DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

Similar documents
KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

Management Bhd dan lain-lain

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

BRG Polo Haus Sdn Bhd dan satu lagi lwn Blay International (M) Sdn Bhd dan lain-lain

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: ANTARA

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCC-10-11/2016 ANTARA DAN

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN GUAMAN SIVIL NO: MT(2)22-NCVC-44-03/2013 ANTARA MUSTOFA BIN HUSSIN PLAINTIF DAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

UNDANG-UNDANG TANAH Diputuskan: [1]

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

1.0 KONSEP 2.0 MAKLUMAT KOMODITI. Seperti di Perkara 7 Jadual Pertama 3.0 BELIAN DAN JUALAN 3.1 HARGA BELIAN KOMODITI BANK

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

UNDANG-UNDANG SYARIKAT

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

Notice of Annual General Meeting

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: BA-12B /2016

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.W /2014 ANTARA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BINDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: M-02(NCVC)(W) /2016

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

Yong Lai Ling (P) lwn Ng Seow Poe dan lain-lain

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

RHB Bank Bhd lwn Unijaya Teknologi Sdn Bhd

KAEDAH-KAEDAH SYARIKAT (MEKANISME PENYELAMAT KORPORAT) 2018 COMPANIES (CORPORATE RESCUE MECHANISM) RULES 2018

EMPLOYMENT APPLICATION FORM ABX CORPORATION SDN BHD ( V) & UTS GROUP OF COMPANIES

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(NCVC)(W) /2016 ANTARA

PERKATAAN & ISTILAH: "perbelanjaan hidup" - Akta Undang-Undang Sivil 1956, s. 7

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Reebok (M) Sdn Bhd v CIMB Bank Berhad

2. To declare the Final Dividend of 12% less 25% Malaysian Income Tax in respect of the financial year ended 31 December 2009.

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: DA-24NCVC /2016

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CIVIL APPEAL NO: K-01(NCVC)(W)-10-01/2014 BETWEEN

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

D.R. 47/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63.

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

Mok Yong Chuan v Mok Yong Kong & Anor

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: T-01(NCVC)(W)-13-01/2017 ANTARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN JENAYAH NO. B /2014 (IRN)] ANTARA MORTEZA HOSSEINKHANI MOSTAFA DAN

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR ROSE HANIDA BINTI LONG LAWAN PENDAKWA RAYA PENGHAKIMAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-02(W) /2015 ANTARA PASUPATHY A/L KANAGASABY DAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA [GUAMAN SIVIL NO: S ] (NO 2) ANTARA

KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017 LEGAL PROFESSION (DISCIPLINARY PROCEEDINGS) RULES 2017

1.0 PENGENALAN. 1.5 Berdasarkan keadaan semasa,

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA (dissenting)

BETWEEN AND KHAFASLIZA BINTI SHAFII... RESPONDENT (IC.NO: ) GROUNDS OF JUDGEMENT

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor v Selangor Country Club Sdn Bhd

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

CIMB Bank HP Slate 21 Redemption Order Form

PROPOSED DRAFT IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) CRIMINAL APPEAL NO: J /2014 & J /2010 BETWEEN AND

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D7-22-453-2005 ANTARA SOUTHERN FINANCE BERHAD. PLAINTIF (Dahulunya dikenali sebagai United Merchant Finance Berhad) DAN ROBERT PRINGLE DEFENDAN PERTAMA FRANK WILLIAM LALYZELL DEFENDAN KEDUA ABDUL HAMID BIN A SAMAD DEFENDAN KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG (1) Plaintif (kini telah diambil alih oleh CIMB Bhd) telah memberikan kepada Mobility Avenue Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai peminjam ) melalui surat bertarikh 21 Februari 1997 dan 21 Julai 1999 ( surat tawaran ) dan melalui perjanjian kemudahan pinjaman tetap bertarikh 3 April 1997 ( perjanjian pinjaman ) satu kemudahan pinjaman tetap yang berjumlah RM 1,000,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai pinjaman ). (2) Berdasarkan surat perjanjian jaminan bertarikh 26 Mac 1997 (selepas ini dirujuk sebagai jaminan ) Defendan pertama, kedua dan 1

ketiga telah menjamin kepada pematuhan kepada perjanjian pinjaman oleh peminjam. (3) Kes Plaintif ialah bahawa peminjam dan/atau Defendan-Defendan telah melanggar dan tidak mematuhi terma-terma perjanjian tersebut apabila Defendan-Defendan ingkar. (4) Plaintif melalui surat peguamcaranya kepada Defendan- Defendan bertarikh 27 Jun 2002 telah menuntut untuk jumlah RM638,107.83 setakat 23 Jun 2002 bersama faedah dan kos tetapi sehingga tarikh saman difailkan Defendan-Defendan telah gagal, ingkar atau abai dalam membuat pembayaran. (5) Prosiding di hadapan saya adalah tuntutan Plaintif terhadap Defendan ketiga sahaja. Plaintif tidak meneruskan tindakan terhadap Defendan Pertama dan kedua atas alasan mereka telah berada di luar negara dan akan melibatkan kos yang tinggi. (6) Mahkamah tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai tuntutan Plaintif terhadap peminjam. (7) Defendan ketiga menafikan tuntutan Plaintif dan membawa tuntutan balas terhadap Plaintif untuk pembatalan perjanjian jaminan, ganti rugi am dan kos. Defendan ketiga membawa pembelaan seperti berikut- (i) Defendan ketiga memegang saham dalam syarikat Peminjam sebagai pemegang amanah untuk seorang bernama Chua Sin Han; 2

(ii) Defendan ketiga menafikan pernah menandatangani sebarang surat jaminan seperti yang dikatakan oleh Plaintif. Defendan ketiga hanya mempunyai pengetahuan tentang satu surat jaminan yang kemudian telah digantikan dengan perjanjian sampingan lain semasa proses skim penyusunan semula di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat oleh peminjam yang telah dipersetujui oleh Plaintif. (iii) Plaintif harus melucuthak cagaran /simpanan tetap peminjam tersebut bersama faedah sebelum memulakan tindakan terhadap Defendan Ketiga dan memberikan butir-butir akaun terperinci. (iv) Nama Plaintif digunakan sebagai pengarah peminjam hanya untuk penstrukturan semula penjaman. Pengarah-pengarah Peminjam dan/atau Chua Sin Han telah memaklumkan Defendan Ketiga bahawa terdapat beberapa bayaran ansuran tertunggak kepada Plaintif dan telah meminta untuk menggunakan nama Defendan Ketiga untuk penstrukturan semula pinjaman daripada Plaintif dan simpanan tetap Peminjam akan digunakan untuk menurunkan jumlah pinjaman; (v) Defendan ketiga, tanpa mendapatkan nasihat perundangan yang berasingan, telah diberi kepastian oleh pengarahpengarah lain bahawa Defendan ketiga tidak akan menanggung sebarang liabiliti. 3

(vi) Plaintif telah melakukan frod dengan merahsiakan segala pengetahuan fakta-fakta dalam perenggan 4 dan 5 di atas untuk mendorong Defendan ketiga melaksanakan perjanjian pinjaman. (vii) Defendan ketiga juga telah diberitahu oleh pengarahpengarah peminjam dan/atau Chua Sin Han bahawa syarikat-syarikat Bellgrand Sdn. Bhd dan Autoways Construction Sdn. Bhd. telah mengambilalih pinjaman oleh peminjam. (viii) Defendan ketiga hanya mengetahui segala fakta-fakta sebenar apabila diserahkan writ saman di bawah Guaman No.D5-22-1017-2001. (ix) Defendan ketiga menafikan menerima surat peguamcara Plaintif bertarikh 27.6.2002. (8) Plaintif telah membawa empat orang saksi dan Defendan ketiga membawa tiga saksi. ISU YANG DIPERSETUJUI UNTUK DIBICARAKAN (9) Isu-isu yang telah dipersetujui oleh kedua pihak untuk dibicarakan terhadap Defendan ketiga adalah seperti berikut- (i) Sama ada peminjam telah menerima tawaran pinjaman dari Plaintif melalui surat tawaran bertarikh 21.1.1997 dan 21.7.1999, menandatangani perjanjian kemudahan Pinjaman 4

tetap dan penyerahanhakkan yang kedua-duanya bertarikh 3.4.1997; (ii) Sama ada Defendan ketiga menandatangani perjanjian jaminan yang bertarikh 26.3.1997 dan samada surat jaminan tersebut mengikat Defendan ketiga; (iii) Sama ada Plaintif mendorong Defendan ketiga melaksanakan perjanjian jaminan melalui salah nyata dan/atau frod dan/atau tanpa mendedahkan fakta-fakta material dan/atau sama ada Plaintif mengetahui bahawa pengarah-pengarah peminjam telah memperolehi tandatangan Defendan ketiga melalui salah nyata dan/atau frod dan/atau tanpa mendedahkan fakta-fakta material; (iv) Sama ada alamat penyampaian Defendan ketiga ialah di 3 rd Floor, Plaza Damansara Utama, No.2 Jalan SS21/60, 47000 Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan; (v) Sama ada Defendan ketiga memegang saham sebagai pemegang amanah bagi pihak ketiga iaitu Chua Sin Han; (vii) Sama ada perjanjian jaminan berkenaan boleh dibatalkan berdasarkan fakta-fakta di perenggan (iii) dan (v) di atas walaupun Defendan ketiga telah menandatangani Perjanjian jaminan tersebut; (ix) Sama ada Defendan ketiga bertanggungjawab untuk jumlah- 5

(i) jumlah RM688,107.83 setakat 23 Jun 2002; (ii) faedah di atas jumlah RM638,107.83 dengan faedah pada kadar 2.00% setahun diatas kadar pinjaman asas (kadar semasa kadar pinjaman asas adalah 7.45% setahun) ( Kadar Preskripsi ) dari 24 Jun, 2002 sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; (iii) faedah ingkar pada kadar 1.00% setahun ke atas Kadar Preskripsi untuk apa-apa pembayaran lewat atau jumlah tertunggak dari 24 Jun 2002 sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; (iv) kos. KEPUTUSAN MAHKAMAH (10) Selepas tamatnya perbicaraan saya telah menolak tuntutan Plaintif dan tuntutan balas Defendan dengan kos. Semasa membuat keputusan tersebut saya telah memberi alasan ringkas bahawa tuntutan Plaintif ditolak atas alasan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan serahan notis tuntutan terhadap Defendan ketiga. Manakala Defendan ketiga juga telah gagal membuktikan tuntutan balas untuk kerugian yang telah dialami dengan tidak mengemukakan apa-apa keterangan mengenai kerugian. Sekarang saya akan memberi alasan yang lebih terperinci dalam penghakiman tersebut. (11) Berdasarkan isu-isu yang dipersetujui yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak saya ringkaskan kepada tiga isu berikut- 6

(i) Sama ada Plaintif memberi pinjaman kepada peminjam; (ii) Sama ada Defendan ketiga telah menandatangani surat jaminan dan sama ada jaminan tersebut adalah sah; (iii) Sama ada notis tuntutan perlu dan telah disampaikan kepada Defendan ketiga sebagai penjamin; Isu pertama Sama ada Plaintif telah memberi pinjaman kepada peminjam (12) Defendan ketiga menafikan bahawa pinjaman telah diberikan kepada peminjam dan meminta Plaintif membuktikannya. Plaintif melalui SP4 telah mengemukakan P7 iaitu perjanjian pinjaman bertarikh 3 April 1997 di antara Plaintif dan peminjam untuk kemudahan revolving credit bagi tujuan modal kerja (working capital). Perjanjian ini telah ditandatangan oleh dua pengarah peminjam iaitu Robert Pringle yang merupakan Defendan pertama dan Frank William Layzell Defendan kedua. (13) Perjanjian pinjaman ini adalah berdasarkan surat tawaran bertarikh 21 Februari 1997 (P6). Di antara syarat dalam surat tawaran tersebut adalah keperluan untuk joint and several guarantee oleh pengarah-pengarah peminjam iaitu Defendan pertama kedua dan ketiga. Penerimaan syarat-syarat tawaran telah ditandatangani oleh Defendan kedua iaitu salah seorang pengarah peminjam pada 13.3.1997. 7

(14) Defendan ketiga cuba menafikan bahawa pengarah atau pengarah-pengarah peminjam telah menandatangani penerimaan tawaran pinjaman, perjanjian pinjaman dan surat variasi syarat pinjaman. Peguam Defendan ketiga telah merujuk kepada surat Jabatan Imigresen bertarikh 20 September 2004 (muka surat 13 kandungan 57) dalam pemeriksaan balas saksi Plaintif (SP1) bahawa Defendan Pertama telah meninggalkan Malaysia pada 11.3.1998 (perjanjian ditandatangani pada 3.4.1997) dan Defendan kedua tiada rekod masuk dan keluar di Malaysia. Dokumen ini diletakkan di bahagian ketiga ikatan dokumen yang merupakan dokumen dipertikaikan. Walaubabagaimanapun dokumen ini tidak dikemukakan sebagai eksibit dan pegawai Imegresen tidak dipanggil untuk menjelaskan perkara ini. Oleh itu keterangan Plaintif bahawa peminjam telah menerima tawaran pinjaman dan kedua-dua pengarahnya telah menandatangani perjanjian pinjaman tidak berjaya dicabar oleh Defendan ketiga semasa menyoal balas saksi-saksi Plaintif. Berdasarkan itu kewujudan perjanjian pinjaman dan surat tawaran telah dibuktikan. Manakala surat bertarikh 21.7.1999 telah membuat variasi kepada terma terdahulu kemudahan pinjaman tersebut yang telah disahkan penerimaanya oleh ketiga-tiga Defendan. Kandungan surat tersebut seperti berikut- REVOLVING /CREDIT TERM LOAN FACILITY OF RM 1 MILLION (NPGS) VARIATION IN TERMS AND CONDITIONS We refer to the above and wish to inform that our Finance Company, United Merchand Finance Berhad (UMFB) has agreed to allow repayment of the amount owing to us as at 21 July 1999 which is inclusive of interest and other costs as follows: Condition: i. To uplift Fixed Deposit of RM317,677.74 to pay towards instalments and arrears, making the loan amount reduced from RM1,030.546.68 to RM712,868.94. 8

ii Repayment: i. The New Loan Limit will be RM712,000.00 and to pay the difference between the new loan limit and outstanding balance of RM868.94 on or before 30.7.99. By 96 equal monthly instalments of RM10,993.00 Until full settlement commencing 1 st January 2000 Conditions Precedent: i. Concurrence of all the guarantors Interest Rate: 20% above our Base Lending Rate ( BLR ) calculated on monthly rest. Our current BLR is 8.5% per annum (The finance company shall be entitled at any time to vary at its discretion the BLR and or its spread). All other existing Terms and Conditions shall remain unchanged as per our Letter of Offer dated 21 February 1997. Please note that the above arrangement is subject to the concurrence of Credit Guarantee Corporation. In the event it is not approved by CGC, we shall revert to the original arrangement as per our Letter of Offer dated 21 February 1997. Notwithstanding the above, our company reserves the right to vary any terms and conditions to be in line with prevailing market conditions. Please confirm your acceptance by signing and returning to us the duplicate copy of this letter WITHIN FOURTEEN (14) DAYS from the date hereof, failing which this offer shall be treated as lapsed and cancelled. For and on behalf of, UNITD MERCHANT FINANCE BERHAD CREDIT CONTROL DEPARTMENT t.t. EVELYN CHIA MUI YONG Officer in Charge t.t. IRENE CHAN c.c. Manager, Kuala Lumpur Main Branch I/We hereby confirm acceptance of the offer on the aforesaid terms and conditions. 9

(Sign and Affix Company Kuala Lumpur) Name Robert Pringles Company No: 365207V Designation: Director I/we the undersigned guarantors. hereby agreed to the above variation/rescheduling and confirm to further be bound by the terms of the guarantee dated 26.3.97. t.t Name: Robert Pringle Passport No.500109563 t.t Name: Frank William Layzel Passport No. 983521 t.t Name: Abdul Hamid bin A.Samad New I/C: 510423-01-5133. 983521 Old I/C: 3741743 (15) Pembuktian berikutnya oleh Plaintif sama ada selepas perjanjian tersebut ditandatangani semua jumlah pinjaman telah dilepaskan kepada peminjam oleh Plaintif berdasarkan syarat-syarat dalam surat tawaran, surat variasi dan perjanjian pinjaman kerana Defendan ketiga membawa pembelaan bahawa pinjaman tidak dilepaskan kepada peminjam, oleh itu tidak adanya pelanggaran mana-mana perjanjian pinjaman dan surat jaminan. Bagi membuktikannya, Plaintif telah mengemukakan penyata akaun P9 melalui SP4 yang menunjukkan bahawa pinjaman telah dilepaskan kepada peminjam pada 7 April 1997 jumlah pinjaman sebanyak RM1,000,000.00. Penyata akaun ini juga menunjukkan pembayaran-pembayaran balik yang telah dibuat oleh peminjam. Penyata ini menunjukan sehingga 30 Jun 2002 akaun pinjaman berbaki sebanyak RM 639,257.45. Plaintif juga telah mengemukakan sijil di bawah seksyen 90A Akta Keterangan 1950 memperakui bahawa penyata akaun telah dikeluarkan oleh sistem komputer CIMB Bank Berhad (Plaintif) bagi perjalanan aktiviti-aktiviti yang baginya komputer itu digunakan untuk mengeluarkan rekod-rekod laporan tersebut. Plaintif juga telah mengemukakan sijil keberhutangan setakat 29.3.2010. Berdasarkan ini Plaintif telah membuktikan bahawa terdapat perjanjian pinjaman yang ditandatangani oleh peminjam dan 10

jumlah wang pinjaman juga telah dilepaskan kepada peminjam. Oleh itu pembelaan Defendan ketiga bahawa tiada kemudahan pinjaman diberikan kepada peminjam adalah gagal. (16) Plaintif juga telah mengemukakan sijil keberhutangan setakat 29.3.2010 yang ditandatangani oleh dua orang pegawai Bank dan penyata akaun sehingga 29.3.2010. Defefendan ketiga tidak membawa keterangan untuk menafikan bahawa sijil ini adalah tidak tepat dan terdapat kesilapan. (17) Dakwaan Defendan ketiga bahawa beliau sebenarnya bukan pengarah peminjam tetapi telah diminta oleh pengarah-pengarah peminjam dan/atau Chua Sin Han menggunakan namanya sebagai pengarah dan pemegang saham untuk penstrukturan semula pinjaman daripada Plaintif dan simpanan tetap peminjam akan digunakan untuk menurunkan jumlah pinjaman kerana terdapat beberapa bayaran ansuran tertunggak kepada Plaintif. Jika penyataan ini benar sekalipun, ia tidak akan melindungi Defendan ketiga daripada tanggungan kerana ianya telah dilakukan dengan sukarela dan penuh sedar oleh Defendan ketiga. Dakwaan bahawa pengarah-pengarah peminjam yang lain dan Chua Chin Han serta Plaintif telah melakukan frod terhadap beliau langsung tidak ada bukti. Oleh itu pembelaan ini juga gagal. Isu Kedua Sama ada Defendan ketiga telah menandatangani surat Jaminan dan sama ada jaminan tersebut adalah sah. 11

(18) Berdasarkan dapatan Mahkamah mengenai kewujudan perjanjian pinjaman, Defendan ketiga adalah terikat dan bertanggungan sebagai penjamin sekiranya Defendan ketiga telah menandatangani surat jaminan. Defendan membawa pembelaan bahawa beliau tidak menandatangani jaminan tersebut. (19) Plaintif membawa keterangan melalui SP1 iaitu peguam yang telah menyaksikan surat jaminan ditandatangani oleh Defendan Pertama, kedua dan ketiga. SP1 telah menjelaskan amalan biasa beliau apabila penyaksian sesuatu dokumen dilaksanakan. Apabila disoal sama ada beliau melakukan proses yang sama bagi penyaksian surat jaminan tersebut, jawapannya itulah proses yang dilaksanakan oleh beliau. Manakala Defendan ketiga pada permulaannya cuba menafikan bahawa tandatangan tersebut adalah tandatangannya, kemudiannya mengaku tandatangan itu serupa dengan tandatangannya dan akhirnya beliau mengaku bahawa itu adalah tandatanganya tetapi beliau menandatanganinya tanpa mengetahui bahawa itu merupakan surat jaminan. Berdasarkan keterangan ini saya berpendapat adalah jelas bahawa tandatangan tersebut adalah tandatangan Defendan ketiga. Jika benar tandatangan di atas jaminan tersebut bukan tandatangannya sudah tentu Defendan ketiga patut membuat laporan polis apabila ikatan dokumen ini dikemukakan kepada peguam Defendan ketiga. Defendan ketiga bukanlah seorang yang daif atau tidak terpelajar. Berdasarkan keterangannya beliau adalah seorang pengarah beberapa buah syarikat dan juga mempunyai saham dalam Mohainiee Securities sebelum dijual dan kini beliau adalah seorang ahli perniagaan. Saya tidak mempercayai berkenaan penafiannya bahawa beliau mengetahui bahawa dokumen yang ditandatangani adalah surat jaminan apabila diminta ditandatangan di bahagian belakang tanpa melihatnya. Ini adalah sesuatu yang tidak 12

munasabah dan tidak masuk akal bagi seorang yang terpelajar sepertinya berbuat demikian tanpa mengambil tahu isi kandungan dokumen yang ditandatanganinya. (20) Oleh kerana dapatan Mahkamah ini bahawa Defendan ketiga telah menandatangani surat jaminan tersebut, maka surat jaminan itu adalah mengikat Defendan ketiga. Berturutan daripada itu semua syarat-syarat yang terkandung dalam surat jaminan itu adalah mengikat Defendan ketiga. Isu Ketiga Sama ada notis tuntutan Defendan ketiga sebagai penjamin perlu dan telah disampaikan kepada (21) Defendan ketiga menghujahkan bahawa jaminan ini adalah on demand guarantee oleh itu notis tuntutan adalah wajib didahulukan dan hendaklah dibuktikan oleh Plaintif bahawa telah dikeluarkan dan diserah oleh Plaintif kepada Defendan ketiga. Seterusnya Defendan ketiga menghujahkan bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa notis tuntutan P4 telah diserahkan kepada Defendan ketiga sebagai penjamin. Peguam Defendan ketiga menghujahkan bahawa surat P3 di muka surat 23-24 ikatan dokumen (kandungan 37) bertarikh 27 Jun 2002 adalah surat yang di alamatkan kepada peminjam dan salinan yang dikemukakan di Mahkamah adalah salinan pendua yang dihantar oleh peguam untuk makluman Plaintif. Ini adalah berdasarkan tanda jari di muka surat 24 yang ditujukan kepada alamat Plaintif. Begitu juga dengan surat (P4) yang di alamatkan kepada penjamin di muka surat 30-31 kandungan 37 yang merupakan salinan yang ditujukan kepada 13

Plaintif. SP2 juga mengakui bahawa P3 dan P4 adalah salinan notis tuntutan yang dihantar kepada Plaintif. Oleh itu hujah peguam Defendan ketiga, Plaintif perlu membuktikan serahan kepada Defendan ketiga melalui bukti pengeposan. (22) SP2 iaitu peguam Plaintif memberi keterangan bahawa beliau yang mengeluarkan notis tuntutan terhadap ketiga-tiga Defendan melalui P3 dan P4. SP2 telah mengemukakan kepada Mahkamah salinan bukti pengeposan notis tuntutan tetapi dibantah oleh peguam Defendan ketiga kerana salinan fotokopi yang kemudiannya dikemukakan sebagai ID5. SP2 telah menjelaskan mengenai cubaan beliau untuk mengesan salinan asal gagal kerana fail mengenai kes ini telah tidak dapat dikesan apabila beliau berpindah ke pejabat baru. Beliau cuma dapat mengesan sijil pengeposan (certificate of posting) ia itu ID5 dalam master file dan menjelaskan mengapa salinan asal tidak diperolehi. (23) Peguam Defendan ketiga telah membantah kerana salinan fotokopi bukti pengeposan dan dokumen ini tidak difailkan dalam ikatan dokumen tetapi secara tiba-tiba dokumen ini dikemukakan oleh Plaintif semasa keterangan oleh SP2. Pendirian Defendan ketiga ialah penafian penerimaan notis tuntutan telah diplidkan oleh Defendan ketiga. Oleh itu Plaintif sewajarnya memfailkan dokumen ini dalam ikatan dokumen yang diserahkan kepada Defendan ketiga dan difailkan dalam Mahkamah. Defendan berhujah bahawa dokumen ini hanya boleh ditandakan sebagai ID sahaja. (24) Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 (seorang peguam) yang menyatakan bahawa beliaulah yang mengeluarkan notis dan beliau 14

jugalah yang mengeposnya (kebiasaannya dilakukan oleh kerani despatch) di Pejabat pos Batu Caves walaupun pejabatnya di Selayang. Beliau menyatakan fail kes ini telah tidak dapat dikesan kerana beliau berpindah pejabat. Beliau menemui salinan sijil pengeposan ini dalam masterfile bersama dokumen yang lain. Semasa memberi keterangan SP2 tidak membawa masterfile tersebut tetapi mengeluarkan ID5 ini daripada poket bajunya. Sebelum Mahkamah membuat keputusan sama ada menananda dokumen ini sebagai P Peguam Defendan ketiga sekali lagi menarik perhatian Mahkamah bahawa dokumen ID 5 ini masih belum dikemukakan kepada beliau untuk memeriksanya dan ini memprejudiskan Defendan ketiga. (25) Diakhir prosiding saya telah menandakan dokumen ini sebagai P5 berdasarkan keterangan SP2 bahawa beliau adalah pembuat dokumen tersebut dan telah memberi penjelasan mengapa tidak dapat mengemukakan dokumen asal. (26) Sijil pengeposan ini (P5) dicop dengan cop pejabat pos bertarikh 27 Jun 2002. Tarikh ini adalah sama dengan tarikh surat P3 yang di alamatkan kepada peminjam dan bukan di alamatkan kepada Defendan ketiga. SP2 dalam keterangannya tidak menyatakan bahawa sijil pengeposan (P5) itu adalah untuk surat P4. Oleh itu saya berpendapat walaupun sijil pengeposan diterima sebagai eksibit tetapi ia tidak membuktikan bahawa P4 telah dihantar dan diserahkan kepada Defendan ketiga kerana P5 bukan bukti pengeposan untuk P4 yang bertarikh 21 Jun 2002. Selain daripada P5, SP4 iaitu pegawai eksekutif Plaintif yang berkhidmat dengan Plaintif hanya pada tahun 2008, memberi keterangan berdasarkan rekod dalam simpanan Plaintif, tidak 15

mempunyai pengetahuan sama ada terdapat notis untuk menamatkan perjanjian dan tuntutan telah dikeluarkan terhadap Defendan ketiga. (27) Saya bersetuju dengan hujahan Defendan ketiga bahawa jaminan ini adalah merupakan on demand guarantee. Ini dapat di lihat daripada fasal 1 jaminan yang memperuntukan seperti berikut- 1.To pay you on demand all every and any part of the Said Loan and interest (28) Oleh itu perinsip yang telah diputuskan oleh Mahkamah Agong dalam kes YM Orang Kaya Menteri Paduka Dato Wan Ahmad Isa Shukri Wan Rashidi lwn Kwong Yik Bank (2) [1989] 1CLJ (rep) 187 bahawa notis tuntutan adalah perlu diberikan dan dihantar kepada penjamin bagi tuntutan berdasarkan on demand guarantee adalah terpakai dalam kes ini. (29) Saya juga bersetuju dengan pendapat YA Abdull Hamid Embong HMT (beliau pada masa itu) dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd lwn Ng Kong Loy dan satu lagi [2002] 7CLJ m.s 549 dan YA Nalini HMT dalam kes Danaharta Urus Sdn Bhd lwn Kam Tick Beng & Another [2009] 1LNS 538 mengenai kesan frasa penghutang prinsipal (principal debtor clause) yang tidak membebaskan Plaintif daripada tanggung jawab untuk mengeluarkan dan menyerahkan notis tuntutan kepada penjamin sebagaimana yang diperuntukan dalam fasal 1 surat jaminan. (30) Dalam kes ini Plaintif bukan sahaja gagal membuktikan bahawa tuntutan telah dibuat dan diserah kepada Defendan ketiga tetapi juga 16

gagal membuktikan bahawa alamat notis adalah alamat yang betul. Berdasarkan surat jaminan, alamat Defendan ketiga ialah No.689-9-02, Desa Kiara Condominium, Jalan Damansara, 6000 Kuala Lumpur. Peruntukan mengenai cara penghantaran notis adalah berdasarkan peruntukan fasal 7 dalam surat jaminan yang memperuntukan seperti berikut- 7. Any notice may be served on us or on our legal personal represantatives either personally or by sending the same through the post in an evelope address to the aboved name address or the last known place of address of the person to be served and a notice so sent shall be deemed to be served on the day following that on which it is posted. (31) Diteliti notis tuntutan dan penamatan (P4) telah dialamatkan kepada Defendan ketiga di alamat 3 rd Floor, Plaza Damansara Utama, No 2 Jalan SS 21/60, 47400 Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Ini ternyata bukanlah alamat yang dipersetujui untuk apa-apa notis dihantar di bawah fasal 7 surat jaminan seperti yang dipetik di atas. Defendan ketiga juga memberi keterangan bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada Plaintif alamat-alamat beliau yang lain. Berdasarkan alasan ini juga Plaintif telah gagal membuktikan notis tuntutan telah dihantar kepada Defendan ketiga. KESIMPULAN (32) Berdasarkan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan notis tuntutan telah dihantar dan diserahkan kepada Defendan ketiga oleh itu saya berpendapat atas imbangan keberangkalian Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhdap Defendan ketiga sebagai penjamin. Oleh itu tuntutan Plaintif ditolak dengan kos. 17

TUNTUTAN BALAS (33) Saya telah menolak tuntutan balas Defendan ketiga yang terdapat dalam perenggan 15 penyata pembelaan yang mana Defendan ketiga menuntut seperti berikut- (i) Pembatalan perjanjian Jaminan; (ii) Gantirugi am; (iii) Kos; dan (iv) Sebarang relief lain yang di anggap wajar oleh Mahkamah. (34) Sepanjang keterangan oleh Defendan ketiga tidak ada apa-apa keterangan yang merujuk kepada kerugian yang telah dialami oleh Defendan ketiga begitu juga dengan hujahan peguamnya. Oleh itu tuntan balas tidak dibuktikan dan dengan itu ditolak. KOS (35) Pihak-pihak telah diminta berhujah mengenai kos tetapi peguam Plaintif telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai mandat daripada pelanggannya untuk mencadangkan jumlah kos. Saya kemudiannya, berdasarkan itu telah memerintahkan supaya kos ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar/Penolong kanan Pendaftar. Bertarikh: 2 Jun 2011 HAS ZANAH BINTI MEHAT PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR. 18

Peguam Plaintif: En. Robin Lim bersama dengan Cik R.Thilagavathi Tetuan Azhar & Wong Peguam Defendan: En. R. Jaya Singam bersama dengan En.Baljit Singh Tetuan B H Lawrence & Co. 19