FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Similar documents
PROFILE OF CONSTRUCTION CONTRACTUAL CLAIMS NUR JAZLIANNA BINTI SAMSUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CONSTRUING CONTRACT CLAUSE: THE LITERAL RULE CHAI SIAW HIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EQUITABLE REMEDY: SPECIFIC PERFORMANCE THEN LEE LIAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VALID AND INVALID VARIATION OMISSION OF WORKS MOTHILAL A/L MUNIANDY

DEDICATION. To my great parents, may Allah bless both of you. To my patient and bleeding country, may Allah grant you peace.

UNCONSCIONABLE CALL OF PERFORMANCE BOND WAN NOOR SOLEHHA BINTI WAN NIK FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LABOUR FORCE PARTICIPATION IN MALAYSIA BY GENDER AND LOCALITY PERSPECTIVES

A PROPOSED METHODOLOGY TO DEVELOP DISASTER RECOVERY PLAN FOR CICT UTM HUSSEIN YUSUF SHEIKH ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE IMPACT OF GOVERNMENT POLICY ON THE RELATIONSHIP BETWEEN CRITICAL SUCCESS FACTORS AND INCUBATION CONTRIBUTIONS

A RELATION BETWEEN TUDUNG SAJI WEAVING PATTERNS AND GROUP THEORY SITI NORZIAHIDAYU AMZEE ZAMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

D.R. 48/96 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

PENYERTAAN SOSIAL Social Participation

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE DISCURSIVE CONSTRUCTION OF IRAN FROM 1979 TO 2009 IN THE NEW YORK TIMES MARYAM JAHEDI

HBT Bahasa, Undang-Undang Dan Penterjemahan II (Language, Law and Translation II)

PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

Setem (Pindaan) 1 D.R. 14/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Setem Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION October 2016, Vol. 4, Issue 2

Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

AN IMPROVED SWITCHING AND CONTROL TECHNIQUE IN POLARIZATION AND DEPOLARIZATION CURRENT MEASUREMENT APPLICATIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMMUNICATION RESPONSE OF MALAYSIAN CIVIL SERVICE SERVANTS TOWARD VISION

Nilai Nyawa Statistik dan Pengurusan Bencana. Abu Sufian Abu Bakar. Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2000/2001

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LOCAL RESIDENTS' AND TOURISTS' ATTITUDES TOWARDS TOURISM DEVELOPMENT AT PATONG BEACH, PHUKET, THAILAND

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA U.S. POLICIES TOWARD IRAN AND IMPLICATIONS FOR REGIONAL SECURITY IN THE PERSIAN GULF FROM

CIRCULAR 2017/02. Tick ( ) where applicable. Please reply to any of Sara Worldwide Vacations Berhad Member Service Centres by 20 September 2017.

D.R. 18/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Keseksaan. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

A STUDY OF RESIDENTS ATTITUDES AND SUPPORT FOR HEALTH TOURISM IN SARAWAK

HBT 203 Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

TREN PENGUNDIAN DAN DINAMIKA POLITIK CINA DI MALAYSIA

D.R. 40/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Kastam DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

SETTING ASIDE AN AWARD: ARBITRATOR S MISCONDUCT LEE SEE KIM MB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2016 PERSONAL DATA PROTECTION (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS 2016

CORPORATE GOVERNANCE MECHANISMS, OWNERSHIP STRUCTURE, AND CORPORATE RISK DISCLOSURE: EVIDENCE FROM THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Special Issue 2 (2017): , ISSN: x

WELL-BEING AND ENHANCING FOOD SECURITY: MEASURING WHAT MATTERS TO AGRICULTURAL COMMUNITIES

KONTRAK Diputuskan: [1] [2] [3] [4]

PROSEDUR SIVIL: penyalahgunaan proses Mahkamah - Tidak teratur - Menyalahi undang-undang - Bidangkuasa dan budibicara Mahkamah.

AKTIVITI GELOMBANG OTAK SEMASA REHAT, SUDOKU DAN SELEPAS SIMULASI PERLAWANAN TAEKWONDO IZWYN BINTI ZULKAPRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOCIAL MEDIA AND AGENDA SETTING: IMPLICATIONS ON POLITICAL AGENDA

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PERMIT APPLICATION FOR A RENEWAL OF PERMIT

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO /2017 ANTARA LAWAN

Kata kunci:. Model differential gains, perbincangan interpersonal, penggunaan media massa, penglibatan politik

SOCIAL MEDIA USE AND POLITICAL BEHAVIOR OF IRANIAN UNIVERSITY STUDENTS AS MEDIATED BY POLITICAL KNOWLEDGE AND ATTITUDE ABDOLREZA ALAMI

2. The following group of persons shall not be eligible to participate in this Contest:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CONTROL PATTERNS AMONG MULTINATIONAL SUBSIDIARIES IN MALAYSIA RAJA NERINA BT. RAJA YUSOF GSM

PERSEPSI INDUSTRI HOSPITALITI TERHADAP GOLONGAN PEKERJA BERKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN) NURUL AFIQAH BINTI SAIRI

Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 1 D.R. 17/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah.

D.R. 41/94. b er nama. Suatu Akta untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah [ ]

PENGGUNAAN MEDIA, NORMA KEWARGANEGARAAN DAN PARTISIPASI POLITIK DALAM ERA TRANSISI KE DEMOKRASI DI INDONESIA

(RD/T&C/SDB/ENG/JUN2016) Page 1 of 5

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA AN ECONOMIC ANALYSIS OF MONETARY POLICY IN FOUR ASEAN ECONOMIES

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: 29NCC /2015

MANPOWER NEEDS IN CONSTRUCTION (FOREIGN LABOUR ISSUES) RAZLINA BINTI MOHAMED

ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA BAGI TERMINOLOGI IBADAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BALANCE OF PAYMENT OF ASEAN FIVE PLUS THREE YONG CHEN CHEN FEP

ILANGOVAN KRISHNAN v. SHIYA SDN BHD

ANALYSIS ON POLITICAL SPEECH OF SUSILO BAMBANG YUDHOYONO: COMMON SENSE ASSUMPTION AND IDEOLOGY

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO: /2016

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN JARINGAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2016

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH KES NO : MT-42S-10-07/2016 ANTARA

HBT 103 BAHASA, UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN I

PERCEPTION AND ATTITUDE OF MIDDLE EAST TOURISTS TOWARDS TRAVEL IN KUALA LUMPUR MEHRNAZ SADEGHPOUR. A thesis submitted in fulfillment of the

SIKAP ISI RUMAH TERHADAP HUTANG DAN KEBERHUTANGAN: KAJIAN KES DI LEMBAH KLANG, MALAYSIA

Budaya Politik Kontemporari Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Penilaian Kritis.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

D.R. 16/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bahan Letupan 1957.

KOMEN JOINT ACTION GROUP FOR GENDER EQUALITY (JAG) KE ATAS CADANGAN-CADANGAN PINDAAN KEPADA KANUN KESEKSAAN DAN KANUN TATACARA JENAYAH

PEMBANGUNAN POLITIK DAN PENDEMOKRASIAN: SUATU ANALISIS KONSEPTUAL (Political Development and Democratization: A Conceptual Analysis)

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22-NCVC-6-02/2017 ANTARA MESRA BUDI SDN.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of THREE (3) essay questions. Answer ALL questions.

P Mukundan A/L P K Kunchu Kurup and 2 Others v Daniel A/L Anthony and Another Appeal

D.R. 5/94 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

TEORI EKONOMI DAN PENGURUSAN KEKAYAAN OLEH IBN KHALDUN

Copyright by Research and Education for Peace (REPUSM) and Southeast Asian Conflict Studies Network (SEACSN) All rights reserved

CORRUPTION IN CONSTRUCTION B GEVANSRI K BASKRAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-2-02/2017 ANTARA

D.R. 22/2006 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966.

KOMUNIKASI POLITIK: STRATEGI KEMPEN CALON PILIHAN RAYA ABSTRAK

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA KES KEBANKRAPAN NO: /2013

TERMINATION OF CONTRACTOR DUE TO THE CORRUPTION, UNLAWFUL OR ILLEGAL ACTIVITIES HASNITA HANA BINTI HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MALAYSIAN WOMEN S AUTOBIOGRAPHIES AS A MULTIETHNIC LEGACY OF GENERATIVITY

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA- 22NCVC / 2017 ANTARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN ANTARA SOSIALISASI DENGAN BUDAYA POLITIK KELAS MENEGAH MELAYU DI SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

Kempen Politik Trump: Strategi, Taktik Dan Model Perangsaraf Media

MOK YONG KONG & ANOR v MOK YONG CHUAN

KEAHLIAN HOMECLUB TERMA DAN SYARAT:

Sivamurugan - Legitimasi Politik LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN. Sivamurugan Pandian

Universitas Sumatera Utara

MEMPERKASAKAN PERLINDUNGAN MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA

PROSEDUR SIVIL Diputuskan: [1] [2] [3]

Held: Per Abdul Hamid Mohamad JCA

Pengaruh Jaringan Sosial ke Atas Migrasi Pekerja Bugis - Indonesia ke Sabah ABSTRAK

Attestation of Registrable Instruments (Mining) LAWS OF MALAYSIA REPRINT. Act 387 ATTESTATION OF REGISTRABLE INSTRUMENTS (MINING) ACT 1960

Datuk Wira SM Faisal bin SM Nasimuddin Kamal lwn Datin Wira Emilia binti Hanafi & 4 lagi

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H) Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2011

Held (dismissing the appeal): Per Abdul Hamid Mohamad FCJ:

1. Overseas Union Bank Ltd. v. Chuah Ah Sai [1989] 1 LNS 2; [1989] 3 MLJ En. Paul Chin (Tetuan Gan Teik Chee & Ho) bagi pihak Plaintif.

Transcription:

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENGAMALAN IBADAH SUNAT DALAM KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK Fatin Faqeriah Binti Hamsah faqeriah@poliku.edu.my Termimi Hidayat Bin Mahyan termimi@poliku.edu.my Politeknik Kuching Sarawak, KM22 Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. ABSTRAK Pensyarah merupakan suri teladan yang bertanggungjawab membentuk akhlak yang mulia dikalangan pelajar. Akhlak yang mulia ini boleh dibentuk melalui amalan ibadah sunat disamping amalan utama yang diamalkan dalam kehidupan seorang muslim. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk amalanamalan ibadah sunat yang dilaksanakan oleh pensyarah serta mengkaji faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pengamalan ibadah tersebut. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor keluarga, faktor rakan, faktor keilmuan dan faktor persekitaran. Responden kajian ini adalah pensyarah akademik di jabatan induk dan jabatan sokongan di Politeknik Kuching Sarawak iaitu seramai 119 orang pensyarah. Satu set soal selidik yang mengandungi 48 item telah diedarkan kepada responden. Analisis deskriptif dijalankan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 22. Analisis secara inferensi juga dijalankan dengan menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara pengamalan ibadah sunat pensyarah dengan faktor-faktor yang dikaji. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach s Alpha 0.960. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bentuk amalan-amalan ibadah sunat yang dilaksanakan pensyarah dan faktor rakan berada pada nilai min yang sederhana manakala faktor keluarga, faktor keilmuan dan faktor persekitaran berada pada nilai min yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengamalan ibadah sunat pensyarah dengan faktor keluarga, faktor rakan, faktor keilmuan dan faktor persekitaran. Justeru itu, pengamalan ibadah sunat di kalangan pensyarah amat penting dalam membentuk peribadi yang tinggi secara holistik. Kata Kunci: Faktor, hubungan, pengamalan ibadah sunat, pensyarah

PENGENALAN Manusia sebagai khalifah Allah bertanggungjawab untuk beribadah kepada Allah S.W.T sesuai dengan tujuan Allah menjadikan manusia di atas muka bumi ini. Firman Allah S.W.T dalam Surah adz- Dzaariyaat [27:56] yang bermaksud "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku". Ibadah boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ibadah asas, ibadah furuk dan ibadah amalan utama. Ketiga-tiga kategori ibadah tersebut akan merangkumi semua tindak tanduk setiap individu. Ibadah amalan utama termasuk semua amalan sunat dan merupakan amalan yang paling banyak dalam ajaran Islam. Terdapat berbagai-bagai amalan sunat yang kita kerjakan seperti sembahyang sunat, puasa sunat, membaca al-quran, berdoa, berwirid, zikir dan pelbagai amalan sunat dalam perbuatan yang lahir mahupun yang batin seperti makan, minum, berpakaian dan sebagainya (Abdul Aziz Ismail, 2005). Ibadah sunat merupakan salah satu cabang ibadah yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Ia merupakan amalan pilihan dalam beribadat iaitu sekiranya ibadah tersebut dilaksanakan akan mendapat pahala tetapi sekiranya tidak dilaksanakan adalah sebaliknya. Sebahagian besar umat Islam hari ini, mengambil sikap sambil lewa terhadap kewajipan menunaikan ibadah. Penularan gejala sosial di kalangan masyarakat kita telah memberi kesan negatif terhadap penghayatan dan pengamalan ibadah. Ekoran daripada itu, perintah beribadat kepada Allah S.W.T sama ada wajib dan sunat tidak diamalkan sepenuhnya. Jika ibadah yang wajib sudah tidak dilaksanakan, bagaimana pula dengan ibadah sunat yang lebih halus dalam Islam? Menurut Sarijah Abdul Salim (2003), remaja masa kini kurang mengamalkan perkara-perkara sunat dalam kehidupan seharian mereka. Dewasa ini, banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia. Pemodenan telah mengubah corak dan gaya hidup masyarakat. Pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai, baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa (Mohammad Shatar Sabran, 2003). Di antara masalah sosial tersebut ialah pergaulan seks bebas, pengambilan minuman keras, masalah penagihan dadah, lepak, video lucah dan sebagainya. Mereka seolah-olah telah menjadikan perkara keduniaan sebagai perkara utama dalam kehidupan mereka mengatasi hal-hal keagamaan.

PERNYATAAN MASALAH Pensyarah bertanggungjawab membentuk akhlak yang mulia di dalam diri pelajar serta memberi contoh tauladan positif kepada pelajar. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2005), guru memainkan peranan dan tanggungjawab bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik dan membentuk sikap, nilai dan akhlak para pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Keperibadian yang mulia perlu ditonjolkan agar gejalagejala sosial tidak berleluasa di kalangan pelajar. Ibadah wajib dan sunat hendaklah dilaksanakan sesuai dengan tujuan Allah S.W.T menjadikan manusia di atas muka bumi ini iaitu bertanggungjawab untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Disebabkan kurangnya pengetahuan dan penghayatan masyarakat pada masa kini mengenai keutamaan ibadah sunat serta pentingnya pengamalan ibadah sunat dalam kehidupan sebagai seorang Muslim, timbulnya anggapan bahawa perkara amalan sunat adalah tidak perlu dan dianggap remeh. Malahan sebahagian daripada umat Islam di Malaysia tidak faham ajaran amalan sunat dalam kehidupan seorang Muslim. Fenomena ini juga berlaku pada pensyarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Ramai dari kalangan mereka yang mengambil sikap remeh terhadap keutamaan dan pentingnya pengamalan ibadah sunat dalam kehidupan sebagai bekalan di akhirat kelak. Walaupun terdapat pensyarah yang mengamalkan ibadah sunat namun masih ramai yang tidak mengamalkannya. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat pengamalan ibadah sunat pensyarah kerana pensyarah berperanan mendidik, mendorong, membimbing serta membentuk akhlak pelajar. Di samping itu, penyelidik merasakan perlunya dikaji tentang faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan pengamalan ibadah sunat tersebut. TINJAUAN LITERATUR Ibadat merupakan medium yang menghubungkan manusia dengan Allah S.W.T. Sesiapa sahaja yang beribadat merupakan orang yang sentiasa membina hubungan untuk menghampiri diri dengan Allah S.W.T. Sebaliknya mereka yang meninggalkan ibadat membawa maksud memutuskan hubungan dengan Allah S.W.T. (Mustafa Daud, 1995). Sunat menurut syariat ialah satu perkara yang apabila kita buat dapat pahala dan apabila ditinggalkan sebaliknya. Ia adalah perintah dari Allah S.W.T sama seperti perintah wajib. Berbeza dengan suruhan wajib di mana dibuat dapat pahala manakala ditinggalkan berdosa. Menurut A. Rahman Ritonga dan Zainuddin (1997), ibadah sunat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ibadah sunat dalam ibadah khusus dan ibadah sunat dalam ibadah umum. Ibadah sunat dalam ibadah khusus adalah seperti sembahyang sunat, puasa sunat, sembahyang berjemaah, membaca al-

Quran, membaca surah Yasin, membaca al-ma thurat, berzikir dan berwirid. Manakala ibadah sunat dalam ibadah umum pula adalah seperti tatatertib, makan, minum, berpakaian, bekerja, amar makruf nahi mungkar, berlaku adil, berbuat baik kepada orang lain dan sebaginya. Sarijah Abdul Salim (2003) dalam kajian Faktor-Faktor Pembentukan Akhlak Dalam Peribadi Remaja: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Muslim Tahun Satu, Kolej Tun Razak, UTM mendapati bahawa 46.9% responden bersetuju bahawa mereka selalu melakukan amalan-amalan sunat. Kajian ini menunjukkan masih ramai lagi responden kurang mengamalkan perkara-perkara sunat dalam kehidupan seharian mereka. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar UTM banyak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti lain selain ibadah sunat. Rosmaziah Bt Abdul Kadir @ Ismail (2009) dalam kajian yang bertajuk Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia mendapati bahawa seramai 86.9% responden bersetuju dengan solat dhuha mampu memberi ketenangan selepas melakukannya. Kajian ini menunjukkan bahawa siapa yang melakukan solat dhuha pada awal siang hari nescaya Allah akan membersihkan hatinya dan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Fauzi Abd. Majid (2003) dalam kajian yang bertajuk Pengaruh Persekitaran Keluarga Dan Sekolah Terhadap Penghayatan Islam Pelajar: Kajian Kes Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang mendapati majoriti pelajar iaitu 80% responden bersetuju bahawa faktor keluarga merupakan faktor yang terpenting bagi proses pembinaan penghayatan Islam. Beliau membuat kesimpulan bahawa hubungan dingin di antara pelajar dengan keluarga boleh menjejaskan pembinaan penghayatan Islam. Kajian ini membuktikan bahawa setiap ibu bapa berperanan menyuruh dan mengajak anak-anak mengerjakan ibadah sama ada wajib ataupun sunat, menjaga pergaulan dan melakukan kebaikan serta menjauhkan kemungkaran. OBJEKTIF Tujuan kajian ini dijalankan adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti bentuk amalan-amalan ibadah sunat yang dilaksanakan di kalangan pensyarah. 2. Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap faktor-faktor keluarga, rakan, keilmuan dan persekitaran yang penting kepada pengamalan ibadah sunat di kalangan pensyarah. 3. Untuk melihat hubungan di antara faktor keluarga, faktor rakan, faktor keilmuan dan faktor persekitaran dengan pengamalan ibadah sunat di kalangan pensyarah.

METODOLOGI KAJIAN Populasi dan Kaedah Persampelan Populasi kajian ini adalah pensyarah akademik di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) iaitu seramai 323 orang. Pemilihan sampel telah diambil melalui kaedah persampelan bertujuan bagi mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan. Penyelidik dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel yang mewakili populasi (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999). Sampel terdiri daripada semua pensyarah akademik yang beragama Islam sahaja iaitu seramai 119 orang. Instrumen Kajian Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dan data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi enam bahagian utama iaitu Bahagian A berkenaan latar belakang responden, Bahagian B berkaitan dengan bentuk amalan-amalan ibadah sunat yang dilaksanakan oleh responden, Bahagian C, D, E dan F adalah mengenai persepsi pensyarah terhadap faktor-faktor keluarga, rakan, keilmuan dan persekitaran yang penting kepada pengamalan ibadah sunat dalam kalangan pensyarah. Analisis data dalam bahagian B, C, D, E, dan F dibuat berdasarkan Skala Likert 5 iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Kurang Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Kajian Rintis Seramai 20 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, PKS telah dipilih sebagai responden kajian rintis. Responden bagi kajian rintis ini dipilih secara rawak. Kajian rintis ini bertujuan untuk menguji tahap kebolehpercayaan item-item soal selidik dan memberi peluang kepada penyelidik menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubahsuai atau dikekalkan. Sampel ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel yang hendak diuji. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003), nilai 0.80 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap kebolehpercayaan yang sesuai untuk sesuatu alat. Nilai Alpha Cronbach pada kajian rintis ialah 0.96. Ini membuktikan item-item yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Analisis Data Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskritif. Data dianalisis secara deskritif dan inferensi. Analisis deskritif mengambil kira kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala analisis inferensi melibatkan korelasi Pearson. Penyelidik kadangkala boleh menggunakan pelbagai teori dan formula sendiri bagi menghasilkan satu indeks tersendiri berdasarkan objektif kajian (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003). Oleh itu, hasil analisa deskritif dianalisis berdasarkan kepada nilai skor min kepada tiga tahap iaitu 1.00 2.33 tahap rendah, 2.34 3.67 tahap sederhana dan 3.68 5.00 tahap tinggi. Bagi analisis inferensi, pula, penyelidik telah menggunakan anggaran kekuatan yang telah dicadangkan oleh Davis (1971) untuk menentukan kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah, 0.01 hingga 0.09 hubungan yang boleh diabaikan, 0.10 hingga 0.29 hubungan yang rendah, 0.30 hingga 0.49 hubungan sederhana kuat, 0.50 hingga 0.69 hubungan yang kuat dan 0.70 atau lebih hubungan yang sangat kuat. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Taburan Responden mengikut Jantina Responden kajian adalah seramai 119 orang yang terdiri daripada 55 orang lelaki (46.2%) dan 64 orang perempuan (53.8%). Dapatan ini menyokong kenyataan Sinar Harian (2014) bahawa pada masa ini, nisbah guru lelaki dan wanita di sekolah tidak seimbang. Majoriti guru wanita melebihi guru lelaki dan jurangnya amat ketara, terutama di bandar-bandar iaitu 70 wanita berbanding 10 lelaki. Bentuk amalan-amalan ibadah sunat yang dilaksanakan di kalangan pensyarah Objektif pertama kajian ini adalah meninjau bentuk amalan-amalan sunat yang dilaksanakan di kalangan pensyarah. Item 2 pada bahagian B Saya akan membaca al-quran sekurang-kurangnya sekali sehari mencatatkan skor min yang paling tinggi berbanding dengan item-item lain pada bahagian ini. Didapati skor min untuk item 2 berada pada tahap tinggi iaitu M = 3.89 dan SP = 0.937. Dapatan ini menyokong kenyataan Afifi Ahmad (2012) bahawa setiap hari orang yang menunaikan solat lima waktu akan sentiasa membaca al-quran, sekurang-kurangnya surah al-fatihah. Min keseluruhan bagi bahagian B, bentuk amalan-amalan sunat yang dilaksanakan oleh pensyarah ialah M = 3.37 dan SP = 0.716. Ini menunjukkan nilai min untuk konstruk pengamalan ibadah sunat pensyarah berada pada tahap yang sederhana.

Persepsi Pensyarah Terhadap Faktor-Faktor Keluarga, Rakan, Keilmuan Dan Persekitaran Yang Penting Kepada Pengamalan Ibadah Sunat dalam Kalangan Pensyarah. Jadual 1 menunjukkan hasil daripada dapatan kajian item 27 pada bahagian E iaitu faktor keilmuan Saya mengetahui bahawa pahala mengerjakan solat berjemaah lebih besar daripada solat berseorangan mencatatkan skor min yang paling tinggi berbanding dengan item-item lain pada bahagian ini. Jadual 1- Persepsi Pensyarah Terhadap Faktor-Faktor Keluarga, Rakan, Keilmuan Dan Persekitaran Faktor No. Item Item Skor Min Sisihan Piawai Pada pandapat saya, ibu bapa saya adalah contoh terbaik Keluarga C16 untuk dijadikan ikutan. 4.30 0.808 Rakan D25 Pada pandapat saya, rakanrakan saya banyak memberikan contoh tauladan yang baik kepada saya. 3.83 0.827 Keilmuan E27 Saya mengetahui bahawa pahala mengerjakan solat berjemaah lebih besar daripada solat berseorangan. 4.82 0.504 Persekitaran F34 Guru agama saya selalu menasihati saya agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadah sunat. 4.43 0.732 Min bagi item ini berada pada tahap tinggi iaitu M = 4.82 dan SP = 0.504. Dapatan ini selari dengan Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim yang bermaksud Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat. Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan untuk konstruk faktor keilmuan merupakan faktor yang tertinggi berbanding dengan faktor-faktor lain dengan jumlah nilai min keseluruhan M = 4.60 dan SP = 0.508. Ini menunjukkan nilai min untuk kontruk faktor keilmuan berada pada tahap tinggi. Item 34 mencatatkan skor min yang paling tinggi berbanding dengan item-item lain pada bahagian F iaitu faktor persekitaran Guru agama saya selalu menasihati saya agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadah sunat. Min bagi item ini berada pada tahap tinggi iaitu M = 4.43 dan SP = 0.732. Dapatan kajian ini disokong dengan kajian Azhar Muhammad (2010), bahawa guru pendidikan Islam sentiasa memberi komitmen terhadap profesion dengan sifat dedikasi,

bekerjasama, tanggungjawab, jujur, berdisplin, daya inovasi, cintakan ilmu serta berkasih sayang. Jelaslah sikap peramah dan mudah didekati sangat penting di dalam merealisasikan peranan guru sebagai pembimbing murid di sekolah. Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan untuk konstruk faktor persekitaran adalah kedua tertinggi berbanding dengan faktor-faktor lain dengan jumlah nilai min keseluruhan M = 3.88 dan SP = 0.645. Ini menunjukkan nilai min untuk kontruk faktor persekitaran berada pada tahap tinggi. Item 16 mencatatkan skor min yang paling tinggi berbanding dengan item-item lain pada bahagian C iaitu faktor keluarga Pada pandapat saya, ibu bapa saya adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan. Min bagi item ini berada pada tahap tinggi iaitu M = 4.30 dan SP = 0.808. Hasil dapatan ini juga menunjukkan proses pendidikan untuk membentuk akhlak Islam berlaku menerusi pemerhatian dan peniruan terhadap tingkah laku ibu bapa seperti dijelaskan dalam Teori Pembelajaran Sosial (Bandura, 1977). Hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan untuk konstruk faktor keluarga adalah berada pada tahap tinggi. Didapati min keseluruhannya ialah M = 3.71 dan SP = 0.761. Item 25 pada bahagian D Pada pendapat saya, rakan-rakan saya banyak memberikan contoh tauladan yang baik kepada saya mencatatkan skor min yang paling tinggi berbanding dengan item-item lain pada bahagian ini. Min bagi item ini berada pada tahap tinggi iaitu M = 3.83 dan SP = 0.827. Dapatan ini menyokong kajian Aniesma Niza (2007) bahawa rakan sebaya merupakan faktor yang paling berkesan sama ada untuk menyumbang ke arah kebaikan ataupun keburukan. Disini jelas menunjukkan rakan sebaya memainkan peranan yang amat besar dalam mempengaruhi seseorang. Min keseluruhan untuk konstruk faktor rakan adalah yang terendah berbanding dengan faktor-faktor lain dengan jumlah nilai min keseluruhan M = 3.47 dan SP = 0.721. Ini menunjukkan nilai min untuk kontruk faktor rakan berada pada tahap sederhana. Hubungan Di Antara Faktor Keluarga, Faktor Rakan Sebaya, Faktor Keilmuan Dan Faktor Persekitaran Dengan Pengamalan Ibadah Sunat Di Kalangan Pensyarah. Hasil analisis Korelasi Pearson (Jadual 2) menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara pemboleh ubah pengamalan ibadah sunat pensyarah dengan faktor keluarga iaitu (r=0.635, p=<0.05). Dapatan kajian ini didapati selari dengan kajian Rohana Tan (2013) bahawa semakin baik pendidikan keagamaan yang diterima daripada ibu bapa, maka semakin baik tahap penghayatan akhlak Islam. Hasil dapatan ini juga menunjukkan proses pendidikan untuk membentuk akhlak Islam berlaku menerusi

pemerhatian dan peniruan terhadap tingkah laku ibu bapa seperti dijelaskan dalam Teori Pembelajaran Sosial (Bandura 1977). Jadual 2- Hubungan Antara Pengamalan Ibadah Sunat Dengan Faktor Keluarga, Faktor Rakan, Faktor Pengamalan Ibadah Sunat Korelasi Person Sig. (1-tailed) N Keilmuan dan Faktor Persekitaran Pengamalan Ibadah Sunat 1 119 ** Signifikan pada aras keyakinan 0.01 (1-tailed) Faktor Keluarga 0.635** 0.000 119 Faktor Rakan 0.595** 0.000 119 Faktor Keilmuan 0.418** 0.000 119 Faktor Persekitaran 0.559** 0.000 119 Begitu juga antara pemboleh ubah pengamalan ibadah sunat pensyarah dengan faktor rakan dan faktor persekitaran menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat masing-masing (r=0.595, p=<0.05) dan (r=0.559, p=<0.05). Hasil dapatan ini turut menyokong teori Barat yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner (1979) dan Bandura (1977) mengenai pembangunan manusia. Pengaruh persekitaran khususnya ibu bapa dan diikuti oleh rakan sebaya mempunyai kesan besar kepada pembangunan belia yang positif. Manakala antara pemboleh ubah pengamalan ibadah sunat pensyarah dengan faktor keilmuan menunjukkan hubungan signifikan yang sederhana kuat iaitu (r=0.418, p=<0.05). Dapatan kajian ini didapati selari dengan Teori Akhlak oleh al-ghazali (1988) yang menjelaskan bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam proses pembentukan akhlak terpuji (Mohd Nasir, 2010). Kesepaduan ilmu pengetahuan dengan amalan dan akhlak melahirkan manusia yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia (Noor Shakirah, 2008). KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi pengamalan ibadah sunat di kalangan pensyarah dan umat Islam umumnya. Semua umat Islam perlu mengambil berat dan prihatin terhadap keutamaan dan kelebihan ibadah sunat. Pihak yang memainkan peranan penting mendidik kearah pengamalan ibadah sunat hasil daripada kajian ini ialah ibu bapa. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak sejak bayi lagi seperti pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan yang baik oleh ibu bapa adalah bermula daripada diri ibu bapa itu sendiri dengan memberi contoh teladan yang baik. Mereka perlu menjadi role model kepada anakanak supaya anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan permasalahan sosial yang berlaku pada hari ini. Ibu bapa perlu terlebih dahulu melaksanakan ibadah sunat agar anak-anak boleh mencontohi mereka. Menurut Harun Arrasyid Tuskan (2004), ibu bapa haruslah terlebih dahulu menunjukkan jalan untuk

beribadah supaya dapat dicontohi anak-anak. Selain ibu bapa, pengaruh rakan dalam kehidupan adalah besar. Menurut Mohammad Shatar Sabran (2003), setiap individu perlu berhati-hati dalam memilih rakan. Ini kerana rakan yang soleh akan membawa kita kepada keredaan Allah dan begitu juga sebaliknya. Umat Islam harus membekalkan diri dengan ilmu kerana beribadah tanpa ilmu adalah sia-sia. Menurut Basri Ibrahim (2000), bahawa amalan yang bertepatan dengan ilmu adalah amalan yang diterima, manakala amalan yang bercanggah dengan ilmu adalah amalan yang tertolak. Kajian selanjutnya boleh diperluaskan lagi dengan faktor-faktor lain yang mendorong kepada pengamalan ibadah sunat. Selain itu kajian seterusnya boleh menambah instrumen kajian seperti temubual atau pemerhatian agar dapatan kajian lebih kukuh dan memperluaskan lagi skop kajian dengan melibatkan ibadah sunat umum. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa sebilangan pensyarah yang beragama Islam melaksanakan ibadah sunat. Kajian juga mendapati bahawa antara pengamalan ibadah sunat pensyarah dengan faktor keluarga, faktor rakan, faktor keilmuan dan faktor persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan. Pengamalan ibadah sunat di kalangan pensyarah amat penting dalam membentuk peribadi yang tinggi secara holistik. Semua umat Islam perlu mengambil berat dan prihatin terhadap keutamaan dan kelebihan ibadah sunat kerana ibadah tersebut dapat mendekatkan kita kepada Allah S.W.T serta dapat dijadikan bekalan dan perisai di akhirat kelak. BIBLIOGRAFI A. Rahman Ritonga dan Zainuddin (1997). Fiqh Ibadah. Jakarta: Penerbit Gaya Media Pratama Al-Quran Al-Karim Abdul Aziz Ismail (2005). Rahsia Ibadah Di Sisi Allah S.W.T. Selangor: Progressive Publishing House Sdn. Bhd Abdullah Basmeih (2001). Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al- Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Afifi Ahmad (2012). Meraih Cinta Al-Khaliq. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd Aniesma Niza Binti Ahmad Tajuddin (2007). Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-Faktor Yang Menjadi Penyebab Berlakunya Amalan Berpasangan Di Kalangan Mahasiswa Islam UTM : Satu Tinjauan Di KTC, UTM Skudai. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Azhar Muhammad & Nor Syakirah Bin Samsuni (2010). Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Tanggungjawab Pelaksanaan Etika Profesion Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New Jersey: Prentice-Hall. Basri Ibrahim (2000). Ilmu Dan Amalan Di Alaf Baru. Kuala Lumpur: Darul Nu man Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology Of Human Development: Experiments By Nature And Design. Cambridge, MA: Harvard University Press. CD-ROM Hadith Davis, J. A. (1971). Elementary Survev Analysis. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall Fauzi Bin Abd. Majid (2003). Pengaruh Persekitaran Keluarga Dan Sekolah Terhadap Penghayatan Islam Pelajar: Kajian Kes Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdang. Universiti Kebangsaan Malaysia: Projek Sarjana Harun Arrasyid Tuskan (2004). Pengorbanan Ibu Bapa Terhadap Anak. Kuala Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohammad Shatar Sabran (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. UPM: The Mc Graw Hill Companies Mohd. Nasir, O. (2010). Falsafah Akhlak. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Mustafa Daud (1995). Konsep Ibadat Menurut Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Noor Shakirah, M.A (2008). Al-Ghazali And His Theory Of The Soul: A Comparative Study. Pulau Pinang: Penerbit USM. Rohana Tan. Norhasni Zainal Abiddin, Azmi Hamzah & Fathiyah Mohd Fakhruddin (2013). Pengaruh Faktor Psikososial Ke Atas Penghayatan Akhlak Islam Dalam Kalangan Belia Institusi Pengajian Tinggi Awam Terpilih Di Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Rosmaziah Bt Abdul Kadir @ Ismail (2009). Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Sarijah Abdul Salim (2003). Faktor-faktor Pembentukan Akhlak Dalam Peribadi Remaja: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Muslim Tahun Satu, Kolej Tun Razak, UTM. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Sinar Harian (2014). Seimbangkan guru lelaki dan wanita (13 April 2014). http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/seimbangkan-guru-lelaki-wanita-1.269857