DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

Similar documents
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF DAN

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

Management Bhd dan lain-lain

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CIVIL APPEAL NO: K-01(NCVC)(W)-10-01/2014 BETWEEN

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-12NCVC-7-01/2016 ANTARA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: DA-24NCVC /2016

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Yong Lai Ling (P) lwn Ng Seow Poe dan lain-lain

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

PRESS METAL SARAWAK SDN BHD

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

UNDANG-UNDANG TANAH Diputuskan: [1]

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

BRG Polo Haus Sdn Bhd dan satu lagi lwn Blay International (M) Sdn Bhd dan lain-lain

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor v Selangor Country Club Sdn Bhd

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

KAEDAH-KAEDAH SYARIKAT (MEKANISME PENYELAMAT KORPORAT) 2018 COMPANIES (CORPORATE RESCUE MECHANISM) RULES 2018

CIMB Bank HP Slate 21 Redemption Order Form

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: BA-12B /2016

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

UNDANG-UNDANG SYARIKAT

KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017 LEGAL PROFESSION (DISCIPLINARY PROCEEDINGS) RULES 2017

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BINDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: M-02(NCVC)(W) /2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA [GUAMAN SIVIL NO: S ] (NO 2) ANTARA

STATUTORY INTERPRETATION

Notice of Annual General Meeting

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

RHB Bank Bhd lwn Unijaya Teknologi Sdn Bhd

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

1.0 PENGENALAN. 1.5 Berdasarkan keadaan semasa,

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

EMPLOYMENT APPLICATION FORM ABX CORPORATION SDN BHD ( V) & UTS GROUP OF COMPANIES

Held (dismissing the appeal with costs) Per Abdul Hamid Mohamad FCJ (dissenting):

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

2. To declare the Final Dividend of 12% less 25% Malaysian Income Tax in respect of the financial year ended 31 December 2009.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

Reebok (M) Sdn Bhd v CIMB Bank Berhad

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

EXTENSION OF TIME IN COMMENCEMENT OF ARBITRATION PROCEEDINGS NOOR HALWANI BT MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN. BHD PLAINTIF DAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Interlokutari Kandungan 6) A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif telah menfailkan satu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan, mendakwa bahawa Defendan telah menamatkan perjanjian bersama secara salah. [2] Defendan tidak menfailkan Pembelaan tetapi sebaliknya menfailkan satu permohonan di kandungan (6), setelah pihak Plaintif menfailkan permohonan untuk mendapatkan Penghakiman Ingkar Pembelaan. Kandungan (6) yang difailkan Defendan ini merupakan permohonan untuk menggantungkan segala prosiding ini kerana menurut Defendan, pihak- 1

pihak terikat dengan klausa 68 yang dikatakan wujud di dalam kontrak perjanjian tersebut yang mewajarkan pihak-pihak menggantungkan prosiding untuk dirujuk ke timbang tara di bawah Seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005. [3] Pada 14 September 2017, setelah mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah ini telah menolak permohonan Defendan ini di Kandungan (6) dengan kos sebanyak RM3,500.00. [4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [5] Ini merupakan alasan-asalan terhadap keputusan tersebut. B. FAKTA KES [6] Plaintif merupakan sebuah Syarikat Pemaju, yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai alamat perniagaan di Lot 2815-A, Tingkat 1, Belakang Pasar Melor, Kota Bharu, Kelantan. [7] Defendan adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 dan mempunyai alamat perniagaannya di Menara FELDA Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur. [8] Melalui satu Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance) bertarikh 7/1/2014 dan satu Dokumen Kontrak no. 100066545/2014, Defendan telah 2

melantik Plaintif sebagai pemaju utama bagi FELDA bagi membangunkan Cadangan Pembinaan Dan Menyiapkan 300 Unit Rumah Teres Satu Tingkat Di FELDA, Ciku 5, ( Cadangan Pembinaan Tersebut ) Mukim Relai, Daerah Ciku, Jajahan Gua Musang, Kelantan. Ke arah itu Plaintif telah melantik perundingnya iaitu Khalid Johari Associates, manakala Defendan telah melantik perundingnya iaitu FELDA Engineering Services Sdn Bhd ( FESSB ). [9] Di antara terma-terma Dokumen Kontrak tersebut ialah kerja-kerja pembinaan antara lain adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang mana Plaintif perlu menyempurnakan. [10] Menurut Plaintif, Plaintif telah pun menyempurnakan tanggungjawabnya sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima dan juga Dokumen Kontrak (yang belum ditandatangani). Sebaliknya Defendan gagal menyempurnakan tanggungjawabnya seperti mana ditetapkan di dalam perjanjian khususnya kegagalan Defendan untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah dan penjelasan keseluruhan premium kepada Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang. Di atas sebab tersebut, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang telah mengarahkan kesemua kerja-kerja di dalam pembinaan projek perumahan diberhentikan di atas sebab tanah tersebut masih lagi berstatus tanah kerajaan menyebabkan Plaintif terbantut untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan tersebut yang akhirnya mengakibatkan Defendan menamatkan kontrak dengan Plainitf. 3

[11] Plaintif seterusnya telah mengambil tindakan dengan menfailkan Writ Saman dan Pernyataan tuntutan ini di dalam mahkamah. [12] Pendirian Defendan pula ialah kontrak tersebut telah ditamatkan oleh Defendan secara betul dan sah. Antara lainnya ialah kerana Plaintif gagal untuk melaksanakan obligasi-obligasinya seperti di dalam kontrak. Plaintif perlu di estop daripada membawa kes ini ke mahkamah/menfailkan Writ Saman ini kerana pihak-pihak adalah terikat dengan klausa 68 di dalam Dokumen Kontrak yang menghendaki pihak-pihak merujuk kepada timbang tara jika berlakunya pertikaian yang mewajarkan segala prosiding digantung. Plaintif pula mendakwa bahawa klausa timbang tara tersebut belum lagi berkuatkuasa kerana tidak wujudnya kontrak secara rasmi lagi kerana Dokumen Kontrak tersebut belum ditandatangani oleh pihak-pihak, mengakibatkan pihak-pihak tidak terikat dengannya. C. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Pemohon/Defendan [13] Defendan sebagai pemohon berhujah bahawa oleh kerana wujudnya klausa 68 di dalam Dokumen Kontrak tersebut, maka apa-apa pertikaian perlu dirujuk ke timbang tara. Ini adalah selaras dengan peruntukan yang wujud di bawah Seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005. [14] Defendan menghujahkan bahawa pihak Defendan melalui Surat Setuju Terima bertarikh 7/1/2014 telah mengawardkan satu kontrak bagi projek Cadangan Pembinaan Dan Menyiapkan 300 Unit Rumah Teres 4

Satu Tingkat ( Cadangan Pembinaan Tersebut ) kepada Plaintif. Walaupun tidak wujudnya kontrak secara formal namun Plaintif melalui surat bertarikh 10/5/2014 telah merujuk kepada perkara ini sebagai kontrak. Selain daripada itu Plaintif melalui conduct mereka mengetahui mengenai terma syarat-syarat Kontrak Perjanjian yang telah mereka memasuki. [15] Malahan mengikut Defendan, Plaintif telah merujuk kepada wujudnya kontrak di antara Plaintif dan Defendan di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan mereka. Justeru adalah tidak timbul persoalan tentang kesahihan wujudnya satu kontrak yang sah yang mana mengikat pihak-pihak terhadap klausa 68 yang mewajibkan pihak-pihak merujuk ke timbang tara apabila terdapatnya pertikaian di antara pihak-pihak. [16] Sambil merujuk kepada beberapa otoriti seperti TNB Fuel Services Sdn Bhd V China National Coal Group Corp (2013) 4 MLJ 857; ZAQ Construction Sdn Bhd & Anor V Putrajaya Holdings Sdn Bhd (2014) 10 MLJ 633, mahkamah mesti akur kepada klausa timbang tara tersebut dan mesti merujuk kes ini (tindakan ini) ke timbang tara dan bukannya di bicara oleh mahkamah ini. [17] Defendan juga merujuk kepada Seksyen 18(2) Akta Timbang Tara yang menyatakan bahawa klausa timbang tara di dalam sesuatu perjanjian perlu diambil kira sebagai berasingan daripada perjanjian itu sendiri sambil merujuk kepada beberapa otoriti seperti Press Metal Sarawak Sdn Bhd V Etiqa Takaful Bhd (2015) 4 CLJ 734 dan Susu Lembu Asli Marketing Sdn Bhd V Dutch Lady Milk Industries Sdn Bhd (2004) 2 MLJ 230. 5

Hujahan Plaintif [18] Plaintif telah menafikan kecuaian di dalam menjalankan kerja-kerja di tapak berkenaan sehingga kerja-kerja lewat dan tergendala. Punca kelewatan adalah kerana kegagalan Defendan memenuhi syarat dokumen di bawah klausa 12.00 Possession of Site. Plaintif menegaskan bahawa Defendan gagal menyerahkan tapak projek secara sah kepada Plaintif untuk Plaintif menjalankan kerja-kerjanya. [19] Akibatnya Plaintif tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaan tersebut khususnya isu status tanah sehinggakan Plaintif telah dikenakan saman oleh pihak Majlis Daerah Gua Musang. Defendan telah mengeluarkan Notis Keingkaran pada 1/12/2016 dan Defendan lah yang menamatkan kontrak Plaintif pada 15/12/2016 ketika mana isu status tanah masih lagi belum selesai. [20] Mengenai permohonan Defendan di Kandungan (6) ini, Plaintif menghujahkan bahawa Perjanjian Kontrak yang formal antara Plaintif dan Defendan telah disediakan, namun sehingga tarikh penamatan kontrak ia gagal untuk ditandatangan/disempurnakan dan/atau dimuktamadkan, sedangkan di dalam kontrak yang tidak ditandatangani tersebut mengandungi klausa timbang tara. Jika dihalusi, dokumen-dokumen yang terlibat di dalam kes Plaintif ini ialah Surat Setuju Terima, Dokumen Kontrak dan Perjanjian Timbang Tara. Hanya Surat Setuju Terima sahaja yang telah ditandatangani. Justeru itu hujah Plaintif lagi klausa Timbang Tara tersebut tidak boleh dikuatkuasakan dan juga tidak mengikat Plaintif 6

kerana klausa tersebut wujud di dalam Dokumen Kontrak yang belum ditandatangani sehingga lah kontrak ini ditamatkan. D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [21] Perlu mahkamah menyatakan di sini bahawa sebelum mahkamah mendengar permohonan ini, mahkamah telah menanya Peguam Plaintif samada beliau masih membantah permohonan Defendan ini memandangkan wujudnya klausa timbang tara dan tanpa prejudis kepada perbicaraan permohonan ini, mahkamah lebih cenderung untuk kes ini dirujuk kepada timbang tara kerana ini akan dapat meringankan beban mahkamah ini yang sudah dihujani dengan terlalu banyak kes yang telah difailkan di satu-satunya Mahkamah Tinggi di Negeri Kelantan ini. [22] Mahkamah telah ambil maklum bahawa Peguam Plaintif masih ingin meneruskan dengan bantahannya kerana selain daripada pendiriannya bahawa beliau mempunyai merit di dalam bantahan ini, kes ini telah sampai ke peringkat terakhir pengurusan kes kerana pliding telah ditutup dan menunggu untuk ditetapkan tarikh pendengaran sahaja. Jika kes ini dirujuk ke timbang tara, menurut Peguam Plaintif lagi, ianya akan melengahkan lagi dan akan melibatkan kos tambahan yang banyak kepada Plaintif. Mahkamah seterusnya telah mendengar permohonan di Kandungan 6 ini. [23] Sebelum mahkamah membuat penganalisaan dan dapatannya, ada baiknya mahkamah merujuk kepada peruntukan yang relevan di bawah 7

Akta Timbang Tara 2005 iaitu Seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005 di mana Peruntukan tersebut berbunyi seperti berikut: (1) Mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa berkenaan dengan suatu perkara yang menjadi hal suatu perjanjian timbang tara hendaklah, jika suatu pihak membuat permohonan sebelum mengambil apa-apa langkah lain dalam prosiding itu, menggantung prosiding itu dan merujukkan pihak-pihak itu kepada timbang tara melainkan jika mahkamah itu mendapati bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah, tidak berkuat kuasa atau tidak dapat dilaksanakan. (2) Mahkamah, dalam membenarkan suatu penggantungan prosiding menurut subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut. [24] Ini bermakna ada beberapa elemen yang penting yang perlu dibuktikan Pemohon/Defendan seperti berikut: (a) Wujudnya perjanjian timbang tara yang boleh dilaksanakan/dikuatkuasakan. (b) Terdapat perkara pertikaian dan/atau perbezaan di bawah perjanjian timbang tara untuk dirujuk kepada timbang tara. (c) Defendan tidak mengambil langkah seterusnya di dalam prosiding tindakan ini. 8

[25] Sekarang mahkamah akan meneliti dan menganalisa setiap elemen yang disebut di atas. Elemen (a): Wujudnya perjanjian timbang tara yang boleh dilaksanakan [26] Permohonan Defendan ini adalah berasaskan kepada satu Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance) yang mana mahkamah ini bersetuju merupakan satu tawaran kontrak oleh Defendan kepada Plaintif yang mana mengikat Plaintif dan Defendan. Selain daripada Surat Setuju Terima ini, Plaintif juga menerima satu Dokumen Kontrak yang tidak ditandatangani oleh pihak-pihak yang mana Defendan mendakwa juga mengikat Plaintif. Surat Setuju Terima (muka surat 1-3, Ikatan Dokumen Bersama) tersebut antara lain, berbunyi Bagaimanapun sehinggalah perjanjian kontrak yang formal itu dilaksanakan, tender tuan berserta surat setuju terima tender ini akan menjadi kontrak yang sah mengikat di antara tuan dan FELDA. Dokumen Kontrak yang belum ditandatangani oleh pihak-pihak tersebut mengandungi klausa 68 yang mewajibkan apa-apa pertikaian dirujuk kepada timbang tara. [27] Mahkamah telah meneliti Dokumen Kontrak ini (di muka surat 4 hingga 73, Ikatan Dokumen Bersama) dan berpuas hati bahawa ianya tidak ditandatangani oleh mana-mana pihak. Meneliti secara terperinci, Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak ini perlu dibaca secara berasingan. Manakala Surat Setuju Terima telah ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA, Dokumen Kontrak ini yang mengandungi klausa timbang tara di klausa 68 ini tidak mempunyai tandatangan oleh pihak-pihak. Ini bermakna 9

dokumen kontrak ini tidak disempurnakan dan/atau tidak dimuktamadkan sehingga hari ini i.e. sehinggalah kontrak ditamatkan oleh pihak Defendan. [28] Berdasarkan kepada Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance), mahkamah berpendapat pihak-pihak perlu bersetuju bahawa Surat Setuju Terima tersebut terpakai sehinggalah Dokumen Kontrak tersebut ditandatangani untuk menjadikan ianya Perjanjian Kontrak yang formal. [29] Justeru itu, wujud persoalan yang perlu dijawab oleh mahkamah iaitu samada klausa 68 mengenai timbang tara yang wujud di dalam Dokumen Kontrak (dan bukan di dalam Surat Setuju Terima ) yang belum ditandatangani dan dimeterai tersebut mengikat Plaintif dan boleh dikuatkuasakan. Ke arah itu, mahkamah ingin merujuk kepada dokumendokumen berikut: I. Surat Setuju Terima - (Muka surat 1-3 Ikatan Dokumen Bersama) II. Dokumen Kontrak - (Muka surat 4-73 Ikatan Dokumen Bersama) III. Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif IV.Affidavit Jawapan oleh Pengarah Plaintif, Harris bin Ismail yang telah diikrarkan pada 22/5/2017 V. Affidavit Sokongan Defendan oleh Helwani Bt Lukman yang telah diikrarkan pada 12/5/2017 VI.Affidavit Tambahan oleh Peguam Defendan, En. Kow Kean Fatt, yang telah diikrarkan pada 15/5/2017 VII. Affidavit Jawapan Defendan oleh Helwani Bt Lukman yang diikrarkan pada 9/6/2017. 10

VIII. Hujahan kedua-dua pihak. [30] Setelah meneliti kertas-kertas kausa di atas, affidavit-affidavit dan hujahan pihak-pihak, mahkamah berpendapat memandangkan Dokumen Kontrak tersebut yang menjadi kontrak utama belum disempurnakan dan dimuktamadkan kerana tidak ditandatangani oleh pihak-pihak, maka klausa timbang tara yang terdapat di dalamnya di klausa 68 tersebut turut tidak boleh dikuatkuasakan/tidak terpakai. [31] Sebaliknya mahkamah berpendapat Surat Setuju Terima (Eksibit "HL-1"/muka surat 1-3 Ikatan Dokumen Bersama) menjadi Dokumen Kontrak yang sah yang mengikat Plaintif dan Defendan di dalam kes ini. Malangnya ia tidak mengandungi klausa timbang tara yang boleh dijadikan sandaran oleh Defendan di dalam permohonan Kandungan 6 ini. Sewajarnya Surat Setuju Terima itu sendiri perlu mengandungi klausa timbang tara. Secara alternatifnya, Surat Setuju Terima tersebut sewajarnya mempunyai peruntukan bahawa pihak-pihak adalah tertakluk kepada klausa timbang tara yang wujud di dalam satu Dokumen Kontrak yang akan ditandatangani oleh pihak-pihak kelak. Dengan cara begini, pihak-pihak secara otomatis akan terikat dengan klausa Timbang Tara yang wujud di dalam satu Dokumen Kontrak yang masih belum ditandatangani tersebut. Di dalam kes Press Metal Sarawak Sdn Bhd V Etiqa Takaful Bhd (2016) 5 MLJ 417, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: Parties are bound by the terms of the arbitration agreement which they had voluntarily executed and this includes reference to 11

another document where those terms can be found, whether they take the trouble of reading them or not. There is imputed knowledge that the terms of arbitration agreement in a document referred to in an agreement are binding as if they were written in the latter agreement itself. [32] Justeru, dengan ketiadaan klausa timbang tara di Surat Setuju Terima itu sendiri maka tidak wujud keadaan di mana parties are bound by the terms of the arbitration agreement, which they had voluntarily executed kerana pihak-pihak belum lagi menandatangani Perjanjian/Dokumen Kontrak yang mengandungi klausa timbang tara yang dimaksudkan. Justeru itu pihak-pihak tidak boleh dikatakan terikat dengan klausa timbang tara tersebut. Seperti mana yang telah diterangkan oleh mahkamah sebelum ini, pihak-pihak hanya akan terikat dengan klausa timbang tara tersebut jika sekiranya ianya wujud atau diterangkan di dalam Surat Setuju Terima tersebut dan bukan di dalam Dokumen Kontrak yang belum ditandatangani. [33] Seksyen 9(5) Akta Timbang Tara 2005 memperuntukkan seperti berikut: A reference in agreement to a document containing an arbitration clause shall constitute an arbitration agreement, provided that the agreement is in writing and the reference is such as to make that clause part of the agreement. 12

[34] Di dalam kes CLLS Power System Sdn Bhd v Sara Timur Sdn Bhd [2015] 11 MLJ 485 Mahkamah Rayuan telah memutuskan pada m/s 495 bahawa: [24] The court agrees with the plaintiff. While the letter of award itself undoubtedly meets the requirements of s 9, the court cannot ignore the clear intention of the parties as evinced from this final clause. A plain reading of that final clause in the letter of award shows that the formal contract which will follow or adopt the terms and conditions of PAM Sub-Contract 2006 is not to take effect until and unless the formal contract is drawn up. This is not to say that there is no binding contract between the parties until a formal contract is drawn up or prepared or executed. Far from it. It is the case of until the formal contract is prepared and executed, the binding contract, and thereby the terms and conditions of contract, is to be found in the letter of award. The parties had clearly intended that a formal contract be prepared and executed. That formal contract would subscribe to or adopt the PAM conditions of sub-contract or the agreement and conditions of PAM Sub-Contract 2006. Until that comes about, the binding contract between the parties is to be found in the praintiff's 'tender together with the duly signed copy of this letter'. [35] Perlu ditekankan di sini bahawa mahkamah bersetuju bahawa satu Perjanjian Kontrak telah wujud melalui Surat Setuju Terima (Letter of Acceptance) tersebut. Namun dengan tiadanya klausa dan/atau perjanjian timbang tara di dalam Surat Setuju Terima ini yang mengikat pihak-pihak termasuk Plaintif maka klausa timbang tara yang terdapat di Dokumen 13

Kontrak yang belum ditandatangani adalah tidak boleh dikuatkuasakan. Atas alasan ini sahaja permohonan Defendan di Kandungan 6 perlu ditolak. Elemen (b): Terdapatnya pertikaian yang perlu dirujuk [36] Andai kata mahkamah tertakluk kepada klausa timbang tara tersebut mahkamah berpendapat bersandarkan kepada kes Seloga Jaya Sdn Bhd V Pembenaan Keng Ting (Sabah) Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 97, Defendan perlulah menunjukkan kepada Mahkamah berhubung dengan Elemen (b) bahawa terdapatnya pertikaian-pertikaian untuk dirujuk kepada timbang tara. Persoalan seterusnya yang harus dipertimbangkan oleh Mahkamah ini adalah sama ada terdapat apa-apa pertikaian atau perbezaan untuk dirujuk kepada timbang tara menurut Klausa 68 (andai kata klausa timbang tara tersebut terpakai). Perlu ditekan di sini bahawa klausa timbang tara adalah sesuatu klausa yang dipersetujui oleh pihak-pihak dan perlu di interpretasi mengikut bahasa, niat pihak-pihak dan apa pertikaian yang dimaksudkan. Ini dinyatakan di dalam kes Press Metal Sarawak (supra) yang menyatakan seperti berikut: Held(1) An arbitration agreement or clause is a written submission, agreed to by the parties, and like other written submissions, must be construed according to its language and in the light of the circumstances in which it is made. Parties must be held to what they have agreed to in an agreement. Therefore, it is essential to consider the wordings of the clause specifically and determine what they have agreed to. Whether a dispute falls within an arbitration clause must 14

depend on what is the dispute or difference between the parties and what disputes the arbitration clause covers. [37] Klausa 68.0 TIMBANG TARA di dalam kes di hadapan mahkamah berbunyi seperti berikut:- 68.1 If any dispute or difference shall arise between the Government and the Contractor out of or in connection with the contract, then parties shall refer such matter, dispute or difference to the officer named in Appendix for a decision. 68.2 The officer named in Appendix's decision shall be in writing and shall subject to clause 68.4 hereof, be binding on the Parties until the completion of the Works and shall forthwith be given effect to the Contractor who shall proceed with the Works with all due diligence whether or notice dissatisfaction is given by him. 68.3 If the Parties:- (a) fails to receive a decision from the officer named in the Appendix within forty five (45) days after being requested to do so; or (b) is dissatisfied with any decision of the officer named in the Appendix, then such dispute or difference shall be referred to arbitration within forty five (45) days. [38] Mahkamah berpuas hati bahawa memang wujudnya pertikaian diantara Plaintif dan Defendan, sebab itulah Plaintif menfailkan tindakan ini. 15

Memandangkan kausa tindakan Plaintif adalah penamatan kontrak, maka perkara yang perlu diputuskan di sini adalah sama ada pertikaian yang wujud ialah mengenai isu persoalan kontrak itu sendiri atau melibatkan kerja-kerja pembinaan tersebut. Jika pertikaian adalah mengenai kontrak per se, ia tidak perlu dirujuk kepada Timbang Tara kerana ia melibatkan persoalan undang-undang. Sebaliknya jika pertikaian ini melibatkan kerjakerja pembinaan dan andaikata klausa 68 mengenai timbang tara terpakai, maka pertikaian ini perlu dibawa ke timbang tara. Di dalam erti kata lain, jika tidak ada pertikaian, maka tidak wujudnya keperluan untuk merujuk kepada timbang tara. [39] Ke arah itu, mahkamah ingin merujuk kepada kes ELF Petroleum SE Asia Pte Ltd v Winelf Petroluem Sdn Bhd 119861 1 MLJ 177 di mana di muka surat 179, mahkamah menyatakan: In my judgment what we have is a mere refusal to pay upon a claim which had been admitted as being owing to the plaintiffs. There is nothing to be settled by arbitration. On the true construction of clause XIV only claims which are bona fide disputes or are bona fide controversies, that call for settlement by arbitration. Where a claim is admitted it does not call for a settlement by arbitration. All that is called for is for payment of the admitted amount which can be by an action in the Courts as has been done in the instant case. [40] Mahkamah Rayuan di dalam kes Celcom (M) Sdn Bhd v Sarawak Electricity Supply Corp (2002) 4 MLJ 593 telah memutuskan bahawa: 16

(1) The burden on the defendant was very light. All the defendant had to show was an agreement coupled with an assertion that it was ready and willing to go to arbitration. Once these elements were satisfied and provided there was some disputes to go to arbitration, the defendant should have its stay of proceeding. (2) There must be a dispute falling within the scope of the arbitration clause or agreement. If there be no dispute, there is nothing to refer to arbitration. On the facts, it was quite plain from the defendant's letter to the Sarawak State Secretary that the defendant was reedy and willing to dispose of its shares to the plaintiff. That being the case, the mechanism provided by the agreement for the determination of the value of shares would be automatically triggered. Once that mechanism applied, the arbitration caluse caesed automiatically to have any relevance. [41] Di dalam satu kes yang dirujuk oleh Peguam Plaintif iaitu Peri Sentosa Sdn Bhd (in members' voluntary liqudation) & Anor v General Soil Engineering Sdn Bhd (2000) 7 MLJ 561 pada m/s 562 mahkamah menyatakan: (2) From a construction of the arbitration clause 34(1), it was clear that what had to be referred to arbitration were matters arising out of the works and not the contract. Clause 34(1) clearly made a distinction between a dispute under the agreement in relation to works and a dispute over the agreement. Matters which arose out of the works were matters that could properly be referred to the 17

arbitrator under cl 34(1) whereas the dispute over the parties to the agreement and the legal questions as to rescission were matters not subject to the arbitration proceedings. [42] Mahkamah memutuskan bahawa penamatan kontrak yang merupakan kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan di dalam kes ini adalah bukan suatu pertikaian yang melibatkan kerja-kerja pembinaan tersebut yang perlu dirujuk ke timbang tara. Sebaliknya ianya melibatkan persoalan undang-undang yang harus diputuskan di bawah bidang kuasa Mahkamah. Antara isu undang-undang yang terlibat ialah samada Dokumen Kontrak tersebut sah oleh kerana ianya tidak ditandatangani; samada klausa 68 mengenai timbang tara yang terdapat di dalam Dokumen Kontrak tersebut mengikat Plaintif; samada pembatalan kontrak ini oleh Defendan adalah sah; samada Defendan sendiri telah memecah kontrak apabila gagal memenuhi condition precedent dan lain-lain. [43] Oleh itu, pemfailan Writ Saman oleh Plaintif ini bukan prosiding yang tidak teratur sebagaimana yang telah diputuskan di Mahkamah Pesekutuan dalam kes Sanwell Corp v Trans Resourses Corp Sdn Bhd & Anor [2002] 2 MLJ pada m/s 632 yang menyatakan seperti berikut:... the court always has jurisdiction in respect of a contract containing an arbitration clause and, subject to the jurisdiction of the court under the Act to send the matter for arbitration, there is nothing irregular on the part of the plaintiff to file a writ in court notwithstanding the existence of the arbitration clause. [Lihat juga kes Peri Sentosa (supra)]. 18

Elemen (c): Defendan tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya di dalam prosiding tindakan ini [44] Bagi elemen ini, mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Plaintif dan berpuas hati bahawa Defendan telah mematuhinya apabila tidak mengambil apa-apa tindakan lain untuk menyerah kepada bidang kuasa mahkamah ini. Defendan hanya telah menfailkan memorandum kehadiran sahaja dan seringkali menyatakan apa-apa tindakan yang dibuatnya adalah tanpa prejudis terhadap haknya untuk merujuk pertikaian ini ke timbang tara. E. KESIMPULAN [45] Di atas-sebab di atas kerana kegagalan Defendan untuk membuktikan bahawa Defendan telah memenuhi elemen-elemen (a) dan (b) tersebut, permohonan Defendan di kandungan (6) untuk menggantung prosiding bagi merujuk pertikaian ini ke timbang tara melalui klausa 68 di Dokumen Kontrak adalah ditolak dengan kos. Tarikh: 30 November 2017 (DATO AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu 19

Peguam Perayu/Defendan - En. Ariff bin Tan Sri Rozhan, En. Daniel Forsberg & En. Kow Kean Fatt Tetuan Ariff Rozhan & Co, L-6-1, No.2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur. [Ruj:20170042/FELDA/ABR/LFT/KKF/DF] Peguam Responden/Plaintif - En. Nasir bin Abdullah Tetuan Salina Fazilawati & Co, 3512-E, 2 nd & 3 rd, Floor, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan. [Ruj:FAZ/MISC/LIT/138/2017] 20