ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA BAGI TERMINOLOGI IBADAH

Similar documents
PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION October 2016, Vol. 4, Issue 2

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERSEPSI INDUSTRI HOSPITALITI TERHADAP GOLONGAN PEKERJA BERKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) NURUL AFIQAH BINTI SAIRI

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

WELL-BEING AND ENHANCING FOOD SECURITY: MEASURING WHAT MATTERS TO AGRICULTURAL COMMUNITIES

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

ANALYSIS ON POLITICAL SPEECH OF SUSILO BAMBANG YUDHOYONO: COMMON SENSE ASSUMPTION AND IDEOLOGY

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

ILANGOVAN KRISHNAN v. SHIYA SDN BHD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MALAYSIAN WOMEN S AUTOBIOGRAPHIES AS A MULTIETHNIC LEGACY OF GENERATIVITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMMUNICATION RESPONSE OF MALAYSIAN CIVIL SERVICE SERVANTS TOWARD VISION

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

HUKUM NUN MATI ATAU TANWIN JENIS HUKUM HURUF HUKUM Izhar Halqi Apabila bertemu huruf : ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك. Apabila bertemu dengan huruf :

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H) Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2011

AKTIVITI GELOMBANG OTAK SEMASA REHAT, SUDOKU DAN SELEPAS SIMULASI PERLAWANAN TAEKWONDO IZWYN BINTI ZULKAPRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Notice of Annual General Meeting

UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

KOMUNIKASI POLITIK: STRATEGI KEMPEN CALON PILIHAN RAYA ABSTRAK

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

SISTEM PENDAFTARAN PENGEBUMIAN ORANG ISLAM. Norzulaikha Binti Zulkifli. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

EXTENSION OF TIME IN COMMENCEMENT OF ARBITRATION PROCEEDINGS NOOR HALWANI BT MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTROL PATTERNS AMONG MULTINATIONAL SUBSIDIARIES IN MALAYSIA RAJA NERINA BT. RAJA YUSOF GSM

ANALISIS PENGGUNAAN KESAN KHAS VISUAL DIGITAL (DVFX) TERHADAP GENRE DAN NARATOLOGI FILEM PENDEK

Universitas Sumatera Utara

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik April 2008 HBT 203. BAHASA, UNDANG.UNDANG DAN PENTERJEMAHAN II

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

Skim. Ibadah Korban. Korban Ritual Scheme

Transcription:

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA BAGI TERMINOLOGI IBADAH Siti Ramna Khamaruddin Nurul Asiah Fasehah Muhamad Norakyairee Mohd Raus Adnan Mohamed Yusoff Mahyuddin Hashim Noornajihan Ja afar Mohd Nur Adzam Rasdi ABSTRAK Ibadah wajib dikerjakan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf termasuk OKU Pekak. Mereka sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk mempelajari Ibadah mengikut kekuatan dan kelainan upaya belajar mereka. Namun, masalah komunikasi merupakan cabaran utama golongan ini dalam pemahaman konteks Ibadah. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi terminologi Ibadah. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui protokol temu bual ke atas 10 OKU Pekak Muslim. Dapatan kajian menunjukkan keperluan pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah memberi kefahaman yang jelas, membimbing orang pekak ke arah kebaikan, meningkatkan ilmu baharu dan menarik minat belajar. Diharapkan kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak khususnya institusi-institusi agama, bahagian dasar sama ada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), guru Pendidikan Khas bahagian Pendidikan Islam, penyelidik BIM dalam usaha meningkatkan pemahaman dan amalan beragama dalam kalangan OKU Pekak di Malaysia. Kata kunci: Analisis keperluan, Bahasa Isyarat Malaysia, Ibadah, Pekak PENDAHULUAN Setiap kejadian manusia di muka bumi ini, bukan dicipta tanpa tujuan dan arah tuju dan manusia tidak boleh sewenangwenangnya melakukan sesuatu mengikut keinginan tanpa wujud batasan dan rasa bertanggungjawab. Bahkan, setiap penciptaan manusia berlandaskan tujuan dan tanggungjawab mengikut apa yang ditentukan Allah yang menciptakannya (Eksiklopedia Islam, 2006). Segala amanah dan tanggungjawab terhimpun melalui konsep khalifah sebagaimana jelas peranannya sebagai memakmurkan bumi dan mengurusnya dengan baik (al-an`am:6:165). Selain itu, sebagai khalifah tunduk dan patuh dalam beribadah kepada Allah merupakan asas kepada pentadbiran dan pengurusan hal ehwal dunia, Firman-Nya: و م ا خ ل ق ت ٱلج ن ن س إ ل ل ي ع ب د و ن ٦٥ و ٱ ل Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-ku. (Quran. al-dhariyat:51:56) Melalui konsep Ibadah ini jelas bahawa penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah. Ibadah wajib dikerjakan oleh setiap Muslim yang mukallaf dan orang pekak Muslim juga tidak terkecuali dalam hal ini (Zaydan, 2009). Mereka juga perlu diberi ruang dan peluang untuk belajar mengerjakan Ibadah kepada Allah. Kecacatan pendengaran yang dialami bukan menjadi penghalang untuk menyampaikan ilmu kepada mereka. Medium komunikasi melalui bahasa isyarat menjadi jambatan penghubung diantara mereka dengan masyarakat tipikal. Bagi memberi peluang kepada komuniti pekak Muslim merasai nikmat dalam beribadah, pemahaman asas dari segi makna terminologi Ibadah itu sendiri mesti dihuraikan dengan jelas terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terminologi Ibadah dalam bahasa isyarat yang terhad menyumbang kepada keterbatasan proses penyampaian pemahaman asas kepada komuniti pekak. Kekeliruan dengan sebahagian terminologi bahasa isyarat yang sedia ada juga menyumbang kepada isu ini. Justeru, kajian ini menganalisis keperluan mereka mengenai pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia bagi terminologi Ibadah untuk komuniti pekak Muslim di Malaysia khususnya. PERNYATAAN MASALAH Komuniti pekak wajib diberi pendidikan agama. Mereka adalah manusia yang berakal dan wajib menerima dakwah serta mempelajari agama (Hamdi Ishak, 2010). Namun begitu, masalah komunikasi merupakan isu utama untuk golongan istimewa ini mendapat hak mereka (Abdullah, 2014). Masalah pendengaran yang dialami membuatkan mereka bergantung kepada bahasa visual iaitu bahasa isyarat berbanding dengan bahasa pertuturan (Krammer, 2013). Pemerolehan bahasa yang terhad menyukarkan mereka memahami ayat-ayat di dalam bahasa-bahasa lain dan ayat yang bertahap tinggi (Syar Meeze et al., 2017). 63

Dari segi hubungan dengan keluarga, mereka kurang mendapat sokongan daripada ahli keluarga dalam bidang pendidikan agama disebabkan ahli keluarga tidak mahir berbahasa isyarat (Nafiseh Alaghehband et al., 2013). Situasi yang sama di sekolah pendidikan khas, guru-guru khususnya yang mengajar subjek Pendidikan Islam tidak mahir berbahasa isyarat (Mustafa et al., 2015). Justeru, dalam kajian ini pengkaji melakukan analisis keperluan bagi mengenal pasti keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia berkaitan dengan terminologi Ibadah kepada komuniti pekak di Malaysia. BAHASA ISYARAT MALAYSIA BAGI KEPERLUAN IBADAH Bahasa isyarat merupakan bahasa yang digunakan orang pekak untuk berkomunikasi secara visual antara satu sama lain (Hasuria, 2009). Bahasa isyarat memudahkan orang pekak untuk berkomunikasi dan meluahkan pendapat, perasaan, masalah dan sebagainya. Bahasa isyarat adalah bahasa semula jadi yang terdiri daripada struktur yang kompleks dan tatabahasa yang sendiri (Stokoe, 2005). Keunikan dari segi pergerakan tangan, badan dan muka membezakan setiap mesej yang ingin disampaikan (Hasuria, 2009). Di Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia atau lebih dikenali BIM merupakan bahasa rasmi komuniti pekak. Sejarah permulaan bahasa isyarat di Malaysia pada tahun 1954 (Hasuria, 2009). BIM digunakan dalam komunikasi seharian dan merupakan lambang kekentalan, kekayaan dan keindahan adat budaya dan gaya hidup orang pekak di Malaysia. (Sazali, 2004). Oleh itu, jelas menunjukkan BIM merupakan medium komunikasi utama bagi komuniti pekak di Malaysia. Manakala, BIM yang berkaitan dengan terminologi Islam mula diperkenalkan pada tahun 2014 dengan penerbitan Buku Isyaratisyarat Islam terbitan daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Persekutuan Orang Pekak Malaysia, 2014). Hal ini demikian kerana melihat kesungguhan dan minat orang pekak Islam untuk mempelajari agama dan juga memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Dalam usaha menerbitkan buku ini, Persekutuan Orang Pekak Malaysia telah pergi ke Arab Saudi untuk mengumpul dan mengkaji tentang bahasa isyarat disana sebagai rujukan. Menurut Mohd Sazali Shaari, presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia, pada 10 November 2013 beliau dan dua orang Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) telah diundang untuk menghadiri Forum OKU Pekak Muslim diperingkat antarabangsa di Doha, Qatar. Hasil daripada itu, beliau telah dihadiahkan al-kamus al-isyari Lil Sum terbitan daripada Persatuan Orang Pekak Qatar. Menurutnya, buku Isyarat-isyarat Islam ini hasil daripada kombinasi isyarat yang telah diambil daripada kamus tersebut dan isyarat tempatan yang sedia ada (Persekutuan Orang Pekak Malaysia, 2014). Namun begitu, terminologi BIM khususnya dalam bidang agama Islam jauh berbeza berbanding dengan terminologi agama yang sedia ada. Ianya menjadi satu keperluan yang mendesak kerana masih banyak kelompangan dalam bidang agama khususnya dalam bidang Ibadah. Selain itu, terdapat beberapa isyarat yang sama maksud dengan isyarat lain di Malaysia dan ada isyarat yang tidak sesuai dengan maksud sebenar bagi terminologi Ibadah tersebut (Sariah, 2017). Hal ini sekali gus menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan komuniti pekak Muslim di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi terminologi Ibadah untuk komuniti pekak Muslim. SENARIO PEMBELAJARAN IBADAH DIKALANGAN KOMUNITI PEKAK Mukallaf merujuk kepada individu yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan segala perintah-nya. Terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang individu Muslim bagi menentukan sama ada dia seorang mukallaf atau tidak (Zaydan, 2009). Syarat yang pertama, seseorang mukallaf itu hendaklah memahami dalil sesuatu perintah itu iaitu al-quran atau Sunnah. Dalil-dalil tersebut hanya dapat difahami dengan mengunakan akal kerana akal merupakan alat untuk memahami dan mengetahui sesuatu perkara. Syarat yang kedua pula ialah mukallaf mestilah mempunyai kelayakan (ahliyyah) untuk taklif iaitu taklif untuk menerima (ahliyyah al-wujub) dan kelayakan untuk melaksana (ahliyyah al-ada ) (Zaydan, 2009). Berdasarkan definisi mukallaf dan syarat-syarat mukallaf yang ditetapkan, OKU Pekak juga dikategorikan sebagai mukallaf kerana mereka memiliki akal yang sempurna untuk memahami dalil al-quran dan Sunnah. Mereka juga mempunyai kelayakan untuk menerima ataupun kelayakan wajib iaitu berhak mendapatkan apa yang telah ditetapkan oleh syarak selagi mereka masih bernyawa (Zaydan, 009). Dan apabila mereka telah mencapai umur baligh dan matang iaitu mereka mampu membuat perbezaan antara baik dan buruk (Zaydan, 2009), mereka disabitkan untuk kelayakan melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh syarak (Ab Aziz et al, 2009). Kesimpulannya, OKU Pekak wajib menunaikan segala kewajipan yang ditetapkan oleh syarak. Walaubagaimanapun, disebabkan kecacatan yang tidak dapat dilihat dan tersembunyi yang dialami oleh OKU Pekak, kesedaran komuniti dalam usaha membantu mereka sangat terhad berbanding dengan kumpulan OKU yang lain. Menurut Sazali (2014) masalah sosial dikalangan orang pekak semakin berleluasa kerana kebatasan komunikasi dan kurangnya pendidikan agama daripada kecil. Tambahan, menurut Sariah (2017), majoriti komuniti pekak tiada ilmu asas dalam agama khususnya dalam pelaksanaan Ibadah. Sebagai contoh semasa menunaikan solat, mereka hanya mengikut berdasarkan perbuatan solat itu sendiri tanpa mengetahui bacaan dalam setiap gerakan dan istilah kepada setiap gerakan dalam solat. Hal ini kerana, komuniti pekak ini bergantung sepenuhnya kepada kekuatan penglihatan mereka (Sariah, 2017). Selain itu, kewujudan kelas agama untuk mempelajari Ibadah bagi komuniti pekak tidak seluas penyediaannya seperti golongan tipikal. Kebergantungan mereka kepada jurubahasa isyarat sebagai perantaraan ilmu sangat diperlukan. Namun begitu, kewujudan terminologi bahasa isyarat yang terhad dalam bidang agama khususnya Ibadah, menjadikan penyampaian ilmu kepada mereka terbatas (Siti Muhibbah Nor, 2010). Oleh yang demikian, kajian ini membincangkan keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia bagi terminologi Ibadah untuk komuniti orang pekak Muslim. 64

OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif utama kajian ini adalah seperti berikut:- 1. Mengenalpasti keperluan pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah bagi komuniti orang pekak Muslim. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Dalam metode kajian ini, seramai 10 orang peserta kajian yang terdiri daripada OKU Pekak telah ditemu bual secara semi berstruktur untuk pengumpulan data. Protokol temu bual telah dijalankan oleh pengkaji dengan menggunakan bahasa isyarat sambil dibantu pengkaji yang lain untuk merakam video dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab A 8.0. Hasil rakaman video temu bual berkenaan ditaip semula ke dalam Microsoft Word. Hasil pengumpulan data telah dianalisis mengikut tema. Data yang telah ditranskrip dibaca beberapa kali dan ditafsirkan. Kemudian, data akan dikategorikan mengikut bentuk jawapan yang lazim. Kategori data yang telah ada akan dibandingkan dan dikumpulkan untuk menghasilkan tema. Petikan daripada hasil temu bual peserta kajian digunakan untuk menerangkan tema. Ketepuan data telah dicapai pada peserta kajian yang kesepuluh. Pengkaji juga mengunakan ringkasan (PK) kepada peserta kajian bagi menerangkan sumber petikan temu bual tersebut. DAPATAN KAJIAN Tema-tema yang digunakan dalam membincangkan dapatan kajian fasa analisis keperluan ini adalah keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia bagi keperluan Ibadah untuk komuniti pekak Muslim. Dapatan temu bual ini akan dibincangkan mengikut tema-tema yang telah dikumpulkan. Demografi peserta kajian Seramai 10 orang peserta kajian yang merupakan OKU Pekak Muslim telah menjalani protokol temu bual ini secara sukarela. Rata-rata peseta kajian berumur lingkungan 24 hingga 48 tahun. Berikut merupakan rumusan peserta kajian secara keseluruhan:- Jadual 1.0: Demografi peserta kajian Aspek Peratus Lelaki Perempuan Jantina 4 (40%) 6 (60%) Status Bujang 2 (20%) Berkahwin 2 (20%) Bujang 2 (20%) Berkahwin 4 (40%) Bangsa Melayu 3 (30%) Cina 1 (10%) Melayu 5 (50%) Cina 1 (10%) Agama Islam 4 (40%) Islam 6 (60%) Berdasarkan Jadual 1.0 di atas, sebanyak 60% daripada jumlah peserta kajian adalah perempuan dan 40% adalah lelaki telah terlibat dalam protokol ini. Sementara itu, sebanyak 80% daripada mereka berbangsa Melayu dan 20% berbangsa Cina. Analisis Data Kualitatif Dalam fasa ini, analisis data keperluan ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi keperluan Ibadah untuk komuniti pekak Muslim. Keperluan Pembangunan BIM Ibadah dalam kalangan komuniti Pekak Menurut data, pengkaji mendapati seramai 10 peserta kajian telah memberi maklum balas positif berkenaan usaha membangunkan BIM bagi keperluan Ibadah untuk komuniti Pekak Muslim di Malaysia. Bagi menjawab sub soalan kajian, pengkaji telah mentrankrripsi dan menganalisis jawapan peserta kajian secara tematik seperti jadual dibawah: 65

Jadual 2.0: Tema-tema keperluan Pembangunan BIM Ibadah Tema Peserta Kajian (PK) Memberi kefahaman tentang terminologi Ibadah Keperluan Pembangunan BIM Ibadah Membimbing orang pekak Meningkatkan ilmu baharu Menarik minat beribadah ke arah kebaikan 1 x 2 x 3 x 4 x 5 x x 6 x 7 x 8 x 9 x 10 x 1. Memberi kefahaman tentang terminologi Ibadah Dapatan kajian mendapati lebih ramai peserta kajian yang menyatakan bahawa pembangunanan BIM bagi terminologi Ibadah sangat penting dari sudut menambahkan kefahaman mengenai sesuatu istilah. Peserta kajian yang menyatakan tentang perkara ini adalah seperti berikut: bantu orang pekak mudah faham.. (PK1)..sangat penting kerana orang pekak mudah untuk faham.. (PK2)..penting sangat kerana mudah bagi orang pekak faham.. (PK3) Selain itu, kepentingan BIM sebagai medium komunikasi sangat membantu golongan ini memahami terminologi Ibadah dengan lebih efektif sebagaimana kenyataan berikut:-..orang pekak suka tengok isyarat kerana memudahkan kefahaman kami sebagai orang pekak.. (PK4) bahasa isyarat sangat bagus untuk memudahkan orang pekak faham, pembangunan ini sangat bagus.. (PK5)..memudahkan orang pekak faham terminologi Ibadah melalui bahasa isyarat.. (PK8) 2. Membimbing orang pekak ke arah kebaikan Peserta kajian 5 dan 7 mengaitkan bahawa pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah mampu membimbing golongan istimewa ini ke arah kebaikan. Pernyataan mereka seperti berikut:- sangat penting kerana mampu membimbing orang pekak untuk menunaikan Ibadah seperti yang diwajibkan ke atas kami.. (PK5)...pembangunan bahasa isyarat Malaysia yang berkaitan dengan Ibadah ini insyaallah akan mampu membimbing kami kerana Allah ciptakan manusia bertujuan supaya manusia beribadah kepada-nya.. (PK7) 3. Meningkatkan ilmu baharu Pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah turut meningkatkan ilmu baharu buat komuniti istimewa ini. Perkara ini dinyatakan seperti di bawah:-..kalau kita melihat banyak terminologi yang berkaitan dengan Ibadah, tapi untuk orang pekak pemerolehan terminologi itu sangat sedikit. Jadi, saya yakin pembangunan ini sangat penting kerana dapat menambahkan ilmu baru kepada orang pekak dan menunjukkan kesamaan diantara kami dan orang tipikal untuk belajar berkaitan dengan terminologi Ibadah.. (PK 10) 66

4. Menarik minat beribadah Dapatan analisis peserta kajian 6 dan 9 menunjukkan bahawa komuniti pekak juga mempunyai naluri beragama. Naluri ini dapat ditingkatkan untuk menarik minat golongan istimewa ini beribadah dengan ilmu dan menjadikan matlamat Ibadah itu jelas untuk selamat di dunia dan akhirat. kami orang pekak juga seperti normal yang ingin selamat dunia dan akhirat. Saya berharap pembangunan ini juga mampu menarik minat kami lagi untuk terus beribadah dan selamat dunia dan akhirat.. (PK6)..pembangunan ini sangat penting kerana dapat mendekatkan diri kami kepada Allah dan pembangunan ini diharapkan dapat memperbanyakkan kami dalam mengingati Allah dan selamat dunia dan akhirat.. (PK9) PERBINCANGAN Hasil dapatan dirumuskan bahawa pembangunan BIM bagi keperluan Ibadah sangat diperlukan bagi komuniti pekak Muslim. Pembangunan bahasa isyarat ini dapat meningkatkan kefahaman orang pekak berkaitan dengan terminologi Ibadah. Hal ini demikian kerana bahasa isyarat merupakan bahasa visual dan majoritinya bahasa ini telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi bagi orang pekak diseluruh negara (Krammer, 2013). Tambahan, menurut Jefwa G Mweri (2014), pendendahan awal terhadap bahasa isyarat dapat menyokong dan menambah kefahaman orang pekak terhadap sesuatu perkara. Selain itu, pembangunan BIM bagi keperluan Ibadah ini dapat membimbing orang pekak dalam melaknakan Ibadah dengan lebih sempurna. Hal ini juga telah disokong dalam kajian Abdul Munir (2014) yang menggalakan untuk menyediakan perkhidmatan ataupun kemudahan untuk membimbing komuniti pekak dalam pemahaman agama. Dengan pembangunan BIM untuk keperluan Ibadah ini, secara tidak langsung dapat menambah ilmu baru untuk komuniti pekak dalam memahami terminologi Ibadah itu sendiri dan dapat menampung kelompangan kekurangan bahasa isyarat yang berkaitan dengan agama Islam seperti yang dinyatakan dalam kajian Syar Meeze et al. (2017), Zakarna et al. (2013) dan Siti Muhibbah (2010). Pada masa yang sama, usaha ini mampu menarik minat mereka untuk mempelajari Ibadah dengan berbantukan bahasa isyarat yang dibangunkan. Situasi ini dapat memberi peluang kepada komuniti pekak untuk merasai nikmat hidup beragama dan menjadikan mereka manusia yang baik disisi Allah s.w.t. Pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah ini juga merupakan rentetan daripada usaha awal pembangunan perisian i-sign QurANIS, projek Ruqyah Syar iyyah dalam bahasa isyarat dan perisian umrah orang pekak yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik dan pelajar daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Dengan adanya pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah ini, diharapkan mampu menyokong dan mengisi kelompangan dalam usaha menyediakan wasilah yang terbaik untuk orang pekak menuntut ilmu agama. KESIMPULAN Secara keseluruhan, semua peserta kajian bersetuju pembangunan BIM bagi keperluan Ibadah wajar dijalankan. Hal ini kerana, dapat menampung kekurangan terminologi bahasa isyarat yang berkaitan dengan agama Islam dan menambahbaik bahasa isyarat Islam yang sedia ada dengan pemahaman yang betul. Pembangunan ini secara tidak langsung membantu komuniti pekak Muslim untuk beribadah dengan lebih sempurna berikutan kefahaman yang jelas dari sudut aspek terminologi Ibadah itu sendiri. Selain itu juga, pembangunan BIM bagi keperluan Ibadah ini juga dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak OKU pekak dan guru-guru pendidikan khas yang mengajar Pendidikan Islam dalam pembelajaran Ibadah. Diharapkan usaha ini mampu memberi ruang dan peluang kepada komuniti pekak untuk beribadah dengan meraikan kekuatan dan kelainan upaya belajar mereka. RUJUKAN Quran Ab.Aziz, M., Mohamad Kamil, A., Anisah, A., Mohd Fauzi, H., Nor Raudah, H., & Juwairiah, H. (2009). Dakwah Islam terhadap Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Abdul Munir, I. (2014). Dakwah Islam dan Orang Pekak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah, Y. (2014). Memahami Komunikasi Orang Pekak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamdi Ishak. (2010). Pekak dan Bisu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasuria, C. (2009). Penterjemahan dan Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Jefwa G Mweri. (2014). Diversity in education: Kenyan sign language as a medium of intruction in scholls for the deaf in Kenya. Springer Open Journal, 4(Multilingual Education), 6. Krammer, K. (2013, Disember). The benefits of sign language for deaf chidren with and without conclear implant (s). European Scientific Journal, 4, 344. Mustafa, C., Nik Hassan, S., Abdullah, Y., & Abdul Hakim, A. (2015). Kesukaran Mengajar dan Belajar al-quran dalam Kalangan Pelajar Pekak: Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Islam. International Seminar on al-quran in Contemporray Society (hlm. 208-221). UnisZA: Faculty of Islamic Contemporary Studies. 67

Nafiseh Alaghehband, G., Nazean, J., Norlidah, A., Syar Meeze, M., & Mohd Yakub Zulkifli, M. (2013). Mother's Perspective Toward al-quran Education for Hearing Impaired Children in Malaysia. The Malaysian Online Journal of Educational Technology, 1(4), 26-30. Persekutuan Orang Pekak Malaysia. (2014). Isyarat-isyarat Islam. Selangor: Percetakan Info Meditasi Sdn. Bhd. PT Ichtiar Baru Van Hoeve. (2006). Eksiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahana MD. (2014, 9 17). Utusan Online. Didapatkan dari Orang Pekak - Masyarakat sering abaikan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0917&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_03.htm Sariah, I. (2017, Oktober 22). Masalah komuniti pekak dalam beribadah. (R. Siti, Penemu duga) Sazali, M. (2004). Budaya orang pekak. Kertas Persidangan Keluarga Pekak bahagia. Hotel Crown Princess. Kuala Lumpur. Siti Muhibbah Nor. (2010). Kesukaran pemahaman murid-murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Proceedings First Annual Inclusive Education Practices Conference, (hlm. 122-130). Stokoe, W. (2005). Sign Language Structure: An Outline of the Visual Communication Systems of the American Deaf. Journal of Deaf Studies and Deaf Education, 10, 4-7. Syar Meeze, M., Norlidah, A., & Zawawi, I. (2017). Isu dan Cabaran dalam Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk Pengajaran Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA). Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. Zakarna, N., Samreen, S., Eldin, & Jasim. (2013). First Intenational Forum for the Deaf Muslims: Deaf Muslims Organization. Dohar-Qatar: The Qatar Centre of Social Culture for the deaf. Zaydan, A. (2009). Al-Wajiz Fi Usul Fiqh. Lebanon: Muassasah Al-Risalah Nasyirun. Siti Ramna Khamaruddin Nurul Asiah Fasehah Muhamad Norakyairee Mohd Raus Adnan Mohamed Yusoff Mahyuddin Hashim Noornajihan Ja afar Mohd Nur Adzam Rasdi 68