DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

Similar documents
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF DAN

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

Management Bhd dan lain-lain

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

BRG Polo Haus Sdn Bhd dan satu lagi lwn Blay International (M) Sdn Bhd dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: DA-24NCVC /2016

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG TANAH Diputuskan: [1]

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-12NCVC-7-01/2016 ANTARA

UNDANG-UNDANG SYARIKAT

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

NOTE: cercato con trustee e beneficiary. Print Request: Current Document: 36 Time Of Request: Monday, March 08, 2010 Send To:

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Mok Yong Chuan v Mok Yong Kong & Anor

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

Yong Lai Ling (P) lwn Ng Seow Poe dan lain-lain

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CIVIL APPEAL NO: K-01(NCVC)(W)-10-01/2014 BETWEEN

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: BA-12B /2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

Held (dismissing the appeal with costs) Per Abdul Hamid Mohamad FCJ (dissenting):

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BINDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: M-02(NCVC)(W) /2016

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor v Selangor Country Club Sdn Bhd

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

MKC Corporate & Business Advisory Sdn Bhd v Cubic. Electronics Sdn Bhd & Ors

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Malaysia Venture Capital Management Bhd v Teang Soo Thong & Anor

KAEDAH-KAEDAH SYARIKAT (MEKANISME PENYELAMAT KORPORAT) 2018 COMPANIES (CORPORATE RESCUE MECHANISM) RULES 2018

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

1.0 KONSEP 2.0 MAKLUMAT KOMODITI. Seperti di Perkara 7 Jadual Pertama 3.0 BELIAN DAN JUALAN 3.1 HARGA BELIAN KOMODITI BANK

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Notice of Annual General Meeting

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-02(W) /2015 ANTARA PASUPATHY A/L KANAGASABY DAN

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

RHB Bank Bhd lwn Unijaya Teknologi Sdn Bhd

2. To declare the Final Dividend of 12% less 25% Malaysian Income Tax in respect of the financial year ended 31 December 2009.

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

BETWEEN AND KHAFASLIZA BINTI SHAFII... RESPONDENT (IC.NO: ) GROUNDS OF JUDGEMENT

PERKATAAN & ISTILAH: "perbelanjaan hidup" - Akta Undang-Undang Sivil 1956, s. 7

BETWEEN BUDIMAN BIN CHE MAMAT... APPELLANT AND PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT. GROUNDS OF JUDGMENT (On Sentence)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH (PINDAAN) 2018 RULES OF COURT (AMENDMENT) 2018

KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017 LEGAL PROFESSION (DISCIPLINARY PROCEEDINGS) RULES 2017

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

ERRATA TO THE ANNUAL REPORT 2009

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

ILANGOVAN KRISHNAN v. SHIYA SDN BHD

Amendments to Rules of Court 2012, Rules of the Court of Appeal 1994, and Rules of the Federal Court 1995

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA LEE WENG CHUN (NO.K/P: 650601-04-5269) PLAINTIF DAN 1. TAN KICK YONG (NO.K/P: 630204-01-5471) 2. GOH HOCK SOON (NO.K/P: 640928-01-5599) DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Interlokutari Kandungan 5) A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif telah memfailkan tindakan terhadap Defendan akibat daripada pecah terma-terma kontrak penjualan saham-saham. [2] Plaintif telah membuat permohonan di Mahkamah ini melalui kandungan (5) untuk mendapatkan Penghakiman Terus (Summary Judgment) di bawah Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2010. 1

[3] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini pada 28hb Mei 2017 telah menolak permohonan Plaintif di kandungan 5 ini dengan kos sebanyak RM3,000.00, kerana tidak mempunyai merit. [4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, kini Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan kepada permohonan tersebut. B. FAKTA KES [5] Pada setiap masa yang material, Plaintif adalah rakan kongsi utama satu perniagaan perkongsian bernama TJ Natural Agro Farm ( Perniagaan TJNAF ) dan pemilik beneficial dan berdaftar 1/3 daripada saham-saham yang beralamat di 3535-C, 1 st Floor, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu. [6] Defendan Pertama ialah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat penyampaian di 3186-M, Jalan Bayam, Taman Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan dan PT 2868, Jalan Sri Iman 13/45, Taman Sri Iman, Kg. Telok, 16100 Kota Bharu, Kelantan. [7] Defendan Kedua ialah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat penyampaian di No.1419, SPPK Jalan Camp, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan PT 2868, Jalan Sri Iman 13/45, Taman Sri Iman, Kg. Telok, 16100 Kota Bharu, Kelantan. [8] Pada 7/3/2012 satu perjanjian telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak untuk satu kontrak Penjualan Saham di antara Plaintif dan Defendan- 2

Defendan ( Perjanjian tersebut ). Sejajar dengan Klausa (1) Perjanjian Penjualan Saham tersebut, Defendan-defendan telah berjanji untuk membayar Harga Belian Saham tersebut secara ansuran seperti berikut: (i) (ii) (iii) Jumlah RM500,000.00 pertama hendaklah dibayar pada masa Perjanjian Penjualan Saham tersebut ditandatangani; Jumlah RM500,000.00 kedua hendaklah dibayar pada atau sebelum 15/04/2012; dan Jumlah baki RM500,000.00 terakhir hendaklah dibayar pada atau sebelum 19/10/2012. [9] Klausa (8) Perjanjian Penjualan Saham tersebut memperuntukkan bahawa sebaik selepas Perjanjian Penjualan Saham tersebut ditandatangani, Defendan-defendan hendaklah melantik Plaintif menjadi Pengerusi dan Pengarah Syarikat TJNAF tersebut dan ganjaran sebanyak RM1,800.00 sebulan hendaklah dibayar kepada Plaintif untuk keseluruhan tempoh satu perjanjian untuk memberi pajakan yang telah ditandatangani antara perkongsian TJ Natural Agro Farm (selepas ini dirujuk sebagai "Perkongsian TJNAF ) dan GT Highland Trading pada 12/10/2010 yang akan tamat pada 11/10/2069. [10] Mengikut Plaintif, Defendan-Defendan telah memungkiri terma-terma dan syarat-syarat nyata Perjanjian Penjualan Saham tersebut seperti berikut: (i) Dengan memungkiri Klausa (1) Perjanjian tersebut, selepas membayar hanya sebahagian (RM320,000.00 daripada Harga 3

(ii) Belian Saham tersebut sebanyak RM1,500,000.00, Defendan- Defendan telah enggan, gagal membayar kepada Plaintif baki Harga Belian Saham tersebut selebihnya berjumlah RM1,180,000.00. Dengan memungkiri Klausa (8) Perjanjian tersebut, Defendan- Defendan telah enggan, dan gagal melantik Plaintif menjadi Pengerusi dan Pengarah Syarikat TJNAF tersebut dan/atau membayar kepada Plaintif ganjaran sebanyak RM1,800.00 sebulan semenjak 7/03/2012. [11] Akibat kemungkiran Defendan-defendan di atas, Plaintif telah memfailkan tindakan guaman ini untuk menuntut terhadap Defendandefendan pembayaran jumlah hutang seperti berikut: (i) Jumlah RM1,180,000.00 yang merupakan tunggakan Harga Belian Saham tersebut; (ii) Jumlah RM102,600.00 yang merupakan ganjaran bulanan sebanyak RM1,800.00 untuk bulan-bulan dari Mac 2012 sehingga November 2016; (iii) Jumlah 1,141,200.00 yang merupakan pampasan ganjaran bulanan sebanyak RM1,800.00 untuk bulan-bulan dari Disember 2016 sehingga September 2069; (iv) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM1,180,000.00 tersebut mulai 1/11/2012 sehingga tarikh penghakiman; 4

(v) (vi) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; dan Kos tindakan. [12] Menurut Plaintif, memandangkan fakta-fakta adalah ketara, maka Plaintif memfailkan kandungan 5 ini untuk mendapatkan Penghakiman Terus dibawah Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. C. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan/Penegasan Plaintif [13] Plaintif menegaskan/berhujah bahawa di dalam usaha untuk menyekat tuntutan Plaintif, Defendan telah melalui Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan-Tuntutan Balas Defendan Terpinda, Affidavit-Affidavit Jawapan Defendan telah membangkitkan hanya 2 isu yang relevan iaitu pertama kononnya Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah tidak sah (void) kerana ianya dicemari oleh misrepresentasi yang dilakukan oleh Plaintif dan keduanya kononnya Defendan-Defendan telah membayar kepada Plaintif RM1,335,000.00 sebagai sebahagian harga belian saham tersebut serta RM200,000.00 berkenaan satu projek balak di Alor Setar. [14] Plaintif menegaskan ini semua adalah satu pembelaan palsu (sham defence) hasil daripada pemikiran semula (afterthought) yang tidak dapat dipertahankan. Ini adalah kerana Defendan sengaja membuat dakwaan kosong tanpa mengemukakan apa-apa bukti-bukti dokumentari. Menurut 5

Plaintif, berdasarkan Affidavit Plaintif, Defendan-Defendan langsung tidak diperdaya atau sebagai tidak terpengaruh. [15] Andai pun Defendan dapat membuktikan Plaintif atau Defendan- Defendan telah didorong oleh misrepresentasi Plaintif, Plaintif berhujah/menegaskan bahawa oleh kerana akibat tingkah laku Defendan- Defendan selama 5 tahun yang lepas (i.e. mengambil milikan kosong, menjalankan aktiviti pertanian komersial secara besar-besaran dan mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dan lain-lain) maka bolehlah dianggap bahawa mereka telah affirmed perjanjian tersebut dan juga perlu di estop dari sisi undang-undang daripada mempertikaikan kesahihan perjanjian tersebut. [16] Plaintif menegaskan/berhujah bahawa dakwaan Defendan tentang misrepresentasi oleh Plaintif tersebut yang langsung tidak disokong oleh apa-apa butir-butiran (particulars) (agar membolehkan Plaintif mengetahui dan menjawab kepadanya) adalah tidak layak dan tidak patut diterima sebagai satu bona fide arguable or triable issue. Defendan gagal sama sekali mengemukakan sebarang butir-butiran asas yang menyokong kesahihannya, inter alia, seperti berikut:- (i) (ii) (iii) Dalam bentuk apakah misrepresentasi tersebut dibuat, lisan atau bertulis? Apakah yang diperkatakan dalam misrepresentasi tersebut? Siapakah pula di pihak Defendan-Defendan yang kononnya telah menerima misrepresentasi tersebut? 6

[17] Di atas adalah di antara penegasan/hujahan Plaintif. Hujahan/Penegasan Defendan [18] Defendan berhujah/menegaskan bahawa terdapat triable issues yang perlu dibicarakan memandangkan adalah ketara bahawa pihak Plaintif telah memberikan butir respresentasi yang tidak benar dan juga mempunyai elemen memperdaya/menipu Defendan. [19] Defendan-Defendan menegaskan bahawa pada 2/9/2010, satu Perjanjian Untuk Memberi Pajakan Dan Memajukan Tanah Pertanian telah dimasuki di antara Shalah Huddin Bin Che Husin, Che Ibrahim Bin Mohamed, Wan Roslan Bin Wan Hamat (pihak pertama) dan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (pihak kedua) dan TJ Natural Agro Farm (pihak ketiga) bagi tanah seluas 400 ekar di Pos Brooke, Lojing, Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang. Defendan-Defendan menegaskan bahawa perjanjian ini adalah tidak sah kerana Pajakan Negeri tidak wujud pada masa tersebut. [20] Defendan-Defendan menyatakan bahawa pihak pertama adalah pemegang amanah kepada semua peserta tanah berkelompok di tanah seluas 400 ekar tersebut dan pihak ketiga, iaitu TJ Natural Agro Farm adalah perkongsian yang dimiliki oleh Plaintif. Lee Min Fei dan Leong Soo Kheng yang berhasrat menerima pajak dan menjalankan kerja-kerja memajukan tanah tersebut. Defendan-Defendan menegaskan bahawa pemberian amanah kepada pihak pertama adalah tidak sah kerana tanah 7

tersebut adalah tanah negeri dan geran hakmilik belum dikeluarkan pada masa tersebut. [21] Defendan-Defendan juga menegaskan dan berhujah bahawa pada 12/10/2010, satu Perjanjian Sewa Pajak telah dimasuki oleh TJ Natural Agro Farm dan GT Highland Trading untuk GT Highland Trading menyewa pajak kawasan tanah seluas 200 ekar daripada tanah tersebut. GT Highland Trading adalah perkongsian yang dimiliki oleh Defendan- Defendan, Goh Ah Yah dan Goh Teck Choon. Pada 20/10/2011, satu Iagi Perjanjian Sewa Pajak Tambahan telah dimasuki oleh TJ Natural Agro Farm dan GT Highland Trading bagi GT Highland Trading menyewa pajak kawasan tanah seluas 200 ekar yang selebihnya daripada tanah tersebut. Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12/10/2010 dan Perjanjian Sewa Pajak Tambahan bertarikh 20/10/2011 tersebut adalah tidak sah kerana Pajakan Negeri masih tidak wujud pada masa tersebut. [22] Defendan-Defendan berhujah dan menyatakan bahawa pada 24/10/2011, satu Perjanjian Serahan Hak Daripada Pendaftaran Perniagaan Kepada Syarikat Sdn Bhd telah dimasuki oleh TJ Natural Agro Farm (pemberi hak) dan TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd (penerima hak) dimana Defendan-Defendan adalah antara pengarah dan pemegang saham dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd tersebut. [23] Defendan-Defendan menegaskan bahawa Perjanjian serahan hak tersebut adalah untuk memberi dan memindahkan secara mutlak semua dan segala yang ada kaitan dengan perkongsian TJ Natural Agro Farm 8

kepada syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd tersebut yang mana penyerahan hak tersebut adalah tidak sah kerana tiada hak yang wujud dan boleh diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan pada masa tersebut. [24] Defendan-Defendan menyatakan bahawa pada 7/3/2012, satu Perjanjian Penjualan Saham telah ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan-Defendan bagi Plaintif menjualkan sahamnya dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd tersebut kepada Defendan-Defendan. Defendan-Defendan juga menegaskan bahawa Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah tidak sah kerana pada setiap masa material, Plaintif telah memberikan representasi bahawa perkongsian Plaintif, iaitu TJ Natural Agro Farm mempunyai pajakan di kawasan Pos Brooke, Lojing, Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan (tanah tersebut) tetapi perjanjian Plaintif dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) pada 2/9/2010 hanyalah Perjanjian Untuk Memberikan Pajakan dan Memajukan Tanah Pertanian dan bukannya satu perjanjian pajakan tanah, serta geran hakmilik bagi tanah tersebut belum dikeluarkan pada masa perjanjian tersebut ditandatangani. [25] Berdasarkan kepada representasi bahawa Plaintif mempunyai pajakan ke atas tanah tersebut, Defendan-Defendan, melalui perniagaan perkongsian GT Highland Trading, telah diperdayai dan memasuki Perjanjian Sewa Pajak bertarikh 12/10/2010 serta Perjanjian Sewa Pajak Tambahan bertarikh 20/10/2011 di antara TJ Natural Agro Farm dan GT Highland Trading dan juga membeli saham Plaintif dalam syarikat TJ 9

Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd setelah serahan hak daripada perkongsian Plaintif, TJ Natural Agro Farm kepada syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd. [26] Tambahan pula, Defendan-Defendan telah menafikan bahawa Plaintif telah menunaikan obligasinya kerana Plaintif telah gagal untuk memenuhi peruntukkan di bawah klausa 1 Perjanjian Penjualan Saham tersebut untuk menjualkan sahamnya tanpa sekatan dan keraguan yang munasabah dengan adanya representasi yang tidak benar ini. Defendan- Defendan juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah membayar jumlah sebanyak RM1,335,000.00 kepada Plaintif berdasarkan kepada representasi yang tidak benar tersebut setakat masa ini. Justeru itu, tuntutan-tuntutan oleh Plaintif tersebut adalah pra-matang. D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Undang-undang berkaitan [27] Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menyatakan seperti berikut: Application by plaintiff for summary judgement (a 14 r. 1) 1. (1) Where in an action to which this n applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim 10

or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant, Manner in which application under rule 1 shall be made (O. 14 r. 2) 2. (1) An application under rule 1 must be supported by an affidavit in Form 13 verifying the facts on which the claim, or the part of a claim, to which the application relates is based on stating that in the deponent's belief there is no defence to that claim or part, as the case may be, or no defence except as to the amount of damages claimed, Judgment for plaintiff (O. 14 r. 3) 3. (1) Unless on the hearing of an application under rule 1 either the Court dismisses the application or the defendant satisfies the Court with respect to the claim, or the part of a claim, to which the application relates that there is an issue or question in dispute which ought to be tried or that ought for some other reason to be a trial of that claim or part, the Court may give such judgment for the plaintiff against that defendant on that claim or part as may be just having regard to the nature of the remedy or relief claimed. [28] Di dalam kes Malayan Insurance (M) Sdn. Bhd. v Asia Hotel Sdn. Bhd. (1987) 2 MLJ 183 Mahkamah Agung memutuskan bahawa: The underlying philosophy in the Order 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment 11

where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt than the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases. We accordingly allowed the and also directed the trial to be before another judge. [29] Berkenaan dengan beban pembuktian bagi Penghakiman Terus, di dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor (2006) 2 MLJ 685 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: (1) In an application under O 14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: that the defendant must have entered appearance; that the statement of claim must have been served on the defendant; that the affidavit in support must comply with r 2 of O 14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent's belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite. [30] Syarat-syarat untuk tindakan ini telah dinyatakan di dalam kes Mahkamah Persekutuan National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn. Bhd. (1984) 2 MLJ 300, pada mukasurat 301 dan 302: 12

For the purpose of an application under Order 14 the preliminary requirements are:- (i) the defendant must have entered an appearance; (ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of Rule 2 of the Order 14..If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgment The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him. [31] Apabila pihak yang memohon (Plaintif) telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Defendan seperti kehendak-kehendak di atas, maka beban bukti berpindah kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan wujudnya isu-isu bona fide yang patut dibicarakan (bona fide triable issue) dalam tindakan ini dan disebabkan demikian, penghakiman terus tidak sesuai diberikan oleh Mahkamah yang mulia ini dalam tindakan ini. [Lihat kes Ho Lai Yin v Cempaka Sdn. Bhd, di mana Mahkamah Persekutuan menerima-pakai prinsip berkenaan penghakiman terus yang diperkatakan dalam kes National Company for Foreign Trade (supra) tersebut]. [32] Perlu ditekankan bahawa isu yang dibangkitkan tersebut bukan sahaja triable issue tetapi perlu bona fide. Ini mewajarkan pihak 13

Pemohon/Plaintif membangkitkan issue yang sahih (genuine) dan bukan berbentuk afterthought. [33] Di dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors (1992) 1 MLJ 400, Mahkamah Agung menyatakan: The determination of whether an issue is or is not triable must necessarily depend on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. Penelitian [34] Di dalam menentukan permohonan kandungan 5 ini, mahkamah perlu melihat permohonan ini secara keseluruhan dan secara holistik supaya berpuas hati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes prima facie dan Defendan mempunyai fair or reasonable probability in having a real or bona fide defence. Ini mewajarkan mahkamah meneliti Affidavit- Affidavit dan semua kertas kausa dan dokumen berkaitan. [35] Ke arah itu, di dalam meneliti permohonan ini, mahkamah telah merujuk kepada kertas-kertas kausa berikut: (i) Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 17/11/2016; (ii) Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan-defendan bertarikh 1/01/2017; (iii) Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan-defendan Terpinda bertarikh 25/01/2017; 14

(iv) Notis Permohonan Plaintif di bawah Aturan 14, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memohon kebenaran untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan-Defendan ( Permohonan Aturan 14 Plaintif ); (v) Afidavit Sokongan kepada Permohonan Aturan 14 Plaintif yang diikrarkan oleh Plaintif pada 10/01/2017 (Afidavit Sokongan Plaintif); (vi) Afidavit Jawapan Defendan-Defendan yang diikrarkan oleh Defendan Pertama pada 5/02/2017 (Afidavit Jawapan Defendan); (vii) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Plaintif pada 10/03/2017 ( Afidavit 7 Balasan Plaintif ); (viii) Afidavit Jawapan 2 Defendan-Defendan yang diikrarkan oleh Defendan Pertama pada 27/03/2017 (Affidavit Jawapan (2) Defendan) dan; (ix) Afidavit balasan yang diikrarkan oleh Plaintif pada 13/04/2017 ( Afidavit Balasan (II) Plaintif ). [36] Mahkamah mendapati bahawa walaupun pihak Plaintif mungkin telah berjaya membuktikan satu kes prima facie, namun setelah mahkamah meneliti secara keseluruhan pembelaan Defendan mahkamah mendapati bahawa pihak Defendan telah berjaya membuktikan terdapat satu kes dimana terdapat isu-isu bona fide yang layak dibicarakan yang mana Penghakiman Terus tidak wajar dikenakan terhadap Defendan. [37] Ini adalah kerana dilihat daripada Affidavit-Affidavit pihak pembelaan, pihak pembelaan telah mempertikaikan beberapa perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak. Ini dengan sendirinya menunjukkan 15

bahawa terdapat bona fide triable issue dan ianya mewajarkan satu perbicaraan penuh dan bukannya melalui Penghakiman Terus. Perjanjianperjanjian tersebut yang dipertikaikan adalah seperti berikut: (i) Perjanjian untuk memberi pajakan dan memajukan Tanah Pertanian bertarikh 2/9/2010 yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak. - Defendan menegaskan bahawa perjanjian ini tidak sah kerana pajakan negeri tidak wujud pada masa tersebut. - Defendan juga menegaskan bahawa pemberian amanah kepada pihak pertama di dalam perjanjian tersebut sendiri adalah tidak sah kerana tanah berkenaan masih lagi tanah negeri. (ii) Perjanjian secara pajak kawasan tanah seluas 200 ekar bertarikh 20/10/2010 dan perjanjian secara pajak tambahan bertarikh 20/10/2011. - Defendan menegaskan bahawa perjanjian-perjanjian ini adalah tidak sah kerana pajakan negeri masih belum wujud lagi pada masa itu. (iii) Perjanjian serah hak pada 24/10/2011 di antara TJ Natural Agro Farm (pemberi hak) dan TJ Natural Farm (M) Sdn Bhd (penerima hak). - Defendan mempertikaikan dan mendakwa bahawa perjanjian tersebut adalah tidak sah kerana tiada hak yang wujud yang boleh diserahkan oleh Plaintif kepada Defendan pada masamasa tersebut. 16

(iv) Pada 7/3/2012, satu Perjanjian Penjualan Saham telah ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan-Defendan bagi Plaintif menjualkan sahamnya dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn Bhd tersebut kepada Defendan-Defendan. - Dendan-Defendan menegaskan bahawa Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah tidak sah kerana pada setiap masa material, Plaintif telah memberikan representasi bahawa perkongsian Plaintif, iaitu TJ Natural Agro Farm, mempunyai pajakan di kawasan Pos Brooke, Lojing, Mukim Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang, Kelantan (tanah tersebut) tetapi perjanjian Plaintif dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) pada 2/9/2010 hanyalah Perjanjian Untuk Memberikan Pajakan dan Memajukan Tanah Pertanian, dan bukannya satu perjanjian pajakan tanah, serta geran hakmilik bagi tanah tersebut belum dikeluarkan pada masa perjanjian tersebut. Terdapatnya juga elemen-elemen penipuan/memperdaya, menurut Defendan. [38] Mahkamah juga mengambil kira hujahan Defendan bahawa Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah melibatkan pembelian saham yang dimiliki oleh Plaintif sebanyak 1 saham sahaja dan Defendan- Defendan juga sebelum ini sememangnya telah mempunyai sebahagian lagi saham dalam syarikat TJ Natural Agro Farm (M) Sdn. Bhd tersebut. Menurut Defendan hujahan Plaintif bahawa melalui tingkah laku Defendan selama 5 tahun lepas dengan menduduki dan menjalankan aktiviti pertanian komersial secara besar-besaran di tanah tersebut dan mengaut 17

keuntungan berjuta ringgit serta membayar sewa kepada pihak pemilik berdaftar tanah tersebut dan lain-lain patut dianggapkan (deemed), sebagai telahpun mengesahkan Perjanjian Penjualan Saham tersebut adalah tidak benar kerana TJ Natural Agro Farm (M) Sdn. Bhd yang telah mengusahakan tanah tersebut. [39] Mahkamah berpendapat kedua-dua pihak perlu membuktikan faktafakta ini sehingga mahkamah berpuas hati dengan dakwaan pihak-pihak. Justeru itu ianya perlu dibicarakan melalui perbicaraan penuh dan bukan melalui Penghakiman Terus. [40] Mahkamah juga mendapati bahawa terdapatnya sekatan-sekatan kepentingan terhadap Hakmilik-Hakmilik Sementara bagi No. 533, No. 543 dan No. 573 sebagaimana eksibit "LWC-8 di Afidavit Jawapan Lee Weng Chun yang diikrarkan pada 13/4/2017 yang menyatakan Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini tidak boleh dibuat sebarang perkiraan kecuali mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa sebarang urusan ke atas tanahtanah tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak-pihak tanpa mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Di dalam kes ini fakta bahawa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri telah diperolehi perlu dibuktikan. Ini dengan sendirinya menunjukkan terdapatnya isu-isu yang patut dibicarakan (triable issues). [41] Di dalam kes ini secara keseluruhan, Defendan telah menafikan bahawa Plaintif telah menunaikan obligasinya kerana Plaintif telah gagal untuk memenuhi peruntukkan di bawah klausa 1 Perjanjian Penjualan 18

Saham tersebut untuk menjualkan sahamnya tanpa sekatan dan keraguan yang munasabah dengan wujudnya satu misrepresentasi dan dakwaan curang. [42] Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah membayar jumlah sebanyak RM1,335,000.00 kepada Plaintif berdasarkan kepada representasi yang tidak benar tersebut setakat masa ini. Menurut Defendan, oleh hal yang demikian, tuntutan-tuntutan oleh Plaintif sebagaimana dalam Notis Permohonan bertarikh 14/1/2017 tersebut adalah pra-matang. Mahkamah berpendapat ini semua menunjukkan bahawa terdapat isu-isu yang patut dibicarakan ("triable issue") yang mana perlu dibuktikan di dalam perbicaraan penuh (full trial) yang memerlukan keterangan-keterangan daripada saksi dan bukannya melalui Penghakiman Terus dengan bersandarkan keterangan-keterangan melalui affidavit sahaja. [43] Akhir sekali, mahkamah berpendapat dengan adanya tuntutan balas daripada Defendan, ini dengan sendirinya mengikut keadaan kes ini, memerlukan keterangan saksi-saksi melalui perbicaraan penuh yang mana Defendan perlu membuktikan tuntutan-tuntutan balasnya terhadap Plaintif di atas maxim the one who exerts must prove, sejajar dengan sek. 103 Akta Keterangan. E. KESIMPULAN [44] Di dalam kes Vincent Tan See Yin v Noone & Co & Another (1995) 2 AMR 1050, Mahkamah Agung berkata to defend an order 14 application, 19

the other party need not show a good defence but need only show an argueable defence... Manakala di dalam kes di hadapan mahkamah ini bukan sahaja pihak Defendan telah mengemukakan pembelaan yang baik, ianya juga membangkitkan an argueable defence. Isu penipuan juga ditimbulkan Defendan maka ia dengan sendirinya juga menimbulkan satu triable issue. Pihak Defendan juga membangkitkan past consideration dan juga isu berkaitan dengan illegality. Ini dengan sendirinya juga menunjukkan satu triable issue telah wujud maka Penghakiman Terus adalah tidak wajar. (Lihat kes Kejuruteraan Elektrik Usahamaju Sdn. Bhd v Zilatmas (2001) 1 AMR 1173. Malahan apa-apa kegagalan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa dengan sendirinya juga merupakan satu triable issue. Lihat kes USRA Tampi (M) Sdn. Bhd v MBF (2003) AMR 496. [45] Di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, mahkamah memutuskan bahawa Penghakiman Terus adalah tidak wajar diberikan memandangkan berdasarkan fakta-fakta yang ada di hadapan mahkamah, perbicaraan penuh melalui panggilan saksi adalah wajar untuk mencapai keadilan. Permohonan Plaintif ini dengan itu ditolak dengan kos. 20

Tarikh: 30 Ogos 2017 (DATO AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Peguam Perayu/Plaintif - En. Lee Teck Hock Tetuan Lee & Cheong PT 280 (Lot 10911) Tingkat 1, Jalan Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Peguam Responden/Defendan - En. Teo Poh Oon Tetuan Teo & Chew 2835-H, Tingkat 1 & 2, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu, Kelantan 21