ADIK MENDIANG KEVIN MORAIS TERIMA ANUGERAH KHAS INTEGRITI BAGI PIHAK BELIAU CURRENT AWARENESS SERVICE OCTOBER 2015 ISSUE NO. 5

Similar documents
PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

CURRENT AWARENESS SERVICE

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

INTEGRITI-PSMB METERAI MoU. Laporan penuh di muka surat 07 CURRENT AWARENESS SERVICE. February 2018 Issue No. 2

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

Corporate Governance

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

BERITA PSSM. PSSM: 2000(1) Untuk Ahli Sahaja Jan - Mac Berita PSSM 2000(1) 1 JAWATANKUASA KERJA PSSM, 2000/02 MATLAMAT PSSM

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

17 1Malaysia Civil Service Retirement Support TRANSFORMASI. 20 Sesi Interaksi KPPA bersama PTD Muda

MTUC. Selamat is ending with Human Resources Minister s many unfulfilled. Tahun. Baru Teruskan perjuangan anda bagi tahun 2010

PEMBIAYAAN POLITIK DI MALAYSIA: MEMPERKUKUH INTEGRITI

Notice of Annual General Meeting

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

maskot integriti, sam bersama-sama meriahkan family integrity walk CURRENT AWARENESS SERVICE Berita penuh muka surat 4 august 2016 Issue No.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

CURRENT AWARENESS SERVICE

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

Labour Bulletin Malaysian Trades Union Congress Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

2. To declare the Final Dividend of 12% less 25% Malaysian Income Tax in respect of the financial year ended 31 December 2009.

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

Skim. Ibadah Korban. Korban Ritual Scheme

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

KONSENSUS MELALUI PERANAN KETUA KAUM DALAM JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (JPK) 1948.

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMMUNICATION RESPONSE OF MALAYSIAN CIVIL SERVICE SERVANTS TOWARD VISION

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

PERUTUSAN SETiAUSAhA HAK PEKERJA TERANCAM

B U L E T T I N U N I V E R S I T Y O F M A L A Y A C E N T R E F O R C I V I L I S A T I O N A L D I A L O G U E

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

PERSEPSI INDUSTRI HOSPITALITI TERHADAP GOLONGAN PEKERJA BERKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) NURUL AFIQAH BINTI SAIRI

MTUC mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Malaysian Trades Union Congress 30 June 2013

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

WELL-BEING AND ENHANCING FOOD SECURITY: MEASURING WHAT MATTERS TO AGRICULTURAL COMMUNITIES

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

TAWARAN MENGISI JAWATAN SECRETARY GENERAL (SG) OF AFRO-ASIAN RURAL DEVELOPMENT ORGANIZATION (AARDO)

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

1.0 PENDAHULUAN. A. Biasa. Kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45 ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS52 (Pensyarah Kanan) 1 ;

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MTUC MEMBANTAH PENGECUALIAN UMUR PERSARAAN MINIMA

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

MESEJ SETIAUSAHA AGUNG

Edisi Khas. Malaysia Memilih Pilihan Raya Tanpa Demokrasi: Suatu Tinjauan dari Jendela Sejarah

UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH

CURRICULUM VITAE. *Jan 29, Doctor of Philosophy (PhD in Law) Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTROL PATTERNS AMONG MULTINATIONAL SUBSIDIARIES IN MALAYSIA RAJA NERINA BT. RAJA YUSOF GSM

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

Inflation rate hits three per cent

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CIVIL APPEAL NO: K-01(NCVC)(W)-10-01/2014 BETWEEN

1.0 PENGENALAN. 1.5 Berdasarkan keadaan semasa,

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

CORRUPTION IN CONSTRUCTION B GEVANSRI K BASKRAN

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

Kata kunci: Jenayah; Kanak-kanak; Keganasan; Kesalahan-kesalahan Seksual; Mahkamah.

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Transcription:

CURRENT AWARENESS SERVICE OCTOBER 2015 ISSUE NO. 5 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY ADIK MENDIANG KEVIN MORAIS TERIMA ANUGERAH KHAS INTEGRITI BAGI PIHAK BELIAU

CONTENTS / KANDUNGAN 04 06 07 08 09 10 WHAT S IN THE NEWS / BERITA TERKINI 03 Kevin Morais, Shaharuddin Ibrahim Receive 2015 Integrity Special Awards SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS 04 Ketua Menteri Sabah Pelawa INTEGRITI Lawat Sandakan 05 INTEGRITI-ESSCOM Bincang Kerjasama Batu Tanda Peringatan BREAKFAST TALK / SYARAHAN 06 Kemurungan Jejaskan Integriti INTEGRITY ART NIGHT / MALAM SENI INTEGRITI 07 INTEGRITI Dekati Masyarakat Melalui Muzik NEWS / BERITA 08 Kepimpinan Melalui Teladan Bantu Perhebatkan Integriti Kakitangan 09 Unit Integriti Negeri Sambut Baik Hubungan Kerjasama Dua Hala 10 Suhaimi Sulaiman Kongsi Kemahiran Komunikasi Dengan Warga INTEGRITI 10 INTEGRITI Anjurkan Kursus Asas Rekreasi Luar FEATURES / RENCANA 11 Southeast Asia: How To Make Good Business Out of Doing Good 13 Dana Awam dan Transformasi Politik GALLERY / GALERI 15 Berita bergambar tentang aktiviti di Institut Integriti Malaysia EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG Advisor Dr. Anis Yusal Yusoff Editor Zubayry Abady Sofian Assistant Editor Nor Azni Ahmad Husairi Staff Writers Norsheeda Din Aimi Farhana Mohd Amin Photographer Rosalizawati Arshad Cover Aryzam Rahim Contributors Mohd Rais Ramli Maszura Majid Fison Hamdi Ahmad Izal Arif Zahrudin Norasikin Baharudin Nurul Huda Ashak Zareena Izmin Ismail Published monthly by INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my 2

WHAT S IN THE NEWS / BERITA TERKINI KEVIN MORAIS, SHAHARUDDIN IBRAHIM RECEIVE 2015 INTEGRITY SPECIAL AWARDS KUALA LUMPUR: The late deputy prosecutor Anthony Kevin Morais and late Customs deputy director-general Datuk Shaharuddin Ibrahim have been named as the 2015 Integrity Special Award recipients. Their selection was announced at the Bicara Integriti Nasional 2015 programme that took place today, as they were described as having high integrity in conducting their duty and responsibility. The special award was presented by Minister in the Prime Minister s Department Datuk Paul Low Seng Kuan and received by their respective family members, namely Kevin s youngest brother, Datuk Richard Morais and Shaharuddin s wife, Datin Rahimah Ibrahim. Earlier a video on the two individuals were screened in the Integrity Auditorium, Integrity Institute of Malaysia which was filled by audience attending the programme. The Malaysian Institute of Integrity also condemned the tragic murders of Kevin and Shaharuddin, who were described as individuals with integrity and trust in discharging their duties. Speaking to reporters after attending the programme, Richard said his late brother was indeed a committed and firm person in performing his duties during his lifetime. I am proud to receive this award on his behalf and I hope he (Kevin) can become a role model to many, he said. As for Rahimah, she said she was grateful for the recognition given to her husband and hoped it could become a motivation for her and their children to go on with their lives. His loss is greatly felt and he (Shaharuddin) always reminded us to perform our duties with integrity and trust, he said. Kevin was reported missing on Sept 4 after he was last seen leaving his apartment in Menara Duta here for his office in Putrajaya in his Proton Perdana car bearing the registration number WA6264Q. His body was found in a concretefilled drum in Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah near here last Sept 16. In April 2013, Shaharuddin was shot at close range by one of two men on a motorcycle while his four-wheel drive vehicle driven by him stopped at a traffic light junction in Lebuh Sentosa, Putrajaya. Bernama Source: Astro Awani, November 5 2015 Bicara Integrity in Youtube: https://www.youtube. com/watch?v=zm9y2tj7wik&feature=youtu.be 3

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS KETUA MENTERI SABAH PELAWA INTEGRITI LAWAT SANDAKAN Oleh Azni Husairi YAB Ketua Menteri meneliti buku Integriti Politik terbitan INETEGRITI Pada 19 Oktober lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Dr. Anis Yusal Yusoff telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Sabah di Kota Kinabalu bagi memaklumkan perkembangan program dan agenda integriti negeri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Menurut Dr. Anis Yusal, daripada pertemuan tersebut, Ketua Menteri memaklumkan kepada beliau tentang amalan tadbir urus yang baik yang telah dilaksanakan di Sabah. Antaranya ialah daripada aspek pengurusan kelewatan projek, rizab hutan serta penanaman semula pokok dan pengurusan kewangan yang berlangsung di negeri berkenaan. Hal lain yang turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah tentang amalan tadbir urus yang baik dalam urusan kepimpinan serta sektor awam di samping pengamalan dan pembudayaan prinsip yang telus, cekap serta amanah. Lanjutan daripada perbincangan itu, Datuk Seri Panglima Musa mempelawa INTEGRITI untuk ke Sandakan bagi melawat kawasan pembalakan yang diuruskan dengan amalan tadbir urus yang baik. 4

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS INTEGRITI-ESSCOM BINCANG KERJASAMA BATU TANDA PERINGATAN Oleh Azni Husairi Susulan pelancaran Batu Tanda Peringatan di Menara Integriti sempena sambutan Hari Malaysia yang lalu, satu mesyuarat penyelarasan berkenaan dengannya telah diadakan buat kali pertama antara Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan Pasukan Gerakan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat ESSCOM, Lahad Datu pada 20 Oktober lalu ini telah dipengerusikan bersama oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff dan Ketua Staf Pasukan Gerakan Khas ESSCOM, SAC Mohamad Ismail. Antara yang diketengahkan dalam mesyuarat berkenaan ialah kepentingan wira tanah air yang terkorban nyawa untuk mempertahankan integriti sempadan negara diingati. Di samping itu, INTEGRITI turut mengadakan sesi lawatan ke tapak cadangan pembinaan batu tanda berkenaan iaitu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna dan Kampung Tandao, Lahad Datu, Sabah. Batu tanda yang dicadangkan ini merupakan hasil ilham INTEGRITI sebagai tanda peringatan atas jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang sanggup menggadai nyawa, sekali gus menjadi lambang penghargaan kepada lapan orang pahlawan negara yang terkorban semasa OPS Daulat dua tahun lalu. Gambar-gambar sekitar Kampung Sri Jaya, Simunul, lokasi di mana enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap penceroboh 5

BREAKFAST TALK / SYARAHAN KEMURUNGAN JEJASKAN INTEGRITI Oleh Norasikin Baharudin, Nurul Huda Ashak dan Zareena Izmin Ismail Sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober setiap tahun, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan satu program Breakfast Talk siri kelima berjudul Mental Health Problems and Depression in the Society: From an Integrity Perspective di Dewan Murni. Program berkenaan menampilkan Pensyarah Psikologi Klinikal Jabatan Psikologi, Universiti Sunway, Profesor Dr. Alvin Ng Lai Oon sebagai penceramah utama, sementara Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi, Dr. Azura Hamdan dan Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datin Dr. Ang Kim Teng sebagai panel. Menurut Profesor Dr. Alvin, integriti daripada aspek pemikiran yang sistematik penting bagi membolehkan seseorang individu mengekalkan integriti dalam dirinya. Katanya, pemikiran sistematik yang beliau maksudkan adalah merujuk kepada bagaimana manusia secara tidak langsung boleh saling berkait antara satu sama lain. Kesihatan mental dan penyakit mental khususnya kemurungan boleh mempengaruhi integriti seseorang. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab golongan profesional untuk memastikan keseimbangan dan kesejahteraan mental individu berkenaan kerana ia juga sebahagian daripada integriti kerjaya mereka. Inilah yang saya maksudkan dengan kita semua saling berkait dan bergantung, terang Profesor Dr. Alvin, Datin Dr. Ang pula berkata bahawa setiap individu berpotensi untuk terdedah dengan sebarang penyakit mental, apatah lagi jika wujud isu integriti sama ada di persekitaran mahupun budaya di tempat kerja. Disebabkan itu, adalah penting untuk kita mengesan tanda-tanda awal penyakit tersebut. Majikan juga perlu memberikan sokongan kepada pesakit dengan menyediakan program bantuan bagi yang menghadapi tekanan. (Dari kiri) Datin Dr. Ang Kim Teng, Dr. Azura Hamdan, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Dr. Alvin Ng Lai Oon 6

INTEGRITY ART NIGHT / MALAM SENI INTEGRITI INTEGRITI DEKATI MASYARAKAT MELALUI MUZIK Oleh Fison Hamdi Ahmad Demi mendekati golongan muda dan peminat seni, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan majlis Integrity Art Night dengan bertemakan Integriti: Tradisi Berevolusi pada 28 Oktober lalu di Menara Integriti. Menurut Timbalan Presiden dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, integriti perlu disebarkan dengan pendekatan yang bersifat dekat dan mesra rakyat seperti seni muzik agar ia berupaya memberikan impak positif yang berterusan. Justeru, penganjuran majlis pada malam itu yang lebih santai berbanding Integrity Art Night sebelum ini merupakan langkah awal INTEGRITI menjalinkan hubungan jangka panjang dengan para pemuzik tanah air, sekali gus bersama-sama menyebar luaskan integriti melalui seni, budaya dan warisan negara. Dalam majlis tersebut, seramai 150 orang tetamu termasuk pelajar daripada jurusan muzik di beberapa buah institusi pengajian tinggi awam dihiburkan dengan persembahan muzik fusion oleh Floor 88. Kumpulan muzik yang terdiri daripada lapan orang anak muda ini mengetengahkan keunikan muzik hasil daripada adunan kreatif instrumen moden dan tradisional, sekali gus pernah meraih perhatian antarabangsa apabila menjadi juara dalam ASEAN Be Our Rock and Pop, Soul Music Competition 2015 di Saigon, Vietnam. Ramai orang khususnya generasi muda masa kini suka dan hidup dengan muzik. Jadi, dengan menggunakannya, adalah lebih mudah untuk kita terapkan budaya integriti dalam diri mereka terutamanya generasi akan datang, ujar beliau seraya menyifatkan jati diri individu dapat dibentuk menerusi kombinasi elemen integriti dan tradisi. Tambah Dr. Ahmad Fadzli, isu integriti dalam bidang seni perlu dilihat secara kritikal. Ini kerana integriti merupakan elemen penting yang mendidik para penggiat seni agar menghargai karya masingmasing termasuk instrumennya sama ada membabitkan muzik moden mahupun tradisional. Lebih utama, dengan adanya integriti yang teguh dalam kalangan masyarakat khususnya penggiat seni tanah air, budaya negatif seperti ciplak dapat dibendung, sekali gus hak cipta karya terbabit lebih terpelihara. Aksi mantap dan bertenaga kumpulan Floor 88 berjaya menghiburkan para tetamu yang hadir 7

NEWS / BERITA KEPIMPINAN MELALUI TELADAN BANTU PERHEBATKAN INTEGRITI KAKITANGAN Oleh Mohd Rais Ramli (Dari kiri) Dr. Anis Yusal, Tan Sri Samsudin Osman dan Datuk Shahril Ridza Ridzuan Pada pertengahan Oktober lalu, satu sesi dialog lunch talk bersama pengurusan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diadakan di Dewan Serbaguna KWSP, Kuala Lumpur sebagai langkah awal kepada usaha sama antara kedua-dua organisasi ke arah menyemarakkan budaya integriti. Program anjuran KWSP yang julung kali diadakan ini mengetengahkan tema Integriti Hanya Retorik: Satu Penelitian Semula, sekali gus menghimpunkan tiga orang panel iaitu Pengerusi Lembaga KWSP dan mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan. Sepanjang sesi tersebut, semua ahli panel jelas berkongsi idea dan pendirian yang sama berkenaan keperluan azam yang tinggi dan penglibatan yang berterusan khususnya dalam kalangan pihak atasan sesebuah organisasi bagi mempromosi mahupun menjayakan integriti dalam masyarakat. Selain itu, instrumen kawalan dalaman juga perlu diperkukuhkan sebagai sebahagian daripada usaha ke arah menyifarkan amalan harian tidak berintegriti ditempat kerja di samping kewajaran menyemak semula polisi sedia ada agar selari dengan perkembangan semasa negara. Berdasarkan pengalaman beliau dalam perkhidmatan awam, Tan Sri Samsudin menegaskan bahawa konsep kepimpinan melalui teladan wajar diadaptasikan di pejabat kerana kebanyakan kakitangan cenderung untuk melihat dan menilai apa jua tindak-tanduk serta tindakan yang dibuat oleh pihak atasan. Tambahnya, dalam melaksanakan sebarang amanah yang dipertanggungjawabkan, adalah penting untuk menjadikan integriti sebagai teras yang kukuh meskipun ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Mengulas tentang isu yang diketengahkan, Dr. Anis Yusal memaklumkan bahawa masyarakat berhak menilai sama ada integriti hanya bersifat retorik semata-mata ataupun sebaliknya. Bagaimanapun, sebagai organisasi yang mendukung integriti, INTEGRITI sentiasa melihat dan mengambil berat akan isu integriti yang diketengahkan menerusi laporan dan perbincangan. Dalam usaha membudayakan integriti, adalah penting untuk kita mengekalkan tahap integriti yang tinggi dan pada masa yang sama kita juga kena tunjukkan yang kita bukan sekadar cakap, tapi juga buat, ujar Datuk Shahril Ridza. 8

NEWS / BERITA UNIT INTEGRITI NEGERI SAMBUT BAIK HUBUNGAN KERJASAMA DUA HALA Oleh Maszura Majid Pada 22 September lalu, satu mesyuarat koordinasi telah diadakan antara Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Institut Integriti Negeri (IIN) dan Pusat Latihan dan Kepimpinan Negeri di Dewan Murni, Menara Integriti. Wakil daripada Unit Integriti Negeri menyambut baik usaha sama membudayakan integriti bersama INTEGRITI Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff diadakan bagi membolehkan usaha kerjasama dua hala dipergiatkan antara semua Unit Integriti di peringkat negeri dengan INTEGRITI. Beliau berkata, gandingan usaha dan peranan INTEGRITI dan semua Unit Integriti di setiap negeri ini amat penting bagi merealisasikan agenda integriti di peringkat nasional. Dengan kerjasama yang ada, saya berharap semua pihak khususnya INTEGRITI dapat menjadi satu wadah penting dalam menyampaikan pelbagai idea tentang pembudayaan integriti secara lebih bersepadu dan berterusan kepada masyarakat, ujar Dr. Anis Yusal. 9

NEWS / BERITA SUHAIMI SULAIMAN KONGSI KEMAHIRAN KOMUNIKASI DENGAN WARGA INTEGRITI Oleh Zubayry Abady Sofian Program ini diadakan bagi menggilap kemahiran komunikasi pegawai-pegawai INTEGRITI, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada. Di samping itu, kursus yang turut melibatkan beberapa sesi perbincangan dan latihan ini berupaya menjadi platform kepada para pegawai untuk menyediakan diri secara sistematik apabila berhadapan dengan orang ramai khususnya media massa sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Seiring dengan penjenamaan semula organisasi, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menganjurkan dua siri Kursus Spokesperson pada 12 dan 13 Oktober yang lalu di Dewan Murni, Menara Integriti. Ia dikendalikan oleh Perunding Media dan mantan Editor Pengurusan Berita Astro Awani, Suhaimi Sulaiman. Walaupun ringkas, kursus berkenaan mampu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta tentang bagaimana media beroperasi dan cara paling sesuai untuk menyampaikan mesej menerusi saluran media tradisional mahupun digital. INTEGRITI ANJURKAN KURSUS ASAS REKREASI LUAR Oleh Izal Arif Zahrudin Awal Oktober lalu, Program Sukan dan Rekreasi Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dan Persatuan Mendaki Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Asas Rekreasi Luar Tahap 1 selama empat hari di Sahom Valley Eco and Agro Resort, Kampar, Perak. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Anis Yusal Yusoff, kursus seperti ini penting bagi meningkatkan pemahaman warga INTEGRITI tentang bagaimana hendak menterjemahkan teori kepada praktikal selari dengan pendekatan experiental based learning iaitu pembelajaran menerusi pengalaman di samping meninggikan tahap disiplin serta kepimpinan para peserta. Tambah beliau, kursus ini turut menjadi persediaan awal kepada INTEGRITI untuk menerap dan mengguna pakai pendekatan yang sama dalam program-program anjurannya pada masa depan. Para peserta bangga mempamerkan sijil masing-masing setelah empat hari berkampung di Kampar, Perak Kursus ini merangkumi beberapa modul yang disampaikan secara teori dan amali. Antaranya ialah persediaan awal menjadi pemimpin kumpulan menerusi aktiviti seperti rock climbing dan flying fox, meningkatkan tahap keyakinan dalam rekreasi air dan konservasi alam sekitar. Tonton Kursus Asas Rekreasi Luar di Tahap 1 https://www.youtube.com/watch?v=004oeeec_7i 10

FEATURES / RENCANA SOUTHEAST ASIA: HOW TO MAKE GOOD BUSINESS OUT OF DOING GOOD By Diana G Mendoza KUALA LUMPUR, Oct 29 2015 (IPS) - When his father drove back to pay the 40 Malaysian cents they owed to the food stall they had just left, then nine-year-old Anis Yusal Yusoff, today president and chief executive officer of the Malaysian Institute of Integrity, learned the meaning of standing firm by one s values. To me, that was having integrity, having values, Yusoff recalled while speaking at the ASEAN Responsible Business Forum held here this week in the Malaysian capital. We had to drive back so we can pay the stall owner what we owed him, even if it was only 40 sen (less than one US dollar), he said. It may sound cliché, he continued, but integrity should be taught early in life so that it is carried to adulthood, and especially when a person joins the corporate world. He asked parents and schools to teach children to be Godfearing and law-abiding, so that they have firm ethical foundations in life. A walk in a public park, for instance, can teach a child not to throw trash or vandalise flowers because the park belongs to everyone and should be cared for by all who use it. Simple things like these may be far removed from what business people usually discuss in boardrooms or pay attention to in the world of negotiations, dividends and profit margins. But Yusoff said that business integrity is seen in how people work, in corporations and organisations big and small. Doing good and practising integrity when doing business resonated through the three-day forum, which was organised by the Singapore-based ASEAN CSR Network. The conference aims to have the public sector, private sector and civil society advance responsible business practices and partnerships as deeper economic integration takes root in the 10-member Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) with the launch of the ASEAN Economic Community in December 2015. Attended by some 250 participants from governments, civil society groups, trade unions, academe and business, the forum discussed issues that businesses in the region have identified 11

FEATURES / RENCANA as important to their brand of corporate social responsibility : responsible business practice in agriculture, respect for human rights, assurance of a decent workplace and a path toward a corruption-free ASEAN business community. Businesses are widely recognised as the engine for economic growth and poverty eradication, said Yanti Triwadiantini, chair of the ASEAN CSR Network. The forum can provide answers by helping transform companies from merely profit-driven entities into agents of change for responsible and sustainable development. As agents of change that have a stake in the betterment of the societies they do business in, businesses take an active role in ensuring equitable, inclusive and sustainable development, speakers at the forum explained. A business can be good if it has good people running it, stressed Lim Wee Chai, founder and chairman of Top Glove Corp, which produces rubber gloves. We create awareness in the workforce on how to be good in the conduct of business from picking up rubbish daily to wearing an anti-corruption badge, he said. We encourage our people to do good. We educate them, he told the forum. But in the wider world of ASEAN and its partner governments and organisations as ASEAN companies get more opportunities to go across national borders being good alone is not good enough; make sure your neighbouring countries are also doing good, he pointed out. Yanti stressed that the need for the private sector to be involved in defining responsible business practices and adhering to these values, against the backdrop of the momentum of economic integration at the launch of the ASEAN Community this year. The ASEAN Community will officially be launched by ASEAN leaders at their 27th Summit in November in this city. It marks the progression of the Southeast Asia s main regional grouping into a community of more than 600 million people in economic, socio-cultural and political terms. If it were one single economy, ASEAN would be the seventh largest economy in the world with a combined GDP or 2.4 trillion dollars in 2013. 2015 is a milestone year for ASEAN, said Yanti. At the same time, Yanti asked participants to be mindful of the need to narrow the development gap among the richer and poorer ASEAN countries, and the gap within these countries, by ensuring protection for the most vulnerable groups such as children, women and migrant workers. Many of the problems we face today are also caused by irresponsible companies who take advantage of the prevailing conditions to earn maximum profits at the expense of people and the environment, she said. The current haze (is) as prime example of such a phenomenon, she added, referring to how the drive for profits has pushed plantation owners and companies with concessions in Indonesia to use burning practices that annually pollute the air across several countries in Southeast Asia and cause regional tensions. This year s haze episode has been the worst since 1997. Corruption, the concern of many ASEAN citizens and a touchy topic among governments, also drew lively discussion. More often, corruption occurs when the government transacts business with the private sector, said Francesco Checchi, regional anti-corruption adviser of the Southeast Asia and the Pacific office of the UN Office of Drugs and Crime. International mechanisms such as the UN Convention against Corruption (UNCAC) could be a guide to not just eliminate but to prevent corruption in business, he added. The forum s guest of honor, Sen. Paul Low Seng Kuan, minister for governance and integrity of the prime minister s department of Malaysia, pointed that there are businesses that partner with corrupt political institutions. Corruption has eroded the integrity of almost all institutions, explained Jose Cortez, executive director of Integrity Initiative Inc in the Philippines. In his country, he said, a trust-building movement has been mounted where institutions are trying to win the public s confidence by signing integrity initiative pledges that commit to transparency and honesty in doing business. If transparency is prevalent in a company s culture, then it is easier to detect corrupt practices, he said. From a larger perspective, the quest for human dignity is still any businessperson s aspiration, added Thomas Thomas, chief executive officer of the ASEAN CSR Network. I ve heard the quest to doing good many times in this forum, and the difficulty of being good, but it is attainable, he pointed out. Source: Inter Press Service, October 29 2015 This feature is part of the Reporting ASEAN: 2015 and Beyond series of IPS Asia-Pacific and Probe Media Foundation Inc. 12

FEATURES / RENCANA DANA AWAM DAN TRANSFORMASI POLITIK Oleh Mohd Hafizdi Che Md Akhir Disiarkan dalam Sinar Harian, 11 Oktober 2015 Penulis percaya bahawa isu integriti dalam politik sering kali dibincang dan dibahaskan melalui pelbagai jenis saluran. Pelbagai persepsi dilemparkan kepada institusi politik di negara ini. Kajian Malaysia Corruption Barometer (MCB) 2014 oleh Transparency International-Malaysia (TI- M) menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia berpendapat bahawa institusi politik adalah institusi yang paling korup. Manakala, kajian Global Corruption (GCB) 2013 turut menunjukkan trend yang sama. Walau bagaimanapun, statistik penangkapan pesalah rasuah dalam kalangan ahli politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hanyalah sebanyak enam orang dari tahun 2011 sehinggalah sekarang. Teringat penulis terhadap apa yang dikatakan oleh Micheal Pinto-Duschinsky dalam penulisannya yang bertajuk Party Political Funding yang diterbitkan di dalam buku The Role of Parliament in Curbing Corruption (2006). Beliau menyatakan bahawa wang adalah sangat penting dalam menjadikan sistem politik demokrasi berfungsi dengan baik di sesebuah negara. Tambah beliau lagi, tanpa pembiayaan yang mencukupi, ahliahli politik tidak boleh bertanding semasa pilihan raya. Akibatnya, rakyat mempunyai pilihan yang terhad untuk memilih calon bagi mewakili mereka. Manakala, Chandu Krishnan (iaitu mantan Pengarah Eksekutif Transparency International United Kingdom) pula menyatakan bahawa jumlah wang yang semakin meningkat dalam pilihan raya adalah masalah global. Menurut beliau lagi sewaktu diwawancara oleh CNN pada tahun 2012, jika partiparti dan ahli politik tidak dapat mencari sumber-sumber daripada kerajaan, maka terdapat keadaan yang terdesak untuk mereka mendapatkan bantuan daripada sumber swasta, dan pada waktu itulah rasuah memainkan peranan yang penting. Jika dilihat kepada pengamalan negara luar, dalam mengatasi masalah derma kepada partiparti politik agar ia tidak dikaitkan dengan masalah rasuah, pelbagai model dan pendekatan boleh kita pelajari. Salah satu daripadanya ialah dengan memperkenalkan Dana Awam ataupun Pembiayaan Awam bagi membiayai parti-parti politik dan seterusnya dapat menyuburkan sistem demokrasi moden di negara ini dan membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya. Dana ini secara asasnya diperoleh melalui sumbangan derma daripada sumber swasta dan pembiayaan daripada kerajaan. Inisiatif selepas 13

FEATURES / RENCANA pelepasan cukai pendapatan ataupun cukai perniagaan ke atas sumbangan ke dalam dana ini oleh organisasi swasta mahupun individu perlu dipertimbangkan. Pada tanggal 14 Ogos 2015 yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tujuan JKNMPP ditubuhkan adalah untuk merangka satu pelan pembiayaan politik yang komprehensif dan inklusif. Sesungguhnya, penubuhan JKNMPP ini merupakan satu langkah penting dalam melakukan transformasi politik di negara ini, dan secara tidak langsung ia menggambarkan wujudnya keazaman politik ke arah membudayakan prinsipprinsip integriti dan ketelusan dalam kalangan institusi dan pengamal politik di negara ini. Adalah menjadi harapan semua agar pelan pembiayaan politik yang akan disediakan oleh JKNMPP akan mengambil kira pelbagai sudut pandangan, mempunyai perspektif seimbang, mampu memberi pandangan konstruktif dan boleh menyumbang kepada usaha bagi meningkatkan tahap ketelusan dalam proses pembiayaan dan perbelanjaan parti politik. Pelan tersebut juga diharapkan dapat menutup sebarang ruang dan peluang bagi pelakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, serta menyediakan peluang yang adil kepada semua parti politik dalam proses demokrasi moden. Banyak pihak berharap sebarang peraturan dan undangundang dana politik yang bakal diperkenalkan kelak dapat dikuatkuasakan sebelum PRU14. Pada pendapat penulis, mungkin konsep Dana Awam ataupun Pembiayaan Awam dapat dijadikan sebagai salah satu input utama dalam penyediaan pelan pembiayaan politik itu nanti. Cadangan ini bukan perkara baru kerana pada 2012, Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya telah pun mengesyorkan kepada kerajaan untuk mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang. Walau apa pun cadangan yang bakal dikemukakan kepada kerajaan kelak, pelbagai aspek seperti kepelbagaian etnik atau kaum, faktor demografi, sejarah yang unik dan kekuatan akar umbi bagi setiap parti politik di negara ini perlu diteliti dan dikaji agar konsep menang-menang dapat diperoleh oleh semua pihak. 14

GALLERY / GALERI LAWATAN YB MENTERI Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam soal tadbir urus dan integriti, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan menerima taklimat daripada Presiden dan Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Dr. Anis Yusal Yusoff tentang hala tuju dan rancangan lima tahun INTEGRITI (2015-2020) semasa sesi lawatan beliau ke Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) pada 16 Oktober lalu. TEA TALK Sebuah majlis Tea Talk on Human Rights telah diadakan di Dewan Murni, Menara Integriti pada 27 Oktober lalu. Program yang bertemakan Human Rights Challenges in Malaysia ini merupakan kolaborasi antara Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE). LAWATAN Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menyambut baik kunjungan pegawaipegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis pada 22 Oktober yang lalu. 15

www.integriti.my Integriti.my @Integritidotmy Integriti.my