DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

Similar documents
Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BETWEEN KAMARUSHAM BIN ZAKARIA... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

MALAYSIA IN HIGH COURT IN SABAH AND SARAWAK AT KOTA KINABALU BETWEEN PUBLIC PROSECUTOR APPELLANT AND JUHINOL BIN LIMBUIS RESPONDENT

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

UNDANG-UNDANG TANAH Diputuskan: [1]

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BETWEEN BUDIMAN BIN CHE MAMAT... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Pendakwa Raya v Okwuhoa Edozie Stephen (NGA)

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

Notice of Annual General Meeting

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM v PUBLIC PROSECUTOR

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

WARTAKERAJMN PERSEKUTUAN

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Held (dismissing the application)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Management Bhd dan lain-lain

Yong Lai Ling (P) lwn Ng Seow Poe dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF DAN

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

Khairul Bin Nordin v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

Kata kunci: Jenayah; Kanak-kanak; Keganasan; Kesalahan-kesalahan Seksual; Mahkamah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B /2014

Lee Bah Hin v Pendakwa Raya

KAEDAH-KAEDAH SYARIKAT (MEKANISME PENYELAMAT KORPORAT) 2018 COMPANIES (CORPORATE RESCUE MECHANISM) RULES 2018

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CIVIL APPEAL NO: K-01(NCVC)(W)-10-01/2014 BETWEEN

PERKATAAN & ISTILAH: "perbelanjaan hidup" - Akta Undang-Undang Sivil 1956, s. 7

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. A-06A(M)-4-03/2016 ANTARA DAN

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

D.R. 47/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH TINGGI (PINDAAN) 2011 RULES OF THE HIGH COURT (AMENDMENT) 2011 DISIARKAN OLEH/ JABATAN PEGUAM NEGARA/ PUBLISHED BY

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

EMPLOYMENT APPLICATION FORM ABX CORPORATION SDN BHD ( V) & UTS GROUP OF COMPANIES

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION PREVENTIVE DETENTION

Selva Kumar A/L Supramaniam v Pendakwa Raya and Another Appeal

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

Possession - Exclusive possession. CRIMINAL LAW: Dangerous Drugs Act Section 39(B)(1)(a) - Knowledge, how inferred

BETWEEN AND GROUNDS OF JUDGEMENT

Amendments to Rules of Court 2012, Rules of the Court of Appeal 1994, and Rules of the Federal Court 1995

Mukhriz Mahathir v Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak and Another

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA-44-29-08/2017 ANTARA AL FAITOURI BIN KAMAL PEMOHON DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN PENGHAKIMAN 1. Melalui suatu notis permohonan bertarikh 4 Ogos 2017, pemohon Al Faitouri bin Kamal memfailkan permohonan ini untuk perintahperintah seperti berikut : a) Bahawa Pemohon dibenarkan untuk diikat dengan satu jaminan yang munasabah sehingga perbicaraan dan keputusan kes di Mahkamah Sesyen (1) Seremban ini; b) Relif-relif atau perintah lain yang Mahkamah Mulia ini fikir patut dan munasabah. 2. Notis permohonan pemohon disokong oleh afidavit berikut : a) afidavit sokongan Yuslinawaty binti Zanudin isteri pemohon yang diikrarkan pada 3 Ogos 2017. b) afidavit jawapan kepada afidavit balasan responden yang diikrarkan oleh Yuslinawaty binti Zanudin pada 8 September 2017. tmj1

c) afidavit tambahan yang diikrarkan oleh Yuslinawaty binti Zanudin pada 8 September 2017. 3. Responden memfailkan dua afidavit membantah permohonan pemohon iaitu : a) afidavit Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia binti Muhammad yang diikrarkan pada 29 Ogos 2017. b) afidavit Nor Ruzaini binti Sulaiman yang diikrarkan pada 8 September 2017. 4. Fakta adalah seperti berikut : (i) (ii) (iii) pemohon telah dituduh di Mahkamah Sesyen 1 Seremban pada 14 Julai 2017 dengan kesalahan memiliki dadah berbahaya di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. isteri pemohon telah membuat rayuan kepada Hakim Mahkamah Sesyen 1 Seremban supaya pemohon dilepaskan dengan jaminan tetapi telah ditolak atas alasan bahawa kesalahan adalah tidak boleh dijamin (unbailable offence). pada 19 Julai 2017 peguambela pemohon telah memfailkan suatu notis permohonan di Mahkamah Sesyen Seremban untuk permohonan jaminan di bawah seksyen 388(1) Kanun Tatacara Jenayah atas isu kesihatan sebagai alasan permohonan. (iv) permohonan pemohon telah didengar pada 2 Ogos 2017 oleh Hakim Mahkamah Sesyen 3 Seremban. Selepas tmj2

mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Sesyen 3 Seremban telah menolak permohonan pemohon. (v) pada 4 Ogos 2017 peguambela pemohon memfailkan permohonan ini. 5. Alasan permohonan yang dinyatakan dalam afidavit sokongan antara lain adalah : (i) (ii) (iii) (iv) pemohon merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) dan masih menjalani rawatan susulan dan berterusan di bawah seliaan doktor pakar dari Hospital Pakar KPJ Seremban. (Sesalinan Kad OKU dilampirkan sebagai Y-3 untuk rujukan Puan) (perenggan 11(b)). pemohon telah mengalami kemalangan pada bulan April 2013 dan mengalami kecederaan yang serius di tulang belakang (L4, L5, S1). Beliau telah menjalani pembedahan dan bahagian belakang beliau dimasukkan dengan 2 tulang palsu dan 6 skru titanium sebagai sokongan untuk tulang belakangnya. Akibat pembedahan tersebut pemohon telah mengalami kesulitan untuk melakukan rutin harian dan pergerakan beliau telah terbatas. (Sesalinan laporan polis dilampirkan sebagai eksibit Y-4) (perenggan 11(c)). pada tahun 2015, pemohon telah terjatuh di dalam bilik air kerana kehilangan keseimbangan dan telah menyebabkan kecederaan sekali lagi di tulang belakangnya sehingga menjadi parah. (Sesalinan laporan pakar terkini daripada KPJ Seremban dilampirkan sebagai eksibit Y-5 untuk rujukan Puan) (perenggan 11(d)). kecederaan yang dialami oleh pemohon adalah amat serius dan telah menyebabkan beliau sebagai orang kurang upaya. Justeru itu, beliau mengalami kesukaran untuk menjalani tmj3

kehidupan seharian sebagai orang biasa dan memerlukan bantuan saya untuk perkara-perkara asas seperti mandi, menguruskan diri, makan dan sebagainya. Beliau juga hanya boleh bergerak dengan bantuan tongkatnya walau di dalam rumah. (perenggan 11(e)). (v) (vi) (vii) tambahan pula, pemohon telah kekurangan fleksibiliti di bahagian tulang belakangnya dan oleh itu pemohon tidak boleh berdiri lama, atau berbaring lama, berdiri tegak, duduk lama, membongkokkan badan atau menggunakan tangan untuk membasuh selepas membuang air besar dan memerlukan bantuan saya, mencangkung, mengangkat benda berat dan sebagainya. (perenggan 11(f)). oleh yang demikian, pemohon hanya boleh menggunakan sitting toilet kerana tidak boleh mencangkung dan juga perlu menggunakan tilam khas untuk tidur untuk melindungi tulang belakangnya. (Sesalinan resit tilam khas, gambargambar tilam khas dan gambar tandas yang digunakan oleh pemohon dilampirkan secara kolektif sebagai Y-6 untuk rujukan Puan) (perenggan 11(g)). pemohon juga terpaksa bersara awal dari kerja beliau sebagai kerani di syarikat insurans kerana telah kehilangan upaya secara kekal dan tidak dapat meneruskan kerjayanya disebabkan kecederaan tulang belakangnya. (Sesalinan surat persaraan awal daripada Etiqa Insurans dilampirkan sebagai Y-7 untuk rujukan Puan) (perenggan 11(h)). tmj4 (viii) di samping itu, pemohon juga perlu makan ubat-ubatan khas untuk menahan dari diserang sakit tulang belakangnya seperti ARCOXIA, Lyrica, Myonal, Tramado 50 STADA Pantor 40. Sekiranya pemohon tidak mengambil ubatubatan pada masa yang ditetapkan, beliau akan diserang kesakitan dan terpaksa menanggung sakit tulang belakang

tmj5 yang teruk. (Sesalinan gambar ubat-ubatan dilampirkan sebagai Y-8 untuk rujukan Puan) (perenggan 11(i)). 6. Peguambela pemohon telah memfailkan hujahan bertulis dan berhujah secara lisan di hadapan mahkamah ini pada 12 September 2017. Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang mewakili responden berhujah secara lisan di hadapan mahkamah ini pada 12 September 2017. 7. Saya telah meneliti permohonan pemohon serta afidavit-afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan pemohon. Saya telah menimbang hujahan peguambela pemohon dan TPR serta meneliti nas-nas yang dirujuk. 8. Peguambela pemohon berhujah walaupun pemohon telah dituduh dengan suatu kesalahan yang tidak boleh dijamin menurut seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) tetapi mahkamah mempunyai budibicara dalam keadaan-keadaan tertentu untuk membenarkan jaminan diberikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 388 dan 389 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Dalam kes ini terdapat keadaan-keadaan tertentu iaitu special and exceptional circumstances bagi mahkamah menggunakan budibicaranya untuk membenarkan jaminan kepada pemohon. Keadaan kesihatan pemohon adalah satu keadaan yang exceptional and special reason bagi mahkamah ini menggunakan kuasa budibicaranya di bawah seksyen 388(1) dan 389 KTJ. Peguambela pemohon merujuk kes Re KS Menon [1946] 12 MLJ 49; PP v Dato Balwant Singh [2002] 4 CLJ 155; Che Su binti Daud v Public Prosecutor [1978] 2 MLJ 162; Ho Huan Chong & Ors v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 289. Peguambela pemohon juga berhujah berdasarkan kepada Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan pemohon mempunyai hak sama rata iaitu all persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law dan merujuk kes Chow Lin Choy lwn Pendakwa Raya [2010] 9 MLJ 813.

9. TPR berhujah pemohon telah dituduh di bawah seksyen 6 ADB yang mana hukumannya adalah di bawah seksyen 39A(2) ADB iaitu penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan menurut seksyen 41B ADB kesalahan ini adalah kesalahan yang mana jaminan tidak boleh diberikan. TPR juga berhujah seksyen 41B ADB adalah suatu peruntukkan spesifik berhubung isu jaminan yang mengatasi peruntukkan seksyen 388 dan 389 KTJ dan merujuk kes Public Prosecutor v Chew Siew Luan [1982] 2 MLJ 119; Public Prosecutor v Leong Ying Ming [1993] 1 MLJ 177. 10. Pemohon telah dituduh di bawah seksyen 6 ADB kerana memiliki dadah berbahaya iaitu Cannabis anggaran berat 94 gram, suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB. Hukuman yang diperuntukkan oleh seksyen 39A(2) ADB adalah penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak kurang daripada sepuluh sebatan. Seksyen 41B ADB memperuntukkan seperti berikut : (1) Bail shall not be granted to an accused person charged with an offence under this Act (a) (b) (c).. where the offence is punishable with imprisonment for more than five years; or.. (2) Subsection (1) shall have effect notwithstanding any other written law or any rule of law to the contrary. Jelasnya di bawah seksyen 41B(1)(b) ADB kesalahan atas mana pemohon telah dituduh adalah suatu kesalahan yang tidak boleh dijamin (unbailable offence). tmj6

11. Isu dalam permohonan ini ialah sama ada mahkamah mempunyai budibicara untuk memberi jaminan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB. 12. Dalam kes Public Prosecutor v Chew Siew Luan (supra) Mahkamah Persekutuan menyatakan : tmj7 We do not therefore agree with the learned judge that it is open to a court to subject the express provisions regarding bail in section 41B of the Dangerous Drugs Act to the provisions relating thereto in the Criminal Procedure Code. The provisions regulating the granting of bail under Dangerous Drugs Act must be construed in the context of that Act and not in that of the Criminal Procedure Code and to that extent the general provisions of the Criminal Procedure Code must ex necessitate yield to the specific provisions of section 41B of the Dangerous Drugs Act in that regard.. 13. Dalam kes Public Prosecutor v Leong Ying Ming (supra) Mahkamah Agung menyatakan : The only issue for the determination of the Supreme Court, as well as for the High Court, was whether an offence under s 39A(2) of the Act is a bailable offence. We have perused the notes of proceedings recorded in the court below and note that unfortunately the Federal Court case of PP v Chew Siew Luan was not brought to the learned judge's attention. Otherwise he would have been aware of the judgment in that case. In any case, we are of the view that the words used in s 41B(1)(b) are clear and that the words 'punishable with imprisonment for more than five years' mean imprisonment from five years and one day upwards up to imprisonment for life. Then, we turn to s 39A(2), we consider that the words 'be punished with imprisonment for life or for a

tmj8 term which shall not be less than five years' are also clear and unequivocal and mean that the offence is punishable with imprisonment for more than five years, ie five years and one day up to a maximum of imprisonment for life. That being so, an offence under s 39A(2) of the Act clearly comes within the ban imposed by s 41B(1)(b) of the Act and therefore no bail can be granted in respect of such an offence. It follows that in this case, the offence for which the respondent was charged was not bailable under the specific provisions of the Act and that the learned judge should not have granted bail in this case. 14. Seperti yang diputuskan dalam kes Public Prosecutor v Chew Siew Luan (supra) dan Public Prosecutor v Leong Ying Ming (supra), seksyen 41B ADB adalah suatu peruntukkan spesifik berkenaan dengan jaminan di bawah ADB. Peruntukkan spesifik tersebut mengatasi peruntukkan berkenaan dengan jaminan dalam KTJ. Dalam perkataan lain proviso seksyen 388(1) KTJ yang memberi budibicara kepada mahkamah untuk membenarkan pemberian jaminan kepada mana-mana orang di bawah umur 16 tahun atau mana-mana perempuan atau mana-mana orang yang uzur atau sakit yang dituduh dengan suatu kesalahan tidak boleh dijamin yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati adalah tidak terpakai kepada peruntukkan spesifik seksyen 41B ADB. Juga dalam seksyen 41B ADB tidak terdapat proviso yang sama sepertimana proviso seksyen 388(1) KTJ untuk membolehkan mahkamah menggunakan budibicaranya dalam keadaan-keadaan tersebut bagi membenarkan pemberian jaminan. Jika niat Parlimen adalah untuk memberi budibicara kepada mahkamah dalam keadaan-keadaan tersebut bagi membenarkan pemberian jaminan maka semestinya proviso yang sama dimasukkan dalam seksyen 41B ADB. Kes Che Su binti Daud v Public Prosecutor (supra) yang dirujuk oleh peguambela pemohon adalah satu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 Mac 1978 iaitu sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Chew Siew Luan (supra) pada 12 April 1982. Dalam

kes Public Prosecutor v Chew Siew Luan (supra) Mahkamah Persekutuan telah menyentuh berkenaan seksyen 41B ADB. Tetapi dalam kes Che Su binti Daud v Public Prosecutor (supra) yang diputuskan pada 14 Mac 1978 langsung tidak menyentuh berkenaan dengan seksyen 41B ADB walaupun seksyen 41B ADB adalah seksyen baharu yang diperkenalkan melalui Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1978 (Akta 426) dan berkuatkuasa pada 10 Mac 1978. Keadaan dalam kedua-dua kes tersebut adalah berbeza. Dalam apa jua keadaan saya terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Chew Siew Luan (supra) iaitu suatu keputusan mahkamah atasan. Justeru itu kes Che Su binti Daud v Public Prosecutor (supra) tidak berkaitan dalam permohonan ini. 15. Walaupun alasan kesihatan tidak pernah dibangkitkan dalam keduadua kes Public Prosecutor v Chew Siew Luan dan Public Prosecutor v Leong Ying Ming namun pada pendapat saya, ini tidak bermakna bahawa alasan kesihatan atau pun alasan-alasan lain boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam memberi jaminan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB. Ini adalah kerana seksyen 41B ADB adalah suatu peruntukkan spesifik berkenaan jaminan di bawah ADB. Peruntukkan spesifik tersebut mengatasi peruntukkan berkenaan dengan jaminan dalam KTJ. Proviso seksyen 388(1) KTJ tidak terpakai kepada peruntukkan spesifik seksyen 41B ADB. Tambahan lagi seksyen 41B sendiri tidak mempunyai proviso yang sama sepertimana proviso seksyen 388(1) KTJ. 16. Kes PP v Dato Balwant Singh (supra) yang dirujuk oleh peguambela pemohon, faktanya adalah berbeza, kesalahan yang dipertuduhkan terhadap tertuduh bukan di bawah ADB tetapi di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana proviso seksyen 388(1) KTJ boleh digunapakai oleh mahkamah dalam keadaankeadaan yang dinyatakan dalam proviso tersebut. tmj9

17. Dalam kes Chow Lin Choy lwn Pendakwa Raya (supra) yang dirujuk oleh peguambela pemohon, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menyatakan : [8].. Oleh itu nampaknya kedua-dua pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh adalah kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dijamin. Walaupun kesalahan-kesalahan tersebut tidak boleh dijamin namun mahkamah mempunyai budibicara dalam keadaan-keadaan tertentu untuk membenarkan jaminan sebagaimana diperuntukkan di bawah s 388 KPJ. [13] Pada pandangan saya prinsip-prinsip yang sama yang telah diputuskan di atas bagi kes-kes melibatkan tafsiran s 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 juga terpakai dalam kes-kes yang melibatkan tafsiran terhadap s 12 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, termasuklah kes di hadapan mahkamah sekarang. Walau apapun peruntukan yang terdapat sama ada di bawah Akta Dadah Berbahaya mahupun di bawah Akta Senjata Api tersebut pada hemat saya apa yang lebih penting kesemuanya yang ada tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan oleh kerana ianya adalah undang-undang tertinggi negara. Perkara yang menarik perhatian saya adalah terhadap perkara 5 dan perkara 8 yang berkaitan dengan keadilan sejagat dan kesamarataan.. [17] Oleh itu dalam hal ini, perkara 8 Perlembagaan Persekutuan telah ditimbulkan oleh tertuduh mengenai hak sama rata iaitu 'All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law'. Jika tertuduh telah ditawarkan jamin oleh pihak pendakwaan ataupun telah dibenarkan jamin oleh mahkamah maka tmj10

tmj11 tertuduh sewajarnya mendapat layanan yang sama seperti tertuduh yang lain tersebut. [19].. Tertuduh Dato' Balwant Singh yang menghadapi tuduhan bunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan telah diberi jamin atas sebab-sebab kesihatan maka tertuduh dalam kes ini wajar dipertimbangkan dan dibenarkan untuk diberi jamin tanpa mengira halangan yang diperuntukkan di bawah s 12 Akta Senjata Api tersebut. 18. Dengan hormatnya saya tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru dalam kes Chow Lin Choy lwn Pendakwa Raya (supra). Seksyen 41B ADB dan seksyen 12 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 adalah suatu peruntukkan spesifik berkenaan dengan jaminan di bawah kedua-dua Akta tersebut. Peruntukkan spesifik tersebut mengatasi peruntukkan berkenaan dengan jaminan dalam KTJ khasnya seksyen 388(1) KTJ. Proviso seksyen 388(1) KTJ tidak terpakai kepada peruntukkan spesifik tersebut. Dan lagi dalam peruntukkan spesifik tersebut tidak terdapat proviso yang sama sepertimana proviso seksyen 388(1) KTJ untuk membolehkan mahkamah menggunakan budibicaranya dalam keadaan-keadaan tersebut bagi membenarkan pemberian jaminan. Jika niat Parlimen adalah untuk memberi budibicara kepada mahkamah dalam keadaan-keadaan tersebut bagi membenarkan pemberian jaminan maka semestinya proviso yang sama dimasukkan dalam peruntukkan spesifik tersebut. Justeru itu mahkamah tidak mempunyai budibicara dalam apa keadaan sekali pun untuk membenarkan jaminan diberikan. Saya tidak nampak apa relevannya Artikel 5 dan atau 8 Perlembagaan Persekutuan kepada peruntukkan spesifik tersebut dan juga kepada permohonan ini. Tertuduh dalam kes Chow Lin Choy lwn Pendakwa Raya (supra) dan pemohon dalam permohonan ini masing-masing dituduh dengan kesalahan yang tidak boleh dijamin menurut peruntukkan spesifik seksyen 12 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan seksyen 41B ADB. Dengan demikian peruntukkan spesifik tersebut terpakai

kepada mereka manakala peruntukkan am dalam KTJ berkenaan dengan jaminan khasnya seksyen 388(1) adalah tidak terpakai. Peruntukkan spesifik tersebut tidak membenarkan jaminan diberikan walau dalam keadaan apa sekalipun. Justeru itu tidak timbul isu tertuduh dalam kes Chow Lin Choy lwn Pendakwa Raya (supra) dan pemohon dalam permohonan ini sewajarnya mendapat layanan yang sama seperti tertuduh lain iaitu hak sama rata di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. 19. Jelasnya di bawah seksyen 41B ADB mahkamah tidak mempunyai budibicara dalam keadaan apa sekali pun sama ada atas alasan kesihatan atau atas alasan-alasan lain untuk memberi jaminan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB. Dan alasan kesihatan seperti dinyatakan dalam afidavit sokongan yang disandarkan oleh pemohon dalam permohonan ini tidak perlu diberi pertimbangan oleh mahkamah. Sehubungan itu juga tiada isu tentang afidavit Nor Ruzaini binti Sulaiman yang menurut peguambela pemohon tidak diserahkan kepadanya kerana mahkamah tidak mempertimbangkan alasan kesihatan pemohon dalam permohonan ini. 20. Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas permohonan pemohon untuk dilepaskan dengan jaminan sehingga perbicaraan dan keputusan kes di Mahkamah Sesyen 1 Seremban adalah ditolak. Bertarikh 17 Oktober 2017. t.t. MUHAMMAD JAMIL BIN HUSSIN PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MUAR JOHOR tmj12

1. Bagi pihak pemohon G. Subramaniam Nair Tetuan Maniam Nair & Co. 2. Bagi pihak responden Hazeelia binti Muhammad Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan. tmj13