DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

Similar documents
PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH TINGGI (PINDAAN) 2011 RULES OF THE HIGH COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF DAN

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2011 RULES OF THE FEDERAL COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

Notice of Annual General Meeting

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017 LEGAL PROFESSION (DISCIPLINARY PROCEEDINGS) RULES 2017

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-12NCVC-7-01/2016 ANTARA

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TANAH Diputuskan: [1]

D.R. 47/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63.

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Held (dismissing the application)

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

KAEDAH-KAEDAH SYARIKAT (MEKANISME PENYELAMAT KORPORAT) 2018 COMPANIES (CORPORATE RESCUE MECHANISM) RULES 2018

STATUTORY INTERPRETATION

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

Management Bhd dan lain-lain

Yong Lai Ling (P) lwn Ng Seow Poe dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. To declare the Final Dividend of 12% less 25% Malaysian Income Tax in respect of the financial year ended 31 December 2009.

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CIVIL APPEAL NO: K-01(NCVC)(W)-10-01/2014 BETWEEN

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B /2014

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BINDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: M-02(NCVC)(W) /2016

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

Wong Kin Hoong & Anor v Ketua Pengarah Jabatan Alam [2013] 4 MLJ Sekitar & Anor (Raus Sharif PCA)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: BA-12B /2016

Lee Bah Hin v Pendakwa Raya

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIA IN HIGH COURT IN SABAH AND SARAWAK AT KOTA KINABALU BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR APPELLANT AND JUHINOL BIN LIMBUIS RESPONDENT

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

EMPLOYMENT APPLICATION FORM ABX CORPORATION SDN BHD ( V) & UTS GROUP OF COMPANIES

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

BETWEEN AND KHAFASLIZA BINTI SHAFII... RESPONDENT (IC.NO: ) GROUNDS OF JUDGEMENT

Amendments to Rules of Court 2012, Rules of the Court of Appeal 1994, and Rules of the Federal Court 1995

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO. 44-16-01/2017 ANTARA AZLI BIN TUAN KOB (NO. K/P : 670326-71-5309) PEMOHON LAWAN 1. LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH, MALAYSIA 2. KETUA POLIS NEGARA, MALAYSIA 3. PENGARAH, PUSAT PEMULIHAN KHAS, BENTONG, PAHANG RESPONDEN-RESPONDEN PENGHAKIMAN MUKADIMAH Notis Usul ini telah difailkan oleh Pemohon yang memohon kepada Mahkamah ini untuk satu Writ Habeas Corpus dikeluarkan kerana terdapat pelanggaran di dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketidak patuhan di dalam penggunaan undang-undang serta kaedah berkaitan Akta Pencegahan Jenayah 1959. Pemohon juga meminta Mahkamah ini agar beliau dibebaskan dengan segera. 1

FAKTA KES Pemohon telah ditangkap di bawah seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (selepas ini dirujuk sebagai Akta tersebut) pada 9.10.2015. Pada tarikh yang sama, satu Perintah Reman di bawah seksyen 4(1)(a) telah diperolehi terhadap Pemohon dan seksyen 4(2)(a) Akta tersebut bagi membolehkan Pegawai Inkuiri (Saidah binti Mohamed Halil) menjalankan siasatan ke atas Pemohon selaras dengan seksyen 9 Akta tersebut. Selanjutnya pada 18.11.2015, Pegawai Inkuiri tersebut kemudiannya telah mengemukakan sesalinan Dapatan beliau menurut seksyen 10(2) serta Borang 1 di bawah seksyen 11(1) kepada Insp. Mohd Azwan Shahrizal bin Abdul Rahman untuk diserahkan kepada Pemohon. Pada 18.11.2015, kedua-dua dokumen tersebut telah diserahkan kepada Pemohon dan Pemohon telah berpuas hati dengan Dapatan tersebut dan tidak bercadang untuk membuat Kajian Semula berhubung Dapatan yang dibuat terhadap Pemohon. Pada 2.12.2015, Pegawai Inkuiri telah mengemukakan laporan lengkap bertulis yang mengandungi alasan-alasan berserta Dapatan dan Borang 1 kepada Lembaga Pencegahan Jenayah. Pada 4.12.2015, Lembaga Pencegahan Jenayah telah berpuas hati bahawa Pemohon adalah seorang yang didaftarkan di bawah seksyen 12(1) Akta tersebut. Dengan itu, Lembaga Pencegahan Jenayah telah mengeluarkan suatu Perintah Tahanan ke atas 2

Pemohon selama 2 tahun mulai dari 4.12.2015 di Pusat Pemulihan Khas, Bentong, Pahang di bawah seksyen 19A(1) Akta tersebut. ISU-ISU PERTIKAIAN Terdapat 3 isu saya yang dipertikaikan oleh peguam Pemohon sepertimana yang akan saya kupas di bawah ini. Manakala bagi lainlain isu, peguam Pemohon memaklumkan kepada Mahkamah ini bahawa beliau tidak lagi berhasrat untuk meneruskannya dan ingin menarik balik sahaja isu-isu lain tersebut. 1. Ketidak Patuhan Kepada Seksyen 10(2) Akta Tersebut Mengikut peguam Pemohon, sepatutnya apabila Pegawai Inkuiri (Saidah binti Mohamed Halil) telah berpuas hati bahawa Pemohon adalah termasuk dalam Kategori Yang Boleh Didaftarkan, Pegawai Inkuiri tersebut hendaklah mengemukakan Dapatan dan alasan-alasannya kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dahulu dan seterusnya memajukan pula sesalinan Dapatan beliau kepada Insp. Mohd Azwan Shahrizal bin Abdul Rahman sebelum diserahkan kepada Pemohon. Namun apa yang berlaku di dalam kes ini adalah Pegawai Inkuiri telah menyerahkan dahulu Dapatan serta sesalinan Borang 1 ini kepada Insp. Mohd Azwan Shahrizal pada 18.11.2015. Kemudiannya hanya pada 2.12.2015 barulah Dapatan dan alasan Pegawai Inkuiri ini diserahkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah. Dengan itu terdapat kelewatan selama 15 hari dalam mengemukakan Dapatan dan alasan ini kepada 3

Lembaga Pencegahan Jenayah. Peguam Pemohon menghujahkan bahawa ianya jelas merupakan satu ketidak patuhan prosedur yang mandatori. Rujukan dibuat kepada kes Datuk James Wong Kim Min; Minister of Home Affairs, Malaysia & Ors v Datuk James Wong Kim Min [1976] 2 MLJ 250 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut : Preventive detention is the detention of a person without trial as opposed to punitive detention where a person is detained after a trial in a court of law in which he is proved to have committed an offence punishable under certain provisions of the penal law, Preventive detention is, therefore, a serious invasion of personal liberty. Whatever safeguard that is provided by law against the improper exercise of such power must be zealously watched and enforced by the court. In a matter so fundamental and important as the liberty of the subject, strict compliance with statutory requirements must be observed in depriving a person of his liberty. The material provisions of the law authorizing detention without trial must be strictly construed and safeguards which the law deliberately provides for the protection of any citizen must be liberally interpreted. Where the detention cannot be held to be in accordance with the procedure established by the law, the detention is bad and the person detained is entitled to be released forthwith. Where personal liberty is concerned an applicant in applying for a writ of habeas corpus is entitled to avail himself of any technical defects which may invalidate the order which deprives him of his liberty. See Ex parte Johannes Choeldi & Ors. Peguam Persekutuan di dalam penghujahan balasannya menghujahkan pula bahawa tiada di dalam mana-mana peruntukan dalam Akta tersebut yang memperuntukkan Pegawai 4

Inkuiri perlu mengemukakan Dapatan dan laporan lengkap bertulis yang mengandungi alasan-alasan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah terlebih dahulu. Seksyen 10(2) Akta tersebut jelas memperuntukkan susunan sepertimana berikut : (a) Inquiry Officer shall report the grounds, together with his finding, to the Board; (b) and shall forward a copy of his finding to the officer having custody of the person, who shall forthwith serve a copy of the finding of the Inquiry Officer on that person. Pada hemat saya, seksyen 10(2) ini telah menetapkan kepada siapa dahulu Dapatan tersebut perlu diserahkan sepertimana yang saya nyatakan di atas. Semestinya ada sebab mengapa Parlimen menetapkan susunan sedemikian. Tidak ada di dalam mana-mana afidavit pihak Responden yang menyatakan kenapa susunan ini tidak dipatuhi. Pada hemat saya, jika diteliti susunan barisan ayat di dalam seksyen 10(2) Akta tersebut, adalah jelas bahawa Lembaga Pencegahan Jenayah sepatutnya menerima dahulu Dapatan tersebut kerana adalah kewajipan Lembaga untuk bersidang dan mempertimbangkan Dapatan dan laporan Pegawai Inkuiri bagi Lembaga menentukan sama ada Perintah Tahanan adalah perlu ke atas Pemohon bagi tujuan kepentingan ketenteraman awam 5

dan keselamatan awam ataupun sebaliknya. Mengapa Dapatan tersebut tidak diserahkan sahaja terlebih dahulu kepada Lembaga pada 18.11.2015 tetapi sebaliknya diserahkan dahulu kepada Insp. Mohd Azwan. Tiada penjelasan yang dikemukakan melalui afidavit Pegawai Inkuiri mengapa susunan ini tidak diikuti oleh beliau sehingga dikatakan wujudnya kelewatan selama 15 hari dalam mengemukakan Dapatan dan alasannya kepada Lembaga Pencegahan Jenayah. Persoalannya, adakah susunan yang dinyatakan di dalam seksyen 10(2) Akta ini telah dilanggari sehingga menyebabkan Dapatan dan alasan yang hanya telah dikemukakan kepada Lembaga pada 2.12.2015 ini telah memprejudiskan hak Pemohon atau kelewatan mengemukakan Dapatan ini kepada Lembaga telah menjejas hak Pemohon untuk membuat Kajian Semula. Untuk menjawab persoalan tersebut, izinkan saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Muhammad Jailani Kassim v Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri & Ors [2006] 4 CLJ 687 di mana Hakim Augustine Paul (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut : It follows that if a detention is procured by steps which are not regular the court is empowered to set aside the detention order. It means that every step which is necessary for the making of a detention order is subject to review by the court. The effect of a breach of such procedural requirement had been considered in a number of cases. It has been recongnised in these cases that a 6

procedural requirement may be mandatory or directory. A mandatory requirement is one that goes to the root of the matter and is of direct relevance to the detention order. The breach of a mandatory requirement will render the detention order invalid without the need to establish any prejudice. The breach of a procedural requirement which is directory will not be significant provided that there is substantial compliance with the rules with no prejudice having been suffered by the detainee. Berlandaskan kepada keputusan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa kesan daripada susunan yang tidak diikuti itu bukannya merupakan suatu pelanggaran yang mandatori tetapi hanyalah satu pelanggaran yang bersifat directory in nature sahaja. Maka dengan itu ianya tidak sama sekali menjejaskan keesahan perintah yang dikeluarkan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah tersebut. Ini adalah kerana mengikut Pegawai Inkuiri di dalam Afidavit Jawapannya, pada 18.11.2015, saya telah menyediakan satu Dapatan sepertimana yang dikehendaki di bawah seksyen 10(2) Akta tersebut. Selanjutnya pada 18.11.2015, saya telah mengemukakan sesalinan Dapatan menurut seksyen 10(2) Akta dan sesalinan Borang 1 di bawah seksyen 11(1) Akta tersebut untuk diberikan kepada Insp. Mohd Azwan bin Abdul Rahman sebelum diserahkan kepada Pemohon. Insp. Mohd Azwan bin Abdul Rahman di dalam Afidavit Jawapannya, beliau menyatakan seperti berikut : 7

Pada 18.11.2015, saya telah menerima salinan Dapatan Pegawai Inkuiri di bawah seksyen 10(2) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dibuat oleh Pegawai Inkuiri iaitu Saidah binti Mohamed Halil berkaitan Azli bin Tuan Kob iaitu Pemohon. Selanjutnya pada 18.11.2015 jam 3.00 petang, saya telah menyampaikan suatu salinan Dapatan Pegawai Inkuiri di bawah seksyen 10(2) Akta tersebut kepada Pemohon.. Saya kemudiannya telah menyerahkan Dapatan tersebut dan Borang 1 di bawah seksyen 11(1) Akta tersebut iaitu Kajian Semula Berkaitan Dengan Dapatan Pegawai Inkuiri yang telah diisikan butiran Nama Penuh serta Nombor Kad Pengenalan serta Lokap oleh Pemohon sendiri. Pemohon telah membuat pemotongan pada perkataan BERCADANG pada ruangan TIDAK BERCADANG / BERCADANG untuk membuat Kajian Semula berhubung dengan Dapatan tersebut yang menandakan Pemohon telah berpuas hati dengan Dapatan dan tidak bercadang untuk membuat Kajian Semula berhubung dengan Dapatan tersebut. Seterusnya, Pemohon telah menurunkan tandatangan pada ekshibit MAS-2 tersebut tanpa paksaan. Dengan ini, adalah jelas bahawa hak Pemohon untuk mendapatkan Dapatan tersebut serta membuat Kajian Semula berkenaan Dapatan tersebut kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dalam tempoh 14 hari tidak dinafikan. Malah, Dapatan dan Borang 1 ini juga telah diserahkan oleh Insp. Mohd Azwan Shahrizal pada hari yang sama (18.11.2015) beliau menerimanya dari Pegawai Inkuiri without unnecessary delay. Maka dengan 8

itu, saya mendapati bahawa tiada pelanggaran mandatori yang berlaku terhadap seksyen 10(2) Akta tersebut yang dilakukan oleh pihak Responden. 2. Dihujahkan Juga Oleh Peguam Pemohon Bahawa Pihak Responden Telah Gagal Membuktikan Pematuhan Kepada Seksyen 7B(5) Akta Tersebut. Peguam membangkitkan isu bahawa pihak Responden telah gagal untuk menjelaskan siapakah 3 ahli Lembaga yang bersidang dan membuat keputusan untuk mengeluarkan perintah tahanan pada 4.12.2015. Saya telah meneliti Afidavit Jawapan Muhamad Alif bin Musbri (Setiausaha kepada Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri) dan beliau telah menyatakan bahawa Tuan Abdul Rasid bin Sudin (Pengerusi Lembaga Penasihat), Dato Mohd Amin bin Abdullah dan Tuan Haji Mat Dahalan bin Mohd Radzi telah mendengar representasi Pemohon pada 4.2.2016. Peguam Pemohon menghujahkan bahawa siapakah di kalangan ahli Lembaga Penasihat yang telah mempertimbangkan representasi Pemohon pada 11.2.2016 dan yang telah membuat syor-syor mengenai representasi tersebut kepada Yang Di- Pertuan Agong sebelum Yang Di-Pertuan Agong pada 18.2.2016 memperkenankan Perintah Tahanan yang telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah di bawah seksyen 19A(1) Akta tersebut. Penghujahan ini dibuat kerana 9

Afidavit Jawapan Muhamad Alif di para 16 tidak menamakan ahliahli Lembaga Penasihat yang telah membuat syor-syor tersebut. Adakah mereka merupakan ahli-ahli Lembaga Penasihat yang sama yang mendengar representasi Pemohon pada 4.2.2016. Pada hemat saya, meski pun Afidavit Jawapan Muhamad Alif di para 16 itu tidak menamakan setiap ahli-ahli yang membuat syor kepada Yang Di-Pertuan Agong, namun para 15 dan 16 tersebut tidak boleh dibaca secara berasingan kerana kedua-dua para tersebut saling mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lain. Maka dengan itu, Mahkamah ini tiada keraguan sama sekali bahawa ahli Lembaga Penasihat yang membuat pertimbangan representasi adalah orang yang sama juga yang telah membuat syor kepada Yang Di-Pertuan Agong. Maka dengan itu, isu yang ditimbulkan oleh peguam Pemohon ini tidak mempunyai asas dan dengan itu sewajarnya ditolak kerana tiada sebarang ketidak patuhan prosedur yang mandatori yang dilakukan oleh pihak Responden di bawah Artikel 151(2) Perlembagaan Persekutuan. Malah isu ini juga tidak pernah disangkal atau dipertikaikan oleh pihak Pemohon di dalam Afidavit Jawapan beliau. 3. Ketidak Patuhan Kepada Seksyen 19A(1) Akta Tersebut Peguam Pemohon menghujahkan bahawa Lembaga Pencegahan Jenayah telah gagal mematuhi seksyen 19A(1) Akta tersebut kerana tidak mempertimbangkan hasil apa-apa kajian semula di bawah seksyen 11 Akta tersebut. Ini adalah kerana mengikut peguam Pemohon, undang-undang telah menyatakan 10

dengan jelas bahawa Lembaga hendaklah mempertimbangkan Dapatan Pegawai Inkuiri dan Kajian Semula yang merupakan suatu pra-syarat dalam proses mengeluarkan Perintah Tahanan ke atas Pemohon walaupun peguam Pemohon mengakui hakikat bahawa Pemohon tidak meminta Kajian Semula dalam Borang 1. Kegagalan mematuhinya merupakan suatu ketidak patuhan prosedur mandatori. Pada hemat saya, tiada keperluan sama sekali untuk Lembaga Pencegahan Jenayah mempertimbangkan hasil Kajian Semula sebelum Perintah Tahanan dibuat kerana telah disahkan bahawa Pemohon sendiri tidak memohon untuk Kajian Semula. Penghujahan peguam Pemohon yang mengatakan bahawa sama ada Pemohon ada meminta Kajian Semula atau tidak adalah tidak relevan, pada hemat saya tidak bermerit dan sewajarnya ditolak. KESIMPULAN Pemohon telah gagal untuk membuktikan apa-apa ketidak patuhan prosedur mandatori dan adalah jelas bahawa permohonan Writ of Habeas Corpus oleh Pemohon ini tidak mempunyai merit dan dengan ini seharusnya ianya ditolak. ( DATO AZMI BIN ARIFFIN ) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 1) 11

Bertarikh :14 September 2017 Peguamcara : Tetuan K.L. Chee & Co. bagi pihak Pemohon. Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri bagi pihak Responden-Responden. 12