TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

Similar documents
PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

Paradigma Sosialisme dan Demokrasi Sosial: Tony Benn, Tokoh Parti Buruh UK

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AN ECONOMIC ANALYSIS OF MONETARY POLICY IN FOUR ASEAN ECONOMIES

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

LAND LAW AND SURVEY REGULATION (SGHU 3313)

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

Memahami Pemasaran Politik: Satu Perbincangan Asas

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

Analisis Perbahasan Zizek dan Laclau Soal Faham Sejarah dan Perubahan Masyarakat

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

Mengikut plaintif, pengubahsuaian bangunan itu telah dimulakan tanpa kebenaran plaintif terlebih dahulu.

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

MTUC. Selamat is ending with Human Resources Minister s many unfulfilled. Tahun. Baru Teruskan perjuangan anda bagi tahun 2010

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

BERITA PSSM. PSSM: 2000(1) Untuk Ahli Sahaja Jan - Mac Berita PSSM 2000(1) 1 JAWATANKUASA KERJA PSSM, 2000/02 MATLAMAT PSSM

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR SKILL, TRADE STRUCTURE AND COMPARATIVE ADVANTAGE OF MALAYSIA'S MANUFACTURING INDUSTRIES,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

TRADE LIBERALIZATION AND EXPORT COMPETITIVENESS: A CASE STUDY ON INDONESIAN SEAWEED IN THE GLOBAL MARKET

Skim. Ibadah Korban. Korban Ritual Scheme

Sharon Song Choy Leng (M/s Gan Teik Chee & HO), Krishna Kumari a/p Ratnam (M/s Cheng, Leong & Co) ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 29]

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

Corporate Strategies for Asia Pacific Companies in Dealing with Europe's Single-Integrated Market

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

KONSENSUS MELALUI PERANAN KETUA KAUM DALAM JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM (JPK) 1948.

THE TERRITORIAL TRAP AND THE PROBLEM OF NON- TERRITORIALIZED GROUPS

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

Management Bhd dan lain-lain

Kata kunci:. Model differential gains, perbincangan interpersonal, penggunaan media massa, penglibatan politik

PEMANSUHAN PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN IMPLIKASINYA DI MALAYSIA

1.0 KONSEP 2.0 MAKLUMAT KOMODITI. Seperti di Perkara 7 Jadual Pertama 3.0 BELIAN DAN JUALAN 3.1 HARGA BELIAN KOMODITI BANK

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

Majlis Perbandaran Seremban v Era Baru Sdn Bhd and Another Appeal

PERSEPSI INDUSTRI HOSPITALITI TERHADAP GOLONGAN PEKERJA BERKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) NURUL AFIQAH BINTI SAIRI

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN SIVIL NO: D ANTARA

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

A Portrait of contemporary life in a. rural Javanese farming community in. the era of globalisation. Rebecca Meckleburg

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

COMMUNITY ECONOMIC DEVELOPMENT (CED) PROJECT (Program Pemberdayaan Ekonomi bagi Mantan Buruh Migran Perempuan)

BRG Polo Haus Sdn Bhd dan satu lagi lwn Blay International (M) Sdn Bhd dan lain-lain

DOKTRIN BUSH: SATU ANALISIS HEGEMONI BERIDEOLOGI GRAMSCI

WELL-BEING AND ENHANCING FOOD SECURITY: MEASURING WHAT MATTERS TO AGRICULTURAL COMMUNITIES

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

ANALISIS PENGGUNAAN KESAN KHAS VISUAL DIGITAL (DVFX) TERHADAP GENRE DAN NARATOLOGI FILEM PENDEK

Hasutan (Pindaan) 1 D.R. 17/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Hasutan Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAM DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO : NA /2017 ANTARA

CONDITIONS GOVERNING THE HIRING OF SAFE DEPOSIT BOXES

PEMBIAYAAN POLITIK DI MALAYSIA: MEMPERKUKUH INTEGRITI

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

LIRIIIII. KAJIAN SOSKi-IKKONOM 1 SELEPAS K. EMASüKAN. HIDRO-ELEKTRIK BAKUN: Kl1HAN ICES DI UMA BAWANG LONG NIURUM 6A PERLAKSANAAN PROJCK

1.0 PENDAHULUAN. A. Biasa. Kenaikan pangkat jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45 ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS52 (Pensyarah Kanan) 1 ;

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

D.R. 9/2013 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

Mohamad Ridzuan Bin Zamhor v Pendakwa Raya

Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik Dan Model Perangsaraf Media

Transcription:

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN oleh: Dr. Muhammad Yamin Ismail Baitulmal Wilayah Persekutuan (MAIWP) Abstrak Idea Ibn Khaldun, bapa sosiologi Islam amat penting diselusuri dalam kehidupan masyarakat kontemporari. Dalam artikel ini penulis cuba melihat kepada teori ekonomi dan pengurusan kekayaan sebagaimana yang diutarakan oleh beliau dalam kitabnya Muqaddimah. Bagi Ibn Khaldun, kekayaan dan kekuatan ekonomi amat penting demi kelangsungan hidup sesebuah negara. Negara perlu mempelbagaikan sumber ekonomi agar tidak bergantung kepada satu sumber kekayaan sahaja. Bagi beliau pembangunan modal insan sama pentingnya dengan pembangunan ekonomi itu sendiri, kerana tanpa insan yang berkualiti, umat Islam sukar menjadi umat yang terbaik di dunia ini. Pendahuluan Ketokohan Ibn Khaldun diakui oleh ramai sarjana timur dan barat. Mereka menyifatkan beliau sebagai tokoh dan ahli fikir yang tidak ada bandingannya dalam sejarah. Arnold Toynbee berpendapat bahawa falsafah sejarah yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun adalah sumbangan yang terbesar yang pernah dilahirkan oleh manusia bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan malah sepanjang zaman.' Karya teragung beliau dalam bidang persejarahan dan tamadun iaitu Muqaddimah telah banyak dibincangkan dan dikaji oleh sarjana-sarjana kontemporari. Kehebatan Muqaddimah terbukti apabila is menjadi rujukan dalam bidang persejarahan, tamadun dan sosiologi oleh para pengkaji aliran ini.2 http://www.globalwebpost.com/farooqm/study_res/ibn_khaldunitoynbee_khaldun. html Dipetik dari Abd. Wahid Jais & Faezah Kasim, "Pemikiran Ibn Khaldun Terhadap Kepentingan dan Kesan Peniruan Dalam Tamadun." Kertas kerja yang dibentang di Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun, 9-10 Mei 2006, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 127

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abdul Rahman Ibn Khaldun dilahirkan di Tunis pada 27 Mei tahun 1332 dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1406 pada usia 74 tahun. Semenjak kecil beliau telah dididik dengan kegigihan dan komitmen yang tinggi dalam bidang keilmuan. Ini jelas apabila diteliti latar belakang kehidupannya yang berasal dari keluarga yang agak mewah, namun beliau tidak leka dengan kesenangan, sebaliknya bertungkus lumus dalam bidang keilmuan. Kecemerlangan beliau terbukti apabila semasa hayatnya beliau pernah memegang jawatan terpenting seperti Setiausaha Negara kepada pemerintah Abu Salim, pemerintah Moroko. 3 Walaupun Ibn Khaldun tidak dikenali sebagai seorang pemikir atau ahli ekonomi, namun idea-idea beliau mengenai ekonomi diiktiraf oleh sarjana-sarjana kontemporari yang mengkaji pemikiran beliau, sebagai mendahului teori dan pemikir ekonomi selepas beliau seperti Adam Smith, Karl Marx dan John Maynard Keynes.4 Idea Ibn Khaldun dari sudut ekonomi tidak terpusat pada bab tertentu dalam Muqaddimah tetapi is dibincangkan secara tidak terpusat dalam hampir semua bab terutama bab ketiga, keempat dan kelima. Ibn Khaldun berpandangan bahawa kekayaan adalah satu keperluan utama dalam kelangsungan hidup sesebuah negara. Islam sendiri menuntut umatnya mencari rezeki. Dalam hal ini Ibn Khaldun mengemukakan ideanya mengenai kepentingan kekayaan kepada negara dengan merujuk kepada runtuh bangunnya kerajaan Islam Arab seperti kerajaan Abbasiyyah dan Umawiyyah. Ukuran Kekayaan Kekayaan yang sering dirujuk dan dinilai melalui harta atau wang menjadi satu modal penting kepada pembangunan sesebuah negara. Dalam bab keempat, Ibn Khaldun telah merujuk emas dan logam sebagai nilai ukuran utama harta dan kekayaan masyarakat pada zamannya. Walaupun barangan dan perkhidmatan lain mempunyai nilai masing-masing, tetapi emas dan perak sering menjadi ukuran tertinggi dalam konteks penilaian harta, kekayaan dan keuntungan. Walau bagaimanapun, bagi Ibn Khaldun keringat (tenaga buruh) Hadi Sharif (1985), "Ibn Khaldun's Thoughts in the Context of Sociology of Educations," Muslim Quarterly, vol. 2, no. 3, h. 3. Abdol Soofi (1995), Economics of Ibn Khaldun Revisited. London: Routledge, h. 387-404. 128

mempunyai nilai atau modal yang penting dalam mendapatkan emas ataupun perak. Beliau juga turut menyentuh konsep untung dan rezeki dalam menilai hasil yang dikeluarkan oleh buruh (pengeluaran). Keuntungan menurut beliau ialah hasil daripada pendapatan yang diperolehi daripada sesuatu usaha. Manakala sesuatu itu dinamakan rezeki apabila ia boleh dimanfaatkan oleh manusia. Keuntungan dan rezeki dinilai berdasarkan tenaga dan usaha untuk memperolehinya. Semakin berusaha seseorang itu, semakin tinggi nilai keuntungannya.5 Bidang Ekonomi Menurut Ibn Khaldun, terdapat pelbagai bidang yang boleh diceburi untuk meningkatkan ekonomi negara. Beliau telah meletakkan tiga bidang iaitu pertanian, kesenian dan perdagangan sebagai sektorsektor yang menguntungkan. Sektor pertanian menjadi keutamaan yang mendahului dua sektor yang lain, bukan hanya disebabkan ia sebagai satu aktiviti yang mudah atau mempunyai tradisi yang panjang dalam sejarah manusia, tetapi pertanian adalah sektor terpenting dalam menyediakan keperluan asas manusia yang utama iaitu makanan. Ini tidak dapat dinafikan kerana negara yang mengabaikan sektor pertanian akan berhadapan dengan pelbagai masalah pembangunan. Misalnya negara yang berorientasikan sektor perindustrian sedikit sebanyak telah menjejaskan sektor pertanian negara tersebut. Negara itu terpaksa berbelanj a tinggi untuk mengimport makanan dari luar seperti beras dan bijirin, sedangkan sektor pertanian yang secara tradisinya membantu memenuhi keperluan asas rakyat terabai. Bagi Ibn Khaldun, sektor pertanian sebenarnya mampu mengembangkan lagi ekonomi negara iaitu melalui aktiviti perdagangan yang berasaskan hasil pertanian.6 Perdagangan pula, ialah sektor ekonomi yang dihuraikan oleh Ibn Khaldun sebagai kaedah yang terpenting untuk mendapatkan kekayaan. Laba atau keuntungan dalam perdagangan perlu diuruskan dengan bijak untuk mendapatkan hasil yang baik. Penentuan harga dan pasaran perlu berdasarkan kepada keadaan persekitaran serta permintaan masyarakat terhadap barangan tersebut. Ibn Khaldun turut ' Ibn Khaldun (2002), Mukadimah Ibn Khaldun (tei-j.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 386-444 6 Ibid. 129

JURNAL PENYELID1KAN ISLAM menekankan aspek amalan perdagangan yang sihat dan kepentingan wujudnya prinsip keadilan, khasnya dari segi penetapan harga barangan di pasaran. Persoalan penindasan dan ketidakjujuran dalam perdagangan juga menjadi fokus Ibn Khaldun kerana perkara ini akan memberi kesan yang besar kepada pasaran. Sikap segelintir pedagang yang menyembunyikan barangan semata-mata untuk menaikkan harga dikritik oleh Ibn Khaldun. Unsur-unsur negatif dalam perdagangan ini mampu membawa kerosakan nilai yang secara sedikit demi sedikit menjejaskan pembangunan masyarakat.7 Ibn Khaldun juga menekankan konsep pembahagian buruh dan pengkhususan dalam pembangunan ekonomi negara. Konsep pembahagian buruh (division of labour) oleh Ibn Khaldun ini juga dibincangkan oleh Karl Marx dalam kritikannya terhadap sistem kapitalis dan Durkheim dalam membincangkan kesan sosial daripada fenomena pembahagian buruh.' Ilmu, kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memainkan peranan penting kepada sesuatu peradaban. Dalam masa yang sama, Ibn Khaldun juga mengemukakan bahawa pentingnya seseorang itu mempunyai kepakaran dalam lebih daripada satu bidang. Misalnya, seseorang yang mahir dalam seni pertukangan perlu juga menguasai bidang lain. Menurut beliau, gabungan ilmu, kepakaran dan pengkhususan dalam pelbagai bidang akan mewujudkan kecerdikan di kalangan rakyat. Ini boleh menjadi aset yang penting kepada pembangunan negara.9 Budaya Mewah Ibn Khaldun tidak menafikan bahawa kemakmuran dan kekayaan mampu mengukuhkan kedudukan sesebuah negara, tetapi keruntuhan nilai agama dan kelesuan semangat kekitaan (asabiyyah) secara perlahan akan memendekkan hayat kekuatan negara. Ini kerana apabila penghayatan agama yang semakin merosot, kekayaan yang dimiliki oleh rakyat tidak dinikmati dengan cara berhikmah kerana budaya bermewahan mula mengambil tempat dalam hidup mereka. Ini telah dibincangkan oleh Ibn Khaldun dalam bab keempat dengan Ibid. Martinussen J. D (1997), Society, State And Market: A Guide To Competing Theories of Development. New York: Zed Books, h. 56. Ibn Khaldun (2002), Mukadimah Ibn Khaldun (terj.), op. cit. 130

menghuraikan sikap dan peribadi buruk yang timbul akibat budaya mewah yang merosakkan peradaban manusia. Prinsip Keadilan Dari segi pendekatan yang perlu digunakan oleh negara untuk pembangunan, Ibn Khaldun telah meletakkan prinsip keadilan sebagai kaedah yang terbaik dalam usaha pengeluaran dan juga pengagihan hasil negara. Ketidakadilan dalam negara adalah salah satu sebab yang membawa kepada kehancuran. Prinsip ini telah dibincangkan oleh Ibn Khaldun dengan merujuk kepada punca yang membawa kepada ketidakadilan yang berlaku kepada rakyat. Beliau menghubungkan ketidakadilan dalam negara berpunca daripada sikap pemerintah atau golongan bangsawan. Beliau mengkritik budaya tamak dan cemburu terhadap kekayaan yang dimiliki sesama sendiri khususnya di kalangan penduduk bandar yang mempunyai pangkat dan kedudukan. Budaya menindas orang lain dan mendapatkan perlindungan politik dengan tujuan untuk menjaga kedudukan dan kekayaan disentuh oleh Ibn Khaldun secara sinis dalam bab keempat.10 Ibn Khaldun telah mengkritik budaya pemerintah dan bangsawan di zamannya yang berlebih-lebihan dalam menguruskan kekayaan; membina istana dan membina taman mewah, membeli alat atau perkakas rumah yang baik; sesuatu yang dianggap oleh Ibn Khaldun sebagai gaya hidup mewah yang kemudiannya diwariskan kepada generasi seterusnya. Perbelanjaan mengatasi gaji atau elaun yang diperolehi menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara yang mengundang kesengsaraan kepada rakyat seperti mengenakan denda dan cukai yang tinggi bagi menampung perbelanjaan mereka. Perbelanjaan bagi urusan pentadbiran dan perkhidmatan negara seperti ketenteraan dikurangkan bagi menampung perbelanjaan peribadi mereka melalui penambahan elaun dan gaji. Kewujudan kelas kapitalis dalam masyarakat di bandar telah dikupas oleh Ibn Khaldun mendahului perbincangan oleh Karl Marx. Percukaian Dalam meningkatkan hasil, cukai merupakan salah saw sumber penting kepada negara. Menurut Ibn Khaldun cukai yang dikenakan kepada '' Ibid. 131

rakyat hendaklah berdasarkan kepada syariat Islam iaitu sadaqah, cukai tanah (kharaj) dan cukai pemberian hak bersuara (jizyah). Manakala sumber dari zakat adalah untuk kegunaan kebajikan masyarakat Islam. Ibn Khaldun menegaskan bahawa cukai ini perlu dilaksanakan mengikut syariat dan tidak boleh diubah atau ditambah mengikut kehendak tertentu. Jika ini berlaku is akan memberi kesan kepada rakyat dan akhirnya menjejaskan negara. Menurut beliau, kadar cukai yang semakin meningkat akan menyebabkan berlaku pengurangan kepada hasil pendapatan negara, berikutan semua aktiviti pengeluaran ke arah meningkatkan ekonomi akan merosot. Beliau menjelaskan hal ini dengan merujuk kepada keruntuhan beberapa dinasti yang disebabkan oleh penyelewangan cukai yang dikutip dari rakyat." Kesimpulan Dari perbincangan di atas menunjukkan pemikiran Ibn Khaldun mengenai kegiatan ekonomi dalam masyarakat boleh dikatakan bersifat menyeluruh. Beliau tidak hanya membincangkan aspek asasi iaitu pengeluaran atau kegiatan secara semulajadi malah beliau turut membincangkan akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlaku dalam masyarakat. Kegiatan ekonomi yang menjadi punca kepada pembentukan pola kehidupan masyarakat berkeupayaan melahirkan sistem nilai kehidupan sama ada positif mahu pun negatif. Kedua-dua sifat ini adalah berkait langsung dengan tuntutan kehidupan akibat perubahan yang berlaku dalam masyarakat. 11 Ibid. 132