THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION October 2016, Vol. 4, Issue 2

Similar documents
PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMMUNICATION RESPONSE OF MALAYSIAN CIVIL SERVICE SERVANTS TOWARD VISION

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA BAGI TERMINOLOGI IBADAH

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

AKTIVITI GELOMBANG OTAK SEMASA REHAT, SUDOKU DAN SELEPAS SIMULASI PERLAWANAN TAEKWONDO IZWYN BINTI ZULKAPRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTROL PATTERNS AMONG MULTINATIONAL SUBSIDIARIES IN MALAYSIA RAJA NERINA BT. RAJA YUSOF GSM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AN ECONOMIC ANALYSIS OF MONETARY POLICY IN FOUR ASEAN ECONOMIES

SIKAP ISI RUMAH TERHADAP HUTANG DAN KEBERHUTANGAN: KAJIAN KES DI LEMBAH KLANG, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONVERGENCE OF INCOME IN ASIAN COUNTRIES LEE HOCK ANN FEP

PROFESSIONAL PRACTICE (SGHU 4342)

WELL-BEING AND ENHANCING FOOD SECURITY: MEASURING WHAT MATTERS TO AGRICULTURAL COMMUNITIES

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

Kata kunci:. Model differential gains, perbincangan interpersonal, penggunaan media massa, penglibatan politik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MALAYSIAN WOMEN S AUTOBIOGRAPHIES AS A MULTIETHNIC LEGACY OF GENERATIVITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

PERSEPSI INDUSTRI HOSPITALITI TERHADAP GOLONGAN PEKERJA BERKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) NURUL AFIQAH BINTI SAIRI

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) [RAYUAN SIVIL NO: W-02(NCVC)(W) /2013] ANTARA DAN

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

ANALISIS PENGGUNAAN KESAN KHAS VISUAL DIGITAL (DVFX) TERHADAP GENRE DAN NARATOLOGI FILEM PENDEK

KOMUNIKASI POLITIK: STRATEGI KEMPEN CALON PILIHAN RAYA ABSTRAK

Skim. Ibadah Korban. Korban Ritual Scheme

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

APLIKASI MODEL RUANGAN DALAM KAJIAN CORAK PENGUNDIAN DI WILAYAH UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

BERITA PSSM. PSSM: 2000(1) Untuk Ahli Sahaja Jan - Mac Berita PSSM 2000(1) 1 JAWATANKUASA KERJA PSSM, 2000/02 MATLAMAT PSSM

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

ASEAN DEFENCE INDUSTRY COLLABORATION

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik Dan Model Perangsaraf Media

Keputusan Presiden No. 81 Tahun 1993 Tentang : Pengesahan Convention On Early Notification Of A Nuclear Accident

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ANALYSIS ON POLITICAL SPEECH OF SUSILO BAMBANG YUDHOYONO: COMMON SENSE ASSUMPTION AND IDEOLOGY

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

SISTEM PENDAFTARAN PENGEBUMIAN ORANG ISLAM. Norzulaikha Binti Zulkifli. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

Strategi dan Corak Pengantarabangsaan Perniagaan Agro di Malaysia

Transcription:

PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN IBADAH SOLAT GURU PENDIDIKAN ISLAM MENURUT PERSPEKTIF MURID Nurul Syuhada Johari, Fathiyah Mohd Fakhruddin (Phd)& Asmawati Suhid (PhD) ABSTRACT This study discusses the approach and the teaching methods applied by Islamic Education teachers in teaching prayers in the classroom. Approaches and methods play an important role in ensuring the quality and effectiveness of teaching and learning Islamic education. The approaches are divided into the deductive approach, inductive approach, eclectic approach, thematic approach and the teaching aids approach. Other methods include lecture, discussion, demonstration and troubleshooting. The quantitative approach has been used in this study. Descriptive analysis was to determine the approach and methods of teaching prayers. Results showed that the level of teaching approaches and methods in teaching prayers are high. In addition, appropriate approaches and methods are to attract students to seek knowledge, understand the teaching of religious prayers and to increase the student s motivation. Thus, it is hoped that this study can help Islamic Education teachers in particular to determine the suitability of approaches and methods in teaching prayers. Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor MALAYSIA nurulsyuhadajohari@yahoo.com Keywords: Approach, methods, teaching prayers, Islamic Education teachers 46 o j i e. u m. e d u. m y

PENGENALAN Malaysia telah menunjukkan senario perubahan dan pembaharuan dalam sistem pendidikanpada masa kini. Perubahan dalamsistem pendidikan diperlukan kerana ia berperanansebagai penggerak utama untuk membangunkan modal insan dan memajukan ekonomi negara. Kemajuan negara dapat dicapai melalui perkembangan institusi pendidikan.dalam konteks Pendidikan Islam, pendidikan yang hakiki dan berkesan ialah pendidikan yang menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagaigaris panduan dalam membentuk sesebuah kurikulum.disamping itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam juga berperanan untuk mengisi kekosongan jiwa dan kerohanian dalam diri individu muslim (Tengku Sarina Aini & Faridah, 2008). Mata pelajaran Pendidikan Islam (KBSM) merangkumi tiga bidang utama iaitu bidang Tilawah al-quran & Hadith, Ulum Syar iyah dan Adab Berteraskan Akhlak Islamiah.Dalam bidang Ulum Syar iyah terdapat tiga sub bidang iaitu Akidah, Ibadah serta Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam. Ibadah adalah antara bidang pembelajaran yang diberi penekanan oleh guru khasnya berkaitan dengan pelaksanaansolat. Pengajaran ibadah solat bertujuan mendidik murid agar dapat melaksanakan solat dengan betul dan sempurna. Bagi membantu murid untuk menguasai ibadah solat dengan sempurna, guru memerlukan pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai.justeru, pemilihan pendekatan dan kaedah yang tepat mempunyai hubungan yang sangat erat dengan pelaksanaan ibadah solat. KEPENTINGAN IBADAH SOLAT Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak. Kewajipan menunaikan solat telah termaktub dalam al-quran sejak sekian lama lagi. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat, dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk (Al-Baqarah: 43) Hal ini menunjukkan keutamaan mendirikan solatserta perkara wajibyangperlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim.Justeru, solat adalah salah satu tajuk yang dibincangkan dalam bidang ibadah daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Objektif ibadah adalah untuk memperkukuhkan dan mempertingkatkan amalan ibadah-ibadah fardu ain serta memahami sumbangan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islamuntukmenyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.kandungan ibadah solat antaranya merangkumi konsep fardu ain dan fardu kifayah, bersuci, solat fardu, solatjumaat, solat sunat rawatib, tahiyatul masjid serta cara-cara mengamalkannya, solat jamak dan qasar, solat hajat, solat Aidil Fitri dan Aidil Adha. Oleh itu, tujuan utama pengajaran ibadah solat dilaksanakan supaya dapat memupuk penghayatan ibadah menerusi pengetahuan serta pemahaman tentang peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi. Penghayatan ibadah solat di peringkat sekolahdiharapkan dapat mencegah murid daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan kerjakanlah sembahyang.sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (Al-Ankabut: 45) Justeru,kepentingan ibadah solat dalam pengajaran Pendidikan Islam adalah untuk mendidik individu muslim agar menjadi insan kamil serta patuh kepada penciptanya. PENDEKATAN PENGAJARAN IBADAT DALAM PENDIDIKAN ISLAM Pendekatan merupakan sesuatu perbuatan yang dilaksanakan sehingga mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran (Tengku Sarina Aini Tengku Kasim etal., 2008).Secara umum pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang bersifat aksiomatik untuk diamalkan sehingga mencapai objektif dalam mata pelajaran (Ahmad Mohd Salleh, 2011). 47 o j i e. u m. e d u. m y

Terdapat beberapa pendekatan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalampengajaran ibadah solat seperti pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan pendekatan tematik (Mok Soon Sang, 2013). Pemilihan pendekatan yang tepat dan sesuai akan memberi kesan kepada perubahan tingkah laku murid daripada tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi dalam diri mereka (Mok Soon Sang, 2013). Oleh itu, kebijaksanaan guru menggunakan pendekatan yang sesuai dengan topik pengajaran dapat membantu untuk mencapai objektif pembelajaran dalam bilik darjah(tengku Sarina Aini dan Faridah, 2008). Justeru, guru perlu membuat perancangan dan persediaan yang secukupnyasebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tujuannya agar guru mampu memberipenerangan secara lebih jelasserta mampumembentukkonsep dan elemen mengikut situasi pelajaran (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Menurut Shahabuddin, Rohizani, dan Mohd. Zohir (2006)pendekatan induktif memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep. Secara ringkasnya pendekatan induktif didahului dengan contoh khusus sehingga murid mampu untuk membuat kesimpulan (Ahmad Mohd Salleh, 2011).Pendekatan ini melibatkan penaakulan pemikiran di peringkat tinggi (Shahabuddin et al., 2007). Tujuannya adalah supaya murid dapat berfikir, membanding, menimbang antara bahagiandan mengambil kesimpulan daripada bahagian yang disampaikan (Ghazali Darusalam, 2004). Konsep induktif adalah untuk mendapatkan hukum, memperkenalkan pengetahuan serta memberi pengalaman, membentuk kesimpulan dan membuat satu andaian yang munasabah (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Justeru, pendekatan induktif amat sesuai digunakan dalam pengajaran ibadah solat untuk menerangkan situasi syarat solat. Denganmenggunakansituasi khusus tersebut murid dapat menghuraikan kesimpulan tentang perkara yang menjadikan solat itu sah atau sebaliknya. Manakala Ab. Halim dan Nik Mohd Rahimi (2010) menyatakan bahawa pendekatan deduktif adalah daripada sesuatu yang bersifat umum kepada yang lebih khusus. Kamaruddin (1988) mengalakkan guru untuk memberi definisi,penerangan terhadap isi atau kandungan keseluruhan pengajaran terlebih dahulu di awal pengajaran. Secara ringkasnya semasamenggunakan pendekatan deduktif, guru akan memberi beberapa masalah untuk diselesaikan.kemudian murid akan merujuk guru samada pemilihan yang dibuat tepat atau sebaliknya(ahmad Mohd Salleh, 2011).Dalam konteks ibadah solat, memberi penerangan secara keseluruhan tentang perlakuan dan pergerakan dalam solat secara terperinci bagaimana cara kedudukan anggota sujud sehingga sempurna (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Seterusnya pendekatan eklektik merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif (Mohd Fuad, Marina, Afrah Salwani,& Mohd Zain, 2013). Sebagaimana yang dijelaskan oleh Mok Soon Sang (2013) pendekatan ini terbentuk daripada penggunaan atau pemilihan yang tidak terbatas kepada satu sumber sahaja. Sumber yang dimaksudkan ialah penggabungan dua pendekatan iaitu induktif dan deduktif.penggabungan dua pendekatan ini akan memantapkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila berlakupembelajaran yang berkesanakan membangkitkan semangat untuk belajar,kasih sayang, kebajikan, sokongan, motivasi, suasana gembira dan hubungan dua hala ketika sesi pengajaran dan pembelajaran(esah Sulaiman, 2004). Dalam konteks pengajaran ibadah solat, guru akan menerangkan syarat sah wajib solat kepada murid sehingga mereka mampu menerangkan kembali syarat tersebut. Ada kalanya guru akan mengemukakan penerangan tentang syarat sah iaitu penggunaan pendekatan induktif dan pada ketika lain guru akan mengemukakan pendekatan deduktif. Pendekatan tematik ialah perbincangan tentang satu topik utama dalam pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon Sang, 2013). Contohnya guru akan memberikan satu tema untuk diolah serta dibincangkan oleh murid sepertidalam karangan dan lukisan. Guru akan fokus pengajaran kepada satu tajuk atau tema dalam satu waktu tersebut.tema akan dibahagikan kepada beberapa bahagian contohnya tema dipecahkan kepada sub-topik untuk dibincangkan, tema yang sama dibincangkan dan tema yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam kumpulan (Mohd Fuad et al., 2013). Segala pengajaran ini akan dilaksanakan dalam bentuk kumpulan (Mok Soon Sang, 2013). Justeru, bagi pengajaran ibadah solat terdapat pembahagian tajuk seperti bersuci daripada hadas kecil, solat berjemaah serta solat tahiyatul masjid. Selain itu, pendekatan yang boleh diterapkan dalam pelajaran ibadah ialah bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM akan memudahkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru(ahmad Mohd 48 o j i e. u m. e d u. m y

Salleh, 2011). Pernyataan ini disokong olehshahabuddin et al. (2007)yang menegaskan bahawa penggunaan BBM dapat menarik minat murid serta memberi kefahaman lebih jelas kepada mereka. Justeru, pendekatan BBM ini sangat diperlukan dalam pengajaran ibadah untuk memastikan pemahaman murid supaya jelas tentang ibadah solat. Antara BBM yang sesuai ialah gambar dan video yang memaparkan tentang pergerakan dalam solat. Kesimpulannya, terdapat beberapa pendekatan pengajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran ibadah solat. Pendekatan induktif, deduktif, eklektik, tematik serta berasaskan bahan bantu mengajar dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari ibadah solat. KAEDAH PENGAJARAN IBADAH SOLAT DI SEKOLAH Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka pendek(esah Sulaiman, 2004).Guru perlu melakukan perancangan yang teliti untuk mendapatkan kaedah pengajaran yang sesuai dengan topik pengajaran. Pemilihan kaedah juga berdasarkan kepada kesesuaian saiz kelas, tajuk dan tahap pencapaian murid. Kaedah yang digunakan dalam pengajaran ibadah solat adalah untuk memudahkan murid memahami tentang cara-cara melaksanakan ibadah solat. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang digunakan semasa melaksanakan pengajaran ibadah solat di sekolah. Rasulullah s.a.w menggunakan kaedah kuliah ketika menyampaikan khutbah di masjid pada hari Jumaat (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Khutbah yang paling diingati oleh umat Islam adalah ketika Rasulullah mengerjakan haji terakhir yang dikenali sebagai Al-Haj Al-Wida (Ghazali Darusalam, 2004). Menurut konteks pendidikan kini, kaedah kuliah meliputi penerangan secara umum serta diikuti dengan penjelasan yang mendalam tentang tajuk yang ingin disampaikan (Fathiyah, 2010). Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid dalam memahami isi pengajaran guru yang bersifat sehala. Dalam konteks pengajaran ibadah solat, guru Pendidikan Islam juga menerangkan tentang rukun-rukun solat (Tengku Sarina Aini & Faridah, 2008). Kaedah perbincangan menggambarkan suasana interaksi yang berlaku dalam kumpulan kecil (Esah Sulaiman, 2004). Suasana interaksi yang wujud dalam kumpulan bertujuan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan isu yang diberikan oleh guru. Apabila berlaku interaksi yang baik secara tidak langsung murid dapat mendalami ilmu pengetahuan yang baru (Abdullah Ishak, 1995). Disamping itu, kaedahperbincangan juga melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Sebagai contoh, perbualan antara Rasulullah s.a.w dengan sekumpulan pemuda Bani al-marith tentang penerimaan Islam melalui asas prinsip yang betul (Ahmad Mohd Salleh, 2011).Justeru, perbualan dan perbincangan tersebut mampu mengemukakan aspek hukum berkaitan solat dengan jelas. Keadah demostrasi ialah pengajaran secara praktikal (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Kaedah ini dilakukan dihadapan murid secara langsung terhadap sesuatu objek, proses serta membuat kesimpulan (Ghazali Darusalam, 2004). Objek tersebut ditunjukkan langkah demi langkah secara terus (Esah Sulaiman, 2004). Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w mengajar teori terlebih dahulu dan selepas itu baginda menunjukkan caradihadapan khalayak ramai supaya mereka dapat meniru pembelajaran yang telah diajar itu. Kaedah ini sangat sesuai digunakan oleh guru untuk menunjukkan cara melaksanakan ibadahsolatdengan betul (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Seterusnya, kaedah penyelesaian masalah turut digunakan dalam pengajaran ibadah solat. Kaedah ini telah lama diaplikasikan pada zaman Rasulullah lagi. Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul (Ahmad Mohd Salleh, 2011). Hal ini dapat dibuktikan melalui sirah pembukaan Kota Madinah. Melalui kebijaksanaan Rasulullah dalam menyelesaikan masalah akhirnya Kota Madinah telah berjaya menjadi negara Islam. Dalam konteks pengajaran pula, kaedah penyelesaian masalah merujuk kepada keupayaan murid dalam menggunakan kemahiran, prinsip dan teori melalui kemahiran kognitif bagi menyelesaikan masalah (Mok Soon Sang, 2013). Justeru, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran ibadah solat. Segala permasalahan tentang hukum ibadah solat dapat dirungkaikan melalui perbincangan yang berasaskan kepada rujukan bahan yang sahih. 49 o j i e. u m. e d u. m y

Secara umumnya, penggunaan pelbagai kaedah dalam pengajaran ibadah solat dapat membantu memberi kefahaman dengan lebih baik kepada murid. Pemilihan kaedah yang sesuai juga mampu menarik minat murid bagi mengikuti pembelajaran terutamanya ibadah solat. OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk: 1. mengenal pasti tahap pendekatan pengajaran gurudalampengajaran ibadah solat bagi kalangan murid di sekolah menengah 2. mengenal pasti tahap kaedah pengajaran gurudalampengajaran ibadah solat bagi kalangan murid di sekolah menengah METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Soal selidik diedarkan kepada responden yang terlibat dalam kajian ini.responden terlibat terdiri daripada murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini hanya mengukur tahap pendekatan dan kaedah pengajaran ibadah solat di peringkat sekolah menengah. Satu set borang soal selidik diedarkankepada responden yang terlibat dalam kajian ini.kesahan instrumen dilakukan dengan melantik panel pakar yang terdiri daripada dua orang pakar dalam bidang Pendidikan Islam. Bagi aspek kebolehpercayaan, kajian rintis telah dijalankansebelum dilaksanakankajiansebenar. Ujian kebolehpercayaan merekodkan bacaan alpha Cronbachiaitu pekali.92. Selanjutnya, pemilihan sampel kajian dilakukan menggunakan teknik persampelan rawak mudah.seramai 7926 populasi kajian yang diperolehi daripada PPD Hulu Langat. Mengikut perkiraan Cochran berdasarkan jadual Bartlett, kortlink & Higgins (2001) sampel yang diperlukan hanya seramai 360 orang murid. Walaubagaimanapun, penyelidik telahmelebihkan bilangan responden dengan menjadikan seramai 375 orang sampel.data kajian telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20. Dapatan kajian adalah merangkumianalisis deskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratusan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian memberi fokus utama untuk menjawab setiap objektif yang digariskan. Objektif yang pertama adalah untuk menentukan tahap pendekatan pengajaran ibadah solat guru di sekolah. Merujuk kepadajadual 1 menjelaskan secara terperinci nilai peratusan responden yang menjawab. Secara keseluruhannya, tahap skor min adalah tinggi (Min = 4.10, SP = 0.47). Jadual 1: Pendekatan Pengajaran Ibadah Solat Bil Item STS TS KS S SS Min SP 1 Guru membetulkan kesalahan perlakuan solat murid semasa solat 0.5 2.4 5.6 50.7 40.8 4.12 0.78 2 bijak memilih konsep yang sesuai digunakan dalam pengajaran ibadat solat 0.3 1.1 12.3 60.8 25.6 4.10 0.66 3 menggalakkan saya melakukan solat berjemaah di surau xx 0.8 8.8 41.1 49.3 4.39 0.68 4 sentiasa membantu saya menyelesaikan masalah berkaitan dengan hukum solat 0.3 1.9 12.8 50.4 34.7 4.17 0.74 5 mengaitkan kepentingan pelaksanaan solat dengan kehidupan murid 0.3 0.8 6.4 49.3 43.2 4.34 0.66 6 sentiasa memberi peluang kepada murid untuk bertanya tentang masalah dalam solat 1.1 1.1 13.1 46.4 38.4 4.34 0.66 7 membawa murid ke surau untuk melaksanakan solat 1.6 2.9 18.9 41.1 35.5 4.29 0.78 8 akan menyuruh murid membuat kesimpulan tentang topik pengajaran 4.3 6.1 33.9 41.9 13.9 4.00 0.90 Min keseluruhan= 4.10 Sisihan piawai = 0.47 50 o j i e. u m. e d u. m y

Selanjutnya, objektif yang kedua adalah untuk menentukkan tahap kaedah pengajaran ibadah solat guru di sekolah. Purata keseluruhan bagi skor min yang berada pada tahap yang tinggi sebanyak (min = 4.02, SP = 0.48). Pengkaji melaporkan dapatan hasil kajian dalam bentuk peratusan sebagaimana ditunjukkan dalam jadual 2 dibawah. Jadual 2: Kaedah Pengajaran Ibadah Solat Bil Item STS TS KS S SS Min SP 1 Penerangan guru di dalam kelas tentang pelaksanaan solat mudah difahami xx 0.5 4.3 54.9 40.3 4.35 0.59 2 guru saya mengajar ibadat solat dengan melakukan tunjuk cara 0.5 2.1 14.4 47.2 35.7 4.15 0.78 3 memperlihatkan cara-cara solat menerusi tayangan video 12.3 14.1 35.2 28.3 10.1 3.10 1.15 4 menggunakan gambar untuk menunjukkan pergerakan dalam solat 4.0 10.1 32.8 34.7 18.4 3.70 1.00 5 menjalankan pemerhatian terhadap cara solat murid di surau sekolah xx 3.5 14.4 44.3 37.9 4.17 0.80 6 melihatkan perlakuan solat murid di surau seorang demi seorang 4.0 10.1 32.8 34.7 18.4 3.53 1.03 7 meminta murid menghafaz bacaan solat xx 1.3 4.5 38.7 55.5 4.48 0.65 8 menegur pelakuan solat murid yang tidak tepat xx 1.1 8.3 44.8 45.9 4.35 0.68 9 menegur bacaan solat murid yang salah 0.3 0.8 7.2 47.5 44.3 4.34 0.67 10 sering bertanya tentang amalan solat murid di rumah 1.6 7.5 25.6 44.5 20.8 3.75 0.92 11 memuji murid yang betul solatnya 3.2 8.5 34.7 39.5 14.1 3.53 0.92 12 menasihati murid yang meninggalkan solat 0.5 1.1 3.5 41.3 53.6 4.46 0.67 Min keseluruhan= 4.02 Sisihan piawai = 0.48 Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-duapemboleh ubah adalah tinggi. Walaubagaimanapun,masih terdapat perbezaan yang dilaporkan iaitu skor nilai min. Skor nilai min yang paling tinggi adalah bagipembolehubah pendekatan (min=4.14, SP=0.45).Manakala pemboleh ubah bagi kaedah menunjukkan skor minyang tinggi(min=3.99, SP=0.45). Jadual 3: Taburan Skor Min Pemboleh Ubah Item Min SP Tahap Pendekatan 4.14 0.45 Tinggi Kaedah 3.99 0.45 Tinggi Keseluruhan 4.05 0.41 Tinggi PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian min keseluruhan bagi tahap pendekatan dan kaedah pengajaran ibadah solat direkodkan adalah tinggi.majoriti responden murid menyatakan kebanyakan guru menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan pengajaran ibadah solat. Ini selari dengan apa yang dinyatakan Asmawati dan Lukman (2009)yangmenunjukkan seramai 97.7% orang guru j-qaf telah melakukan pemerhatianterhadap perlakuan solat murid semasapelaksanaan amali solat sedang dijalankan. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa kepelbagaian pendekatan dan kaedah dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna terutama dalam pengajaran ibadah solat. 51 o j i e. u m. e d u. m y

Esah Sulaiman (2004)menyokong bahawa pemilihan kaedah yang betul akan menimbulkan minat murid untuk belajar.disamping itu, terdapat juga kajian yang telah membina model penghayatan solat berasaskan kaedah tafakur untuk mengkaji daripada aspek bacaan dan perbuatan solat(hamdi Rahman, Mazlah, &Masthurhah, 2013). Seterusnya, dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian Amy Sharimie (2012) yang jelas menunjukkan pendekatan bimbingan yang digunakan sesuai dalam membantu murid mengerjakan solat dengan sempurna yang mana pendekatan ini menggunakan kaedah mnemonik berbantukan multimedia. Secara keseluruhannya, didapati bahawa guru Pendidikan Islam berkeupayaan untuk mempelbagaikan pendekatan dan kaedah pengajaran ibadah solat.kepelbagaian pendekatan dan kaedah memberi kefahaman dengan jelas serta dapat menunjukkan situasi yang sebenar kepada murid secara berhadapan.justeru, hasil dapatan menunjukkan rata-rata murid berpuas hati dengan pemilihan pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar ibadah solat. KESIMPULAN Kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran ibadah solat.secara keseluruhannya, segala pendekatan dan kaedah yang digunakan dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.rata-rata guru Pendidikan Islam mengambil berat solat murid semasa melaksanakan ibadah solat samaada di rumah atau di sekolah. Oleh itu, kajian ini amat bermanfaat kepada guru Pendidikan Islam. Manakala secara khususnya kajian ini bermanfaatkepada guru yang mengajar ibadah solat untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri, & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, metodologi dan pedagogi Pengajian Islam Edisi Kedua KPLI Pengajian Islam & j-qaf. Shah Alam, Malaysia: Oxford Fajar. Amy Sharimie Saripudin. (2012). Pendekatan Bimbingan Rukun Solat Murid Tahun Empat Menggunakan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam Amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, Ms 243-255, (September) (hh. 243 255). Asmawati Suhid, &Lukman Abdul Mutalib. (2009). Tinjauan terhadap pelaksanaan Kem Bestari Solat.Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1), 15 28. Bartlett, J.F, Kortlink, J.W, & Higgins, C.C. (2001). Organizational Research: Determining appropriate sampel size in survey research. Information Technology, Learning and Performance Journal, 19(1):43-50. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi.skudai, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Fathiyah Mohd Fakhrudin. (2010). Penerapan elemen Falsafah Pendidikan Islam dalam pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Lembah Klang.(Disertesi Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Serdang). Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan. Hamdi Rahman, M., Mazlah, Y.,& Masthurhah, I. (2013). Model Penghayatan Solat Berasaskan Kaedah Tafakur. Global Journal Al-Thaqafah, 3(2), 65 78. Diakses dari http://doi.org/10.7187/gjat442013.03.02 52 o j i e. u m. e d u. m y

Kamaruddin Hussin. (1988). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kamarul AzmiJasmi, & Ab. Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran &pembelajaran. Skudai, Malaysia: Penerbit UTM. Mohd Fuad Sam, Marina Majid, Afrah Salwani Jusoh, & Mohd Zain Kosnan. (2013).Murid dan alam belajar.puchong, Malaysia: Penerbit Multimedia. Mok Soon Sang. (2013). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Puchong, Malaysia:Penerbitan Multimedia. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd.Zohir Ahmad (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Professional. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, & Faridah Che Husain. (2008). Pendekatan individu dalam pengajaran Pendidikan Islam sebagai wahana melahirkan modal insan bertamadun.jurnal Usuluddin, 27, 141 156. 53 o j i e. u m. e d u. m y