UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH

Similar documents
PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

Skim. Ibadah Korban. Korban Ritual Scheme

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

SISTEM PENDAFTARAN PENGEBUMIAN ORANG ISLAM. Norzulaikha Binti Zulkifli. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

D.R. 23/98 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Syarikat DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMMUNICATION RESPONSE OF MALAYSIAN CIVIL SERVICE SERVANTS TOWARD VISION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN SKIM KEPENTINGAN 2017 INTEREST SCHEMES REGULATIONS 2017

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

KOMUNIKASI POLITIK: STRATEGI KEMPEN CALON PILIHAN RAYA ABSTRAK

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

1.0 PENGENALAN. 1.5 Berdasarkan keadaan semasa,

D.R. 40/95 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tanah Negara.

ANALISIS PENGGUNAAN KESAN KHAS VISUAL DIGITAL (DVFX) TERHADAP GENRE DAN NARATOLOGI FILEM PENDEK

KEMANUSIAAN Vol. 18, No. 2, (2011), BOOK REVIEW

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

B U L E T T I N U N I V E R S I T Y O F M A L A Y A C E N T R E F O R C I V I L I S A T I O N A L D I A L O G U E

D.R. 13/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006.

Branding an Airline: A Case Study of AirAsia KHOR YOKE LIM, RAMLI MOHAMED, AZEMAN ARIFFIN & GERALD GOH (Universiti

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

BETWEEN NIK ADIB BIN NIK MAT... APPELLANT AGAINST PUBLIC PROSECUTOR... RESPONDENT GROUNDS OF JUDGEMENT (ON SENTENCE)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA BAGI TERMINOLOGI IBADAH

Corporate Governance

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

PERSEPSI INDUSTRI HOSPITALITI TERHADAP GOLONGAN PEKERJA BERKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) NURUL AFIQAH BINTI SAIRI

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

Kata kunci:. Model differential gains, perbincangan interpersonal, penggunaan media massa, penglibatan politik

SOCIAL MEDIA USE AND POLITICAL BEHAVIOR OF IRANIAN UNIVERSITY STUDENTS AS MEDIATED BY POLITICAL KNOWLEDGE AND ATTITUDE ABDOLREZA ALAMI

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik Dan Model Perangsaraf Media

ANALYSIS ON POLITICAL SPEECH OF SUSILO BAMBANG YUDHOYONO: COMMON SENSE ASSUMPTION AND IDEOLOGY

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

APLIKASI MODEL RUANGAN DALAM KAJIAN CORAK PENGUNDIAN DI WILAYAH UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION October 2016, Vol. 4, Issue 2

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT AGREEMENT

1.0 PENDAHULUAN. A. Biasa. Kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45 ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS52 (Pensyarah Kanan) 1 ;

ILANGOVAN KRISHNAN v. SHIYA SDN BHD

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

Nombor handphone janda selangor

Democracy: Order out of Chaos Understanding Power-Law in Indonesian Elections

Notice of Annual General Meeting

PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AN ECONOMIC ANALYSIS OF MONETARY POLICY IN FOUR ASEAN ECONOMIES

Informasi Teknik. : Semua pihak yang berkepentingan : Kampanye Inspeksi Terkonsentrasi oleh Paris MOU mengenai Maritime Labour Convention, 2006.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

BERITA PSSM. PSSM: 2000(1) Untuk Ahli Sahaja Jan - Mac Berita PSSM 2000(1) 1 JAWATANKUASA KERJA PSSM, 2000/02 MATLAMAT PSSM

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

Transcription:

Jurnal PPM Vol. 7, 2013 UM MEMORY: PEMASYARAKATAN WARISAN SEJARAH Haslan Tamjehi & Mahbob Yusof Perpustakaan Universiti Malaya, 56300, Kuala Lumpur, Malaysia. haslan@um.edu.my; mahbobyusof@um.edu.my ABSTRACT UM Memory is a digital archive which provides a platform to store and manage the University of Malaya historical photos.it was developed in 2011 as one of UM Library's digital initiatives in line with the current trend to leverage social media to connect with users. Hence, UM Memory initiative utilizes social media in socializing more than 3000 photos in the archive. This article will discuss the specification of its social media functions in the implementation stage within UM Memory as well the general outline of its socialization approach. Together, this article demonstrates that this effort is a viable approach to take UM Memory to the international level and become daily conversational topics among societies at large. The socialization approach has shifted the library services delivery, access and library collection dissemination. It changes the conventional outlook of collection delivery for reference and research to social media utilization as a channel to converse and share topics on the collection by the public. Keywords: UM Memory; Photographs; Social media; Omeka; Heritage; Preservation; Academic libraries; University of Malaya Library ABSTRAK UM Memory adalah arkib digital foto bersejarah Universiti Malaya yang dibangunkan pada tahun 2011 sebagai salah satu inisiatif digital Perpustakaan UM. Media sosial yang menjadi tren terkini, menyediakan landasan luas untuk dimanfaatkan oleh perpustakaan dalam usaha membangunkan koleksi dan menyampaikan perkhidmatan. Justeru landasan media sosial ini telah digunakan sebaiknya oleh UM Memory untuk memasyarakatkan (socializing) lebih 3,000 foto yang terkandung dalam arkibnya. Artikel ini membincangkan inisiatif pemasyarakatan tersebut menggunakan fungsi media sosial yang tersedia dalam sistem dan juga melalui landasan media sosial umum. Usaha ini bukan sahaja sebagai salah satu pendekatan berkesan untuk memperluaskan akses dan sebaran ke peringkat global, tetapi juga dapat memasyarakatkan koleksi tersebut sehingga menjadi bahan bual bicara khalayak umum. Pemasyarakatan (socialization) ini dilihat sebagai suatu anjakan kepada penyampaian perkhidmatan, akses dan penyebaran koleksi perpustakaan serta sekaligus mengorak selangkah ke hadapan iaitu dari hanya menyimpan dan menyediakan 59

akses untuk rujukan penyelidikan, kini menjangkau ke media sosial menjadi topik dan bahan yang dikongsikan oleh khalayak umum. Kata kunci: UM Memory; Gambar; Media sosial; Omeka; Warisan; Pemuliharaan; Perpustakaan akademik; Perpustakaan Universiti Malaya PENGENALAN Sejarah adalah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau. Sejarah merupakan aspek penting dalam ketamadunan, peradaban dan budaya manusia.justeru, warisan sejarah mesti dikekalkan dan dipelihara serta disebar luas untuk memastikannya tidak luput dari kehidupan manusia. Foto merupakan salah satu sumber rujukan sejarah. Peristiwa, individu, dan kehidupan masyarakat masa lalu dapat dirakamkan di dalam foto. Menerusi foto, buah fikiran dan cetusan emosi boleh berlaku yang mana perkataan tidak mampu melakukannya bersendirian. Di dalam menjadikan foto sebagai sumber warisan sejarah,terdapat beberapa inisiatif terkemuka yang telah dilakukan. Usaha ini bertujuan untuk memasyarakatkan sejarah agar maklumat tentangnya sentiasa terpelihara dan difahami oleh masyarakat. Salah satu contoh inisiatiftersebut adalah American Memory (http://memory.loc.gov/ammem/index.html) yang diterajui oleh Library of Congress. Koleksi foto daripada abad ke 19 yang merakamkan sejarah perkembangan Amerika Syarikat dipaparkan kepada masyarakatnya sebagai sumber pendidikan dan pembelajaran berterusan. Contoh inisiatif lain adalah The Commons (http://www.flickr.com/commons)yang dipelopori oleh sistem media sosial Flickr. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk perkongsian foto bersejarah dikalangan masyarakat dunia. Inisiatif ini disertai oleh institusi seperti Cornell University, National Library of London, NASA dan Smithsonian Institution. Oleh yang demikian, dapat dilihat foto mempunyai nilai warisan sejarah penting bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat dan berilmu. Definisi Usaha di atas adalah sebahagian daripada pemasyarakatan warisan sejarah. Menurut Kamus Dewan istilah "pemasyarakatan "membawa maksud"proses atau usaha dan sebagainya untuk memasyarakatkan (Noreshah, 2010). Apa yang dilakukan oleh semua institusi yang menyertai inisiaitif di atas adalah untuk memastikan maklumat tentang warisan sejarah sampai kepada masyarakat. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan medium Internet seperti media sosial yang kini menjadi tren masa kini. 60

Arkib Digital UM Memory Dalam konteks Perpustakaan Universiti Malaya, usaha pemasyarakatan warisan sejarah Universiti telah dilakukan menerusi pembangunan Arkib Digital UM Memory (http://ummemory.um.edu.my) yang dilengkapi dengan fungsi dan ciri media sosial. Perpustakaan menggalas tanggungjawab memelihara dan memulihara bahan bersejarah Universiti Malaya (UM) menerusi UM Memory dengan mengumpul, memelihara, mendigitis, mengindeks dan memberi akses kepada salinan digital foto bersejarah UM untuk tujuan penyelidikan dan rujukan khalayak umum. Skop koleksi UM Memory meliputi seawal penubuhan Universiti Malaya di Singapura iaitu pada tahun 1905 hinggalah perpindahannya ke Malaysia pada tahun 1959. Sebagai institusi pengajian tinggi terawal di Malaysia yang telah melahirkan ramai tokoh, pemimpin dan intelektual tersohor, Universiti Malaya adalah warisan sejarah pendidikan tinggi Malaysia yang mesti dikekalkan dan diserlahkan kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini. Imej 1: Rakaman imej halaman utama UM Memory 61

Imej 2: Rakaman imej borang metadata UM Memory UM Memory dibangunkan pada tahun 2008 menggunakan sistem sumber terbuka berasaskan platfom web Omeka yang dibangunkan oleh Center for History and New Media, George Mason University, Amerika Syarikat. Omeka dibangunkan khusus untuk kegunaan perpustakaan, arkib dan muzium untuk memaparkan koleksi kebudayaan dan sejarah secara online. Omeka lebih memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan dan konfigurasi teknikalnya adalah minimum. Antara kelebihan Omeka adalah plugin dan interaktiviti yang bercirikan media sosial yang seiring dengan tren semasa. MEDIA SOSIAL DALAM UM MEMORY Berikut adalah plugin media sosial untuk memasyarakatkan kandungan yang digunakan dalam UM Memory. Plugin online exhibit Kepelbagaian tema atau subjek dalam koleksi UM Memory memberikan peluang kepada Pustakawan untuk memaparkan pelbagai topik sejarah Universiti Malaya dari awal penubuhannya hingga kini. Di samping itu keupayaan plugin Online 62

Exhibit untuk mempersembahkan koleksi menerusi pendekatan pameran online memberikan suatu kelebihan kepada pengunjung. Pustakawan dapat menentukan atau mempakejkan maklumat mengenai sesuatu topik kepada mereka.oleh yang demikian, pengunjung dapat memahami maklumat yang penting mengenai sesuatu perkara atau peristiwa tentang Universiti Malaya. Walaupun penyediaan pameran online dapat dibangunkan dalam tempoh yang amat pantas, namun tugas pengkuratoran digital ini (digital curation) perlu dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan sebuah pameran yang lengkap. Ini merangkumi dari aspek pemilihan tema dan tajuk pameran, pencarian dan pengumpulan maklumat, pemilihan imej atau dokumen berkaitan tema pameran, rekaletak objek hinggalah kepada makluman kepada umum mengenai pameran tersebut. Aspek kesahihan, integriti dan kesesuaian maklumat perlu juga dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan salah faham (Harvey, 2010). Sumber rujukan yang berkaitan seperti buku dan individu yang terlibat dirujuk bagi memastikan perkara ini. Online Exhibit, menyediakan dan menguruskan pameran online dengan menyediakan pelbagai templat pameran. Templat yang sesuai dipilih dan maklumat seperti tajuk pameran dan foto berkaitan dilengkapkan. Sumber foto dalam pameran ini adalah daripada koleksi sedia ada dalam UM Memory. Setakat ini Perpustakaan telah menyediakan dua pameran online yang bertajuk Profesor Di Raja Ungku Aziz: The Renaissance Man dan Letters and Certificate of Congratulation. Dengan tugas pengkuratoran berdasarkan penyelidikan yang dilakukan pustakawan pada awal penyediaan sebuah pameran online, masyarakat dapat melihat foto dan maklumat yang tepat tentang sesuatu subjek atau topik di dalam UM Memory. 63

Imej 3: Pameran online tentang sijil-sijil penghargaan perlantikan Naib Canselor Pertama Universiti Malaya, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Plugin contribution Penglibatan masyarakat di dalam pembangunan koleksi UM Memory adalah amat digalakkan. Sumbangan mereka adalah penting. UM Memory memberikan maklumat kepada masyarakat tentang sejarah Universiti Malaya dalam bentuk visual dan tekstual. Namun begitu, tidak semua maklumat yang disediakan adalah lengkap. Perkara ini disebabkan oleh maklumat yang terdapat pada foto misalnya adalah sangat terhad. Boleh dikatakan 70 peratus foto yang di dalam koleksi UM Memory tidak mempunyai deskripsi. Sekiranya ada, maklumatnya adalah ringkas dan kadangkala sukar difahami kerana ditulis dengan tulisan tangan yang kurang jelas. Kebanyakan foto yang mempunyai deskripsi lengkap diperolehi daripada foto pameran yang pernah diadakan oleh Bahagian Perhubungan Awam Universiti Malaya sebelum ini. Mendapatkan maklumat tentang foto tersebut agak sukar. Ini terutamanya foto sebelum 1970an. Ini adalah kerana kebanyakan kesukaran menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat terperinci. Perpustakaan turut melibatkan staf yang telah berkhidmat 64

lebih daripada 30 tahun dan yang telah bersara daripada perkhidmatan. Mereka memberikan maklumat berdasarkan memori kepada setiap fotoyang disediakan. Alternatif lain yang digunakan oleh UM Memory bagi mendapatkan maklumat daripada khalayak adalah dengan menggunakan plugincontribution. Menerusi kemudahan ini pengunjung bukan sahaja dapat membantu UM Memory dalam membekalkan deskripsi, tetapi ia turut memberikan peluang kepada masyarakat untuk berkongsi cerita, imej, video dan audio. Bahan yang ingin dikongsikan perlu dimuatnaik oleh mereka. Beberapa butiran seperti nama, alamat email dan perakuan sebagai pencipta perlu dilengkapkan untuk membolehkan bahan dimuatnaik oleh mereka secara online ke dalam UM Memory untuk paparan umum. Imej 4: Rakaman imej borang Contribute 65

Imej 5: Rakaman imej gambar disumbangkan secara online oleh pengunjung UM Memory Aplikasi Facebook Oleh UM Memory Facebook adalah sebuah platform media sosial yang digunakan oleh masyarakat untuk sentiasa berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Media sosial ini bukan sahaja digunakan oleh golongan muda tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai akses ke Internet. Ia dapat mendekatkan hubungan yang jauh dan menggalakkan perkongsian pandangan dan idea. Dalam konteks UM Memory, jaringan sosial seperti Facebook ini mempunyai potensi besar dalam usahanya untuk mempromosikan bahan-bahan UM Memory. Perpustakaan Universiti Malaya mempunyai laman Facebooksendiri yang mempunyai fan lebih dari 66

3000 orang. Oleh yang demikian, selain menggunakan plugin dalaman Omeka, Facebook juga turut digunakan untuk menarik lebih ramai pengguna ke UM Memory. Pustakawan melakukanpemilihan foto dari UM Memory yang mengandungi maklumat tajuk foto dan pautan kepada rekod imej di UM Memory untuk diposkan ke dalam Facebook pada waktu dan kekerapan tertentu. Tema imej yang disediakan adalah pelbagai. Contohnya aktiviti akademik, sukan, kolej kediaman, fakulti dan peristiwa yang berlaku di sekitar kampus. Pengunjung akan memberikancomment masing-masing terhadap foto tersebut dan ada sebilangannya yang berkongsi comment ke dalam media sosial lain seperti Google+ dan Twitter. Jadual 1 menunjukkan sambutan para pengguna Facebook Perpustakaan Universiti Malaya tentang empat posting foto yang diambil daripada UM Memory. Jika diperhatikan jumlah keseluruhan pengunjung yang melawat (Total Reach) post UM Memory adalah seramai 18,500 orang. Manakala jumlah pengguna unik (Engaged Users) yang telah melawat postpage adalah seramai 1,890 orang. Pengunjung yang berbicara (Talking about this) mengenai kesemua post UM Memory ini adalah seramai 911 orang. Ini menunjukkan terdapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan masyarakat di Facebook tentang sejarah Universiti Malaya. Menerusi media sosial ini Perpustakaan kini dapat mengetahui reaksi sebenar masyarakat mengenai inisiatif pemasyarakatan warisan sejarah ini. 67

Jadual 1. Pencapaian aktiviti pemasyarakatan foto dalam Facebook Perpustakaan Tajuk Post Total reach Engaged users Talking about this Haluan Siswa 1988 4504 370 172 Kolej Keempat, UM 7744 950 451 Bangunan Baktisiswa UM 2108 184 55 Exam Hall 1977 4194 386 233 Jumlah Pengunjung 18,550 1,890 911 68

Imej 6: Paparan rakaman skrin menunjukkan penglibatan arakat membicarakan tentang warisan sejarah UM. Ini menunjukkan aktiviti pemasyarakatan sejarah menerusi media sosial mendapat tempat di kalangan masyarakat. Rajah 1: Peningkatan akses pengunjung ke UM Memory (Januari hingga Julai 2013) PERANCANGAN MASA HADAPAN UM Memory adalah sebuah inisiatif Perpustakaan Universiti Malaya bagi memastikan sejarah institusi pengajian tinggi terawal negara ini sentiasa terpelihara dan disampaikan kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian, Perpustakaan telah merancang beberapa penambahbaikan berterusan agar dapat menarik lebih ramai pengujung ke UM Memory. 69

Paparan (interface) web UM Memory akan dikemaskini bagi memberikan pengalaman visual baru kepada mereka. Selain daripada itu, aspek pembangunan kandungan UM Memory akan ditambah dari masa ke semasa; Aktiviti untuk mencari dan mengumpulkan bahan berunsur berkaitan sejarah Universiti Malaya akan digiatkan lagi.penambahan kategori format selain imej akan cuba diusahakan. Pengunjung akan dapat merujuk lebih banyak fail dalam format audio, video dan teks di masa akan datang; Jadual 2. Lain-lain plugin dan fungsi dalam Omeka Tag Nama Plugin Tweetster WikiCite Social Bookmarking MyOmeka MediaRSS Comments Fungsi Tema tanpa hirarki subjek yang diberikan kepada setiap bahan. Memberikan tweet secara automatik kepada akaun Twitter penggguna tentang penambahan terbaru di dalam koleksi. Menambahkan Wikipedia citation code pada setiap bahan. Oleh yang demikian, pengguna boleh menyalin dan meletakkan citation code tersebut di dalam wikipedia dengan lebih mudah. Menggunakan fungsi AddThis bagi setiap laman agar pengguna dapat memasukkannya di dalam senarai social bookmarking mereka. Membolehkan pengguna masuk (login) ke dalam sistem dan melakukan item favoriting dan membuat poster daripadanya. Menambahkan kemudahan RSS (Really Simple Syndication) di dalam platfom. Plugin ini memberikan maklumat bahan terkini di dalam koleksi kepada pengguna Memberikan peluang kepada pengguna untuk memberikan komen dan penarafan kepada bahan di dalam koleksi. Kekerapan pameran online akan ditambah, setiap tahun sekurang-kurang dua buah pameran akan disediakan kepada pengunjung; Perpustakaan juga sentiasa menjalankan kegiatan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan untuk meneroka kemungkinan lain dalam mempromosikan warisan sejarah ini kepada masyarakat; 70

Penambahan lebih banyak plugin Omeka yang berorientasikan media sosial adalah di dalam perancangan Perpustakaan. Pengunjung akan mempunyai lebih banyak ruang dan pilihan untuk berkongsi dan berinteraksi dengan kandungan UM Memory. Paparan (interface) web UM Memory akan dikemaskini bagi memberikan pengalaman visual baru kepada mereka. KESIMPULAN Keupayaan media sosial dalam meningkatkan penawaran perkhidmatan Perpustakaan tidak dapat dinafikan. Ia bukan lagi suatu kehendak tetapi keperluan kepada pengguna yang rata-rata mempunyai akses ke teknologi tersebut. Perpustakaan harus menggunakan teknologi ini untuk memenuhi tren keperluan pengguna pada masa kini. Media sosial juga mampu menjadi medium dalam pemasyarakatan warisan sejarah. Pengaplikasiannya di dalam merealisasikan matlamat ini adalah praktikal kerana kemampuannya untuk membawa capaian maklumat sejarah tersebut ke pelbagai lapisan masyarakat. RUJUKAN Ellison, N. B., Stenfield, C and Lampe, C. 2007. The benefits of Facebook Friends : social capital an college students use of online networks sites. Journal of Computer Mediated-Communication, Vol. 12, no. 4. Retrieved from: http://jcmc.indiana.edu/vol12/issue4/ellison.html. Harvey, D. E. 2010. Digital curation: a how-to-do-it manual, no. 170. New York: Neal-Schuman Publishers. Noresah Baharom. 2010 Kamus Dewan. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. O Keeffe, G. S., Clarke-Pearson, K. and Council on Communications and Media. 2011. The impact of social media on children, adolescents and families. Pediatrics, Vol. 127, no. 800. Retrieved from: http://pediatrics.aappublications.org/content/127/4/800.full.pdf+html. 71