erik Barnouw (Ed.): International Encyclopedia of Communications, Vol. 2. New York: Oxford University Press McKee, R. (1998). Story. Regan Books/ Harper Collins Publisher :USA Mcclean, S.T. 2007. Digital Storytelling : The narrative power of visual effects in films. The MIT Press. USA Miller, C.R. (1984). Genre as social action. Quarterly Journal of Speech 70: 151-67; reprinted in Freedman & Medway. 23-42 Neale,S. (2000). Genre and Hollywood. London: Routledge. Portal Pertandingan Festival Filem Pelajar Malaysia. http://ffp11.my1content. my/index.html. Diakses pada sepanjang Januari Mac 2015. Portal Pertandingan Festival Filem Pelajar Malaysia TEMA http://ffp11. my1content.my/tema.html Praamaggiore, M. & Wallis, T. (2008). Cinema as industry: economics & technology. Film: A critical introduction.2nd Ed. China: Pearson Ravid, S.A. (2005). Film production in the digital age-what do we know about the past and the future? Di dalam Charles (2008), C.M. A concise handbook of movie industry. Cambridge University Press. Ronald B. Tobias, R.B. (1993). Twenty Master Plots. Cinninati, Ohio Rosenberg, J. (2011). The Healthy Edit. Creative Editing Techniques for Perfecting Your Movie. Focal Press. USA Schatz, T. (1993). Hollywood Genres. New York: Random House :USA Stam, R. (2000). Film Theory. Oxford: Blackwell 115

Jurnal Komunikasi 116