DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

Similar documents
D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

MALAYSIA IN HIGH COURT IN SABAH AND SARAWAK AT KOTA KINABALU BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR APPELLANT AND JUHINOL BIN LIMBUIS RESPONDENT

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

Khairul Bin Nordin v Pendakwa Raya

Lee Bah Hin v Pendakwa Raya

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. A-06A(M)-4-03/2016 ANTARA DAN

Azwan Bin Abd Rahaman v Pendakwa Raya and 2 Other Appeals

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Possession - Exclusive possession. CRIMINAL LAW: Dangerous Drugs Act Section 39(B)(1)(a) - Knowledge, how inferred

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BETWEEN BUDIMAN BIN CHE MAMAT... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

Kumanaan A/L Anthony Vincent v Pendakwa Raya and Another Appeal

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

Selva Kumar A/L Supramaniam v Pendakwa Raya and Another Appeal

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DI DALAM KES BICARA JENAYAH NO: 45B-16-12/2015 DI ANTARA PENDAKWA RAYA DAN

UNDANG-UNDANG TANAH Diputuskan: [1]

Pendakwa Raya v Okwuhoa Edozie Stephen (NGA)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : 42S ANTARA KHOR SOCK KHIM LAWAN PENDAKWA RAYA JUDGMENT

BETWEEN MOHAMAD SHAKIR ZUFAYRI BIN ARIFFIN... APPELLANT (IC.NO: ) AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

BETWEEN AND GROUNDS OF JUDGEMENT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) MAHKAMAH RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (RAYUAN JENAYAH SELANGOR NO. 45A TAHUN 2012)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B /2014

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

BETWEEN AND KHAFASLIZA BINTI SHAFII... RESPONDENT (IC.NO: ) GROUNDS OF JUDGEMENT

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Vigneswaran A/L Rajamanikam v Public Prosecutor and Another Appeal

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM DI DALAM KES BICARA JENAYAH NO: 45SO-21-10/2016 BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR

DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM v PUBLIC PROSECUTOR

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BINDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: M-02(NCVC)(W) /2016

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA RAYUAN JENAYAH NO J /2014 BETWEEN AND DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

ILANGOVAN KRISHNAN v. SHIYA SDN BHD

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

PERKATAAN & ISTILAH: "perbelanjaan hidup" - Akta Undang-Undang Sivil 1956, s. 7

INDUSTRIAL COURT MALAYSIA CASE NO: 7/4-1077/13 BETWEEN ZAINAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AND PANASONIC MANUFACTURING MALAYSIA BERHAD AWARD NO: 466 OF 2018

Public Prosecutor v Pham Ti Tuyet Mai

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] ANTARA SITI NOOR AISHAH BINTI ATAM DAN

Kata kunci: Jenayah; Kanak-kanak; Keganasan; Kesalahan-kesalahan Seksual; Mahkamah.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

Mok Yong Chuan v Mok Yong Kong & Anor

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: P ANTARA SAUL HAMID B. PAKIR MOHAMAD... PERAYU DAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

IN THE COURT OF APPEAL, MALAYSIA AT PUTRAJAYA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: B-05(LB) /2015 (IND) BETWEEN AND AND

EMPLOYMENT APPLICATION FORM ABX CORPORATION SDN BHD ( V) & UTS GROUP OF COMPANIES

BRG Polo Haus Sdn Bhd dan satu lagi lwn Blay International (M) Sdn Bhd dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: BA-12B /2016

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Held (dismissing the application)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA 1. SYED MOHAMMAD YASER BIN SYED SOPIAN 2. SHAIFUL FAREZZUAN BIN RAMLI - PERAYU-PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN PENGHAKIMAN PENGENALAN Ini adalah rayuan yang hanya difailkan oleh Perayu Kedua / Tertuduh Kedua yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang bertarikh 15.7.2016 di mana Perayu Kedua telah didapati bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama. Perayu Kedua telah dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara dari tarikh sabitan dan dikenakan tiga kali sebatan. Rayuan ini adalah terhadap sabitan dan hukuman. 1

Bagi memudahkan rujukan, pihak-pihak akan dirujuk sebagai pihak Pendakwaan dan Tertuduh Kedua seperti mana panggilan mereka di Mahkamah Sesyen. Sebelum saya mengupas keterangan dengan lebih terperinci, izinkan saya untuk mengimbas kembali secara ringkas sejarah perjalanan kes ini. Sayugia dinyatakan bahawa pada permulaannya, kedua-dua Tertuduh ini telah dituduh dan dibicarakan atas pertuduhan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan. Semasa SP1 (mangsa) memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan pendakwaan kes ini mendapati terdapat kesalahan-kesalahan lain yang telah dilakukan oleh kedua-dua Tertuduh ini ketika kejadian rompakan ini berlaku. Perbicaraan telah ditangguhkan bagi membolehkan pihak Pendakwaan mengemukakan pertuduhan tambahan terhadap keduadua Tertuduh. Beberapa hari selepas itu, kedua-dua Tertuduh ini telah dikenakan pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen ini di bawah seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama. Susulan daripada itu, Tertuduh Pertama telah dikenakan pula pertuduhan tambahan di Mahkamah Majistret di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaaan. Ketiga-tiga pertuduhan ini kemudiannya telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen ini untuk dibicarakan bersama di dalam satu perbicaraan. Di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen mendapati pihak Pendakwaan telah gagal mengemukakan satu kes prima facie terhadap kedua-dua Tertuduh di atas kedua-dua pertuduhan tambahan 2

tersebut dan dengan itu kedua-dua Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan tambahan itu. Di sebaliknya pula, Mahkamah Sesyen hanya mendapati wujudnya satu kes prima facie di atas pertuduhan bagi kesalahan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan sahaja. Di akhir kes pembelaan, kedua-dua Tertuduh ini akhirnya telah disabitkan di atas pertuduhan tersebut. PERTUDUHAN Bahawa kamu bersama-sama pada 22.2.2015 jam lebih kurang 7.15 pagi di hadapan rumah alamat No. 11A, Lorong Kasawari 10, Simpang Ampat, dalam daerah Seberang Perai Selatan dalam negeri Pulau Pinang telah melakukan rompak dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nguyen Thi Thom no. passport : N1440767, dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan dibacakan bersama seksyen 34 akta yang sama. PENGHUJAHAN PEGUAM TERTUDUH KEDUA 1. Mengikut penghujahan yang dibuat oleh peguam Tertuduh Kedua, memandangkan Hakim Mahkamah Sesyen telah melepaskan dan membebaskan Tertuduh Kedua di atas pertuduhan-pertuduhan tambahan tersebut, maka kesimpulan yang dapat dibuat adalah SP1 bukanlah seorang saksi yang kredible untuk Hakim Mahkamah Sesyen memanggil pembelaan. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh peguam ini, adalah penting untuk Mahkamah di peringkat rayuan ini menilai kembali alasan pembebasan pertuduhan tambahan tersebut 3

sama ada Tertuduh Kedua ini dibebaskan di atas sebab ketidak percayaan Mahkamah ke atas keterangan SP1 ataupun di atas sebab-sebab yang lain. Jawapan kepada pertanyaan ini boleh dilihat di m.s 22 23 Rekod Rayuan Jilid 1 di mana Hakim Mahkamah Sesyen menyatakan seperti berikut : Learned counsel for the Accused persons cautioned the court against accepting the evidence of a witness whom he called suffered from a split personality syndrome. He argued that her evidence was unworthy of credit as she had not revealed that she was also molested during her captivity in those 3 hours. The case of Goh Ah Yew v PP (1949) MLJ 150 was quoted whereby it was held that once the evidence of a witness has been rendered unworthy of credit by reason of his complicity in one offence then his credit has gone for all purposes in that trial. A witness cannot be regarded as a split personality who is worthy of credit at one moment and unworthy of credit at the next Let it be put on record that the court dismissed the other two charges especially the molestation charge not due to the creditworthiness of the complainant but due to the non availability of other corroborative elements which the court had no other alternative but to assume a favourable inference towards the two Accused persons. The same cannot be said for the charge pursuant to S394 read together with S34 of the Penal Code where this court had no hesitation in finding that there was a clear prima facie case of all the essential ingredients of the charge. Hence this court rejected the defence invitation to label the evidence of the complainant as being unworthy of credit. The complainant is not at all a person with a split personality. 4

Berdasarkan kepada alasan yang diberikan tersebut, tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan fakta dan penilaian kredibiliti oleh Hakim Bicara yang dibuat ke atas SP1. Mahkamah Tinggi ini tidak seharusnya mempertikaikan kredibiliti SP1 meskipun SP1 sendiri mengakui di dalam keterangannya semasa di soal balas bahawa di dalam laporan polisnya (ekshibit P7) beliau tidak menyatakan langsung berkenaan percubaan untuk mencabul kehormatannya kerana beliau merasa malu untuk memberi keterangan sedemikian. Mengikut SP1 : saya takut mereka tahu dan beritahu kepada kawan-kawan lain. Namun hari ini saya cakap di Mahkamah kerana semasa saya agak dia orang belum tangkap lagi atau belum lagi siasat kes ini. Saya malu untuk terangkan kes ini. Apabila beri keterangan dalam Mahkamah, saya tahu OKT semua polis telah tangkap dan kes ini untuk bicara. Jadi saya beri keterangan bersungguh-sungguh apa yang terjadi pada diri saya pada hari ini. Di dalam menilai keterangan SP1 ini, Mahkamah Sesyen mempunyai kelebihan melihat SP1 memberi keterangan sedangkan Mahkamah di peringkat rayuan ini tidak mempunyai kelebihan sedemikian. Maka dengan ini saya dapati tidak ada sebab untuk Mahkamah Tinggi ini mengganggu dapatan fakta yang telah dicapai oleh Mahkamah Sesyen berkaitan isu kredibiliti ini. Maka dengan itu saya mendapati penghujahan peguam di atas isu ini tidak mempunyai asas dan sewajarnya ditolak. 5

Menyentuh berkenaan penghujahan peguam yang menegaskan bahawa wujudnya split personality oleh SP1, Mahkamah Tinggi ini mendapati isu tentang perkara ini telah diperjelaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di dalam Alasan Penghakimannya di m.s 22 23 RR Jilid 1 di mana Hakim Mahkamah Sesyen menyatakan : Learned counsel for the Accused persons cautioned the court against accepting the evidence of a witness whom he called suffered from a split personality syndrome. He argued that her evidence was unworthy of credit as she had not revealed that she was also molested during her captivity in those 3 hours. The case of Goh Ah Yew v PP (1949) MLJ 150 was quoted whereby it was held that once the evidence of a witness has been rendered unworthy of credit by reason of his complicity in one offence then his credit has gone for all purposes in that trial. A witness cannot be regarded as a split personality who is worthy of credit at one moment and unworthy of credit at the next Let it be put on record that the court dismissed the other two charges especially the molestation charge not due to the creditworthiness of the complainant but due to the non availability of other corroborative elements which the court had no other alternative but to assume a favourable inference towards the two Accused persons. The same cannot be said for the charge pursuant to S394 read together with S34 of the Penal Code where this court had no hesitation in finding that there was a clear prima facie case of all the essential ingredients of the charge. Hence this court rejected the defence invitation to label the evidence of the complainant as being unworthy of credit. The complainant is not at all a person with a split personality. 6

Berdasarkan kepada penjelasan tersebut, Mahkamah Tinggi ini mendapati kredibiliti SP1 tetap berdiri teguh meskipun Tertuduh Kedua dilepaskan dan dibebaskan di atas dua pertuduhan tambahan tersebut. Menyentuh berkenaan pendekatan yang harus diambil oleh Mahkamah di peringkat rayuan berkaitan penilaian isu kredibiliti saksi-saksi yang memberi keterangan, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ di m.s 15 telah menyatakan seperti berikut : [9] The approach to be taken by an appellate court when dealing with a trial court s assessment of credibility of witness is wellestablished by high authorities. The credibility of a witness is primarily for the trial judge. An appellate court should always be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge who had audio-visual advantage of the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding. Discrepancies will always be found in the evidence of a witness but what a judge has to determine is whether they are minor or material discrepancies. It would be wrong to say just because a witness may have contradicted in his evidence or even told lies on one or two points, his evidence should be totally rejected. In the final analysis it is for the trial judge to determine which part of the evidence of a witness he is to accept and which to reject (see Herchun Singh & Ors v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 FC; Dato Mokhtar Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 2 CLJ 10; [1983] CLJ (Rep) 101 FC; Lai Kim Hon & ors v. Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 84 FC; Che Omar bin Mohd Akhir v. Public Prosecutor [1999] 2 CLJ 780 CA). It is not the function of an appellate court to make primary findings of facts (see Public Prosecutor v. Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2005] 6 AMR 203; [2006] 1 CLJ 457 FC). 7

2. Peguam Tertuduh Kedua juga membangkitkan isu bagaimana SP1 boleh membuat pengecaman ke atas Tertuduh ini, saya dapati Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat satu kupasan yang teliti berkaitan keterangan SP1 tentang isu pengecaman ini. Malah Hakim Mahkamah Sesyen juga telah mengambil pertimbangan tentang penghujahan peguam Tertuduh Kedua yang mengatakan muka SP1 telah ditutup dengan jaket sebaikbaik sahaja SP1 dipaksa masuk ke dalam kereta dan sepanjang perjalanan muka SP1 ditutup. Persoalan tentang isu pengecaman ini jelas telah diperincikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di dalam penghakimannya yang dapat dilihat di m.s 19 21 Rekod Rayuan Jilid 1 di mana beliau menyatakan seperti berikut : In her evidence SP1 clearly and convincingly stated that she was robbed and beaten up by the two Accused persons inside the car as it was driven away. She could describe in detail as to what exactly happened to her. More importantly she could identify her assailants and their roles when the robbery took place. In her evidence SP1 said she saw the faces of her assailants when they approached her and pulled her into the car. She could also see their faces while she was in the car. She describe their facial features and physical attributes to the court. When asked to identify these persons, SP1 unerringly and without any hesitation identified the two Accused persons as two out of the 4 robbers who attacked her. They were the ones who pulled her into the car. SP1 also stated that the 1 st Accused sat in the front passenger seat of the car and the 2 nd Accused restrained her by keeping a tight hold of her legs and pressed her to the floor boards of the car. 8

While not denying that the robbers covered her head with a jacket inside the car, she explained that she could see their faces very clearly as they struggled outside the car and whilst inside the car before the jacket was thrown over her head. She said she again saw their faces when she was locked up in the room with them for about 30 minutes. They spoke to her and did not cover their faces and therefore she could clearly see who were the persons responsible for the robbery. In her evidence she said the room was well lit and she could see the rays of the sun streaming into the windows of the room where she was held. She said her ordeal lasted about 3 hours and during that time she was able to see their faces without any encumbrance. Parts of her testimony with regard to identification are reproduced as follows Saya ada nampak muka 4 orang tu dalam kereta. Mula mereka tarik saya dalam kereta saya sudah nampak. Sebelum mereka tutup muka saya, saya sudah nampak mereka. Saya masih ingat sampai hari ini. (pg. 5 Notes of Evidence). Saya lihat mereka sebelum muka saya ditutup lebih kurang dalam 10 minit. (pg 6 Notes of Evidence). Dari masa ditarik sampai saya lari daripada kereta, kejadian ambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam 3 jam saya lihat mukamuka OKT 1 dan 2. Semasa mereka buka saya nampak. Muka saya ditutup lebih kurang 2 jam. Dalam 1 jam saya lihat muka mereka. (pg 7 Notes of Evidence). Saya masih boleh camkan mereka walaupun sudah lama kerana semasa duduk di Malaysia 8 tahun tidak pernah berlaku seperti ini. Ini pertama. Saya bayangkan semua yang 9

buat atas saya yang muka 4 orang-orang tadi. Saya trauma atas apa yang jadi atas saya. (pg 7 Notes of Evidence). I find the evidence given by SP1 with regard to the robbery as reliable and credible. She gave her evidence clearly and succinctly and described in detail what was done to her during the robbery and after. Malah saya juga telah memperhalusi keterangan SP1 ini dan saya mendapati tidak mungkin sama sekali SP1 mampu memperincikan wajah serta ciri-ciri fizikal Tertuduh Kedua ini jika beliau tidak melihatnya secara dekat. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana mengikut keterangan SP1 di m.s 6 8 Rekod Rayuan Jilid 2 beliau menyatakan seperti berikut : Saya ada nampak muka 4 orang itu dalam kereta. Mula mereka tarik saya dalam.. yang suruh buat kamu seperti ini. Seterusnya SP1 menyatakan lagi : Dari masa ditarik sampai saya lari daripada kereta, kejadian ambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam 3 jam saya lihat muka-muka OKT 1 dan OKT 2. Semasa mereka buka saya nampak. Muka saya ditutup lebih kurang 2 jam. Dalam 1 jam saya lihat muka mereka. Saya masih boleh camkan mereka walaupun sudah lama kerana semasa duduk di Malaysia 8 tahun tidak pernah berlaku seperti ini. Ini pertama. Saya bayangkan semua yang dibuat atas saya yang muka 4 orang tadi. Saya trauma atas apa yang jadi atas saya. 10

Berdasarkan keterangan SP1 ini, saya tiada keraguan sama sekali berkaitan keterangan SP1 tentang pengecaman ke atas Tertuduh Kedua ini. Satu jam bukanlah jangka masa yang singkat untuk mengenal pasti wajah seseorang. Tidak mungkin SP1 berbohong jika mampu menceritakan kejadian yang berlaku ini secara terperinci dan apa yang dilakukan ke atas dirinya oleh Tertuduh Kedua ini jika beliau tidak melihat sendiri wajah mereka berdua dari dekat. Malah mengikut SP1 lagi, Tertuduh Kedua juga ada berbual dengan beliau. Ini dapat dilihat di m.s 7 Rekod Rayuan Jilid 2 bila SP1 mengatakan seperti berikut : OKT2 pegang kaki saya. Saya oleh cam seorang lagi. Dia duduk bahagian sebelah pemandu. Saya lihat mereka sebelum muka saya ditutup lebih kurang dalam 10 minit. Mereka cakap di dalam Bahasa Malaysia. Saya faham Bahasa Malaysia. Dalam kereta pun mereka cakap dalam Bahasa Malaysia. Mereka cakap dengan sama mereka dan sama saya. Saya tanya mereka kenapa mereka buat macam ini. Mereka beritahu saya kamu ada buat salah dengan kawan kamu. Kawan kamu yang suruh buat kamu seperti ini. 3. Menyentuh tentang isu kawad cam pula, saya mendapati bahawa isu yang dibangkitkan oleh peguam Tertuduh Kedua ini tidak mempunyai merit. Ini adalah kerana saya tidak nampak di mana kecacatan yang berlaku atas kualiti serta prosedur kawad cam yang telah dijalankan oleh SP7. Malah mengikut SP7 lagi, 15 peserta yang terlibat kesemuanya berbangsa Melayu dan bentuk fizikal peserta kawad cam adalah tinggi dan kurus seperti Tertuduh Kedua juga. Tertuduh Kedua juga berpuas hati dengan 11

peserta-peserta yang terlibat dan mereka juga tidak membantah peserta-peserta yang menyertai kawad cam tersebut. Mereka juga diberikan peluang untuk memilih sendiri kedudukan yang mereka mahu dalam perbarisan kawad cam tersebut. Tertuduh Kedua juga memilih kedudukannya. Prosedur kawad cam juga diterangkan oleh SP7 kepada SP1. Pengadu dapat cam Tertuduh Kedua. Seperti mana yang telah saya sebutkan di atas, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika SP1 dapat mengenal pasti Tertuduh Kedua ini kerana lebih kurang 1 jam SP1 dapat melihat wajah Tertuduh Kedua yang terlibat. Malah SP1 juga mengatakan bahawa beliau masih boleh ingat muka Tertuduh Kedua sampai hari ini. Saya percaya wajah Tertuduh Kedua ini masih segar di dalam ingatan SP1 kerana jarak masa dari tarikh kejadian (22.2.2015) hingga kawad cam ini diadakan iaitu pada 4.6.2015 adalah hanya sekitar 3 bulan lebih sahaja dan bukannya 3 tahun!! Di dalam kes PP v Krishnaraj Rajendran [2012] 5 CLJ 991, Hakim Dato Zamani A Rahim (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut : Holding an identification parade of a suspect who is unknown to the identifier is a good practice and desirable, but not necessary in all cases. It is all depending on the facts and circumstances of each individual cases. A positive identification at the parade would tend to corroborate the identifier s evidence and thus strengthen the case for the prosecution. 12

KETERANGAN SOKONGAN berikut : Berkaitan isu ini, Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan seperti Her evidence is supported by a police report lodged by her housemate who had seen her being abducted by 4 men in a car (exh. P15). According to SP6, the I.O of this case, she had interviewed and recorded a statement from SP1 on the same day as the robbery. She said SP1 did not lodge her own police report as there was already a police report lodged by the housemate. According to SP6, she saw the bruises and the abrasion wounds on the body of the complainant. The medical report (exh. P18) is further proof that SP1 was injured during the robbery. The diagnosis of the medical report is stated as soft tissue injuries and multiple abrasion wounds as a result of an alleged assault. Photographs in exh. P3(a) (e) taken on the same day as the robbery further show proof that she had been assaulted during the robbery. Berdasarkan alasan yang diberikan, tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen tersebut. PEMBELAAN TERTUDUH KEDUA Tertuduh Kedua tidak bergantung kepada pembelaan alibi. Di dalam pembelaannya, Tertuduh Kedua menyatakan bahawa beliau tidak ingat di mana beliau berada dan apa yang beliau lakukan pada tarikh kejadian tersebut. 13

Tertuduh Kedua menyatakan bahawa beliau juga tidak ingat beliau berada di mana pada 22.2.2015 lebih kurang jam 7.15 pagi. Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung di dalam kes ini. Beliau juga tak tahu kenapa polis tangkap beliau. Tapi beliau ingat bahawa beliau tidak menculik sesiapa dan tidak pernah mengurung sesiapa. Tidak pernah mendatangkan kecederaan pada sesiapa. Tapi beliau ingat pula tarikh beliau ditangkap iaitu pada 29.5.2015. Beliau juga ingat ada pergi ke pajak gadai untuk gadai barang kemas kepunyaan kakaknya dan beliau pergi ke 2 3 pajak gadai. Jika diteliti secara keseluruhan keterangan yang diberikan oleh Tertuduh Kedua ini, saya mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh beliau hanyalah setakat mengatakan bahawa pada tarikh 22.2.2015 jam 7.15 pagi beliau tidak ingat di mana beliau berada. Adakah jawapan semudah ini boleh dipercayai atau telah menimbulkan keraguan yang munasabah. Tentulah jawapannya tidak. Pembelaan sebegini rupa tidak boleh mengatasi pengecaman positif yang telah dibuat oleh SP1 ini ke atas Tertuduh Kedua terutama sekali jika ianya datang dari keterangan seorang saksi yang kredible yang tidak sama sekali mempunyai apa-apa motif jahat di dalam memberikan keterangannya. Maka dengan pengecaman yang positif ini, maka pembelaan sebegini runtuh sama sekali. Malah pembelaan saya tidak ingat di mana saya berada yang diberikan oleh Tertuduh Kedua ini telah menguatkan keyakinan saya akan kebenaran keterangan SP1 dan adalah nyata pembelaan Tertuduh Kedua ini amat sukar dipercayai. Harus juga diingatkan bahawa SP1 juga mengakui 14

semasa pemeriksaan balas bahawa sebelum tarikh kejadian iaitu 22.2.2015 beliau tidak pernah berjumpa dengan Tertuduh Kedua ini di mana-mana. Jadi, tiada sebab untuk SP1 hendak membabitkan Tertuduh Kedua di dalam kes ini melainkan telah jelas lagi nyata bahawa Tertuduh Kedua ini sememangnya terlibat di dalam kejadian samun ini. Dengan itu, Mahkamah ini tidak ada keraguan sama sekali tentang penglibatan Tertuduh Kedua di dalam kejadian ini. Di atas alasan-alasan yang telah diberikan di atas, maka saya rasa tidak perlu lagi untuk saya mengupas isu-isu lain yang dibangkitkan oleh pembelaan. Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan Tertuduh Kedua juga telah gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan. Dengan itu sabitan dikekalkan. HUKUMAN Alasan-alasan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di dalam menjatuhkan hukuman jelas dapat dilihat di m.s 31 Rekod Rayuan Jilid 1 di mana beliau menyatakan seperti berikut : From the brief mitigation offered by learned defence counsel, I was able to glean that both Accused are in their early twenties, working to upkeep themselves and their respective families. The prosecution urged the court to impose a deterrent and custodial sentence against both Accused pointing out to the court that the two Accused persons had not only robbed the victim but they had also injured 15

their victim. The manner in which she was accosted and beaten and taken for a terror ride requires the court to mete out a sentence that is appropriate and would reflect the seriousness of the offence committed by them. The two Accused persons had set their sight on the helpless victim who is a foreigner trying to earn a decent living in Malaysia. It is appalling that she was subjected to a period of almost three hours of not knowing whether she would come out of the ordeal alive or not. The court must take into account the public interest which requires that crimes such as robbery should be dealt with in an appropriate manner so that like minded individuals out there in society would think twice knowing what the outcome of such actions will be. The two Accused persons did not have any previous records. The prosecution did not offer any record of this. They are thus first offenders. The fact that the offence is a serious one diminishes any allowances to be made for their young age. Berdasarkan alasan yang diberikan di atas, tiada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu hukuman yang telah dikenakan itu. Hukuman yang dijatuhkan ke atas Tertuduh Kedua dengan ini dikekalkan. Rayuan Tertuduh Kedua di atas sabitan dan hukuman ditolak. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. ( DATO AZMI BIN ARIFFIN ) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 1). Bertarikh : 5 September 2017. 16

Peguamcara : Tetuan Anba & Associates bagi pihak perayu-perayu. Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara bagi pihak responden. 17